Anda di halaman 1dari 2

PANDUAN LATIHAN MENGOSONGKAN BANGUNAN

1.
2.

Apabila murid mendengar loceng berbunyi panjang TANPA


BERHENTI latihan mengosongkan bangunan telah bermula.
Semua murid hendaklah:

b
erhenti daripada membuat semua kerja.

b
erdiri dengan tenang.

m
embuat barisan dengan serta-merta dan berjalan menuju ke tempat berkumpul
dengan cepat, senyap, tanpa kekecohan, tidak berlari-lari atau bertolak-tolak
antara satu sama lain.

m
engikut jalan yang telah ditetapkan dalam pelan.

g
uru atau ketua kelas adalah orang terakhir meninggalkan kelas dan
bertanggungjawab untuk menutup suis dan lampu serta semua pintu.

s
emua penghuni diberi 3 minit untuk mengosongkan bangunan.

3.

Bagi murid dan guru serta kakitangan yang berada di Bilik Sains, mereka
dinasihatkan untuk menutup/mematikan ibu sawat elektrik/injap gas sebelum
meninggalkan Bilik Sains.

4.

Murid-murid dinasihatkan supaya jangan membawa beg sekolah apabila


meninggalkan kelas. Hanya dokumen yang penting seperti kad pengenalan/dompet
perlu diambil.

5.

Guru yang mengajar pada masa itu perlu mengarahkan murid ke tempat selamat
yang telah ditetapkan dengan kadar segera.

6.

Guru dan ketua kelas perlu mengawal murid, menjaga disiplin dan ketenteraman
murid dalam pergerakan menyelamatkan diri.

7.

Bagi murid -murid yang tidak berada di dalam bilik darjah ketika loceng kecemasan
dibunyikan (seperti berada di dalam bilik air atau kantin) hendaklah serta-merta pergi
ke tapak selamat seperti yang ditetapkan untuk bersama-sama dengan murid yang
lain.

8.

Apabila sampai di tapak selamat, murid-murid hendaklah beratur mengikut


kedudukan seperti yang telah ditetapkan.

9.

Guru kelas akan memastikan semua murid berada di tapak selamat berpandukan
buku Jadual Kedatangan Murid. Ketua kelas perlu menolong guru kelas untuk mengira
murid-murid yang telah tiba di tempat yang ditentukan.

10. Jika terdapat murid yang tidak terdapat di tempat perhimpunan, maka guru kelas
hendaklah serta-merta melaporkan nama murid tersebut kepada AJK Keselamatan.
11.

Pihak pentadbir, kakitangan pejabat, staf sokongan dan semua warga SK Tagaroh,
Kota Marudu juga harus berada di tapak selamat.

12. Kakitangan pejabat akan membawa semua buku kedatangan murid ke tapak
selamat.
13. Tidak seorang pun dibenarkan masuk ke dalam bangunan untuk mengambil barangbarang yang tertinggal.
14. Guru-guru dan kakitangan sekolah mesti mengikut laluan yang ditetapkan.
15. Sekiranya semua berjalan dengan lancar dan tiada masalah murid-murid boleh balik
ke kelas.

TUGAS GURU KELAS


1.

Mengawal pergerakan murid meninggalkan bangunan.

2.

Mengenalpasti kehadiran murid pada waktu pertama pada hari latihan.

3.
4.

Mengambil kehadiran murid semasa latihan berlangsung berdasarkan buku


kedatangan murid.
Menolong mengawal disiplin murid semasa di berada di tapak selamat.

TUGAS GURU YANG SEDANG MENGAJAR


1.
2.

Berhenti mengajar dan mengarahkan murid meninggalkan kelas dan menuju ke


tapak selamat
Mengawal disiplin murid semasa perjalanan ke tapak selamat

TUGAS GURU YANG BERADA DI BILIK DARJAH / KANTIN DAN BILIK-BILIK KHAS
1.

Arahkan semua murid keluar dari tempat-tempat tersebut dengan tenang.

2.

Tutup semua suis elektrik dan pintu.

3.

Iringi murid ke tapak selamat.

Anda mungkin juga menyukai