Anda di halaman 1dari 3

SK. Sacred Heart English, Sibu.

(I) 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 (II) 2.1 2.2 2.3 (III) 3.1 3.2 3.3 3.4 Kebersihan Diri Pelajar sentiasa menjaga kebersihan badan diri. Rambut pelajar mesti sentiasa pendek, bersih & kemas. Kuku pelajar harus sentiasa pendek & bersih. Pelajar perlu memakai pakaian seragam sekolah yang kemas dan bersih, bersama dengan lencana sekolah, kasut putih dan stoking putih. Baju kemeja putih pelajar mesti dimasukkan ke dalam seluar. Pelajar mesti memakai baju singlet dan baju-T sekolah ketika menjalani Pendidikan Jasmani dan juga Kegiatan Ko-kurikulum. Pelajar tidak dibenarkan barang-barang kemas seperti rantai, cincin dan lain-lain. Kebersihan Kawasan Sekolah Pelajar dilarang membuang sampah sarap di merata tempat. Buangkan sampah ke dalam tong sampah yang disediakan. Pelajar mesti berinisiatif untuk mengutip sampah sarap yang dijumpai pada bila-bila masa. Pelajar tidak dibenarkan menconteng dinding, meja, kerusi, almari, papan tulis, pintu, tingkap dan semua harta benda sekolah. Kebersihan Tandas Sekolah Pelajar harus sentiasa menjaga kebersihan tandas sekolah. Sila tarik air atau tuang air selepas menggunakan tandas. Pelajar tidak dibenarkan membuang sampah ke dalam mangkuk tandas. Gunakan air atau kertas tandas sahaja. Kertas-kertas lain seperti kertas buku latihan, surat khabar dan sebagainya tidak boleh digunakan.

(IV) Disiplin 4.1 Pelajar mesti beratur dan tidak membuat bising ketika: 4.1.1 Masuk/Keluar kelas untuk aktiviti di luar bilik darjah. (PJ, memberus gigi, perhimpunan dan lain-lain) 4.1.2 Waktu Belajar 4.1.3 Waktu Perhimpunan 4.2 Pelajar mesti berada dalam kelas selepas loceng berbunyi untuk kelas bermula. 4.3 Pelajar mesti memakai Pas Keluar jikalau ingin keluar dari kelas mereka. 4.4 Pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah sebelum waktu persekolahan tamat. 4.5 Pelajar yang tidak hadir, dikehendaki membawa surat daripada ibu/bapa/penjaga menyatakan sebab tidak hadir. Sekiranya sakit, sila hantar sijil cuti sakit/resit ke sekolah. 4.6 Pelajar yang tidak hadir lebih dari seminggu tanpa kebenaran Guru Besar dianggap Berhenti Sekolah.

4.7

Pelajar tidak dibenarkan masuk bilik Guru Besar, bilik Guru, bilik Pejabat Sekolah, bilik Perpustakaan, bilik Muzik dan Makmal Sains tanpa kebenaran atau urusan. 4.8 Pelajar mesti sentiasa menghormati Guru Besar, guru-guru, pelawatpelawat, orang-orang yang lebih tua, pengawas-pengawas, ketua darjah dan rakan-rakan sedarjah. 4.9 Pelajar tidak dibenarkan mencuri, berjudi atau melakukan kegiatankegiatan yang berunsur judi, berdendam, memerasugut atau perbuatanperbuatan berunsur jenayah. 4.10 Pelajar pun dilarang membawa barang-barang berharga dan alat-alat permainan ke sekolah. 4.11 Pelajar tidak dibenarkan bermain atau merayau-rayau di kawasan sekolah semasa waktu persekolahan. 4.12 Pelajar tidak dibenarkan berada di kawasan sekolah semasa bukan waktu persekolahan kecuali menghadiri aktiviti sekolah atau disuruh oleh guru. (V) 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 5.6 5.7 5.8 5.9 5.10 5.11 5.12 5.13 5.14 5.15 5.16 5.17 5.18 5.19 Disiplin Di Dalam Kelas Pelajar mesti menumpu perhatian yang penuh semasa guru mengajar. Pelajar mesti menyiapkan semua kerja rumah dengan sempurna. Pelajar mesti menggunakan buku tulis berlambang sekolah. Pelajar harus menjaga buku teks, buku tulis dan buku kerja dengan baik. Pelajar mesti membawa semua buku teks, buku kerja dan buku tulis balik ke rumah setiap hari. Pelajar mesti membawa semua keperluan harian atau kehendak guru seperti alat-alat tulis, rekoder, alat-alat memberus gigi dan lain-lain. Pelajar mesti sentiasa senyap semasa Pengajaran & Pembelajaran dijalankan dan semasa guru tiada di dalam kelas. Pelajar tidak dibenarkan merayau-rayau di dalam kelas. Pelajar tidak dibenarkan berlari sepanjang koridor. Pelajar mesti meminta kebenaran ketika keluar atau masuk kelas. Pelajar tidak dibenarkan keluar tandas 5 minit sebelum dan selepas masa rehat. Hanya seorang pelajar sahaja dibenarkan keluar ke tandas pada sesuatu masa. Pas Keluar mesti dipakai. Pelajar mesti sentiasa menjaga kebersihan dan kecantikan kelas masing-masing. Pelajar mesti menjalankan tugas-tugas yang diagihkan dengan baik dan sempurna. Pelajar harus bekerjasama dengan ketua darjah. Pelajar mesti sentiasa berusaha meningkatkan prestasi pelajaran, kegiatan ko-kurikulum dan pertandingan. Pelajar mesti bertanggungjawab terhadap buku (SPBT) yang dipinjam kepada mereka. Suis elektrik hendaklah dipadamkan apabila tidak berada di dalam kelas terutamanya pada waktu balik. Pelajar haruslah bertanggungjawab terhadap harta benda sekolah.

DIMINTA SEMUA PELAJAR YANG TERLIBAT MEMATUHI PERATURANPERATURAN TERSEBUT UNTUK MENINGGIKAN TARAF AKADEMIK DAN DISIPLIN SK SACRED HEART ENGLISH.

PENOLONG KANAN HEM ( HAYATI BT BUJANG )

GURU BESAR ( LAWRENCE CHAN AH KUI )

Anda mungkin juga menyukai