Anda di halaman 1dari 4

Senarai tugas guru biasa

1. SENARAI TUGAS GURU BIASA

Tugas utama bagi seseorang guru adalah untuk mengajar dan mendidik. Walau bagaimanapun,
berikut disenaraikan tugas-tugas lain sebagai panduan guru. Senarai Tugas

1.0 Tugas Mengajar


1.1 Mengajar mata-mata pelajaran yang layak sejumlah waktu yang ditetapkan.
1.2.Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan
sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan.
1.3 .Memahami dan mematuhi Pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan
mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus
dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai
pada akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan.
1.4. Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar yang kemas kini dan menyerahkan
kepada Guru Besar pada masa yang ditetapkan.
1.5. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap
untuk tempoh setahun/sepenggal/seminggu/harian dan melaksanakan pengajarannya
mengikut Rancangan Pelajaran yang disediakan.
1.6. Menyediakan dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku
latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan/ menunjukkan buku
latihan murid kepada Guru Besar/wakilnya pada masa yang dikehendaki.
1.7. Menjalankan Ujian Bulanan dan penilaian kepada pelajar. Merekodkan soalan-soalan
dan keputusan ujian dalam Buku Rekod Mengajar.
1.8. Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/bimbingan.
1.9. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri dan mematuhi serta
melaksanakan keputusan mesyuarat Panitia.
1.10. Guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang di-
keluarkan Kementerian Pendidikan/Jabatan Pendidikan/PPD.
1.11. Menghadiri mesyuarat/taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama ada
yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan/Jabatan Pendidikan Negeri/PPD.
Menyampaikan semula maklumat kepada guru lain yang mengajar mata pelajaran
yang sama.
1.12 Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi
mata pelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan
pembelajaran.
1.13 Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran dan
pembelajaran untuk tindakan selanjutnya.
1.14 Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan
dan memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan secara meluas.
Bertanggungjawab dalam menambahkan alat bantuan mengajar bagi memperkayakan Pusat
Sumber Sekolah.
1.15 Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.
1.16 Membantu menguruskan Bank Soalan.

2.0 Pentadbiran bilik darjah:

2.1 Menyimpan daftar kelas.


2.2 Mengawal dan menyelia keadaan di bilik darjah.
2.3 Hubungan surat-menyurat dengan ibu bapa/penjaga.
2.4 Kutipan segala yuran (Yuran Sekolah, derma PIBG dan lain-lain pungutan).
2.5 Buku Penyata Kemajuan Pelajar/Kad Ujian Bulanan.
2.7 Buku Pelaporan Kokurikulum.
2.8 Penyediaan surat-surat akuan sijil.

3.0 Peperiksaan Dalaman:

3.1 Penyediaan soalan-soalan ujian/peperiksaan (Bulanan/penggal/tahunan).


3.2 Pengawasan peperiksaan.
3.3 Memeriksa, memberi markah dan memproses skrip.
3.4 Penggredan markah
3.5 Penganalisisan keputusan.

4.0 Penjagaan Disiplin:

4.1 Membantu pengawasan disiplin pelajar-pelajar pada amnya.


4.2 Perhubungan dengan ibu bapa/penjaga.
4.3 Memeriksa kebersihan peribadi dan pakaian pelajar-pelajar.
4.4 Menasihati dan menunjuk ajar.
4.5 Kebersihan bilik-bilik darjah dan kawasan sekolah.

5.0 Pentadbiran Sekolah:

5.1 Koordinasi skim-skim kerja dalam pelbagai kelas atau mata pelajaran.
6.2 Jadual Waktu.
6.3 Membantu mentadbir bilik-bilik khas (makmal Pusat Sumber dan lain-lain.
6.4 Buku-buku teks.
6.5 Biasiswa dan kebajikan.
6.6 Perpustakaan.
6.7 Bimbingan dan kerjaya.

6.0 Aktiviti-aktiviti Ko-kurikulum:

6.1 Menjalankan aktiviti-aktiviti di dalam premis sekolah mengikut peraturan- peraturan yang telah
ditetapkan.
6.2 Merancang melaksanakan, menyelia, merekodkan dan melaporkan setiap aktiviti ko- kurikulum.

7.0 Tugas-tugas Separa Profesional:

7.1. Tugas-tugas ini adalah tugas-tugas yang mempunyai hubungan secara tidak langsung dengan
pelajar-pelajar.
7.2. Aktiviti-aktiviti di luar kawasan sekolah (lawatan ke satu-satu tempat, permainan-
permainan/perlawanan sukan, pertandingan di antara sekolah- sekolah dan sebagainya).
7.3. Projek-projek pembangunan sekolah.
7.4. Perayaan-perayaan awam/upacara-upacara khas.
7.5. PIBG.
7.6. Menghadiri dan mengambil bahagian dalam hal-hal yang berhubung dengan profesion
dari masa ke masa.
8.0 GURU BERTUGAS HARIAN/MINGGUAN

8.1. Guru bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan
bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit setelah sekolah berakhir.
8.2. Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sarap telah dibuang dan lampu serta
kipas / tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.
8.3. Mengawasi disiplin pelajar di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng
pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan
munasabah jika perlu.
8.4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah.
8.5. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah.
8.6. Menguruskan rawatan pelajar yang sakit dan menghantar mereka ke hospital/ke rumah.
8.7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama pelajar yang memohon.
8.8. Mengawasi pelajar menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan masa
pertukaran guru.
8.9. Mengurus hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.
8.10. Menentukan keselamatan pelajar di sekitar kawasan sekolah dan mengawasi harta benda
sekolah.
8.11. Mencatat kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan unit beruniform
dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan.
8.12. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/minggu
dalam Buku laporan Bertugas, antara perkara yang dicatat ialah :-
-kedatangan pelajar , guru dan staff sokongan
-pelajar ponteng, tidak hadir atau sakit.
-ucapan/pengumuman dalam perhimpunan.
8.13.Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporkan
terus kepada Guru Besar supaya tindakan segera dapat diambil.

9.0 Perhimpunan

9.1. Memastikan semua guru dan pelajar menghadiri perhimpunan


9.2. Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah disediakan
9.3. Memastikan pelajar telah beratur dengan kemas.

10.0 JAWATANKUASA PANITIA MATA PELAJARAN

10.1. Guru-guru mata pelajaran berkenaan menjadi anggota panitia.


10.2. Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi pencapaian akademik dalam peperiksaan
UPSR.
10.3. Membincangkan hal-hal yang berikut:-
-. Rancangan Pelajaran.
-. Buku Teks
-. Sukatan Pelajaran dan huraian
- Peningkatan pengajaran dan pembelajaran
- Peperiksaan dan penilaian.
- Bahan Alat Bantu Mengajar
-. Pemulihan
- Kerja Latihan
10.4 Implementasi Rancangan Akademik Sekolah Jangka Panjang dan Jangka Pendek.
10.5 Meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran.
10.6 Melaksana rancangan lima tahun akademik sekolah(Pelan Strategik,Pelan Taktikal dan
Pelan Operasi)
11.0 GURU RUMAH SUKAN

11.1. Memastikan adanya senarai ahli Rumah Sukan yang lengkap (guru dan pelajar).
11.2. Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
11.3. Membentuk jawatankuasa rumah di kalangan pelajar yang meliputi olahraga dan
permainan.
11.4. Menjalankan mesyuarat agung rumah sukan dan permainan.
11.5. Sentiasa berbincang dengan Setiausaha Sukan/Penolong Kanan HEM/Kanan
Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah.
11.6. Memastikan laporan aktiviti Rumah Sukan disediakan untuk edaran dan rekod.

12.0 GURU PENASIHAT PERSATUAN

12.1. Membentuk jawatankuasa persatuan/kelab.


12.2. Memastikan aktiviti persatuan selaras dengan objektif sekolah.
12.3. Memastikan adanya peraturan/perlembagaan.
12.4. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar dan menyerahkannya kepada
Penyelaras untuk simpanan dan rekod.
12.5. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
12.6. Merancang strategi untuk peningkatan persatuan/kelab cara yang sesuai.
12.7. Membuat anggaran pendapatan dan perbelanjaan.
12.8. Mengurus kewangan, harta benda dan peralatan persatuan/kelab.
12.9. Memastikan minit mesyuarat dan laporan kegiatan disediakan dan difailkan.
12.10.Melaporkan kepada Penolong Kanan HEM/Penolong Kanan Kokurikulum tentang
perkembangan persatuan/kelab.
12.11. Bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menjayakan aktiviti-aktiviti seperti Hari
Kokurikulum, Hari Sukan, Hari Ucapan, Hari Guru dan lain-lain.
12.12. Menguruskan surat-menyurat dan segala keperluan untuk kegiatan luar sekolah

Anda mungkin juga menyukai