Anda di halaman 1dari 3

BIDANG TUGAS PENGAWAS

1. Menjaga dan memastikan pelajar mematuhi peraturan sekolah.


2. Menunjukkan sifat kepimpinan serta menjadi role model kepada pelajar-pelajar.
3. Membantu guru disiplin bagi mengenalpasti pelajar yang melanggar peraturan sekolah.
4. Membantu pihak sekolah dalam semua program yang memerlukan khidmat badan
pengawas.
5. Mengawal ketenteraman kelas bersama ketua tingkatan jka guru-guru terlibat dengan
sebarang program.
6. Memelihara keamanan dan keharmonian sekolah.

PANDUAN TUGAS KHAS

1. Pagar Utama/Kantin dan Surau

Mengawasi kawasan pagar seawal 7.15 pagi dan mengalu-alukan kedatangan pelajar
ke sekolah.
Mencatat nama pelajar yang datang lewat (lebih dari 7.30)
Memastikan semua pelajar mematuhi peraturan seperti lengkap berpakaian sekolah,
memakai lencana, tali leher (pelajar lelaki), kasut dan stokin sekolah.
Memantau pelajar yang membawa basikal agar tidak mengayuh basikal di dalam
kawasan sekolah. Memastikan mereka mengheret basikal.
Memastikan pelajar yang menunggang motosikal meletakkan motosikal mereka di
luar kawasan sekolah di tempat yang disediakan.
Memastikan pelajar tidak melepak dan berkumpul di surau tanpa guru.
Memastikan pelajar terkawal semasa rehat, mematuhi peraturan kantin, menegur
pelajar yang melanggar peraturan dan mencatat nama jika tidak mengindahkan
teguran.
Memastikan pelajar meletakkan gelas dan pinggan di tempat yang disediakan.
Membuat catatan dan laporan pelajar yang melanggar peraturan.

2. Blok KH/PSV/Makmal

Memastikan tidak ada pelajar di blok ini pada perhimpunan pagi.


Mengawasi dan membuat rondaan pada waktu rehat, membuat catatan dan laporan
pelajar yang melanggar peraturan.

3. Blok Koperasi

Memastikan pelajar tidak duduk di dalam kelas pada waktu pagi.


Mengawasi pelajar beratur di luar kelas jika hari hujan
Membuat rondaan pada waktu rehat dan membuat catatan dan laporan pelajar yang
melanggar peraturan.
Memastikan pelajar tidak duduk di dalam kelas pada waktu rehat.
4. Blok BOSS (SPBT)

Memastikan pelajar tidak duduk di dalam kelas pada waktu pagi.


Mengawasi pelajar beratur di luar kelas jika hari hujan
Membuat rondaan pada waktu rehat dan membuat catatan dan laporan pelajar yang
melanggar peraturan.
Memastikan pelajar tidak duduk di dalam kelas pada waktu rehat.

5. Pejabat/Dataran Haramayni

Memastikan persiapan perhimpunan pagi berjalan dengan lancer.


Ketua kumpulan membuat persediaan bagi pengerusi majlis, bacaan ikrar, zikir
munajat dan doa.
Kawalan pelajar
Menyediakan susunan kerusi dan rostrum, menyimpan semula selepas perhimpunan
selesai.
Sistem siaraya.

6. Dewan Al Falah/ Stor Sukan

Memastikan tidak ada pelajar di kawasan ini pada masa perhimpunan pagi.
Mengawasi pelajar beratur di luar kelas jika hari hujan
Memastikan pelajar tidak duduk di dalam kelas pada waktu rehat.
Membuat rondaan pada waktu rehat, membuat catatan dan laporan pelajar yang
melanggar peraturan.
Mengawasi pagar belakang jika pelajar datang lewat (lebih 7.30) dan membuat
catatan dan laporan pelajar yang melanggar peraturan sekolah.

7. Tempat Letak Basikal

Memastikan pelajar lelaki meletakkan basikal di tempat letak basikal lelaki dan
pelajar perempuan di tempat letak basikal perempuan
Memastikan basikal diletak dengan elok dan tersusun
Memastikan tiada pelajar yang melepak atau berkumpul di kawasan tempat letak
basikal
Memantau disiplin pelajar.

8. Perhimpunan

Pengawas bertugas mingguan


Bacaan doa
Kawalan pelajar
Susunan kerusi guru dan rostrum, menyimpan semula selepas perhimpunan selesai
Sistem siaraya
9. Tugas Ketua Kumpulan

Memantau semua pengawas ketika menjalankan tugas.


Memberi teguran jika pengawas tidak menjalankan tugas dengan baik
Merujuk kepada PK HEM, guru disiplin atau guru penasihat jika terdapat kes yang
memerlukan tindakan segera.
Membuat laporan setiap minggu dan menyerahkan kepada Guru Penasihat Badan
Pengawas untuk semakan.
Menunjukkan sifat kepimpinan dan teladan yang baik kepada pengawas di bawah
jagaan masing-masing.
Menjaga kebajikan dan mengenalpasti masalah pengawas di bawah jagaannya.

Anda mungkin juga menyukai