Anda di halaman 1dari 18

MENITI GARIS PELANGI

Suasana suram dan pilu semakin menyelubungi kamar tidurku. Matahari senja telah lama gugur dari
lindungan langit. Cuaca mendung pada malam ini seakan-akan mengerti kesedihan yang sedang hebat
melanda naluriku. Malam dicengkam kedinginan seolah-olah ingin memuntahkan selautan hujan untuk
menenggelamkan bumi dan sekaligus menghapuskan kedukaanku.Seingat-ingatku, sudah empat hari aku
memencilkan diri di dalam kamar ini.Mama dan papa serta Mak Timah saban hari mmujukku dari luar
bilik. Tapi, ternyata usaha mereka selama ini menuju kegagalan. Aku hanya keluar apabila perutku mula
terasa lapar yang amat sangat. Itupun ketika semua orang di dalam Anggerik Villa ini sedang melayari
mimpi yang indah dan mengasyikkan. Ketika itu aku persis seorang pencuri yang ingin mencuri makanan
di dalam rumahnya sendiri.Kejadian lima hari lepas benar-benar meruntun hati dan perasaanku. Aku telah
kehilangan seseorang yang amat kusayangi. Dia seorang yang begitu memahami fe'elku. Kenapa ini
semua terjadi? Kenapa terlalu awal Zam pergi Kenapa Zam tinggalkanku terkapar-kapar seorang diri di
sini? Kenapa dunia ini tak berlaku adil? Kenapa semua orang yang kusayangi dan baik padaku pergi
tinggalkanku? Kenapa tidak orang yang kubenci selama ini?Persoalan demi persoalan begitu kerap
bertandang dan mengetuk kamar hati dan ruang mindaku. Ia sentiasa berputar ligat di dalam fikiranku
namun tiada jawapan yang boleh aku berikan untuk memujuk hatiku yang keluh-kesah dan gelisah seperti
cacing kepanasan ini.Tiba-tiba aku terpandang sebuah rumah kristal yang dihadiahkan oleh Zam di atas
meja tulis. Aku mengambilnya lalu kutatapi dan kurenunginya. Kau begitu mulia Zam. Sanggup kau buat
semua ini semata-mata inginkan aku sentiasa mengukirkan senyuman. Tapi kini bagaimana aku harus
senyum?Padahal kau baru saja pergi Zam. Ini benar-benar berlawanan dengan prinsip hidupku.
Bergembira di atas kesengsaraan dan penderitaan orang. Perkara ini tidak ada dan tidak akan sesekali
wujud dalam kamus hidupku. Bagaikan terbayang-bayang wajah Zam yang kutatapi buat kali yang
terakhir.Masih lagi terngiang-ngiang di telingaku segala pesanan dan amanat terakhirnya. Ia bagaikan
sebuah wayang gambar yang sedang berputar memainkan cereka yang penuh tragis di dalam fikiranku.
Tanpa kusedari dan kupinta, air jernih mula bertakung di kolam mataku dan mula mengalir lagi untuk
kesekian kalinya. Aku sendiri tidak pasti sudah berapa kali aku menangis dan meratapi pemergiannya.
Aku sedar ini semua adalah takdir Illahi. Tiada siapa yang mampu melawan kehendak-Nya. Aku juga
menyedari akan hakikat ini. Namun yang pasti aku tidak dapat menerima pemergiannya secara tiba-tiba.
Zam pergi di saat-saat kami ingin menggapai impian dan cita-cita yang telah kami bina bersama-sama
selama ini. Tahun ini adalah tahun penentuan masa depan kami. Tapi sayang sekali Zam tidak akan
sempat menunaikan perjanjian yang telah kami tandatangani dengan keazaman kami berdua. Kucuba
kuatkan semangatku yang masih berbaki persis sebesar zarah agar dapat membimbingku ke jalan yang
benar. Aku membaca serangkai dua doa penenang jiwa agar boleh mengubati hatiku yang tidak keruan
ini. Andai waktu boleh berputar, ingin sekali aku kembali ke masa silam di saat-saat aku menangis dan
ketawa bersama-sama dengan Zam. Kenangan pada masa itu mula membesar dan menjajahi seluruh
benakku. Aku terlalu rindukan saat-saat itu.
________________________________________________________________________
Suasana di dalam kelas tingkatan 5 Sains 1 hingar-bingar lantaran Cikgu Mariam, guru subjek Biologi tidak
hadir ke sekolah. Keadaan yang sedia bising itu bertambah bising disebabkan aku bertengkar dengan Zam
kerana dia menuduh aku ada affair dengan pelajar baru kelas sebelah yang baru masuk ke sekolah ini
minggu lepas. Aku menafikannya tapi Zam tidak mempercayainya lantas menuduhku sudah tidak mahu
berkawan dengannya lagi.Gara-gara peristiwa inilah aku dan Zam hampir mencetuskan Perang Dunia
Ketiga. Sakit hati, terkilan, kecil hati dan bengang meradak hatiku sekaligus akibat perbuatan Zam yang
seakan-akan tidak percayakanku lagi. Dia sanggup mempercayai orang lain dan bukannya diriku ini
sebagai kawan karibnya. Lantas aku bergegas ke taman mini sains sekolah yang berhampiran dengan
kelasku setelah agak lama kami bertikam lidah. Selain itu aku sedar semua yang ada di dalam kelas
sedang menonton drama yang sedang kami lakonkan ini. Zam dengan pantas pula mengekori jejak
langkahku dan aku membiarkannya saja kerana tidak mahu bertengkar lagi.Zam mengekori setiap
langkahku dan perbuatanku hinggakan aku bosan dengan sikapnya itu. Apa kena dengan Zam ni Dahlah
ikut saja ke mana orang pergi, apa orang buat, senyum-senyum pulak tu. Tambahkan sakit hati aku
adalah. Zam senyum-senyum seperti kerang busuk ni macam nak sindir aku saja. Dah tu pandang aku tak
berkelip-kelip. Aku sekadar diam seribu bahasa walaupun matanya tak lepas memandangku, tapi aku buat
tak tahu saja. Setelah agak lama kebisuan bermaharajalela, aku lihat Zam kegelisahan seperti cacing
kepanasan dan mulutnya terkumat-kamit seakan ingin berbicara denganku.
Eida, janganlah macam ni. Maafkan Zam okay, Zam mula memujukku. Suasana sunyi dan senyap yang
bermaharajalela tadi bertempiaran lari. Zam sudah membuka mulutnya tapi aku masih lagi membatu.
Eida, maafkanlah Zam. Zam tahu Zam salah. Zam tahu semua ni silap Zam kerana tak percayakan Eida.
Zam juga tau Eida tak buat camtu. Hisham dan Adnan tu yang buat cerita tentang Eida dengan budak baru
tu. Dia orang cakap, dia orang ada nampak Eida keluar dengan budak tu kat KLCC minggu lepas. Siap
pegang-pegang tangan dan peluk-peluk lagi. Manalah Zam tak hot. Tapi, bila Zam tengok Eida bermati-
matian menafikannya, barulah Zam percaya. Sorrylah Eida, sebab Zam lebih percayakan kata-kata orang
lain daripada best friend Zam sendiri. Hukumlah Zam kalau Eida masih tak puas hati lagi. Zam sudi terima
apa saja hukuman daripada Eida, Zam menjelaskannya dengan panjang lebar.
Setelah agak lama aku membiarkan Zam bercakap seorang diri, akhirnya aku memulakan percakapanku
walaupun dengan nada merajuk dan berkecil hati.
Pergilah Zam, tinggalkan Eida sendiri di sini. Eida tak perlukan Zam lagi. Zam pun tentu tak ..
Kenapa Eida kata macam tu? Zam tetap perlukan Eida. Eida begitu penting buat diri Zam. Masakan Eida
boleh kata macam tu, potong Zam. Zam seperti tidak suka aku cakap begitu. Seharusnya Zam faham
perangaiku yang memang pantang apabila orang menuduhku yang bukan-bukan padahal aku tidak buat
perkara tersebut.
Why not, aku bersuara lantang seakan-akan ingin mengajak Zam bertikam lidah lagi. Tapi seketika
kemudian aku menyedari kesilapanku lantas aku diam sebentar untuk menenangkan hatiku yang mula
panas. Zam terkesima dengan perkataanku sebentar tadi. Keadaan kembali sepi seperti tadi. Kami berdua
diam seribu bahasa melayani perasaan masing-masing dalam beberapa minit.Kalau macam tu Eida mesti
senyum, ketawa dan gembira seperti dulu. Janganlah tarik muka empat belas lagi. Lagipun orang yang
suka masam dan cepat marah ni lekas tua tau. Zam tak maulah kawan dengan orang yang lekas tua ni,
nanti tak pasal-pasal berjangkit kat Zam pulak, usik Zam tidak mahu mengalah.
Alah Eida, senyumlah sikit. Zam dah penat tau pujuk Eida ni. Nanti kalau Zam tak mau kawan dengan
Eida, Eida juga yang tak ada kawan. Nanti tak akan ada siapa yang nak kawan dengan Eida lagi tau.
Lagipun, siapa lagi yang boleh tahan dengan perangai Eida yang kuat merajuk ni kalau bukan kawan Eida
yang sorang ni, usik Zam lagi setelah usikannya tadi tidak mampu mengubah pendirianku.
Walaupun begitu, aku rasa amat gelihati selepas dia menghabiskan ayatnya yang terakhir itu. Aku sendiri
pun tak sangka aku boleh termakan dengan usikannya yang begitu bersahaja dan selamba tu. Walau
bagaimanapun, aku berpura-pura tidak mengendahkan kata-katanya itu. Aku cuba jual mahal dengannya.
Padan muka, biar dia tahu betapa susahnya nak memujuk aku. Siapa suruh dia tak percayakan aku. Ikut
lagi nasihat Adnan dan Hisham tu. Aku hampir-hampir nak ketawa tapi kutahan juga supaya Zam tidak
perasan bahawa kata-katanya tadi mampu menundukkan egoku.
Senyumlah sikit, sayang. Kalau sayang nak tahu, senyuman sayang tu mampu menyejukkan dan
menggetarkan hati abang yang gundah-gulana ni tau.Serta-merta tawaku meletus setelah aku cuba
menahannya sejak dari tadi. Usikan Zam dengan memanggilku sayang sebentar tadi benar-benar
menggelikan hatiku.
Apalah Zam ni, panggil Eida sayang pulak. Dah buang tabiat ke? Zam ni demam ke? Kalau demam, boleh
Eida temankan Zam jumpa doktor, balasku sambil mengusiknya.
Tapi kan, Eida rasa tekak Eida ni loya semacam aje. Eida rasa tekak Eida nak terkeluar aje bila dengar
Zam kata macam tu tadi, sambungku pula sambil ketawa.
Ha.. kan dah senyum tu. Siap ketawa lagi. Kan ke betul kata Zam, bila Eida ketawa dan ditambah pula
dengan senyuman Eida yang manis tu, serta lesung pipit yang dalam tu, alam ini akan terus ceria, usik
Zam lagi tanpa membalas kata-kataku sebentar tadi.
Dahlah tu Zam, janganlah usik Eida lagi. Balasku dengan nada yang manja.
Ok, Ok! Zam tak akan usik Eida lagi. Maafkanlah Zam ye, Eida. Zam janji Zam tak kan ulangi lagi. Aku
memandang mukanya sekilas. Kesian pula aku tengok mukanya yang ingin meminta simpatiku itu.
Takkan maaf aje kut. Tak ada apa-apa ke, balasku dan ingin lagi jual mahal.
Oklah. Apa saja yang Eida mahu Zam akan tunaikan. Cakaplah apa dia.
Kalau Zam dah kata macam tu, apa kata kalau Zam belanja Eida makan di gerai-gerai, takpun pergi
KFC. Balasku mengusik.
Amboi, amboi ! Lebih-lebih pulak dia ni. Orang bagi betis, dia nak peha.
Bukan ke Zam dah janji, yang Zam akan tunaikan apa saja yang Eida minta. Tak adillah kalau macam ni.
Oklah, Zam boleh belanja Eida makan. Tapi tak bolehlah di KFC. Nanti overlah bugdet Zam bulan ni.
Tapi. Kalau. di kantin tu bolehlah, ujar Zam mengalah.
Oklah, kantin pun kantinlah. Asalkan ada orang yang nak belanja Eida hari ni sudah. Selamat duit poket
Eida hari ni. Kalau camtu, apa yang nak ditunggu lagi. Jomlah kita pergi, kalau tak nanti habis pulak
makanan di sana. Nanti terlepas peluang untuk makan makanan yang dibelanja orang.
Begitulah kami hari-hari. Kalau sehari kami tidak bertengkar, kami mengibaratkan dunia ini seperti
kekurangan sesuatu yang amat berharga dan tidak ternilai. Aku dan Zam boleh diibaratkan seperti isi
dengan kuku. Kami tidak dapat dipisahkan lagi dan saling bantu-membantu dalam segala hal. Tapi, ada
kalanya pula kami seperti anjing dengan kucing. Pantang kami bersua muka, pasti ada saja yang ingin
ditengkarkan. Kawan-kawan dan semua orang yang mengenali diri kami akan berasa pelik dan hairan
dengan telatah dan perbuatan dalam perhubungan kami. Sekejap berbaik, sekejap bermusuh. Orang lain
tidak akan dapat memahaminya. Hanya kami sahaja yang memahami tentang perhubungan
kami.Sebenarnya, aku dan Zam telah lama berkawan, sejak kami berumur 5 tahun lagi. Kami selalu berada
dalam kelas yang sama daripada sekolah rendah sampai sekolah menengah. Kami telah masak dengan
perangai masing-masing. Tiada lagi rahsia antara kami. Kami seringkali berkongsi problem. Zam adalah
teman yang pernah mengusap air mataku yang gugur pada waktu aku dilanda kesedihan. Selain itu aku
juga menjadi pendengar paling setia pada cerita-ceritanya yang gembira mahupun yang pilu. Tahun ini
kami akan menduduki exam yang bakal menentukan masa depan kami, iaitu SPM. Kami mempunyai
impian dan harapan yang sama, iaitu kami ingin menjadi seorang doktor pakar bedah bahagian otak yang
berdedikasi pada suatu hari nanti.Kami juga turut berkongsi hobi yang sama. Di Sekolah Menengah Sains
Damansara Utama ini, semua guru mengenali kami. Bolehlah dikatakan kami famous di sekolah. Kami
famous bukan kerana masalah disiplin tapi kerana kecemerlangan akademik dan ko-kurikulum kami.
Setiap tahun aku dan Zam sentiasa menjadi pelajar terbaik di antara tingkatan di sekolah kami. Walaupun
pada hakikatnya taraf kehidupan kami amat jauh bezanya ibarat langit dengan bumi tapi aku tidak
sesekali memandang rendah kepadanya. Zam tinggal di rumah teres kos rendah di kaki bukit, manakala
aku pula tinggal di dalam sebuah villa tiga tingkat di puncak bukit yang berhampiran dengan rumah Zam.
Ayah dan ibu Zam hanyalah pekerja kilang di bandar metropolitan ini. Zam adalah anak yang kedua
daripada enam orang adik beradik yang masih kecil. Berlainan pula dengan aku, papa seorang tokoh
korporat yang berjaya. Mama pula seorang peniaga butik yang terkenal di ibukota ini. Aku pula
merupakan anak tunggal dalam keluargaku.Sungguhpun begitu aku bersyukur kerana walau sesibuk
manapun mama dan papa bekerja, mereka tetap dapat meluangkan masa untukku dan selalu
bertanyakan apakah peristiwa yang telah berlaku di sekolah setiap hari. Mereka juga tidak menghalang
aku untuk berkawan dengan sesiapa pun. Aku tidak berlagak seperti kawan-kawanku yang datang
daripada keluarga berada. Aku tetap naik bas sewaktu pergi dan balik sekolah walaupun pada awalnya
dilarang oleh mama.Memandangkan exam sudah hampir tiba, kami sering study bersama-sama di bawah
pokok sena di hadapan rumah Zam. Suasana di situ nyaman dan menyegarkan membuatkan kami selesa
membuat homework dan disscus tentang pelajaran kami. Minggu bertukar menjadi bulan, bulan berganti
bulan, kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh setiap calon SPM. Kertas yang bakal kujawab nanti
akan menentukan nasibku kelak. Adakah aku akan berjaya untuk mencapai impianku yang kugantungkan
setinggi lelangit rumah itu?. Tanggal 10 November 2001 adalah tarikh keramat semua calon SPM seluruh
Malaysia.Sebelum pergi ke sekolah seperti biasa dengan Zam, mama dan papa tidak lupa memberi kata-
kata semangat dan perangsang buat kali yang terakhir kepadaku. Pada mulanya mama dan papa ingin
menghantarku ke sekolah, tapi aku menolak dengan lembut dengan alasan tidak mahu menyusahkan
mereka berdua di samping aku ingin menemani Zam.
You can do it, honey. I know you can. Trust me. Try your best. Ingat Allah banyak-banyak, ye. This is very
important for your future. May god bless you, Mama berpesan sambil mengucup dahi dan pipiku
dengan penuh belaian kasih sayang seorang ibu.
Ingat Allah banyak-banyak. Sebelum masuk dewan baca doa dan ayat kursi dulu. Jawab dengan tenang.
Jangan gopoh, ye honey, nasihat papa pula sambil mengucup mesra dahiku. Aku rasa terharu dengan
segala kata nasihat dan perangsang mereka berdua. Aku rasa sungguh bertuah kerana dikurniakan
seorang ibu dan ayah yang benar-benar menyayangiku. Dalam diam-diam aku sematkan jauh di dalam
sudut hatiku untuk cuba dapatkan 15A1 dalam exam yang bakal kujawab nanti. Hari ini dengan penuh
semangat dan sedikit gementar aku melangkah ke dewan peperiksaan untuk mengambil exam.Sudah dua
minggu peperiksaan SPM berlalu, Zam tidak lagi bertandang ke rumahku. Ke mana Zam pergi ni?
Sudahlah batang hidung dia pun tak nampak, bila aku call dia, adik dia bagitau dia tak ada. Tapi... bila
aku tanya ke mana dia pergi adik dia kata tak tau. Hai. Sungguh hairan bin ajaib kepala aku ni. Tak
pernah-pernah dia buat macam ni. Bila aku pergi rumah dia pun macam tu juga. Mak cik Rosnaini bagitau
dia tak ada di rumah.Tapi yang heran tu bila aku tanya ke mana Zam pergi dia kata tak tahu. Takkanlah
dengan mak dia pun Zam berahsia. Zam manalah kau pergi ni, aku jadi tak tentu hala bila tak jumpa
kau tau. Tak pernah pun dia berperangai macam ni. Mama dan papa pun naik hairan dengan perubahan
sikapku yang begitu mendadak. Aku sepatutnya bergembira dengan cutiku yang telah pun bermula.
Cadangan mama dan papa untuk mengajakku pergi melancong ke overseas pun aku tolak semata-mata
disebabkan Zam. Takkan aku nak bergembira dikala Zam entah ke mana hilangnya. Aku dapat rasakan
Zam ada problem yang tidak dapat diselesaikan lalu dia melarikan diri dariku. Dia tidak akan dapat
membohongi diriku apabila kami bersua muka di kala dia di dalam kesusahan kerana aku begitu bijak
membaca riak wajahnya apabila dia ada masalah. Kenapa Zam buat perkara yang bodoh ini? Tapi mungkin
juga aku ada salah apa-apa. Tapi apa salah aku hah? Setahu aku bila dia nak marahkan aku dia terus-
terang saja. Apa nak jadi dengan Zam ni. Satu berita pun aku tak dengar. Minggu ni dah nak masuk
minggu ketiga cuti, tapi bayang-bayang dia pun aku tak nampak. Zam Zam, manalah kau pergi ni?
Aku rindukan kau, tau. Aku nak dengar suara dan usikan kau yang bersahaja tu. Tolonglah hubungi aku
Zam. Aku amat terasa kehilangan kau.Pada petang Sabtu lalu, pada minggu keenam cuti, kedatangan
abang Syafiq, iaitu abang Zam ke Anggerik Villa ini dengan muka dan pakaian yang tidak terurus tetapi
nampak tenang itu benar-benar meruntun hati dan naluriku. Barulah aku faham kenapa aku tak nampak
Zam sejak lima minggu yang lalu. Rupa-rupanya Zam sedang menderita dan berlawan dengan penyakit
yang dihidapinya sekarang, iaitu leukemia. Sudah lima minggu Zam dimasukkan ke Hospital Putrajaya.
Kenapa abang Syafiq tak bagitau kat Eida awal-awal yang Zam telah dimasukkan ke hospital dan ada
penyakit leukemia, Kataku terkilan sambil menangis selepas abang Syafiq habis berkata-kata.
Bukan kami sekeluarga tak nak bagitau. Tapi itu adalah kehendak Zam sendiri. Abang kadang-kadang
kesian tengok kau selalu telefon dan datang ke rumah kami untuk berjumpa dengan Zam, tapi kami tak
ada pilihan lain melainkan terus merahsiakandaripada kau, Eida. Mengenai penyakitnya pula kami
sekeluarga baru tahu beberapa minggu yang lalu, itupun selepas abang berkeras dengan doktor yang
merawat Zam tu supaya bagitau apa sebenarnya penyakit Zam tu, terang abang Syafiq lagi dengan
panjang lebar.
Habis ada berapa lama lagi jangka hayat dia? papa menyampuk setelah dia berdiam diri untuk
beberapa ketika. Abang Syafiq menarik nafas panjang lalu melepaskan kembali sebelum mampu
menjawab soalan papa tadi
Mengikut kata doktor., dia hanya mampu bertahan untuk beberapa hari saja lagi. Doktor sudah tak
mampu lagi untuk berusaha. Mereka menyuruh kami supaya bersedia menghadapi segala kemungkinan
yang akan berlaku. Mereka juga menyuruh kami berserah kepada Allah. Mereka juga berpesan supaya
tunaikan segala kemahuan dan permintaan Zam. Syafiq ke mari pun kerana ingin tunaikan permintaan
Zam yang terakhir. Dia teringin sangat nak berbicara dan berjumpa dengan Eida. Itupun kalau Datuk dan
Datin tak keberatan. Aku terus menangis tersedu sambil memeluk mama. Aku tahu aku bakal kehilangan
orang yang kusayangi. Aku juga tahu betapa deritanya Zam sekarang ni. Mama membelai rambutku
dengan penuh kasih sayang.
Makcik dan pakcik takkan halang. Pergilah Eida, tunaikanlah permintaan Zam yang terakhir ni. Sabarlah
sayang. Dia perlukan sokongan daripada Eida. Mama dan papa akan mendoakan keselamatan Zam,
mama memberi kebenarannya sambil memberi kata-kata semangat kepadaku.Sebaik sahaja aku sampai
di bilik pesakit yang tertera nama Hafiz Redzuan Hanizam, aku terus meluru masuk tanpa sempat
dihalang oleh seorang jururawat di situ. Aku terperanjat apabila melihat keadaan Zam yang tidak ubah
seperti mayat hidup. Kepalanya tidak lagi dilitupi dengan rambutnya yang hitam berkilat dan terbelah
dua. Aku tidak dapat lagi menahan rasa sebak yang kian mengasak di dalam dadaku sejak aku melangkah
kaki ke bilik ini tadi. Mujurlah pada ketika ini Zam sedang tidur. Seboleh-bolehnya aku tidak mahu Zam
melihat aku menangis. Selepas keadaan aku kembali tenang, aku menanti dengan penuh sabar di sisi katil
Zam. Zam tersedar setelah hampir lima belas minit aku berada di sisinya. Dia menggagahkan dirinya
untuk menguntumkan sebuah senyuman kepadaku. Aku membalasnya walaupun aku dapat rasakan
senyumanku terlampau hambar.
Kenapa Zam jadi seorang yang kedekut? Kenapa Zam tak bagitau Eida tentang penyakit Zam ni?
tanyaku memulakan bicara setelah dia menegurku dan aku membalas dengan seadanya. Zam tersenyum
kelat sambil mengeluh bagaikan ingin melepaskan segala penderitaan yang ditanggungnya itu.
Kalau Eida nak tahu, Zam memang seorang yang kedekut. Zam tak mahu orang lain berkongsi derita
yang Zam tanggung selama ini. Biarlah Zam sendirian menghabiskan sisa hidup Zam yang masih berbaki
lagi. Ujar Zam dengan nada yang sayu sekali. Suara itu mengandungi seribu derita yang tidak
berkesudahan. Aku hampir-hampir menangis di depannya tetapi kugagahi juga supaya air mataku tidak
tertumpah di depannya.
Sejak bila pula Zam jadi macam ni. Selama ni kan kita selalu kongsi problem. Jika Eida ada problem
Zamlah yang tolong settlekan untuk Eida. Tapi kenapa bila Zam ada problem Zam sorokkan.
Masa dan keadaan boleh mengubah sikap dan sifat seseorang, Eida. Jika dulu Zam bagi nasihat kat Eida
supaya optimis dan berfikiran positif, sekarang Zam tak ada lagi kekuatan itu. Zam ingatkan Zam boleh
harungi penderitaan ni seorang diri, tapi rupanya tidak. Zam amat perlukan Eida untuk tanam kembali
kekuatan yang kian rapuh dalam diri Zam ni. Eida amat penting dalam hidup Zam.Suasana sunyi kembali
bermaharajalela di dalam bilik ini buat seketika. Abang Syafiq yang menemani aku masuk tadi hilang
entah ke mana. Kini di dalam bilik ini hanya aku dan Zam sahaja yang ada. Setelah beberapa ketika aku
memulakan semula perbualan yang terbengkalai tadi. Pelbagai topik kami berbicara seperti hal sekolah,
kawan-kawan, zaman kanak-kanak, impian kami dan macam-macam lagi. Pada malam itu, Zam memang
banyak mulut. Dia tetap hendak bercerita macam-macam walaupun pada mulanya aku menegahnya. Tapi
dia tetap hendak bercakap denganku atas alasan takut tak sempat lagi. Kami terus berbual sehinggakan
kami tidak sedar bila kami terlelap.Pada keesokan harinya Zam telah dulu bangun sebelum aku. Aku
tertidur di sisi katil Zam.
Eida, ingat tak rumah kristal yang kita lihat di Mahkota Parade tahun lepas sewaktu kita pergi lawatan
ke Melaka dulu, Zam memulakan bicara sesudah kami bersarapan bersama.
Yang mana satu? Mmm Oh, rumah kristal tu. Ye ye baru Eida ingat. Rumah kristal tu memang
Eida berkenan sangat, tapi.. masa tu Eida tak cukup duit nak belinya. Pada masa tu memang Eida
terkilan sebab tak dapat membelinya. Kenapa Zam tanya?
Cuba Eida buka laci yang kedua itu, kata Zam tanpa menghiraukan pertanyaanku tadi sambil jari
telunjuknya menunjukkan ke arah laci tersebut. Aku membukanya lalu terpana sebentar dengan apa yang
aku lihat.Patutlah Zam tanya tadi, rupa-rupanya dia telah membelinya. Aku sungguh terharu dengan apa
yang Zam telah buat. Rumah kristal ini harganya mencecah ribuan ringgit tapi Zam telah membuang duit
begitu saja semata-mata untuk memenuhi impianku yang tidak aku jangkakan. Aku tidak dapat
menyembunyikan rasa terharuku dengan semua ini. Tanpaku sedari manik-manik halus yang jernih
mengalir ketika aku mengucapkan terima kasihku yang tidak terhingga kepada Zam.Tepat jam 12.00
tengah hari, Zam telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisiku serta kaum keluarganya. Zam
pergi dengan tenang melepaskan kesemua penderitaan yang telah ditanggungnya selama ini. Aku cuba
berlagak tenang tapi dari kelopak mataku, mutiara jernih mula menitis tanpa kusedari. Zam telah pergi
untuk selama-lamanya dan tak akan kembali lagi.
Aku teringat warkah yang Zam tinggalkan untukku yang belum kubaca. Dengan perlahan-lahan aku
mengoyak sampul biru itu lalu warkah yang berwarna biru lembut itu kutatapi dan kubaca.
Eida,Terlebih dulu Zam ingin meminta ampun dan maaf seandainya kehadiran warkah ini akan
membuatkan kehidupan Eida tidak lagi tenang. Sebetulnya apabila Eida membaca warkah ini, Zam
tentunya sudah berada di alam lain dan terasing untuk semua manusia di muka bumi ini. Zam sekali lagi
ingin memohon ampun dan maaf kerana telah merahsiakan penyakit yang telah Zam alami ini. Untuk
pengetahuan Eida, Zam tahu Zam menghidap penyakit leukemia ini pada tahun lepas. Pada masa itu
doktor ada beritahu penyakit ini masih boleh diubati kerana masih di peringkat pertengahan. Zam
bukannya tak mahu berubat, tapi Eida fahamlah macam mana keadaan kewangan keluarga Zam. Zam tak
mahu menyusahkan ayah dan ibu Zam. Kebetulan pada masa itu abang Syafiq amat memerlukan duit
untuk pergi ke universiti. Bayaran perubatan untuk mengubati Zam ini mencecah ratusan ribu ringgit.
Manalah ayah dan ibu Zam ada duit sebanyak itu. Sebab itulah Zam biarkan saja penyakit ini merebak.
Kalau Eida nak tahu, tiap-tiap hari Zam terpaksa menelan pelbagai jenis ubat tahan sakit. Zam terseksa
Eida. Hanya Allah saja yang tahu betapa sengsaranya Zam mengharungi penderitaan ini seorang diri.
Kadang-kadang Zam terfikir kenapa Allah tidak mengambil terus nyawa Zam ini agar penderitaan yang
Zam tanggung selama ini berakhir, tapi Zam kuatkan semangat Zam untuk terus menjalani kehidupan ini
dengan penuh optimis. Zam selalu berdoa agar Zam pergi dengan tenang dan dalam iman. Walaupun jauh
di dalam sudut hati ini, Zam tidak rela melepaskan apa yang akan menjadi milik kita, tapi kalau ini sudah
suratan takdir Zam pasrah menerimanya. Zam telah banyak menderita. Izinkanlah Zam pergi dengan
tenang. Jangan lagi ditangisi pemergian Zam ini.EidaZam nak beritahu satu rahsia yang telah lama
Zam simpan di dalam lubuk hati ini. Sebelum itu, sekali lagi Zam ingin memohon berjuta-juta kemaafan
seandainya apa yang akan Zam nyatakan di sini bakal mengguris hati dan perasaan Eida. Perkara ini telah
lama Zam simpan dan tidak mampu Zam luahkan. Biarlah Zam luahkan di atas warkah ini saja. Sebenarnya
Zam telah lama menyimpan satu perasaan terhadap Eida. Perasaan ini amat sukar untuk ditafsirkan. Zam
sendiri pun tidak menyedarinya bilakah perasaan itu hadir. Zam tahu dengan adanya perasaan ini
persahabatan kita akan mula tak tentu hala. Zam juga takut akan natijahnya nanti bila Zam luahkannya.
Zam amat takut persahabatan kita juga akan hancur berkecai begitu saja. Sebab itulah Zam banyak kali
menafikannya. Tapi hati dan perasaan Zam tidak boleh menipu diri ini. Zam betul-betul menyayangi Eida
lebih daripada seorang sahabat. Kalau boleh Zam tak rela Eida bersama dengan orang lain kelak selepas
Zam tiada di dunia ini lagi. Tapi siapalah Zam untuk menghalang Eida. Zam tak sanggup untuk memikirkan
dengan siapa Eida akan bersama kelak. Tapi, Zam tahu Zam tak boleh pentingkan diri sendiri.Alangkah
bahagianya Zam kalau Eida pun mempunyai perasaan yang sama seperti apa yang Zam alami sekarang.
Zam tak sempat nak tahu apakah perasaan Eida terhadap Zam.Eida, Zam sekali lagi minta maaf andai
kata-kata Zam tadi menghancurkan hati Eida. Zam tidak pandai bermadah pujangga seperti seekor
pungguk rindukan bulan tapi Zam amat berharap kalau Eida boleh memahaminya. Rumah kristal yang
Zam hadiahkan itu diharap Eida jagalah baik-baik. Kalau Eida teringatkan Zam tenungkanlah rumah itu,
pasti rindu Eida akan terubat. Zam tahu, Zam akan pergi sebelum sempat ambil result SPM, jadi Eida
tolonglah ambilkan untuk Zam. Zam harap impian dan harapan yang kita gantungkan setinggi lelangit
rumah itu dapat Eida capai walaupun tanpa Zam di sisi. Zam tidak lagi menaruh sebarang harapan. Sama
ada baik atau buruk result itu nanti sudah tidak berguna lagi apabila Zam pergi nanti. Zam cuma berharap
dan mampu berdoa agar cita-cita Eida untuk menjadi seorang doktor pakar bedah bahagian otak yang
berdedikasi itu mampu Eida capai. Cuma satu harapan Zam, Eida jagalah diri Eida baik-baik. Tolonglah
tengok-tengokkan keluarga Zam di rumah. Janganlah suka bertindak mengikut nafsu. Ikutlah suara
hatimu yang baik itu. Janganlah ditangisi pemergian Zam ini. Zam nak tengok senyuman Eida sentiasa
menghiasi bibirmu yang mungil itu. Untuk kesekian kalinya Zam ingin memohon ampun dan maaf yang
tidak terhingga.Terima kasih kerana selama ini Eida menjadi sahabat Zam yang amat memahami diri ini.
Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Selamat tinggal,
sayangku.AssalamualaikumSahabatmu,Zam(27/12/2001 11.30 mlm)
Aku tidak dapat lagi menahan sebak yang sedang hebat melanda diri ini. Aku menghamburkan segala-
galanya. Kebetulan pada masa ini radio yang sedang terpasang sejak dari tadi memutarkan lagu Salam
Terakhir nyanyian Sudirman. Itu adalah salah satu lagu yang amat Zam suka semasa hayatnya.Aku terus
menangis tersedu apabila mengingati Zam. Zam, pergimu dengan penuh tragis. Tempatmu di dalam
hatiku dan tidak akan ada sesiapa pun yang mampu menggantikannya. Jauh di dalam sudut kamar hatiku,
aku juga mempunyai perasaan yang sama seperti yang Zam alami. Jangan bimbang Zam, selagi nadi ini
berdenyut, selagi darah dalam tubuh ini mengalir tidak akan ada sesiapapun yang akan merampas Eida
dari diri Zam. Eida berjanji di hadapan Rumah Kristal ini. Eida akan teruskan kehidupan ini demi Zam. Eida
akan merialisasikan impian kita berdua walaupun tanpa Zam di sisi.Tunggulah suatu hari nanti Eida akan
menjadi seorang doktor pakar bedah bahagian otak yang berdedikasi. Nama Nurul Juliana Shahidatul
Dursina akan seiring dengan nama doktor-doktor pakar bedah dari luar negara. Eida akan bina hidup baru
dengan setiap kenangan kita berdua. Zam tidak akan Eida lupakan buat selama-lamanya. Pemergian Zam
tidak akan lagi Eida tangisi.Eida pasrah dengan segala-galanya. Dengan perlahan-lahan aku melangkah ke
bilik air untuk menunaikan solat sunat pada dinihari ini. Aku ingin mendoakan kesejahteraan Zam di sana
agar Zam berbahagia dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang Allah kasihi...


























KAD UNTUKKU
Maisarah memotong basikal yang ada di hadapannya walaupun pengayuh basikal itu mengayuh dengan
laju sepertinya. Dia tidak peduli. Dia nak cepat sampai ke pintu pagar. Kala itu, jaguh lumba basikal negara
pun kalah di tangannya. Orang di hadapannya itu cepat-cepat menekan brek. Mukanya masam. Hoi,
kalau nak cepat pun, beradablah sikit. Ingat jalan ni bapa engkau punya ke? Lagak macam jantan. Tak
sedar diri tu perempuan? Jeritan budak lelaki itu tidak dihiraukan. Maisarah terus mengayuh basikalnya
dengan selaju-lajunya. Baris. Baris lurus-lurus. Hah tu, apa lagi tu. Cepat! Cepat! Terhegeh-hegeh, jeritan
Si Mona Singa Betina membingitkan Maisarah. Suara itu betul-betul di sebelah telinganya. Apa singa
betina ni. Nak teriak pun, jauhlah sikit. Sakit telinga aku. Mujur tak cedera, kata Maisarah dalam hati.Hoi!
Apa lagi tu? Tercongok macam tunggul kayu mati. Buang masa saya je. Ingat orang tak ada kerja lain ke?
Asyik jaga korang datang lewat. Kalau sekali, tak pe. Ni, hari-hari muka yang sama je. Jeritan Syahrul,
Ketua Pengawas mematikan lamunan Maisarah. Dengan langkah longlai dia menghampiri Syahrul yang
lebih suka dipanggil dengan gelaran Bapa Jin itu. Nama? Tingkatan berapa? soal Syahrul.Nama saya
Maisarah Iskandar dari Tingkatan 5A. Berasal dari Johor Bahru, Johor. Cita-cita ingin menjadi...Dah.
Dah. Dah. Ni bukan minggu orientasi. Melebih-lebih pulak. Lain kali jangan lewat lagi. Kalau tak, saya akan
buat laporan kepada guru disiplin, kata Syahrul. Hampir tergelak dia dengan gelagat Maisarah. Tapi
ditahannya. Dia tahu Maisarah marah dan bengang dengan tingkahnya. Ah, biarkan. Yang penting aku
puas.
Maisarah melangkah perlahan memasuki kelas. Suraya, teman baiknya sedang menyapu sampah. Siap
menyanyi lagu Siti Nurhaliza lagi. Aku Cinta Padamu. Amboi! Gembira nampak. Kena nombor loteri ke?
Tegur Maisarah.Suraya menoleh. Dia tersenyum gembira. Orang yang ditunggu-tunggunya telah tiba.
Eh, May, marilah sini. Suraya menarik tangan Maisarah. Tengok ni. Ooo... kau nak sorok dari aku ye.
Diam-diam, rupanya ada boyfriend ye. Apasal nak rahsia dari aku? Tak nak kenalkan kat aku? Kau tak
percaya kat aku ke? Atau boyfriendkau tu tak de hidung? Soal Suraya bertubi-tubi. Maisarah terpinga-
pinga.Dalam kebuntuan itu, Suraya menyerahkan sampul surat berwarna biru kepada Maisarah.
Tindakannya itu memecahkan persoalan yang berlegar-legar di kepala Maisarah. Siapa bagi kad ni?
Maisarah membuka perlahan sampul surat biru yang ditujukan kepadanya itu. Membaca tulisan yang
tertera pada kad berbentuk hati itu perlahan. Suraya turut membacanya:Melihatmu pertama kali, seolah-
olah aku bertemu dengan bidadari. Sekali kau tersenyum, seribu kali hatiku diruntun. Sekali kau melirik,
seribu kali aku tertarik. Bilakah dirimu mampu kumiliki? -FASA-Maisarah mengerutkan keningnya. FASA?
Siapa pulak ni. Entah jerangkung sesat mana yang bagi kad padanya. Siap bermadah-madah lagi. Dia
berfikir. Siapa agaknya pengirim misteri tersebut. Hazrul ke? Rakan sekelasnya itu begitu meminatinya
sehingga tidak jemu-jemu memujuknya untuk balik atau belajar bersama. Dia yang jual mahal. Ni ada
lagi. Maisarah tersentak. Suraya menyerahkan tiga kuntum mawar merah kepadanya. Dia bertambah
hairan. Bunga pun ada. Ni dah kes berat ni. Kalau Singa Betina atau Bapa Jin nampak, mampus. Dua
orang tu, selalu sangat mencari kesalahannya. Sehingga yang sekecil virus pun, tetap mereka cari.
Asalkan pesalahnya... Maisarah. Tak habis-habis nak menyusahkan.Derap langkah seseorang
menghampiri kelas Tingkatan 5A. Maisarah cepat-cepat memasukkan kad dan bunga mawar ke dalam beg
galasnya. Alamak! Bapa Jin! Mampus aku.
Along nak pergi mana ni? Handsome nampak. Macam nak pergi jumpa seseorang je? Soal Maisarah.
Kakinya telah melangkah memasuki bilik abang sulungnya.Along nak pergi jumpa Kak Long adik, Izham
berterus-terang.Oh, nak pergi jumpa Kak Long. Patutlah wangi mengalahkan bau belacan, usik
Maisarah.Aik, tak guna punya adik, sindir Along ye Izlan membaling bantal ke arah Maisarah. Maisarah
berlari meninggalkan bilik itu. Adik, tunggu dulu, panggil Izlan.Apa lagi?Adik tak nak ikut Along ke?
Along nak kenalkan Adik dengan Kak Long, ajak Izlan.Nak juga. Tapi, nanti Adik mengganggu Along
pulak. Tak dapat nak bermesra dengan Kak Long, kata Maisarah. Ikhlas.Taklah. Lagipun, Along dah janji
nak kenalkan Adik dengan dia. Dia dah jumpa dengan Angah dan ibu. Dengan Adik, tak lagi. Jadi, inilah
masanya. Esok Adik dah nak balik UPM. Bila masa nak jumpa?Betul ke tak menyusahkan? Maisarah
inginkan kepastian.Betul! Izlan meyakinkan Maisarah.Ok. Maisarah beredar ke biliknya untuk
bersiap.
Awal lagi ni. Janji dengan Kak Long Adik pukul 4. Jom kita jalan-jalan dulu, cadang Izlan. Jom.
Maisarah mengikut. Dia memaut mesra lengan Izlan. Lama rasanya tidak bermanja dengan Along.
Seingatnya, semenjak dia memasuki UPM dengan mengikuti jurusan Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan
Kaunseling), dia tidak berkesempatan keluar dengan Alongnya. Mereka sibuk dengan hal masing-masing.
Kini, dia berada di tahun dua di UPM. Sama dengan Suraya. Teman karibnya semasa di SMKSM dulu.
Mona, Singa Betina, tak taulah di mana. Selepas kena tangkap basah dengan Hamdan di belakang sekolah
selepas kertas terakhir peperiksaan SPM, dia terus lenyap. Syahrul, Bapa Jin pula mendapa title pelajar
cemerlang. Dia memasuki matrikulasi di Ipoh, Perak. Itu berita terakhir yang didengarnya. Itu pun dari
mulut Suraya.Sayang sekali, Maisarah tidak sempat mengucapkan tahniah dan memohon maaf kepada
lelaki itu kerana menggelarnya Bapa Jin. Hazrul, yang amat meminatinya itu juga entah apa khabarnya.
Adakah lelaki itu masih lagi mengingatinya. Tapi satu perkara yang amat menghairankannya. Kad dan
bunga yang diterima semasa di SMKSM dari lelaki misteri tidak pernah putus mengunjunginya. Setiap 14
Februari, pasti kad berbentuk hati dan tiga kuntum bunga akan diterimanya.Along tak nak beli ke bunga
ke? Belilah sejambak. Pasti Kak Long gembira, cadang Maisarah apabila matanya terlihat kedai yang
bertanda Suria Florist di hadapan kedainya.Betul jugak. Jom kita pergi beli. Mereka memasuki kedai
bunga yang dipenuhi bunga-bunga yang segar itu. Sementara itu, sepasang mata asyik mengekori
langkah mereka. Sakit hatinya. Bergelora jiwanya. Hancur lumat hati dan perasaannya melihat kemesraan
kedua manusia yang diekorinya itu. Dia merasakan cinta yang dipertahankan untuk gadis itu selama ini
seolah-olah menunggu masa untuk runtuh.Hatinya tertanya, salahkah maklumat yang diperolehnya?
Setahunya, Maisarah belum mempunyai sesiapa di hatinya. Dia memutuskan untuk beredar. Dia ingin
mendapatkan kepastian dari informernya. Dan satu lagi, dia akan bertindak untuk merampas kembali
gadisnya. Dia tidak akan membenarkan lelaki itu memilikinya. Itu janjinya.
Adik, mari sarapan dulu. Puan Mahani menuangkan air teh panas ke dalam mug. Maisarah yang
berbaring malas di sofa bangun perlahan. Adik, cuba Adik bagi tau pada ibu, Adik dah ada pilihan ke?
Puan Mahani menyoal perlahan. Apa maksud ibu? Maisarah keliru.Dua hari lepas, ada rombongan
datang bertanyakan Adik. Kalau Adik belum ada sesiapa lagi, ibu rasa eloklah kita terima lamaran ni.
Orangnya pun baik. Katanya, kalau Adik sampai sini, dia nak jumpa Adik. Dia nak cakap sendiri dengan
Adik. Along dengan Angah pun setuju, terang Puan Mahani panjang lebar.Maisarah terpaku mendengar
kata-kata ibunya. Hatinya berdebar-debar tak menentu. Penuh tanda tanya.. Dia kenal aku? Siapa
agaknya? Dia berdebar-debar. Takut pun ada. Tapi dia pasti, dia tidak mungkin akan menerima lamaran
itu. Dia berhak menentukan arah hidupnya.
Panggilan telefon tengah hari itu menyebabkan hati Maisarah tidak tenteram. Dia akan bertemu empat
mata dengan lelaki yang melamarnya. Lelaki itu ingin bertemunya di Pantai Lido. Pukul 5.00 petang.
Dengan menaiki teksi, Maisarah pergi ke pantai itu. Maisarah menghadap laut. Dia membiarkan bayu laut
membelai tubuhnya. May. Suara seseorang memanggil namanya. Dia tetap memejamkan mata. Takut
untuk menoleh. Suara itu seperti pernah didengarnya.May.. panggil suara itu sekali lagi. Perlahan
Maisarah memalingkan tubuhnya. Menghadap lelaki yang memanggilnya. Matanya terbelalak. Tidak
percaya. Syahrul! Maisarah mengorak langkah. Ingin meninggalkan Syahrul. Syahrul pantas bertindak.
Dia menarik tangan Maisarah. Syahrul menghulurkan kad berbentuk hati dan tiga kuntum mawar merah.
Maisarah semakin bingung.Syah, FASA tu? Maisarah kelu.Ahmad Syahrul Ahmad Firdaus. Syah
terbalikkan. jelas Syahrul memecahkan teka-teki Maisarah selama ini.Maksud Syah?Mujur Suraya
ada. Suraya banyak membantu Syah selama ini. Sejak Syah nampak May jalan dengan Along di Plaza
Angsana. Cemburu Syah tengok May begitu mesra dengan Along. Mujur Suraya kata tu bakal abang ipar
Syah. Kalau tak, buku lima ni mungkin dah lama sampai ke tempat sasarannya.Jadi selama ini, Suraya
menjadi informer Syah? Maisarah mengetapkan giginya.Jangan nak kenakan Suraya pulak. Dialah
yang paling banyak menolong Syah, jelas Syahrul bersungguh-sungguh. Maisarah terharu. Setitis air
matanya gugur. Betapa tulus cinta Syahrul. Cuma dia tidak menyedarinya.Dahlah. jangan nangis pulak.
Tak lawa langsung. Beruk nangis lagi comel, usik Syahrul.Syah!!! Maisarah geram.Sejuk sungguh hati
ini bila May panggil Syah, Syah. Bukan Bapa Jin lagi. Esok-esok, panggillah abang, ye
sayang.Syah!!!Syahrul tersenyum. Dia mengesat air mata yang mengalir di pipi kemerah-merahan
Maisarah. Akhirnya, gadis itu jadi miliknya. Terima kasih, Tuhan.




Akukah Yg Terlewat :.




Bunyi nyaring dari telefon bimbit itu membuatkan Nazri tersentak dari tidur. Terpinga-pinga bangun
sambil menggosok-gosok mata akibat silau dari cahaya lampu kalimantan yang terlupa ditutupnya.
Sejenak Nazri sempat berfikir dan cuba meneka siapa pemanggilnya. Sudah agak lama dia tidak
menerima panggilan telefon lewat malam begini. Kalau tiga tahun dulu panggilan lewat begini telah biasa
ditunggunya. Sekilas kenangan yang cuba dilupakan terlintas di ruang mata. Terlalu pedih dan kejam
untuk terus diingati. Ah, angkat handset tu dulu kalaupun ingin berkhayal, kata hati Nazri. Telefon
bimbit itu senyap serta merta di saat tangan Nazri hampir mencapainya. Mengganggu saja malam-malam
begini. Tak tahukah orang nak tidur? Tetapi marahnya sekejap sahaja kerana di ketika itu juga tangannya
tetap mengangkat telefon itu. Ditekan-tekan butang untuk mencari sesuatu. Nah, sekarang apa yang
dicarinya telah ditemui! Dirasakan seperti masa berjalan terlalu lama. Semenjak mendengar deringan
handset semalam, Nazri resah. Dia sendiri tidak mengerti mengapa dia harus berperasaan begitu. Yang
nyata nombor telefon pemanggil semalam telah mengganggu ketenangannya selama ini. Nombor itu
telah lama diluputkan dari handsetnya sebagaimana nama pemanggilnya yang telah cuba dibuang jauh-
jauh dari ingatannya. Terlalu payah untuk dilupakan dan ketika dia benar-benar boleh melupakan,
mengapa panggilan semalam harus muncul? Setelah Nazri ditinggalkan tanpa belas kasihan, kini dia
muncul kembali. Dafrina, kemunculannya sekadar bayang-bayang kini mengundang kontroversi dalam
diri Nazri. Panggilan yang tak sempat diangkat semalam membuatkan Nazri kurang waras! Mengapa tiba-
tiba Dafrina menghubunginya setelah lima tahun tidak saling berhubung? Masih belum puaskah dia
menyiksa Nazri? Kenangan masa lampau menghantuinya.
Telefon yang berbunyi tidak terus diangkat. Nazri hanya tersenyum sambil memandang nombor yang
tertera. Seperti biasa Nazri menunggu telefonnya senyap sebelum membalas panggilan itu kembali.
Hello, Ina.... Hai, Ina baru je telefon Naz. Apasal Naz tak jawab? Ina sedih tau... Eh... bukan sengaja.
tengah sibuk tengok bola sepak kat TV tadi. Apa hal telefon malam-malam buta ni? Tak tidur lagi ke?
Tak ada apalah. Nak telefon saja-saja tak boleh ke? Bukan tak boleh. Tapi, manalah tau kalau-kalau ada
perkara yang nak kena tolong lagi. Ada apa-apa yang boleh saya tolong? Taklah. Sebenarnya Ina nak
ucapkan terima kasih sebab pertolongan minggu lepas. Sekarang baru Ina lega sebab masalah tu dah
settle. Terima kasih ye! Yelah... sama-sama kasih. Nazri mula berkenalan dengan Ina yang baru
seminggu bekerja di syarikat pembinaan itu ketika Ina menghadapi masalah berkaitan dengan bil
telefonnya. Sebenarnya, tak ada apa yang Nazri tolong. Dia sekadar temankan Dafrina ke pejabat TM
Touch. Sebelum tu sudah dua tiga kali Dafrina pergi dengan kawan-kawannya tapi tak jumpa di mana
pejabat tu. Runsing apabila memikirkan sim card telefonnya tak sampai-sampai sedangkan bilnya pula
sampai. Akhirnya, masalah itu dapat diselesaikan. Bermula dari hari itu Nazri yang bekerja sebagai
pembantu tadbir biasa di pejabat itu mula bermesra dengan Ina pelajar lepasan STPM yang masih
menanti keputusan STPMnya. Ina ada banyak kerja ke? Apasal... nak ajak Ina keluar ke?
Emmm....rindulah. Eh, minggu lepas dah jumpa. Cepatnya rindu. Dafrina buat-buat terkejut tetapi
sebenarnya dia sendiri ingin sangat bertemu Nazri untuk membincangkan suatu hal penting tentang
masa depan mereka berdua. Alah, bolehlah... Nazri merengek manja. Yelah, yelah. Ina free esok.
Jawapan itu amat melegakan hati Nazri.Ok.. kita pergi lunch sama-sama, kata Nazri. Ok.. Bye! Ina
mengakhiri perbualannya. Dafrina wanita pertama yang hadir dalam hidup Nazri. Dialah yang pertama
dan terakhir bertakhta di hati Nazri. Tak sangka pertemuan yang singkat dan tanpa dirancang itu
membuahkan satu kelainan dalam perhubungan. Nazri terlalu menyayangi Dafrina. Dia terlalu
mengharapkan kesetiaan dan kejujuran Dafrina. Segala permintaan Dafrina dia turutkan. Segala kata-kata
Dafrina, Nazri ia kan. Nazri terlalu menyanjung Dafrina sehinggakan Nazri tidak pernah ingin membalas
pengkhianatan yang Dafrina lakukan. Tak disangkanya pertemuan dengan Dafrina hari itu akan
mengakhiri perhubungan mereka untuk selama-lamanya! Ina dah dapat tawaran mengikuti kursus
Perumahan, Pembangunan Dan Perancangan (HBP) kat USM. Kata-kata Dafrina membuat Nazri
melonjak gembira bersamanya. Baguslah tu... kan Ina teringin sangat nak jadi seorang arkitek yang
terkenal. Lepas empat tahun nanti boleh kita kerja sama-sama lagi di syarikat ni. Emm... harap-harap
impian Ina akan menjadi kenyataan. Tapi.... Tapi apa Ina? Ada masalah yang boleh saya tolong? Nazri
menyampuk. Bila Ina dah bergelar arkitek nanti, takkan Naz masih nak bergelar pembantu pentadbir
rendah saja di syarikat ni. Ina suruh Naz sambung belajar pun Naz kata tak boleh sebab kena tanggung
adik-beradik belajarlah, emak sakitlah. Naz pun degil!!! Malulah Ina nanti... Kata-kata Ina umpama petir
yang menyambar hati Nazri. Tak disangka Dafrina akan berubah dalam sekelip mata sahaja. Jadi...apa
keputusan Ina sekarang? Nazri menyoal Ina sambil merenung tepat ke matanya. Ina berpaling kerana
tidak tahan dengan renungan tajam Nazri. Lupakan Ina. Jangan tanya mengapa sebab masalahnya
datang dari diri Nazri sendiri. Rasa-rasanya kita memang tidak dapat bersama. Perjalanan Ina masih jauh.
Kalau Nazri tak nak ikut biar Ina pergi sendiri. Dengan diri Ina sekarang Ina rasa dah cukup untuk Ina
melangkah. Ayat Ina yang penuh angkuh itu merobek hati Nazri. Kini lima tahun sudah berlalu. Sudah
dapatkah apa yang dicari Dafrina? Apakah Dafrina ingin kembali kepadanya? Jika itu terjadi bererti
Dafrina pergi dahulu bukanlah membenci dirinya tetapi pergi untuk mencari apa yang dihajati. Lima
tahun berlalu bukanlah satu jangka waktu yang singkat. Dalam tempoh selama itu cukup banyak
penyiksaan yang telah Nazri alami. Terlalu payah untuk melupakan Dafrina. Hari-hari yang dilalui terasa
kosong tanpa Dafrina. Nazri berharap itu hanyalah sekadar mimpi. Nazri benar-benar berharap agar
Dafrina akan kembali kepadanya suatu masa nanti. Benarlah Dafrina akan kembali... kerana semalam
Dafrina telah menghubunginya walaupun tidak sempat untuk Nazri sambut panggilan itu. Mengapa
semalam aku tidak terus membalas panggilan itu? Ah, nanti dulu. Biarlah Dafrina pula yang telefon aku,
semoga panggilan itu sebagai memohon maaf di atas apa yang dia lakukan dulu. Nazri cuba memujuk
dirinya agar tidak menghubungi Dafrina. Bagaimana kalau Dafrina tidak menghubunginya? Persoalan itu
kembali membuatkan Nazri resah.
Deringan telefon larut malam itu sekali lagi membuatkan Nazri tersentak. Dia mengagak tentunya
panggilan itu dari Dafrina, panggilan yang telah seminggu ditunggunya. Tidak perlu berkhayal dan tidak
perlu teragak-agak lagi. Nazri terus mencapai telefon bimbitnya. Dibuka luas-luas matanya dan dilihatnya
nombor yang tertera pada skrin telefonnya. Sah, tidak silap lagi itu nombor telefon bimbit Dafrina. Tanpa
membuang masa lagi, Nazri terus menekan butang ok untuk menjawab panggilan itu tetapi sebelum itu
dia sempat berdehem sekali untuk benar-benar yakin suaranya akan keluar dengan lancar. Di saat telefon
dilekapkan ke telinga, dada Nazri berdegup kencang. Benarkah apa yang sedang dialaminya? Suara yang
ditunggu-tunggu sejak lima tahun lalu akan didengarinya lagi. Tidak bermimpi kah dia? Ah, jangan
berkhayal lagi lagi, jerkah hati Nazri. Hello, Ina, suaranya bergetar. Nazri tidak dapat mengawal
degupan jantungnya sehinggakan ia jelas pada suaranya. Bukan Ina lah, ini Tilla, sahut suara halus di
sebelah sana, seperti suara seorang kanak-kanak. Tilla??? Abang tak kenal Tilla...! Nazri mengerutkan
dahi seolah-olah suara yang bercakap itu ada di depannya. Memanglah abang tak kenal sebab kita tak
pernah jumpa. Habis tu Tilla nak apa? Agak tinggi suara Nazri. Menyampah apabila suara yang diharap-
harapkan tidak kedengaran sebaliknya suara budak perempuan itu yang diganti. Syhhh... Perlahankan
sikit suara abang. Nanti Che Su marahkan Tilla. Siapa pula Che Su, apasal dia marah? Nazri semakin
bosan. Telefon ini Che Su yang punya. Dia marah kalau Tilla main telefon ni. Suara Tilla yang semakin
petah menarik perhatian Nazri. Ah, tak dapat cakap dengan Dafrina, budak ni pun jadilah. Tapi dia hairan
bagaimana budak ni dapat nombor telefonnya? Bagaimana Tilla dapat nombor telefon abang? Dalam
telefon ni ada banyak nombor, tapi nama abang seorang je lelaki. Tilla tekanlah nak tahu sapa orangnya.
Hairan! Macam mana nombor telefonnya ada dalam telefon Che Su. Siapa pula ni? Nazri semakin keliru.
Tilla ni adik Che Su ke? Taklah. Che Su tak ada adik. Tilla ni anak kakak Che Su. Oh, jadi Che Su mak
saudara Tilla lah ye. Ha, pandai pun abang ni. Nazri tersenyum geli hati bila Tilla memujinya. Abang,
Tilla telefon lain kali ye. Nanti Tilla bagi tau satu cerita kat abang, janji Tilla. Eh.. tapi kenapa lain kali?
Abang ada banyak nak tanya adik ni.. Sorry... Che Su dah bangun, bye! Tilla sudah matikan telefon.
Nazri ingin tahu siapa Che Su dan apa hubungannya dengan Dafrina. Nazri pasti tentu ada sesuatu di
sebalik semua ini. Kalau tidak masakan nombor telefon Nazri tersimpan di dalam telefonnya. Mesti ada
sesuatu di sebalik semua ini. Nazri menoleh ke arah jam loceng di atas laci di hujung kepala katilnya. Pukul
11.50. Apa Tilla buat tak tidur lagi waktu begini? Kanak-kanak lain telah lama masuk tidur kerana esok akan
ke sekolah. Nak telefon Tilla? Jangan, nanti Tilla kena marah dengan Che Su, larang hati Nazri.
Berkali-kali telefon Nokia di tangannya direnung. Hatinya resah menanti. Kenapa telefonnya tidak
berbunyi lagi? Kenapa Tilla belum menghubunginya lagi? Mungkin Tilla dah tidur. Jangan begitu Tilla,
banyak lagi perkara yang ingin dicungkilnya kerana dia yakin semua ini ada kaitan dengan Dafrina. Hati
Nazri kuat mengatakan begitu. Nazri ke dapur membancuh secawan kopi. Sekilas dijelingnya ke arah
ruang tamu. Fail-fail pejabatnya bersusun tidak terusik. Tidak betah dia ingin menyudahkan kerjanya
kerana hatinya yang resah dan bercelaru. Kalau dipaksa pun pasti tiada kualiti. Belum sempat Nazri
mencapai cawan, telefon di dalam koceknya bernyanyi. Diseluknya kocek lalu ditarik keluar telefonnya.
Tanpa melihat skrin Nazri terus menekan butang ok sambil terus dihalakan ke telinga. Tilla ke tu? Tak
sabar-sabar Nazri ingin mendengar suara Tilla. Yelah, Tilla ni. Kenapa lambat telefon? Tak sabar abang
nak dengar cerita Tilla. Che Su tak tidur lagi. Kalau Che Su tidur baru Tilla boleh telefon abang.
Kenapa nak tunggu Che Su tidur dulu sedangkan Tilla sendiri tak tidur. Rasa-rasanya apa yang ingin
diketahuinya akan terjawab sebentar lagi. Nazri semakin tidak sabar. Sebenarnya Che Su sakit. Dulu Che
Su sakit sikit aje, tapi sekarang Che Su dah tak boleh bangun. Tilla tak dapat tidur kalau Che Su tak tidur.
Tilla kasihankan Che Su. Tiap kali Che Su menangis Tilla tengok mama, mak cik, nenek dan semua orang
menangis. Tilla tak nangis ke? Pancing Nazri. Tilla tak dapat nak nangis. Air mata Tilla tak nak keluar.
Suara Tilla sayu. Nazri dapat bayangkan suasana seperti yang diceritakan Tilla. Dah lama Che Su sakit?
Soal Nazri lagi. Dah lama dah. Dulu Che Su sakit sikit aje, Che Su masih pergi sekolah tapi lama-lama Che
Su tak pergi dah. Lepas tu Che Su masuk hospital, lama. Che Su sembuh sekejap tapi lepas tu Che Su sakit
sampai sekarang. Che Su sakit apa Tilla? Nazri cuba menyampuk sekali-sekala. Kasihan jugak dia bila
budak tu aje yang bercakap. Entah, tapi Tilla ada dengar mama dengan papa sebut kanser tulang. Tilla
tak tahu apa benda tu. Kanser tulang? Nazri seakan tersentak. setahunya penyakit itu merbahaya,
menyebabkan penghidapnya menderita sebelum menemui maut. Minggu lepas Kak Jee balik. Mama
cakap Kak Jee nak bawa Che Su pergi England. Tilla tak nak Kak Jee bawa Che Su tapi mama cakap Che Su
kena jumpa doktor. Kak Jee tu sapa? Kak Jee tu sepupu Tilla lah." Kak Jee bawa Che Su pergi tak?
Tak. Che Su tak nak pergi. Kenapa Che Su tak nak pergi? Tak tau. Tilla, abang tanya sikit lagi boleh
tak. Sapa nama sebenar Che Su? Entah, Tilla tak tau tapi nanti lain kali Tilla tanya mama, okay.
Nampaknya pencarian Nazri semakin hampir. Dia yakin Tilla mempunyai perhubungan dengan Dafrina.
Kerana itulah Nazri seringkali menanti panggilan telefon dari Tilla. Setiap perkataan yang dituturkan oleh
Tilla semakin menarik perhatiannya. Dirasakan apa yang didengarinya semakin membawanya dekat
kepada Dafrina, insan yang ditunggunya selama ini. Malam ini seperti biasa Nazri menanti Tilla dalam
resah. Nazri ingin terus mendengar cerita Tilla dan dia ingin terus mengikuti perkembangan Che Su
biarpun dia tidak mengenali siapa gadis malang itu. Telah seminggu Nazri tidak mendengar suara Tilla,
gadis kecil yang menarik perhatiannya. Telah seminggu juga Nazri tidak mendengar khabar mengenai
Che Su. Kasihan Che Su. Walaupun Nazri tidak mengenali siapa gadis itu namun Nazri dapat merasakan
penderitaan yang ditanggung. Nazri cuba bayangkan tentang diri Che Su. Mengikut cerita Tilla, Che Su
tiada adik. Maknanya Che Su anak bongsu. Dafrina anak bongsu dalam keluarganya! Semakin lama
difikirkan semakin banyak yang dapat Nazri bayangkan. Nazri cuba membandingkan Che Su dengan
Dafrina. Mungkin Che Su sebaya Dafrina. Dafrina juga masih belajar dan mungkin sekarang ni, Dafrina
sedang seronok bersama teman-teman sekuliahnya. Kata Tilla lagi Che Su masih sekolah walaupun
sedang sakit. Ya, pastinya Che Su seorang yang tabah. Pada andaiannya Che Su mungkin sepupu Dafrina.
Fikiran Nazri telah jauh menerawang, jauh tersasar dari memikirkan mengenai Tilla dan Che Su. Ketika dia
kembali terkenangkan Che Su, Nazri berjanji pada dirinya untuk cuba melawat gadis malang itu. Tetapi,
Nazri tidak pasti bilakah masanya. Dia ingin melihat sendiri Che Su yang sering diceritakan oleh Tilla.
Tanda-tanda orang mukmin adalah salah satunya menziarahi orang lain yang sedang sakit. Nazri
teringatkan kata-kata ustaz di sekolahnya dulu. Dengan petikan ini Nazri menganggap tidak salah kalau
dia ingin melawat Che Su. Tapi, bagaimana kalau Dafrina cuba menghalangnya? Menghasut keluarganya
dengan mengatakan Nazri cuba mengambil kesempatan dari keadaan Che Su untuk menemuinya? Ah,
biarkan dengan Dafrina. Biar Dafrina ingin menuduhnya apa saja. Yang nyata Tilla mengalu-alukan
kedatangan Nazri. Juga, Nazri tidak melakukan apa-apa kesalahan. Tilla, mengapa sudah lama tidak
menghubungi Nazri?
Nazri tersenyum tatkala matanya melirik ke skrin telefon bimbitnya yang sedang berbunyi. Nombor
telefon itu telah sekian lama dinantinya. Ingin melompat rasanya ketika mendengar suara Tilla. tetapi
keinginan itu tidak dapat dilakukannya. senyumannya serta merta hilang di saat mendengar suara Tilla
yang putus-putus. Tilla menangis. Mereka dah bawa Che Su pergi. Suara esak Tilla bertukar menjadi
tangisan yang panjang. Nazri tidak faham tetapi dia yakin sesuatu telah berlaku kepada Che su. Nazri
sendiri merasa ingin menangis. Mereka tu siapa? Mereka bawa Che Su ke mana? Soal Nazri agak kuat
dan suara Tilla juga semakin kuat. Tilla tak tau. Tapi, Che Su tak tidur atas katil lagi. Datuk dah angkat
Che Su letak atas lantai di ruang tamu. Datuk juga selimutkan Che Su sampai ke muka. Tilla ingat Che Su
lemas sebab tu Che Su tak bergerak. Nazri terkedu mendengar apa yang Tilla ceritakan. Rasanya dia
sudah faham apa yang berlaku. Hari ini bila Tilla bangun dari tidur mama cakap tak payah pergi sekolah.
Papa juga tak pergi kerja. Tilla tengok semua orang cium Che Su sambil menangis. Semua orang tak pergi
mana-mana. Kat luar pun ramai orang. Diorang sibuk pasang papan tapi Tilla tak tau mereka buat apa.
Lepas tu mereka angkat Che Su. Mama cakap Che Su naik kereta dan nak pergi jauh. Che Su dah
tinggalkan Tilla. Abang, Tilla nak jumpa dengan Che Su!!! Inna lillahi wainna ilaihi rajiun. Hanya itu
yang terlafaz. tak tau apa lagi yang harus dia buat. Terasa ingin saja Nazri mematikan talian telefonnya.
tak sanggup lagi mendengar suara Tilla. Tetapi dia juga kasihankan Tilla. Orang yang disayanginya telah
pergi menghadap Illahi ketika dia masih belum mengerti apa erti semua ini. Abang juga pernah
ditinggalkan oleh orang yang abang sayang, Nazri seolah-olah memujuk Tilla. Tapi, aku tidaklah
semalang Tilla, bisik hatinya. Tersentak Nazri kerana baru dia ingat untuk mengetahui nama Che Su.
Tilla, Tilla dah tanya mama nama Che Su? Mama cakap nama Che Su ialah Dafrina. Terasa hendak
putus tangkai jantung Nazri. Mungkinkah nama itu milik seorang insan yang pernah dikenalinya? Tak
mungkin!!! Dafrina ini bukan Dafrinanya! Bukan Dafrina yang ditunggunya. Bukan!!!! Tilla jugak selalu
dengar mama dan papa panggil Che Su Ina. Nazri lebih tersentak. Dua nama yang benar-benar mengusik
perasaannya kini. Suara Tilla sudah tidak didengarnya lagi. Nazri telah hanyut dalam ketakutannya
sendiri. Tubuhnya berpeluh dan menggeletar. Dia sudah tidak larat lagi untuk bersuara. Dafrina... Che
Su... Ina!!!! Sudah terlewat kah aku??????

Anda mungkin juga menyukai