Anda di halaman 1dari 3

PERATURAN DALAM BILIK DARJAH 1. Semua murid mesti berada di dalam bilik kelas pada jam 7.45 pagi.

Guru kelas akan mengambil kedatangan murid. 2. Semua murid mestilah menjaga kebersihan bilik darjah masing-masing. 3. Ketua Kebersihan bertanggungjawab memastikan tugas harian dijalankan dengan sempurna. 4. Murid-murid yang bertugas pada hari itu akan menjalankan tugas kelas pada waktu pagi sebelum loceng pertama dibunyikan. 5. Bakul sampah perlu dikosongkan sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula. 6. Apabila guru, Guru Besar atau pelawat masuk ke bilik kelas, murid hendaklah bangun dan mengucapkan selamat. Murid mestilah mengucapkan terima kasih setelah guru, Guru Besar atau pelawat meninggalkan bilik kelas. 7. Semasa pelajaran sedang berjalan, murid tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran guru. Sewaktu pertukaran guru juga murid tidak dibenarkan keluar. 8. Murid yang hendak masuk ke bilik darjah di mana guru sedang mengajar dikehendakki mengetuk pintu terlebih dahulu dan meminta kebenaran masuk. 9. Murid-murid perlu beratur dalam satu barisan dan senyap apabila ke kantin, turun ke padang mahupun makmal. 10. Murid-murid perlu memastikan suis kipas dimatikan apabila meninggalkan bilik kelas samada untuk ke makmal atau waktu pendidikan jasmani. 11. Kelas mestilah berada dalam keadaan bersih, papan hitam mesti dibersihkan, meja dan kerusi diatur sebelum waktu balik. 12. Keselamatan diri adalah tanggungan murid sendiri. Murid mestilah sentiasa menjaga keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti di dalam

bilik kelas. Kemalangan akibat kelalaian sendiri tidak dapat ditanggungjawab oleh pihak sekolah.

SK CONVENT GREEN LANE 11600, JALAN HAMILTON, PULAU PINANG

MISI
y Memastikan penguasaan kemahiran 3M dan mengingkatkan pengatahuan murid. y Membina warga berfikrah memalui kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran. y Melahirkan warga sekolah yang bersahsiah tinggi. y Membina ketrampilan pelajar melalui kokurikulum. y Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk kesejahteraan warga sekolah.

VISI
y SKCGL KEKAL TERBILANG

MOTO

TULUS DENGAN FADILAH AZAM DENGAN BAKTI

Anda mungkin juga menyukai