Anda di halaman 1dari 7

SOALAN MODUL KAUB PKB3107 TAJUK 3 : PERATURAN DAN KESELAMATAN DI BENGKEL

DISEDIAKAN OLEH:

Nama No. Matriks No. K/P Kumpulan/Unit

: Nor Shakiah Binti Hussain : 28087 : 750506 01 7460 : PPG PJJ Ambilan Jun 2011 / Unit Pendidikan Khas

Semester

:4

Aktiviti 1 Perbincangan

Apakah yang dimaksudkan dengan bengkel yang selamat?

Bengkel yang selamat ialah bengkel yang terkawal keselamatannya daripada tingkahlaku manusia yang mendatangkan bahaya, mesin atau alat tangan yang tidak selamat serta bahan dan sistem bekerja yang tidak teratur dan sistematik. Ini bermakna bengkel yang selamat ialah sebuah bengkel yang sesuai dan terjamin keselamatannya untuk menjalankan aktiviti perbengkelan. Bengkel yang selamat akan mewujudkan suasana bekerja yang baik dan tenteram supaya tiada berlaku sebarang kecederaan, mengakibatkan bahaya kepada kesihatan dan kehilangan harta dan nyawa. Bengkel yang selamat amatlah penting dalam mencegah kemungkinan berlakunya kemalangan.

Adakah bengkel yang selamat dapat meningkatkan minat dan tumpuan pembelajaran murid?

Ya, minat dan tumpuan murid terhadap pembelajaran juga akan dapat ditingkatkan sekiranya mereka belajar dalam persekitaran yang bersih, selesa dan selamat. Bengkel adalah tempat murid membuat kerja amali dan mengamalkan peraturan keselamatan, etika dan budaya kerja yang baik. Keselamatan dan kebersihan bengkel yang terjamin akan menghasilkan kerja yang sistematik dan membuahkan hasil yang berkualiti. Oleh itu, sebagai seorang guru adalah amat penting untuk memastikan bengkel yang digunakan berada pada tahap keselamatan yang memuaskan.

Aktiviti 2 - Perbincangan Arahan: Jawab soalan dalam bentuk esei dan serahkan kepada pensyarah Soalan latihan Semasa melakukan kerja di bengkel aspek keselamatan menjadi keutamaan kepada individu. Senaraikan ciri-ciri utama bagaimana seseorang individu

mengamalkan keselamatan.

Mengamalkan sikap yang positif serta berdisiplin, bertanggungjawab dan bertolak ansur dalam melakukan kerja di bengkel adalah ciri-ciri amalan budaya kerja yang yang sentiasa memelihara aspek keselamatan. Seseorang murid itu perlulah menjaga

keselamatan diri dan kekemasan fizikal diri dengan sempurna. Murid perlulah memakai pakaian yang kemas dan sesuai serta memakai kasut. Kasut yang dipakai pula perlulah sesuai, bertebat.dan bertumit rendah. Murid juga perlulah berambut pendek dan mengikat rambut dengan kemas sekiranya berambut panjang. Pelajar perempuan yang bertudung perlu mengikat hujung tudung atau dimasukkan ke dalam apron. Apron perlu dipakai sekiranya aktiviti yang dijalankan memerlukan murid memakai apron. Pelindung mata perlulah digunakan untuk kerja-kerja yang tertentu di bengkel. Murid juga tidak dibenarkan memakai barang kemas atau barang perhiasan semasa menjalankan aktiviti di dalam bengkel. Setiap kali selepas menjalankan aktiviti bengkel, seseorang itu perlulah membersihkan tangan dengan mencuci sebersih-bersihnya segala kotoran yang ada. Ini penting bagi mengelakkan sebarang kemungkinan berlaku dari segi kesihatan diri murid.

Sikap dan tingkahlaku yang sesuai juga merupakan ciri-ciri seseorang itu mengamalkan keselamatan bengkel. Mengamalkan sikap yang positif, berdisiplin, bertolak ansur dan bertanggungjawab amat perlu diamalkan semasa berada di dalam bengkel. Murid seharusnya mendapat kebenaran guru sebelum menggunakan mesin dan peralatan di bengkel. Peraturan bengkel perlulah dipatuhi. Begitu juga setiap arahan guru. Semua arahan guru perlu dipatuhi semasa menjalani aktiviti di dalam bengkel. Murid seharusnya tidak bergurau, bermain-main atau bertolak-tolak semasa berada di dalam bengkel..Peralatan yang digunakan perlulah mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Patuhlahi peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan agar tidak berlaku sebarang kemalangan atau kecederaan. Sikap berhati-hati dan sentiasa peka dengan sebarang kejadian juga perlu ada dalam diri setiap murid. Murid perlulan melaporkan dengan segera kepada guru sekiranya berlaku sebarang kemalangan ataupun kerosakan peralatan di dalam bengkel.

Terangkan bagaimana hubungkait alat tangan/ mesin, bengkel/ persekitaran dan rakan anda boleh meningkatkan keselamatan di tempat kerja

Sebelum kita memasuki bengkel maka perlukan kita mengetahui tentang keselamatan di dalam bengkel tersebut. Punca-punca kemalangan atau kecederaan semasa di bengkel biasanya berpunca daripada kerosakan peralatan, persekitaran yang tidak selamat dan juga sikap serta tingkahlaku sesama sendiri ketika melakukan aktiviti bengkel. Dengan kata lain, peralatan, persekitaran dan juga rakan-rakan di dalam bengkel mempunyai kaitan yang kuat dalam memastikan keselamatan di bengkel berada di tahap yang baik. Biasanya di peringkat awal, guru akan memastikan bahawa semua peralatan bengkel adalah selamat untuk digunkan dan dapat berfungsi dengan baik. Keadaan dalaman dan luaran bengkel juga hendaklah dipastikan sentiasa bersih dan keselamatan sentiasa diberi perhatian. Guru juga berperanan untuk menerangkan peraturan keselamatan kepada pelajar-pelajar agar setiap pelajar sentiasa mengawasi sikap dan tingkah laku mereka semasa berada di bengkel. Sekiranya alatan / mesin berada di tahap kefungsian yang memuaskan, kemalangan disebabkan mesin atau alatan dapat dielakkan. Begitu juga halnya sekiranya persekitaran bengkel sentiasa dalam keadaan yang bersih dan selamat, maka setiap aktiviti dapat dilaksanakan dengan baik. Murid juga akan berasa selesa dalam suasana bengkel yang kondusif. Ini dapat menggalakkan sikap dan tingkah laku yang positif kerana murid yang selesa dan gembira akan mampu menjalankan aktiviti dengan baik.

Aktiviti 3 - Perbincangan Arahan: Bincang bersama rakan anda dalam kumpulan dan bentangkanTutorial

Susun atur bengkel adalah satu elemen dalam pengurusan bengkel. Perancangan yang rapi akan memberikan keselesaan dan suasana selamat saemasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Sebagai bakal guru yang akan mengajar murid Pendidikan Khas rancangkan susunatur sebuah bengkel Kemahiran Hidup untuk murid Pendidikan Khas dan berikan pandangan anda tentang susun atur perkara-perkara berikut: 1. Meja kerja 2. Peralatan tangan 3. Mesin mudah alih 4. Stor 5. Aspek keselamatan

RAJAH 1 : PELAN CADANGAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP PENDIDIKAN KHAS

Susunatur perabot dan peralatan di dalam bengkel Kemahiran Hidup bagi kelas Pendidikan Khas merupakan elemen yang perlu diberi perhatian kerana susunator perabot dan peralatan akan memberi kesan terhadap keselamatan dan perjalananan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup di bengkel. Susunator perabot seperti meja kerja, kerusi murid dan juga rak-rak yang digunakan hendaklah disusun dengan mengambil kira factor kelesesaan ruang di mana dapat memberi ruang pergerakan yang sesuai untuk para pelajar bergerak. Elakkan susunan yang sempit yang menyebabkan suasana yang tidak selesa di kalangan para pelajar. Rak-rak alalatan dan juga rak-rak pameran hendaklah diletakkan di bahagian tepi agar tidak mengganggu proses kerja murid semasa aktiviti dijalankan. Pastikan rak-rak bertutup dan boleh dikunci bagi tujuan keselamatan. Stor peralatan hendaklah berkunci dan hanya dibuka apabila diperlukan. Ini untuk mengelakkan para pelajar masuk sesuka hati ke dalam stor yang akan memungkinkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini. Mesin mudah alih pula di letakkan di ruangan yang agak luas dan berada pada punca bekalan elektrik. Penggunaan mesin-mesin ini perlulah di bawah kawalan dan seliaan guru. Pastikan peraturan bengkel dipamerkan untuk rujukan para pelajar. Sebaik-baiknya untuk kelas Pendidikan Khas, pamerkan peraturan yang disertai gambar yang sesuai untuk memudahkan pemahaman murid.

Aktiviti 4 - Perbincangan

Apakah gunanya buku log ini?

Buku

log

merupakan

catatan

yang

mengandungi

maklumat-maklumat

tentang

kemalangan/kecederaan yang berlaku di bengkel. Kegunaan buku log di dalam bengkel adalah amat perlu dan penting kerana segala maklumat kemalangan, kecederaan dan masalah yang timbul semasa berada dalam bengkel boleh diperolehi untuk membuat sebarang keputusan atau tindakan yang selanjutnya. Dengan adanya buku log juga mencerminkan pengurusan bengkel yang sistematik dan teratur. Segala catatan dalam buku log boleh dijadikan sebagai bahan rujukan kepada pihak-pihak tertentu sekiranya tindakan lanjut perlu dijalankan. Catatan log juga menjadi bahan bukti bahawa tindakan dan langkah-langkah pencegahan telah diambil dan dilaksanakan sebaik mungkin. Di samping itu ia dapat menjadi panduan dan langkah berjaga-jaga untuk memastikan kemalangan seumpamanya tidak berlaku di masa-masa hadapan.

Aktiviti 5 Perbincangan

Mengapakah peti pertolongan cemas perlu disimpan di dalam bengkel Kemahiran Hidup?

Peti pertolongan cemas merupakan bahan bantu mula awal yang boleh digunakan sekiranya berlaku sebarang kecederaan kecil. Di dalam peti pertolongan cemas mempunyai segala peralatan dan ubatan asas yang diperlukan untuk menghadapi sebarang masalah atau kecederaan yang dihadapi. Kemalangan atau kecederaan yang ringan perlu diberi rawatan mula sebelum kes-kes tersebut dibawa atau dirujuk ke klinik ataupun hospital. Ini penting untuk mengelakkan kecederaan menjadi lebih seirus jika dibiarkan begitu sahaja sebelum mendapat rawatan lanjut. Jadi, sebagai persiapan awal peti pertolongan cemas amat penting untuk disimpan di dalam bengkel Kemahiran Hidup atau di bilik kerja.

Senaraikan ubat-ubat dan peralatan yang perlu ada di dalam peti pertolongan cemas. a. Kain anduh b. Kain pembalut kasa c. Gunting d. Kapas e. Pin keselamatan f. Sarung tangan

g. Pembalut luka (plaster) h. Larutan antiseptik ( pembasmi kuman ) i. j. Larutan akriflavin ( ubat kuning ) Krim antiseptik

Anda mungkin juga menyukai