Anda di halaman 1dari 2

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PANITIA

MATA PELAJARAN
Tanggungjawab Umum

1. Membantu Pengetua merancang, mengelola dan melaksanakan


program kecemerlangan khusus kepada mata pelajaran berkaitan di
sekolah.
2. Menggalakkan guru-guru mata pelajaran memperbaiki atau membina
kompetensi, sikap, kepimpinan, pengetahuan, kemahiran dan sahsiah
dalam pengurusan kurikulum.

Bidang tugas

1. Mengetahui panitia mata pelajaran serta mengganggotai Jawatankuasa


Kurikulum Sekolah.
2. Merancang, dengan kerjasama semua ahli panitia, segala aktiviti untuk
meningkatkan pencapaian pelajaran berkaitan termasuk pencerapan
P&P.
3. Menjadi pemudahcara di antara panitia mata pelajaran dengan semua
pihak yang lain mengenai semua hal berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran dan juga pengurusan mata pelajaran berkaitan.
4. Menyelaras kerja-kerja akademik guru-guru mata pelajaran bagi kelaskelas yang berkenaan.
5. Berhubungan erat dengan semua anggota ahli panitia untuk mendapat
tahu tentang kemajuan-kemajuan yang dicapai, masalah-masalah yang
dihadapi dan langkah-langkah yang harus diambil untuk memperbaiki
mutu pengajaran dan pencapaian.
6. Menentukan penggunaan Sukatan Pelajaran yang betul dan sentiasa
mengetahui perubahan berlaku.
7. Mendapatkan naskah Sukatan Pelajaran yang betul daripada
Setiausaha Peperiksaan/Pengetua.
8. Bertanggungjawab tentang rancangan pelajaran bagi semua tingkatan
serta member perhatian tentang rancangan kerja pelajar-pelajar.
9. Menyelaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan dan pemeriksaan
kertas jawapan.
10. Membantu pengetua memeriksa//menyemak gerak kerja pelajarpelajar dalam mata pelajaran berkaitan.
11. Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan bagi mata
pelajaran berkaitan dan memikirkan cara-cara untuk memajukan
pencapaian dari semasa ke semasa.

12. Membekalkan buku-buku rujukan guru kepada guru-guru mata


pelajaran serta memungut kembali pada akhir sesi persekolahan.
13. Memberikan senarai buku mata pelajaran berkaitan yang ingin dibeli
untuk perpustakaan kepada guru perpustakaan/pusat sumber.
14. Mengkaji dan menentukan jenis-jenis serta bilangan buku
kerja/tambahan yang perlu digunakan oleh pelajar bagi tiap-tiap
tingkatan.
15. Mengkaji buku-buku contoh yang dikirimkan oleh pihak penerbit dan
menentukan pemilihan buku-buku untuk digunakan sebagai buku teks.
16. Mengumpulkan sekurang-kurangnya dua salinan soalan-soalan
peperiksaan dalaman dan luar untuk dijilidkan dengan baik dan
seterusnya menyerahkan kepada Guru Pusat Sumber sebagai bahan
rujukan.
17. Menyelenggarakan dengan sempurna, lengkap dan kemaskini
kenyataan khas mata pelajaran berkaitan.
18. Mengadakan mesyuarat panitia (formal) sekurang-kurangnya sekali
sepenggal atau lebih kerap lagi, jika perlu (atau mengikut takwim
sekolah)
19. Melengkapkan diri dengan perkembangan yang terbaru dalam
pendidikan mata pelajaran berkaitan melalui bacaan, menghadiri
kursus/seminar atau mesyuarat yang berkaitan. Alam perkataan lain,
Ketua Panitia Mata Pelajaran haruslah menunjukkan kepimpinan yang
dinamis dan inovatif sebagai teladan kepada semua ahli panitia.
20. Menjalankan semua arahan yang diberikan oleh Pengetua/GPK dari
semasa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai