Anda di halaman 1dari 8

BIDANG TUGAS PENGAWAS DAN BIRO-BIRO ASRAMA

KETUA PENGAWAS

1. Memastikan visi dan misi pengawas diketahui, difahami dan dilaksanakan

oleh semua pengawas.

2. Memastikan peranan Jawatankuasa Pengawas diketahui, difahami dan

dilaksanakan.

3. Menjadi pemimpin/ketua kepada semua pengawas.

4. Sentiasa memperlihatkan kepemimpinan/ketokohan sebagai pengawas.

5. Memberikan arahan dan mengagihkan tugas pengawas berdasarkan arahan

guru dan pentadbir sekolah.

6. Memastikan setiap biro jawatankuasa pengawas merancang dan

melaksanakan aktiviti dengan bimbingan guru pengawas.

7. Memastikan tugasan dan arahan dipatuhi oleh semua pengawas.

8. Menerima dan menyemak laporan mingguan setiap biro sebelum dihantar

kepada guru pengawas.

9. Mengadakan perjumpaan pengawas seperti yang diarahkan oleh guru

pengawas.

10. Mempengerusikan mesyuarat pengawas dan perjumpaan pengawas.

PENOLONG KETUA PENGAWAS

1. Mengambil alih tugas-tugas ketua pengawas semasa ketiadaannya.

2. Membantu ketua pengawas melaksanakan setiap tugasan yang

dipertanggungjawabkan.

3. Membantu mengagihkan tugas kepada para pengawas.

4. Membimbing pengawas dalam menjalankan tugas.

TAHFIZ MUTMAINNAH LILBANAT BKP 23/24


KETUA ASRAMA
PENOLONG KETUA ASRAMA

TAHFIZ MUTMAINNAH LILBANAT BKP 23/24


BIRO DISIPLIN

SEKOLAH

1. Mengawal disiplin pengawas dan biro asrama.

2. Menasihati dan melaporkan murid yang melakukan kesalahan kepada

guru disiplin.

3. Membantu guru disiplin membuat pemeriksaan ke atas murid atau

pengawas apabila diarahkan oleh pentadbiran sekolah.

4. Menyediakan notis salah laku.

5. Meronda kawasan yang telah ditetapkan mengikut jadual bertugas.

6. Membantu guru disiplin mencatat nama murid yang melakukan salah

laku dalam buku laporan salah laku.

7. Membantu guru bertugas untuk mencatat murid yang datang lewat.

8. Mengemas kini fail disiplin biro.

9. Merekod kesalahan disiplin pengawas dan biro.

ASRAMA

1. Memastikan penghuni asrama mematuhi jadual harian dan peraturan

asrama.

2. Mencadangkan langkah-langkah yang sesuai bagi mencegah masalah

disiplin.

3. Membantu Warden ketika pemeriksaan asrama dijalankan.

4. Bekerjasama dengan Warden ketika latihan kebakaran diadakan.

5. Membuat laporan kepada Ketua Warden mengenai masalah disiplin.

6. Memaklumkan kepada pelajar tentang arahan pihak sekolah dari

semasa ke semasa.

TAHFIZ MUTMAINNAH LILBANAT BKP 23/24


BIRO KEBAJIKAN

1. Merancang aktiviti bagi menjaga kebajikan pelajar.

2. Membantu pelajar hidup selesa dan harmonis di sekolah dan asrama.

3. Melapor dan mengambil tindakan yang perlu terhadap pelajar yang sakit dan

bermasalah.

4. Mengurus dan menjaga peti kecemasan dan melaporkan sekiranya

kekurangan ubat-ubatan atau barang keperluan lain kepada pihak

pengurusan asrama.

5. Membantu pengurusan asrama menyalurkan kemudahan di asrama.

6. Membantu mengurus dan melaksanakan program yang berkaitan dengan

kebajikan penghuni di asrama.

7. Memberi cadangan dan pandangan tentang kebajikan pelajar kepada

pengurusan asrama.

TAHFIZ MUTMAINNAH LILBANAT BKP 23/24


BIRO KEROHANIAN

SEKOLAH & ASRAMA

1. Membantu guru menyediakan doa-doa yang lengkap untuk majlis-majlis

rasmi atau semasa perhimpunan.

2. Membaca doa untuk majlis-majlis rasmi atau semasa perhimpunan.

3. Membuat jadual giliran tugas buat semua pelajar untuk membaca doa dan

bacaan buku Pelajar Cemerlang pada setiap perhimpunan mingguan.

4. Membantu meningkatkan nilai akhlak murid tanpa mengira latar belakang

mereka.

5. Mengatur program-program kerohanian dan sahsiah untuk pengawas dan

biro.

6. Menerbitkan buletin yang berkaitan dengan peningkatan motivasi diri

pelajar.

7. Merancang dan melaksanakan aktiviti kerohanian dengan kelulusan pihak

pengurusan asrama.

8. Memastikan semua pelajar solat berjemaah di Musolla pada setiap waktu.

9. Memastikan aktiviti kerohanian di asrama berjalan dengan lancar.

10. Membantu Warden untuk membentuk sahsiah dan peribadi pelajar yang

mulia.

11. Memastikan ikatan persaudaraan / persahabatan sesama pelajar terjalin

dengan baik.

12. Membantu dan membimbing pelajar yang kurang kefahaman dalam

penghayatan agama.

13. Bekerjasama dengan unit lain di sekolah dalam melaksanakan aktiviti

kerohanian.

TAHFIZ MUTMAINNAH LILBANAT BKP 23/24


BIRO 3K (KECERIAAN, KEBERSIHAN & KESELAMATAN)

SEKOLAH & ASRAMA

1. Memastikan bilik-bilik khas, ruang legar serta papan kenyataan dalam

keadaan ceria, bersih dan kemas.

2. Membuat laporan dari semasa ke semasa kepada guru pengawas

tentang bilik-bilik khas dan kawasan sekitar sekolah.

3. Memastikan semua fail pengawas berada dalam keadaan baik dan

tersusun.

4. Merancang dan melaksanakan program kebersihan dan keceriaan di

sekolah dan asrama.

5. Memastikan semua pelajar menjaga kebersihan dan keceriaan di bilik,

kelas, tandas, musolla, bilik-bilik khas serta persekitaran asrama dan

sekolah.

6. Membuat laporan kebersihan dan keceriaan asrama kepada Warden

dan kebersihan sekolah kepada guru bertugas.

7. Bekerjasama dengan pihak pekerja kebersihan sekolah.

8. Membuat laporan dan mengambil tindakan yang sewajarnya jika perlu.

TAHFIZ MUTMAINNAH LILBANAT BKP 23/24


BIRO SUKAN

SEKOLAH & ASRAMA

1. Melaksanakan sebarang aktiviti sukan di sekolah dan asrama.

2. Menyediakan info berkenaan sukan dalam bentuk buletin atau

dipaparkan pada papan kenyataan.

3. Merancang dan melaksanakan aktiviti sukan / riadah dengan kelulusan

pihak pengurusan asrama.

4. Memastikan semua pelajar terlibat dalam aktiviti sukan.

5. Memastikan jadual aktiviti sukan dipatuhi oleh pelajar.

6. Memastikan keadaan gelanggang / padang dan peralatan selamat

untuk digunakan.

7. Memastikan alatan sukan mencukupi dan membuat laporan jika perlu.

8. Menguruskan rekod keluar masuk / pinjaman alatan sukan di asrama.

BIRO PELAJARAN

SEKOLAH & ASRAMA

TAHFIZ MUTMAINNAH LILBANAT BKP 23/24


BIRO TUGAS-TUGAS KHAS

SEKOLAH & ASRAMA

1. Membantu dalam menguruskan sistem siaraya semasa majlis rasmi

dan perhimpunan sekolah.

2. Menyediakan tempat duduk untuk pentadbir sekolah serta guru-guru

semasa majlis perhimpunan.

3. Memastikan perjalanan perhimpunan berjalan lancar tanpa sebarang

gangguan.

4. Melaporkan keselamatan sekolah kepada guru bertugas.

5. Menguruskan protokol bagi sesuatu majlis.

6. Melaksanakan program yang memerlukan tindakan segera seperti:-

a. Gotong-royong perdana sempena program tertentu.

b. Mengadakan jamuan asrama.

c. Menganjurkan program kokurikulum di asrama (muhadharah).

d. Demonstrasi pengurusan diri, pakaian, bilik, katil dan almari.

e. Hari Terbuka (lawatan ke asrama)

f. Lain-lain program yang berkaitan.

TAHFIZ MUTMAINNAH LILBANAT BKP 23/24

Anda mungkin juga menyukai