Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN

Zaman remaja merupakan suatu tempoh peralihan yang penuh dengan perubahan dan cabaran yang ada kalanya menimbulkan pelbagai perasaan negatif. Ahli psikologi mengatakan bahawa no man is an island yang membawa maksud remaja sentiasa dikelilingi keluarga dan masyarakat untuk membimbingnya ke arah hidup yang sejahtera. Namun begitu, pada abad yang ke-21 ini ketika kanak-kanak dan remaja melalui pengalaman zaman persekolahan sudah terlalu banyak masalah yang dihadapi oleh mereka terutama dari segi kelakuan tingkah laku. Pengaruh-pengaruh negatif yang terkesan dalam diri kanak-kanak dan remaja ini sebenarnya berpunca daripada pelbagai faktor pemakanan, persekitaran, keluarga dan sebagainya. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dan ketara pada institusi kekeluargaan apabila ibu bapa yang bekerja hanya menumpukan perhatian pada kerjaya sehingga mengabaikan anak-anak mereka. Era globalisasi ini menunjukkan institusi keibubapaan dan masyarakat amnya mengambil sikap sambil lewa dan leka dari menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga sehinggakan ia menjadi salah satu penyebab kepada masalah hiperaktif dan kurang tumpuan (ADHD) bagi kanak-kanak. Kanak-kanak dan remaja dikelilingi keluarga, guru dan rakan sebaya yang sejak kecil dididik bermula dari perkembangan mereka melalui cabaran-cabaran dalam kehidupan. Jika disingkap dengan lebih mendalam, anak-anak yang mengalami masalah hiperaktif ini tidak dapat memberi tumpuan dan sering terganggu oleh keadaan persekitaran. Kanak-kanak yang hiperaktif dapat dikenalpasti melalui kegiatan dan tingkah laku mereka (Scrib, 2010). Terdapat teori dan pendekatan yang sesuai dalam mengaitkan isu pelajar yang hiperaktif seperti teori kognitif piaget dan pendekatan konstruktivisme sosial. Faktor pelajar bermasalah hiperaktif dapat dikenalpasti seperti faktor neurologik, faktor genetik, faktor keluarga dan sebagainya. Sudah tentu, pelajar ini memberi masalah kepada pelajar-pelajar lain, guru-guru bahkan dirinya sendiri.

KONSEP DAN DEFINISI HIPERAKTIF

Secara amnya, masalah kanak-kanak yang hiperaktif tidak selalu ditemui di klinik-klinik seluruh negara termasuklah negara maju seperti Eropah dan Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, ia dianggap sebagai masalah kesihatan mental yang paling kerap berlaku di kalangan kanak-kanak. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, hiperaktif merupakan sifat kanak-kanak yang terlampau cergas pergerakannya yang

menyebabkan kanak-kanak tersebut sukar dikawal. Kanak-kanak mengalami suatu masa perkembangan yang memerlukan proses keseimbangan, pergerakan dan manipulasi. Keseimbangan merujuk kepada kebolehan kanak-kanak mengekalkan kedudukan badan mereka relatif kepada tindakan graviti manakala pergerakan adalah aspek yang berkaitan dengan tingkah laku kanak-kanak tersebut. Keseimbangan pula merujuk kepada kemahiran kanak-kanak berhubung dengan obejk persekiatarannya ( Scrib, 2010 ). Dr Seto Mulyadi memberikan maksud hiperaktif sebagai suatu pola perilaku yang menetap pada seorang anak. Mohd Faldz Hj Ibrahim, 2007 dalam rencananya mengatakan bahawa perilaku ini ditandai dengan sikap tidak mahu diam, tidak dapat memberi tumpuan dan bertindak mengikut kehendak hatinya ataupun impulsif. Hiperaktif merupakan suatu pola perilaku seseorang yang tidak pernah berdiam diri, sukar untuk dikendalikan, tidak memberi perhatian dan bertindak mengikut kehendak dirinya sendiri yang disebut sebagai ADHD ( Attention Deficit Hyperactive Disorders ). Hiperaktif juga merupakan suatu kepayahan dalam mengawal diri sendiri supaya tidak melakukan perkara yang diluar kemampuan. Sebagai contoh, mereka tidak pernah memikirkan sesuatu perkara dari sudut positif dan negatif sebaliknya hanya melakukan sesuatu perkara berdasarkan kehendak sendiri.

CIRI-CIRI PELAJAR HIPERAKTIF

Pelajar yang mengalami masalah hiperaktif boleh dikategorikan dalam tiga aspek. Seorangguru yang mengajar anak muridnya dapat mengenal pasti tentang masalah yang dihadapi anak muridnya dan masalah hiperaktif seorang murid juga dapat dikenalpasti melalui tingkah lakunya.Pertama ialah masalah hiperaktif. Kanak-kanak

yang mengalami masalah hiperaktif ini tidakakan dapat berduduk diam. Mereka akan kelihatan gelisah tampak pada tangan dan kaki sertaakan mengeliat dalam tempat duduk. .Kanak-kanak ini tidak akan duduk di kerusi merekasewaktu di kelas walaupun mereka sepatutnya duduk di situ dan ada guru yang sedang mengajarketika itu. Selain itu,mereka juga akan berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan

daripadakanak-kanak biasa dan juga banyak bercakap. Malahan masalah ini menyebabkan kanak-kanakhiperaktif menjadi lebih cergas dalam bidang sukan dan permainan berbanding murid yang lain.Hal ini adalah kerana, mereka akan mengalami satu masalah jika hanya duduk belajarsecara diam dalam kelas sebaliknya pelajar yang hiperaktif ini lebih gemar bergerakcergas seperti aktiviti dalam sukan dan permainan Aspek kedua dalam masalah hiperaktif ini ialah kanak-kanak yang mengalami masalah iniakan mempunyai masalah kurang tumpuan. Sewaktu di dalam kelas mereka tidak akan memberiperhatian kepada orang yang sedang bercakap dengan mereka walaupun itu merupakan gurumereka. Kanak-kanak ini akan melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah mereka danakan mengalami kesukaran untuk mengatur aktiviti seharian mereka. Tambahan lagi, menurutpara penyelidik dan para guru, murid ini mudah hilang perhatian dan tergolong sebagai pelupa. Di samping itu, aspek terakhir yang akan dibincangkan ialah aspek menurut kata hati(Impulsivit). Kanak-kanak ini akan menjawab sebuah soalan itu dengan spontan sebelum soalanyang diajukan belum habis. Mereka juga akan tidak sabar menunggu giliran serta seringmenggangu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain. Gejala hiperaktif ini boleh dikesansebelum kanak-kanak berumur 7 tahun. Perubahan yang berlaku pada kanak-kanak ini berlakudari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah, rumah atau tempat awam. Walaubagaimanapun,perubahan perlakuan ini memberikan masalah kepada kanak-kanak itu di sekolah dengan rakan-rakan dan kehidupan sehariannya

TEORI DAN PENDEKATAN YANG SESUAI

Pendekatan Konstruktivisme Sosial Pendekatan konstruktivisme sosial merupakan satu pendekatan yang tertumpudalam bilik darjah. Melalui pendekatan ini akan mewujudkan pelbagai inovasi yangdapat mewujudkan konteks sosial dalam pembelajaran antara

guru dengan murid danantara para pelajar itu sendiri. Dengan cara ini pelajar berpeluang untuk membinahubungan sosial, belajar kemahiran memproses informasi bagi menguasai sesuatu ilmudalam bilik darjah. Di samping itu juga, para pelajar hiperaktif ini akan mempunyaipeluang yang lebih banyak untuk berinteraksi dengan rakan-rakan mereka berbandingpembelajaran yang hanya tertumpu pada guru sahaja. Melalui proses interaksi ini akanmewujudkan minat mereka untuk belajar sambil bermain sekaligus dapat mengurangkankadar kurang tumpuan mereka dalam kelas. Antara pendekatan yang digunakan dalam pendekatan konstruktivisme ini ialahseperti pembelajaran berkumpulan, sumbangsaran, kolaboratif dan sebagainya yangmemberi fokus kepada tugasan yang melibatkan interaksi dan dapat meng ukuhkanmemori pembelajaran kanak-kanak melalui permainan dalam pembelajaran. Selain itujuga, minda para pelajar yang hiperaktif ini mampu berkembang melalui penerokaanidea-idea yang baru. Pembelajaran berkumpulan juga mampu memaksimumkankemahiran sosial, komunikasi, interpersonal, kinestetik dan pelbagai lagi yang dapatmengurangkan masalah kurang tumpuan dalam kalangan pelajar yang hiperaktif ini. Guru mampu untuk menilai keupayaan, kesungguhan dan minat para pelajardalam bilik darjah melalui pendekatan konstruktivisme sosial secara langsung. Olehsebab guru dapat memahami aspirasi, cita rasa, perasaan dan pemikiran pelajar secaralangsung maka segala pembelajaran akan berpusat kepada pelajar bagi menarik minatmereka untuk belajar. Guru hanya menjadi pemerhati kepada proses pembelajarantersebut dan perkara ini turut memberi ruang kepada guru untuk mengadaptasi prosespengajaran yang efektif berdasarkan perbezaan individu pelajar tersebut

Teori Kognitif Piaget Piaget Jean (1869-1980) yang merupakan seorang ahli psikologi telah berpendapatbahawa pelajar memerlukan masa yang agak panjang untuk mengenali sertamembezakan pelbagai rangsangan. Keadaan pelajar tidak sama dengan orang dewasa,oleh kerana itu ia tidak mampu memilih rangsangan-rangsangan yang bermakna untukmemberi tindak balas yang sesuai terhadap rangsangan mereka. Selain itu , Piaget turutmenjelaskan bahawa kanak-kanak merupakan pelajar yang aktif dan bermotivasi.Pelajar juga mampu membina pengetahuan daripada pengalaman mereka dan merekabelajar melalui dua proses yang saling melengkapi iaitu asimilasi

dan akomodasi.Berdasarkan teori Piaget ini dapat disimpulkan bahawa pelajar hiperaktif jugamengalami satu perkembangan kognitif yang sempurna seperti pelajar lain. Para pelajar hiperaktif ini juga mengalami proses pembelajaran mereka melaluipengalaman dan persekitaran mereka. Mereka akan terus menerokai alam sekitarmereka untuk mengetahui apa yang terdapat di situ dan sesuatu perkara tersebut tanpamemikirkan akibatnya. Menurut Piaget lagi, pengalaman-pengalaman baru yang merekaperolehi ini penting untuk perkembangan kognitif mereka. Oleh itu, Piag etmenekankan mengenai pentingnya interaksi antara pelajar dengan persekitaran fizikalmereka. Melalui interaksi tersebut mereka dapat menambah kefahaman merekamengenai perkaitan sebab dan kesannya. Piaget telah menjelaskan bahawa pelajar belajar melalui asimilasi danakomodasi iaitu proses mengendalikan sesuatu objek dan peristiwa dengan cara yangselaras dengan skema yang sedia ada (asimilasi) dan mungkin mengubah suaipengetahuan mereka hasil peristiwa dan kejadian baru (akomodasi). Ole h sebab itu,pelajar yang hiperaktif dikatakan mempunyai satu kepuasan dalam penerokaan yangmereka lakukan. Bukan saja mereka mampu menjana pengalaman dan mendapatpengetahuan baru tetapi mereka juga akan mengalami satu perkembangan kognitifyang seimbang dalam kehidupan mereka.

FAKTOR-FAKTOR PELAJAR HIPERAKTIF

Terdapat beberapa faktor yang telah mempengaruhi berlakunya masalah hiperaktif di kalangan pelajar sama ada faktor semula jadi mahupun faktor sekeliling.

a) Faktor genetik adalah merupakan faktor semula jadi yang memainkan peranan yang amat besardalam terjadinya gangguan perilaku hiperaktif. Jika kita lihat pada faktor genetik, sudah tentu iamempunyai hubungan antara anak dengan ahli keluarga sama ada ibu bapa ataupun saudaramara. Dalam hal ini, ibubapa atau saudara mara yang mengalami masalah hiperaktif pada usiakecilnya besar kemungkinan akan diwarisi oleh anak-anak mereka juga. Terdapat sesetengahhiperaktif adalah dipengaruhi oleh faktor genetik. Seseorang bapa boleh mewariskan sindrom inikepada anak anak lelaki

mereka. Oleh itu, keadaan ini telah menjadikan kanak-kanak lelaki lebihcenderung mengalami hiperaktif sebanyak tiga kali ganda berbanding kanak-kanak

perempuan(Zuhayati yazid, 2009). Selain daripada itu, kembar yang lahir juga besar kemungkinan akanmenghadapi masalah hiperkatif.

b) Faktor NeurologikFaktor neurologik adalah merupakan faktor sekeliling yang telah menganggu ibu semasa hamil.Dalam hal ini, ibu hamil yangmengalami pelbagai masalah seperti gangguan otak akibat sulitsaat kelahiran, penyakit berat, cedera otak dan sebagainya secara tidak langsung turutmenganggu perkembangan bayi. Hal ini seterusnya akan menyebabkan anak yang lahir apabilamencapai satu tahap umur akan mengalami masalah hiperaktif. Masalah hiperaktif yang tinggibesar kemungkinan akan dialami oleh bayi yang lahir dengan masalah-masalah prenatal sepertilamanya proses persalinan, distress fetal, dan sebagainya dibandingkan dengan kehamilan

danpersalinan yang normal. Hal ini berlaku ekoran daripada masalah-masalah seperti berat bayiyang lahir dengan berat badan yang rendah, ibu yang terlalu muda, ibu yang merokok danmeminum alkohol yang seterusnya mempengaruhi anak-anak untuk berpotensi mengalamimasalah hiperaktif (Norman Supadma, 2009).

Menurut Raihanah Abdullah ( 2004) pula, tekanan perasaan yang dialami oleh ibusemasa hamil dan lemas ketika proses bersalin akan mendedahkan kanak-kanak kepada risikohiperaktif. Menurutnya lagi, jika wanita hamil berasa tertkan sama ada di rumah mahupun dipejabat ketika proses kehamilan, secara tidak langsung bayi yang dikandung akan terdedahdengan pelbagai risiko negatif. Pergolakan dalam jiwa, kurang mendapat perhatian suami danterlalu emosional sekaligus akan mendedahkan anak yang dikandung kepada risiko hiperaktif.Dalam konteks ini, faktor neurologik adalah merupakan masalah-masalah yang dihadapi oleh ibusemasa hamil dan kesannya akan mempengaruhi bayi tersebut.

c) Faktor Kultural dan PsikologiTerdapat tiga jenis faktor yang akan dibincangkan di bawah faktor kulturul dan faktor psikologiiaitu pemanjaan, kurang disiplin dan pengawasan dan orientasi kesenangan.

i.

Faktor pemanjaanMenurut Mohd Faldz Hj Ibrahim (2007), pemanjaan adalah merupakan perilaku yangmemperlakukan anak terlalu manis, memujuk-mujuk makan, membiarkan sahaja dan sebagainya.Menurutnya lagi, anak yang sering diperlaku manja akan sentiasa ingin memperdayakan orangtua mereka untuk memperoleh apa yang mereka inginkan. Cara ibu bapa yang salah

dalammendidik anak-anak dengan terlalu memanjakan mereka telah menjadikan anak-anak seringmelakukan sesuatu dengan kehendak hati mereka. Dalam konteks ini, anak-anak yang terlaludimanjakan oleh ibu bapa akan menyebabkan mereka selalu ingin memilih cara sendiri supayasegala yang mereka inginkan dapat dipenuhi oleh ibu bapa mereka. Keadaan seperti ini telah mendorong anak-anak menjadi seorang yang hiperaktif denganbertindak diluar batas orang tua. Natijahnya, perilaku kanak-kanak seperti itu akan menjadikebiasaan kepada mereka dan tidak hairanlah kalau perilaku seperti itu terbawa-bawa olehmereka di dalam kelas ataupun sekolah. Oleh itu, jelaslah disini bahawa faktor pemanjaan merupakan salah satu faktor yang menjadikan anak hiperaktif di dalam kelas kerana telahterbiasa dengan perilaku melampaui batas di dalam rumah yang tidak mendapat larangan olehibu bapa.

ii.

Faktor kurangnya disiplin dan pengawasan juga antara faktor yang mampu mewujudkan masalah hiperaktif pada anak-anak. Pada hakikatnya, faktor ini pula merupakan faktor dimana kanak-kanak terlalu kurang diberikan perhatian dan pengawasan yang agak berbeza dengan kanak-kanak yang terlalu dimanjakan. Namun begitu, kesan daipada kedua-dua faktor ini telahmenyebabkan kanakkanak mengalami masalah hiperaktif. Keadaan seperti ini akanmenyebabkan anak-anak melakukan sesuatu dengan sesuka hati dan sewenang-wenangnya tanpadijaga dan dibatas perbuatannya. Jika anak-anak diberikan kebebasan yang tidak terbatas didalam rumah dengan membuat perkara-perkara mengikut suka mereka, maka tidak hairanlah jika mereka akan mempraktikkan perbuatan itu di tempat lain khususnya di dalam sekolah. Seterusnya, perbuatan tersebut akan menyukarkan pihak lain yang tidak biasa dengan sikap hiperaktif anak-anak di dalam sekolah. Pada hakikatnya, kanak-kanak yang mempunyai sifat yang

nakal dan terlalu lasak boleh dikawal dan disiplinkan. Namun begitu, sifat ibu bapayang tidak mempedulikan tingkah laku kanak-kanak menyebabkan mereka menjadi anak yangtidak mendangar kata, asyik dengan aktivitinya sendiri, terlalu resah, tidak boleh duduk diamhampir di semua situasi samada di sekolah,di klinik dan di rumah dan sebagainya serta tidakboleh menumpukan perhatian kepada pembelajaran (Hamid Bin Arshat, 2010). c) Orientasikan

kesenanganAnak yang memiliki keperibadian yang berpotensi kesenangan umumnya akan memiliki ciri-cirihiperaktif secara sosio-psikologi dan harus dididik agak berbeza agar mahu mendengarkan danmenyesuaikan diri (Mohd Faldz Hj Ibrahim, 2007). Dalam hal ini, kanak-kanak ini akan seringmenginginkan kesenangan untuk kepentingan dan keinginan diri sendiri. Contohnya, kanakkanak yang hiperaktif tidak akan mahu dihukum dengan kesusahan. Mereka juga tidak akanmempedulikan akan aturan ataupun hukuman yang akan diterima sekiranya bersikap diluarkawalan ibu bapa ataupun sesiapa sahaja yang berada berdekatan dengan mereka

d) Pengaruh sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi masalah yang dihadapioleh kanak-kanak. Pada hakikatnya, kanak-kanak yang mengalami masalah hiperaktif di dalamkelas kadang-kadang adalah disebabkan oleh masalah persekitaran, masalah pembelajaran, bosandi dalam kelas dan sebagainya akan menyebabkan mereka melakukan perkara-perkara mengikutkehendak hati mereka. Mereka akan menimbulkan pelbagai masalah seperti menganggu rakanbelajar, membuat bising, tidak dapat duduk diam dan sebagainya. Dalam proses pembelajaran didalam kelas, mereka merasa sulit untuk duduk dengan diam di kursinya dan memusatkanperhatian itu singkat sekali, sehingga mereka menjadi nakal dan menganggu teman-temannya dikelas waktu guru sedang belajar. Kadang kala, mereka sedar untuk harus mematuhi peraturan didalam kelas, namun mereka sendiri tidak mampu mengawal diri sehingga melakukan perkarayang tidak dapat dikawal oleh orang lain (Mohd Faldz Ibrahim, 2007)

PENDEKATAN BAGI MENGATASI MASALAH PELAJAR HIPERAKTIF

Pelajar yang menghadapi masalah hiperaktif memerlukan perhatian yang lebih dari pihakibubapa dan guru agar masalah yang dihadapi oleh mereka ini dapat diatasi dengan sebaikanya.Masalah dalam aktiviti pembelajaran di dalam kelas iaitu hiperaktif merupakan satu bentukkelemahan yang perlu ditangani dengan cara yang terbaik agar pengajaran yang hendakdisampaikan oleh para guru dapat disampai dan diterima oleh semua pelajar lain yang berada didalam bilik darjah tersebut. Pendekatan pertama yang boleh diambil adalah menggunakan pendekatan yang dipanggilsebagai pendekatan diagnosis. Pendekatan diagnosis memerlukan seseorang guru itumengenalpasti corak tingkah laku pelajar dari semasa ke semasa dengan membuat pemerhatianserta mendapatkan laporan tingkah laku pelajar sama ada di rumah iaitu melalui pihak ibu bapadan juga di sekolah iaitu melalui guru sekolah seperti guru kelas. Dalam membuat diagnosisyang lengkap, ia memerlukan penilaian daripada seorang pakar kerana terdapat punca lain yangmenyebabkan seseorang pelajar hiperaktif itu mengalami keresahan sehingga tidak dapatmenumpukan perhatian semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dalam pendekatandiagnosis, terdapat tiga pecahan lain yang boleh dijalankan oleh guru dalam mengenalpastitingkah laku pelajar yang mengalami masalah hiperaktif. Antaranya adalah guru haruslah memberikan perhatian yang lebih terhadap pelajarhiperaktif. Pelajar tersebut haruslah sentiasa dalam perhatian guru semasa di dalam bilik darjah.Caranya adalah dengan meletakkan tempat duduk pelajar ini berdekatan dengan meja guru iaitusebaiknya di barisan hadapan kelas serta di kalangan rakan-rakan lain yang tenang. Kaedah inimembolehkan guru untuk memerhati dan mengawasi pelajar berkenaan walaupun pada masayang sama guru tersebut sedang mengajar pelajar yang lain. Melalui pemerhatian danpengawasan ini membolehkan guru tersebut melihat pelajar hiperaktif ini dengan lebih jelas dandapat mengurangkan pengawalan yang menyeluruh ke atas pelajar itu dan

membolehkanpengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lancar di dalam bilik darjah.

Selain itu, pendekatan seterusnya masih lagi berkisar tentang kedudukan pelajar hiperaktif di dalam bilik darjah. Bagi pelajar hiperaktif, guru perlu mengelakkan dari meletakkantempat duduk pelajar ini bersebelahan atau berhampiran dengan tingkap atau pintu dan lukisanyang berwarna. Ini akan mengundang beberapa akibat iaitu memudahkan pelajar ini menyelinapkeluar tanpa disedari oleh guru, akan

menyebabkan diri mereka tercedera jika duduk berdekatandengan cermin tingkap serta menganggu aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Ini kerana , sifat semulajadi pelajar hiperaktif ini yang tidak boleh melihat sesuatu objek kerana sifat ingin mencubanya sangat menebal (Jas Laile Jaafar, 1996). Keadaan ini akan merangsang

pergerakanmereka untuk mendekati sesuatu yang berada di sekitarnya sekaligus akan menyebabkanpembelajaran tidak dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Dalam pendekatan diagnosis, terdapat satu lagi kaedah yang boleh digunakan dalammembantu pelajar hiperaktif. Semasa menjalankan pengajaran dan

pembelajaran, guru haruslahmemastikan bahawa hanya peralatan yang diperlukan sahaja berada di atas meja pelajar terbabit.Peralatan-peralatan lain yang tidak diperlukan perlu disimpan bagi memastikan objek-objek yangtidak diperlukan ini akan menganggu pembelajaran mereka. Guru juga digalakkan untukmemberi pujian terutamanya apabila pelajar ini mampu mengawal diri mereka menjadi lebihtenang dan tidak menganggu pengajaran dan pembelajaran (Kementerian Kesihatan

Malaysia,2008). Pujian yang diberikan guru ini adalah penting supaya mereka akan mengekalkan sikapyang positif ini sekaligus akan meningkatkan semangat mereka untuk berubah. Pendekatan multidisiplin pula memerlukan ibu bapa membawa analanak merekaberjumpa dengan pakar untuk merawat anak-anak mereka dengan menggunakan cara perubatan,psikologi, sosial dan pendidikan bagi merangsang minda mereka dalam bentuk yang normal.Pendekatan ini memerlukan bantuan pakar terutamanya pakar kanak-kanak supaya anak-anakmereka akan mendapat pendekatan yang terbaik bagi mengurangkan sebarang risiko yangbertambah buruk. Menurut Jas Laile Jaafar (1996), ibu bapa harus sedar jika mereka melakukanhukuman yang terlalu berat ia mungkin akan meninggalkan kesan-kesan hitam dalam hidup anakmereka. Jadi, bagi mengelakkan sesuatu pekara negatif terjadi akibat kesalahan ibu bapa dalammenghukum, membawa anak mereka berjumpa pakar adalah jalan terbaik. Ini

kerana semasadalam perhatian pakar, anak-anak yang bermasalah hiperaktif akan diajar bagaimana untukmenjalinkan hubungan sosial dengan keluarga, rakan dan masyarakat.

Langkah yang seterusnya untuk mengatasi masalah pelajar hiperaktif adalah ibu bapaperlu menjaga aspek pemakanan mereka untuk kesihatan dan perkembangan yang optimum. Dimasa tumbesaran meningkat, perubahan fisiologi berlaku dan mempengaruhi keperluanpemakanan. Jika keperluan ini tidak dipenuhi, ia boleh mempengaruhi kanak-kanak dalambanyak cara seperti mengalami tahap konsentrasi yang rendah, hiperaktif dan penyakit(Kementerian Kesihatan Malaysia, 2008). Bagi mengurangkan tingkah laku hiperaktif ini, ibubapa perlu perlu membekalkan segala keperluan pemakanan yang seimbang dalam hidangananak-anak mereka. Namun walaupun demikian, vitamin B membantu membuka tenaga dalamglukos. Kekurangan vitamin B boleh mengganggu bersifat pembelajaran agresif, dengan menyebabkanperubahan kemurungan. Tiada

perwatakan

termasuk

permusuhan

dan

sumbermakanan yang membekalkan kesemua vitamin B perlukan, oleh itu, kepalbagaian adalah penting(Kementerian Kesihatan Malaysia,2008). Langkah

seterusnya yang boleh diambil adalah melalui rawatan. Berdasarkan kepadacadangan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, ubat-ubatan boleh menurunkan kadarhiperaktiviti dan membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik. Ubat untuk mengawalmasalah ini digunakan untuk jangka masa panjang dan selamat untuk digunakan. Ia disarankanuntuk kanak-kanak yang berusia 6 tahun ke atas. Lazimnya, ubat yang biasa digunakan adalahjenis Methylphenidate (Ritalin). Namun, ubat ini mempunyai kesan sampingan yang biasaberlaku iaitu hilang selera makan, hilang berat badan dan gangguan tidur. Sebelum mengambilubat ini, ibu bapa perlu mendapatkan nasihat doktor dan kesan sampingannya perlu sentiasadipantau

KESIMPULAN

Hiperaktif adalah suatu pola perilaku seseorang yang tidak boleh duduk diam dan memberiperhatian. Guru yang mengajar kanak-kanak harus mempunyai jiwa yang

sabar, tidak mudahmengalah dan sentiasa ceria bersama kanak-kanak ini. Guru haruslah selalu berinteraksidengan pelajar ini supaya mereka rasa dihargai dan disayangi. Pengaruh lingkungan bagianak hiperaktif ini kurang disenangi khususnya bagi teman-teman sebayanya apabila kanak-kanak hiperaktif lebih cenderung menguasai atau menjadi pemimpin di antara teman-temanyang lain. Anak hiperaktif dituntut untuk menyesuaikan diri dengan lingkungan pergaulan.Perhatian diperlukan daripada ibu bapa dan juga guru-guru untuk mengatasinya. Duniakehidupan anak itu penuh dengan kegembiraan dan sukacita, maka kegiatan bercerita dapatmemberi perasaan gembira, lucu dan mengasyikkan. Fenomena ini dapat membantu gurusupaya murid dapat menyesuaikan diri bersama keluarga, rakan-rakan, guru dan

masyarakat.Ahli sosiologi dan psikologi berpendapatbahawa kanak-kanak hiperaktif memerlukanbimbingan atau sokongan ibu bapa dan masyarakat sekeliling.

Anda mungkin juga menyukai