Anda di halaman 1dari 3

Peraturan Sekolah

A. Hari Persekolahan

1. Murid-murid mestilah berada di sekolah sebelum jam 1.10 ptg
sehingga jam 6.30 ptg.
2. Murid-murid tidak dibenarkan keluar daru kawasan sekolah
kecuali dengan kebenaran guru yang bertugas atau Guru Besar.
3. Murid-murid perlu bersalaman dengan guru waktu akhir sebelum
murid-murid pulang.

B. Tatatertib Murid-Murid
1. Murid-murid hendaklah sentiasa berkelakuan baik di dalam atau di luar sekolah
2. Murid-murid bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah
Dan dilarang membuang sampah di merata-rata tempat. Buang sampah ke dalam
bakul sampah yang telah disediakan.
3. Murid-murid bertanggungjawab menjaga alatan sekolah dan harta benda sekolah.
4. Murid-murid dilarang membuat bising ketika berada di dalam kelas.
5. Murid-murid ditegah mencuri.
6. Murid-murid ditegah bergaduh, bertumbuk atau berkelahi sesama sendiri.
7. Murid-murid dilarang berlari atau berkejar dalam bilik darjah atau di
kaki lima sekolah.
8. Murid-murid ditegah meludah di merata-rata tempat.
9. Murid-murid tidak di benarkan makan dan minum di dalam kelas pada waktu
rehat dan semasa guru sedang mengajar.
10. Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada waktu rehat.

C. Tempat Letak Basikal
1. Setiap murid mesti menyusun basikal masing-masing dengan teratur di bangsal. Pastikan
basikal dikunci dengan baik.
2. Semasa balik, murid-murid tidak dibenarkan berebut-rebut.
3. Murid-murid yang berbasikal tidak dibenarkan menunggang basikal apabila berada di
dalam kawasan sekolah.

D. Semasa Masuk Dan Keluar Kelas
1. Murid-murid mesti beratur sebelum masuk ke bilik darjah selepas loceng berbunyi.
2. Murid-murid mesti beratur semasa hendak keluar rehat atau pada waktu hendak
pulang.
3. Murid-murid mesti beratur semasa pergi dan balik dari bilik tayangan, bilik
perpustakaan, bilik kemahiran hidup dan waktu kelas Pendidikan Jasmani.
4. Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah semasa pelajaran berjalan
Kecuali atas sebab tertentu dengan keizinan dan kebenaran guru. Semasa keluar dari
bilik darjah, murid-murid mesti memakai kad "Kebenaran Keluar Kelas" yang telah
disediakan.

E. Kantin Sekolah
1. Murid-murid tidak dibenarkan membeli makanan pada waktu belajar.
2. Murid-murid mesti beratur semasa membeli makanan. Ditegah berebut-rebut.
3. Murid-murid mesti makan di kantin ataupun di tempat-tempat yang disediakan.

F. Peraturan Pakaian Sekolah
Murid Lelaki
1. Berbaju kemeja putih lengan pendek, berseluar panjang biru gelap dan bertali leher
paras pinggang.
2. Berkasut kanvas putih dan sarung kaki putih.
3. Bagi murid yang bersongkok, warna yang dibenarkan ialah hitam.
4. Murid-murid dibenarkan memakai tali pinggang hitam sahaja.
5. Bagi pengawas lelaki, mestilah berbaju kemeja biru muda lengan panjang.
6. Baju tidak boleh dilepas keluar.

Murid Perempuan
1. Berbaju kurung putih danberkain susun biru atau bergaun biru gelap dan bertali leher
paras pinggang.
2. Berkasut kanvas putih dan sarung kaki putih
3. Murid digalakkan bertudung. Tudung mestilah berwarna putih berbentuk tida segi yang
berjahit tanpa kerongsang atau pin.
4. Pengawas perempuan berbaju kurung biru muda, berkain susun dan bertudung biru gelap
serta berkasut kulit hitam dan sarung kaki hitam.

G. Rambut
1. Rambut murid lelaki mestilah tidak mencecah telinga dan kolar baju.
2. Rambut murid perempuan yang melepasi bahu mestilah diikat dengan reben hitam atau
putih dan tidak dibenarkan memakai sebarang hiasan dikepala.

H. Peraturan Am
1. Murid-murid tidak boleh memakai selipar ke sekolah kecuali atas sebab kesihatan.
3. Murid-murid perempuan tidak boleh memakai cincin, gelang tangan dan rantai leher
ke sekolah walaupun bertudung.
4. Murid-murid tidak dibenarkan memakai riben dan sepit rambut yang berwarna-warni.
Cekak dan sepit yang berwarna putih dan hitam sahaja yang dibenarkan.

I. Penggunaan Bilik Air dan Tandas
1. Murid-murid mestilah menanggalkan kasut sekolah sewaktu hendak masuk ke bilik
air dan tandas.
2. Jangan membuang sampah dan benda-benda pejal ke dalam tandas.

Anda mungkin juga menyukai