Anda di halaman 1dari 6

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

‫الحمد هلل رب العالمين والصلوة السالم على اشرف األنبياء والمرسلين‬


‫وعلى أله وصحبه أجمعين‬.
‫رب اشرح لي صدري ويسر لي امري‬
‫وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي‬.

Assalamualaikum. WBT

Yang berusaha Ustazah Mariam Jamilah Binti Yusof, Mudirah Tahfiz Mutmainnah
Lilbanat, Yang di hormati penceramah jemputan Al Fadhil Ustaz Jamaludin Bin
Ahmad, barisan guru-guru penolong kanan, guru-guru seterusnya para pelajar yang
dikasihi sekalian. Pertamanya, marilah kita memanjatkan rasa syukur sambil
mengucapkan kalimah Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah
kurnia dan hidayahNya jua, mengizinkan kita berhimpun dan bertemu sekali lagi
sempena menyambut Maal Hijrah 1445 Hijrah peringkat Tahfiz Mutmainnah Lilbanat.
Tidak lupa selawat serta salam kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW
dan para sahabat di atas segala pengorbanan dan perjuangan agong menegakkan
syiar Islam di segenap penjuru bumi Allah. Mudah-mudahan berkat tahun baru ini,
kita sentiasa dikurniakan kekuatan dan keikhlasan untuk meneladani pengorbanan
dan ketaqwaan generasi Islam terdahulu.

Warga dewan yang dirahmati sekalian,

Sebelum kita mendengar ceramah yang akan disampaikan oleh tuan penceramah
kita, izinkan saya membacakan serba sedikit biodata tentang Penceramah jemputan
kita pada kali ini.

Tuan Penceramah jemputan kita bernama Ustaz Jamaludin Bin Ahmad. Beliau
merupakan guru di Tahfiz Mutmainnah yang juga turut berkhidmat sebagai imam di
Masjid Ibadurrahman. Beliau mendapat pendidikan di
____________________________________________.
___________________________________________________________________
Hadirin dan hadirat yang dikasihi,

Tanpa melengahkan masa, majlis diteruskan dengn ceramah oleh penceramah


jemputan kita. Oleh itu, marilah kita sama-sama meminjamkan sebentar mata,
telinga dan hati kita agar ilmu yang bakal di sampaikan dapat kita hayati dan
manfaat bersama. Sehubungan dengan itu, majlis dengan penuh takzim
mempersilakan Yang di hormati Al Fadhil Ustaz Jamaludin Bin Ahmad untuk
menyampaikan ceramah beliau.

CERAMAH

Demikian tadi ceramah yang telah disampaikan dengan pengajaran jua teladan.
Semoga apa yang telah di sampaikan sebentar tadi dapat menambahkan ilmu dan
dijadikan amalan dalam kehidupan seharian kita sebagai umat Islam. Majlis
merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Jamaludin atas pengisian yang
sungguh bermakna.

Seterusnya majlis dengan penuh takzim menjemput Ustazah Mariam Jamilah Binti
Yusof untuk menyampaikan sedikit cenderahati buat Ustaz.

Hadirin dan hadirat yang dirahmati sekalian

Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati sebentar tadi, maka majlis sudah


sampai ke penghujungnya. Saya juga selaku pengerusi majlis memohon ribuan
kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.

Dengan itu majlis disudahi dengan wabillah... wassalamualaikum... dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai