Anda di halaman 1dari 3

BIDANG TUGAS AJK & PENGAWAS

KETUA PENGAWAS
1. Memastikan aktiviti Lembaga Pengawas berjalan dengan lancar.
2. Memastikan ahli Lembaga Pengawas menjalankan tugas yang telah ditetapkan.
3. Mempengerusikan Mensyuarat Lembaga Pengawas
4. Menyelia aktiviti Lembaga Pengawas
5. Mengadakan perbincangan dengan Exco Tertinggi untuk membuat tindakan yang
melibatkan kepentingan semua pengawas.
6. Mengetuai segala upacara rasmi Lembaga Pengawas.
7. Menjadi lambang kecekapan Lembaga Pengawas
8. Menjadi teladan dan panduan kepada ahli Lembaga Pengawas dan pelajar lain.

PENOLONG KETUA PENGAWAS


1. Menjalankan semua tugas-tugas Ketua Pengawas sewaktu ketiadaan beliau
2. Membantu Ketua Pengawas dalam pelbagai aspek Lembaga Pengawas
3. Membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan ahli Lembaga Pengawas
4. Menjadi teladan kepada ahli Lemabaga Pengawas dan pelajar lain.

SETIAUSAHA
1. Membuat urusan surat menyurat berkenaan Lembaga Pengawas
2. Menguruskan Mesyuarat Lembaga Pengawas
3. Menyediakan Minit Mesyuarat
4. Membuat laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan
5. Memastikan pengurusan Lembaga Pengawas didokumenkan
6. Menyediakan jadual bertugas pengawas

KETUA MENENGAH RENDAH


1. Memastikan Pengawas Menengah Rendah menjalankan tugas yang telah ditetapkan.
2. Membuat laporan mengenai Pengawas Menengah Rendah
3. Menjadi lambang kecekapan Lembaga Pengawas
4. Menjadi teladan dan panduan kepada ahli Lembaga Pengawas dan pelajar lain.

BENDAHARI
1. Menyimpan rekod kewangan Lembaga Pengawas dengan baik
2. Mengutip bayaran yuran bulanan, dan lain-lain bayaran setelah mendapat keizinan
dari guru pengawas.
3. Menjadi penasihat kepada Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas.
4. Menyerahkan rekod kewangan kepada guru penasihat bila diperlukan.
5. Memastikan keadaan kewangan Lembaga Pengawas dalam keadaan stabil.
AJK TINGKATAN 2 / EXCO KECERIAAN
1. Memastikan bilik gerakan pengawas sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih
2. Meronda kawasan sekolah dan bilik darjah bagi memastikan keadaan sentiasa bersih,
ceria dan selamat.
3. Memastikan lampu, kipas dan pintu kelas tertutup sewaktu pelajar keluar rehat dan
bertanggungjawab mencatat kelas yang telah melanggar disiplin dan peraturan sekolah
4. Menyediakan laporan dalam fail biro
5. Memastikan kantin dalam keadaan bersih
6. Menjadi tulang belakang dalam menjaga dan mengawal kebersihan sekolah ketika
sesuatu aktiviti dijalankan.

AJK TINGKATAN 3 / EXCO KEBAJIKAN


1. Memastikan kebajikan pengawas dijaga
2. Menolong guru-guru sekiranya terdapat pelajar yang sakit
3. Mencatat nama pengawas yang balik awal atau sakit
4. Menyiapkan laporan setiap hari dalam fail biro
5. Memastikan harta pengawas mencukupi

AJK TINGKATAN 4 / EXCO TUGASAN KHAS


1. Memastikan perhimpunan rasmi atau perhimpunan harian berjalan dengan lancar
2. Memantau tugasan seperti Siar Raya, Bendera, Barisan Murid, Pembaca Doa, Pembaca
Ikrar dan Pengacara Majlis
3. Memastikan ketiga-tiga bendera telah dipasang di tiang serta pengawas yang bertugas
menaikkan bendera sudah bersedia
4. Menyediakan laporan dalam fail biro

AJK TINGKATAN 5 / EXCO KESELAMATAN


1. Memastikan keselamatan harta sekolah dan murid terkawal
2. Memantau tempat – tempat murid melepak di kawasan sekolah
3. Meronda kawasan sekolah berdasarkan jadual bertugas
4. Membuat laporan harian dalam fail biro
5. Memastikan murid menggunakan laluan yang dibenarkan sewaktu datang dan balik dari
sekolah
6. Menerima dan mencatat aduan gangguan / ancaman keselamatan pengawas / murid dan
laporkan kepada Guru Pengawas / Disiplin.

PENGAWAS
1. Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar
2. Menjaga imej dan nama baik sekolah
3. Menghormati dan membantu guru dan rakan pelajar
4. Mencegah kes jenayah di sekolah
5. Pandai membahagikan masa antara pelajaran dan tugasan harian
6. Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas dengan penuh dedikasi
7. Mendisiplinkan diri dan rakan pelajar yang lain
8. Patuh kepada peraturan dan ketepatan masa

Anda mungkin juga menyukai