Anda di halaman 1dari 3

BENGKEL PENINGKATAN KEPIMPINAN PENGAWAS 2016

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI JELOK, 43000 KAJANG, SELANGOR


A.

MENAIKKAN BENDERA
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Pengawas bertugas perlu memasang bendera setiap pagi yang diambil di pejabat
sekolah.
Pada perhimpunan rasmi bendera Malaysia sahaja dinaikan seiring dengan
nyanyian lagu Negaraku, Manakala untuk Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah,
pengawas perlu berdiri tegak sahaja.
Semasa lagu dinyanyikan, semua pengawas dan murid mesti berdiri tegak dalam
keadaan sedia, dengan tangan rapat di sisi dan menyanyi dengan penuh semangat.
Semua bendera hendaklah diikat dengan betul, menggunakan ikatan buku sila.
Sebelum hujan , pastikan bendera diturunkan dan disimpan di pejabat sekolah.
Bendera perlu dikibarkan separuh tiang apabila Negara dalam keadaan
berkabung.
Pengawas petang dikehendaki menurunkan bendera sebelum waktu balik.

B.

BACAAN DOA DAN IKRAR TAHUN 6


1. Semua pengawas perlu merujuk jadual bertugas pada papan kenyataan yang
ditampal (sebelah luar dewan) sebelum hari perhimpunan rasmi (Isnin).
2. Bacaan Doa hendaklah dibaca setiap kali perhimpunan rasmi oleh pengawas
bertugas.
3. Lafaz doa hendaklah dilakukan dengan intonasi yang betul dan penuh khusyuk
untuk memastikan semua murid dapat menghayatinya.
4. Pengawas perlu menghafal doa untuk memastikan kelancaran dan perlu mendapat
bimbingan daripada Ustaz, Ustazah ataupun Guru Pembimbing Kumpulan
Pengawas masing-masing.
5. Sebelum ikrar dilafazkan, pastikan semua murid tahun 6 berdiri dalam keadaan
sedia, tegakkan badan dan tangan kanan diangkat pada paras bahu.
6. Bacaan ikrar hendaklah dilafazkan satu persatu untuk memudahkan murid-murid
tahun 6 yang lain melafazkannya bersama-sama.
7. Pengawas yang dipilih untuk melafazkan ikrar tahun 6 wajib menghafal Ikrar
tersebut.
8. Arahan AP diberi sebagai isyarat kepada semua murid tahun 6 untuk mengangkat
tangan kanan pada paras bahu sebelum ikrar dilafazkan dan apabila selesai, arahan
AP juga diberikan sebagai isyarat tangan diturunkan.

C.

PAGAR DAN TEMPAT LETAK BASIKAL


1. Pengawas bertugas mesti berada di pintu pagar antara pukul 7:05 pagi hingga 7:20
pagi.
2. Pengawas mesti mencatat nama mengikut kelas dan masa di dalam buku catatan
yang disediakan. Pengawas juga perlu mendapatkan maklumat dengan bertanyakan
sebab serta menasihati murid agar tidak melakukannya lagi. Murid-murid yang
datang lewat lebih daripada 3 kali seminggu, perlu dilaporkan kepada Guru
Disiplin.
3. Pengawas perlu memastikan semua murid, yang berjalan kaki serta berbasikal
menggunakan pagar kecil sahaja. Pagar utama adalah untuk kenderaan guru-guru /
kakitangan sekolah.
4. Pengawas perlu memastikan murid-murid yang berbasikal menuntun basikal
mereka masuk melalui pagar kecil sekolah ke tempat letak basikal.
5. Pengawas bertugas perlu juga memastikan murid-murid berbasikal meletakkan
basikal mereka dengan keadaan teratur di tempat yang ditetapkan untuk basikal
sahaja.
1

6. Pada waktu balik (1:10 tengah hari atau 6:30 petang) pengawas bertugas mesti
berada di pagar untuk memastikan semua murid keluar dengan teratur dan lancar.
Murid-murid yang berbasikal boleh beredar selepas murid-murid berjalan kaki
keluar melalui pagar kecil.
D.

TANGGA DAN KELAS


1. Pengawas bertugas mesti memastikan semua murid menggunakan tangga yang
betul setiap masa kecuali urusan rasmi ke pejabat atau pun bilik guru.
2. Murid-murid mesti menggunakan tangga-tangga yang telah ditetapkan untuk
mereka.
3. Pengawas perlu mengiringi kelas-kelas mereka sambil memastikan murid-murid
berselawat atau berzikir sambil berjalan ke kelas dengan keadaan teratur.
4. Pengawas bertugas di Blok A dan Blok B perlu memastikan semua murid turun ke
bawah (di kantin / gelanggang tengah) setelah loceng dibunyikan untuk rehat atau
perhimpunan.
5. Pastikan kelas berada dalam keadaan baik, bersih dan semua suis dipadamkan
sebelum murid-murid keluar dari kelas. Laporkan kepada Guru Bertugas jika ada
kelas yang tidak memadamkan suis lampu dan / atau kipas.
6. Pada waktu rehat, semua murid mesti turun ke kantin. Semua murid tidak
dibenarkan berada di dalam kelas kecuali ada seorang guru di dalam kelas
tersebut. Pengawas yang bertugas di Blok A dan Blok B mesti meronda blok
masing-masing untuk memastikan tiada murid berada di dalam kelas.
7. Pada waktu Pendidikan Jasmani , Pendidikan Muzik, Rekabentuk Teknologi (RBT)
atau Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), murid-murid tidak dibenarkan
berada di dalam kelas. Apabila beredar dari kelas ke bilik-bilik khas, seperti Makmal
Sains, Bengkel Rekabentuk Teknologi, Makmal Komputer atau Pusat Sumber
Sekolah, murid-murid mesti beratur dahulu sebelum berjalan. Pegawas dan Ketua
Kelas / Penolong Ketua Kelas kelas tersebut mesti memastikan murid-murid
beredar dengan senyap dan teratur.
8. Pengawas bertugas di Blok A dan B juga perlu memastikan murid-murid tidak
merayau ataupun berkeliaran di kawasan bilik darjah ataupun di sekitar
gelanggang di tengah bangunan sekolah pada waktu rehat.
9. Semua murid dibenarkan menggunakan tandas di tingkat bawah pada waktu
rehat sahaja. Tetapi, Pengawas bertugas di Blok A dan B harus memastikan muridmurid yang pergi ke tandas keluar dengan segera ke kantin.
10. Semua murid tidak dibenarkan berada di dalam Dewan pada waktu rehat, tanpa
kebenaran guru.

E.

KANTIN DAN DATARAN ILMU


1. Semua Pengawas dibenarkan keluar 10 minit lebih awal, sebelum rehat untuk
makan sebelum menjalankan tugas / mengawal kelas. Pengawas
mesti
mengiringi murid balik ke kelas mereka.
2. Pengawas bertugas di kantin sila pastikan murid beratur mengikut laluan yang
ditetapkan semasa membeli makanan.
3. Semasa murid-murid lain sedang makan dan selepas makan, pengawas yang
bertugas di kantin dan *di bantu pengawas yang bertugas di pagar mesti
memastikan tiada sisa-sisa makanan atau plastik ditinggalkan di atas meja.
4. Pengawas bertugas mesti memastikan tiada murid-murid berlari, bermain atau
berkeliaran di belakang Makmal Komputer, di dataran ilmu, terutamanya
berhampiran dengan kereta guru-guru atau di garaj kereta, tepi pagar serta di
tempat letak basikal.
5. Murid-murid juga dilarang memanjat bukit dan mendekati pagar di tepi dan di
belakang kantin.
2

6. Semua murid dilarang berada atau makan di tempat-tempat yang berlabel merah
pada waktu rehat, seperti di dewan atau di gelanggang tengah bangunan sekolah.
7. Pengawas dikehendaki mencatat nama dan kelas murid-murid yang engkar
mematuhi peraturan
dan seterusnya maklumkan kepada Guru Pembimbing
Kumpulan / Guru Disiplin untuk tindakan susulan.
F.

PERHIMPUNAN RASMI DAN ACARA RASMI DI DATARAN ILMU


1. Semua Pengawas bertugas perhimpunan, terutamanya Ketua Kumpulan, mesti
datang ke sekolah lebih awal pada hari Isnin, iaitu sebelum pukul 7:10 pagi.
2. Pembimbing Rakan Sebaya akan menyusun semua kerusi guru di atas pentas
(jika di dewan) dan di tepi laluan gajah menyusur serta di bahagian tepi pondok
pengawal sebelum loceng berbunyi.
3. Pengawas bertugas menaikkan bendera mesti mengambil ketiga-tiga bendera dari
pejabat sekolah dan memasangkan bendera-bendera tersebut dengan betul dan
kemas sebelum perhimpunan rasmi bermula.
4. Pengawas yang bertugas sebagai Pengacara Majlis mesti mendapatkan maklumat
seperti nama guru bertugas minggu lepas dan guru bertugas minggu ini, sebelum
perhimpunan rasmi bermula.
5. Pengawas yang bertugas melafaz Doa dan Ikrar Tahun 6 mesti bersedia di tepi /
atas pentas untuk menjalankan tugas masing-masing.
Pengacara Majlis
perhimpunan mesti menghafal skrip pengacara dan semua Pengawas mesti
menghafal Doa manakala Pengawas tahun 6 yang terpilih mesti menghafal Ikrara
Tahun 6.
6. Semasa perhimpunan rasmi atau perhimpunan harian biasa, semua pengawas
mesti berada di belakang / depan kelas yang telah ditetapkan dalam jadual
bertugas pengawas.
7. Sekiranya terdapat murid-murid yang bising, bercakap atau bermain-main dalam
barisan kelas, pengawas mesti menegur mereka dengan nada yang tegas ( tanpa
bahasa yang kasar atau kesat ) serta memastikan mereka senyap dan memberi
tumpuan kepada guru / pentadbir sedang memberi ucapan.
8. Setelah kelas yang dijaga itu senyap dan bersedia, pengawas boleh beredar ke
belakang / depan barisan kelas tersebut.
9. Semasa perhimpunan harian biasa, pengawas perlu memastikan kelas jagaannya
itu duduk dengan senyap dalam barisan. Murid-murid yang tidak memberi tumpuan,
bermain, bercakap atau mengganggu murid lain semasa guru bertugas sedang
bercakap mesti di tegur. Murid-murid yang engkar, mesti dibawa ke hadapan untuk
tindakan guru bertugas.
10. Nama dan kelas murid-murid yang melanggar peraturan, engkar mematuhi teguran
atau melawan arahan pengawas mesti dicatat dalam buku catatan pengawas
dengan mencatit tarikh, hari dan masa kejadian dan dimaklumkan kepada guru
kelas / penyelaras tahun / disiplin untuk tindakan selanjutnya.
11. Selepas majlis perhimpunan rasmi tamat, Ketua kumpulan bertugas perhimpunan,
mesti memastikan ahli PRS yang bertugas menyimpan semula kerusi-kerusi atau
meja-meja yang digunakan di atas pentas / tapak perhimpunan. Pengawas akan
mengiringi murid-murid kelas jagaannya balik ke kelas masing-masing.

Disediakan oleh Unit Disiplin & Pengawas SKSJ

Anda mungkin juga menyukai