Anda di halaman 1dari 1

AKTIVITI PROGRAM IKATAN DAN SIMPULAN

1. Semua murid berkumpul mengikut unit beruniform masing-masing dengan membawa tali
(kecuali yang terlibat dengan pertandingan masakan) di dewan as syafie.
2. Guru unit beruniform akan membawa murid mengikut unitnya masing-masing ke lokasi yang
bersesuaian untuk mengajar 4 jenis ikatan dan simpulan serta kegunaannya seperti berikut:-
i. Buku sila
ii. Bunga geti
iii. Simpul Manok
iv. Tindih kasih
3. Masa yang diberikan adalah selama 1 jam.
4. Guru unit beruniform memilih 5 murid terbaik dalam setiap unitnya bagi menyertai
pertandingan di dewan as syafie.
5. Peserta pertandingan akan diminta untuk membuat ikatan dan simpulan yang telah
dipelajari,menyatakan kegunaannya dan dipersembahkan dalam bentuk pameran mengikut
kreativiti masing-masing.
6. Peserta pertandingan dikehendaki membawa peralatan seperti berikut:-
I. Gunting
II. Pita pelekat
III. Alat tulis (seperti marker pen,pensil warna dll)

(Pihak urusetia hanya menyediakan manila kad dan tali sahaja semasa pertandingan)

7. Murid-murid lain yang tidak terlibat dalam pertandingan turut hadir berkumpul di dewan
sebagai penonton.

AKTIVITI PERTANDINGAN MASAKAN

1. Guru unit beruniform memilih 10 murid terbaik dalam setiap unitnya bagi menyertai
pertandingan masakan yang akan diadakan di kantin SKPT.
2. Setiap unit beruniform akan diberikan RM20.00 bagi membeli bahan-bahan yang hendak
digunakan dalam pertandingan masakan.
3. Peralatan semasa pertandingan memasak perlu dibawa sendiri oleh setiap unit
beruniform.Pihak urusetia hanya menyediakan perkara berikut sahaja:-
I. Dapur gas mudah alih
II. Tabung gas mudah alih
III. Bahan Surprise.
4. Masa yang diberikan untuk pertandingan masakan ini ialah selama 1 jam 45 minit.
5. Semua peserta bebas memilih jenis masakan yang hendak dimasak mengikut kreativiti masing-
masing,tetapi wajib memasak dan menghidangkan bahan wajib (surprise) yang disediakan oleh
urusetia.
6. Guru unit beruniform tidak dibenarkan berada di kawasan masakan murid.

Anda mungkin juga menyukai