Anda di halaman 1dari 3

PANDUAN LATIHAN KEBAKARAN SEKOLAH

PELAN LATIHAN KEBAKARAN SEKOLAH KEBANGSAAN SRI SUBANG JAYA

GAMBAR PELAN KEBAKARAN

Latihan kebakaran dilakukan sebanyak dua kali setahun. Sekali pada penggal pertama dan
sekali pada penggal kedua sesi persekolahan. Segala maklumat berkenaan panduan
mengosongkan bangunan ada dilekatkan di dalam setiap kelas dan bilik-bilik khas.

Berikut adalah panduan untuk mengosongkan bangunan:

PANDUAN LATIHAN MENGOSONGKAN BANGUNAN

1. Apabila murid mendengar loceng berbunyi panjang TANPA BERHENTI


latihan mengosongkan bangunan telah bermula.
2. Semua murid hendaklah:
a. berhenti daripada membuat semua kerja.
b. berdiri dengan tenang.
c. membuat barisan dengan serta-merta dan berjalan menuju ke tempat
berkumpul dengan cepat, senyap, tanpa kekecohan, tidak berlari-lari atau
bertolak-tolak antara satu sama lain.
d. mengikut jalan yang telah ditetapkan dalam pelan.
e. guru atau ketua kelas adalah orang terakhir meninggalkan kelas dan
bertanggungjawab untuk menutup suis dan lampu serta semua pintu.
f. semua penghuni diberi 3 minit untuk mengosongkan bangunan.

3. Bagi murid dan guru serta kakitangan yang berada di Bilik Sains, mereka
dinasihatkan untuk menutup/mematikan ibu sawat elektrik/injap gas sebelum
meninggalkan Bilik Sains.
4. Murid-murid dinasihatkan supaya jangan membawa beg sekolah apabila
meninggalkan kelas. Hanya dokumen yang penting seperti kad
pengenalan/dompet perlu diambil.
5. Guru yang mengajar pada masa itu perlu mengarahkan murid ke tempat selamat
(padang sekolah) yang telah ditetapkan dengan kadar segera.
6. Guru dan ketua kelas perlu mengawal murid, menjaga disiplin dan ketenteraman
murid dalam pergerakan menyelamatkan diri.
7. Bagi murid-murid yang tidak berada di dalam bilik darjah ketika loceng
kecemasan dibunyikan (seperti berada di dalam bilik air atau kantin) hendaklah
serta-merta pergi ke tapak selamat seperti yang ditetapkan untuk bersama-sama
dengan murid yang lain.
8. Apabila sampai di tapak selamat (padang sekolah), murid-murid hendaklah
beratur mengikut kedudukan seperti yang telah ditetapkan.
9. Guru kelas akan memastikan semua murid berada di tapak selamat (padang
sekolah). Ketua kelas perlu menolong guru kelas untuk mengira murid-murid
yang telah tiba di tempat yang ditentukan.
10. Jika terdapat murid yang tidak terdapat di tempat perhimpunan, maka guru kelas
hendaklah serta-merta melaporkan nama murid tersebut kepada AJK
Keselamatan.
11. Pihak pentadbir, kakitangan pejabat, staf sokongan dan semua warga SK Sri
Subang Jaya juga harus berada di tapak selamat (padang sekolah).
12. Tidak seorang pun dibenarkan masuk ke dalam bangunan untuk mengambil
barang-barang yang tertinggal.
13. Guru-guru dan kakitangan sekolah mesti mengikut laluan yang ditetapkan.
14. Sekiranya semua berjalan dengan lancar dan tiada masalah murid-murid boleh
balik ke kelas.

TUGAS GURU KELAS

1. Mengawal pergerakan murid meninggalkan bangunan.


2. Mengenalpasti kehadiran murid pada waktu pertama pada hari latihan.
3. Mengambil kehadiran murid semasa latihan berlangsung.
4. Menolong mengawal disiplin murid semasa di berada di tapak selamat
(padang sekolah).

TUGAS GURU YANG SEDANG MENGAJAR

1. Berhenti mengajar dan mengarahkan murid meninggalkan kelas dan menuju


ke tapak selamat (padang sekolah).
2. Mengawal disiplin murid semasa perjalanan ke tapak selamat (padang
sekolah).

TUGAS GURU YANG BERADA DI BILIK DARJAH / KANTIN DAN BILIK-BILIK KHAS

1. Arahkan semua murid keluar dari tempat-tempat tersebut dengan tenang.


2. Tutup semua suis elektrik dan pintu.
3. Iringi murid ke tapak selamat (padang sekolah).
Disediakan oleh:

Unit Keselamatan
SK Sri Subang Jaya

Anda mungkin juga menyukai