Anda di halaman 1dari 14

Sepanjang bulan Ogos 2018, Sekolah Kebangsaan Desa Jasmin , telah mengadakan

Sambutan Bulan Kemerdekaan. Program tersebut diadakan bertujuan mencetus dan


menanamkan semangat cinta akan tanah air dalam kalangan pelajarTuan Guru Besar Encik
Azhar Bin abu Zarin merasmikan majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan yang bersejarah
itu pada 16 Ogos 2018 di Tapak Perhimpuan SK Desa Jasmin. Tuan Guru Besar berharap
aktiviti yang dijalankan dapat meningkatkan jati diri, menanamkan rasa keinsafan dan
perasaan bersyukur dalam kalangan pelajar. Mereka sewajarnya menghargai pengorbanan
para pejuang tanah air yang berjuang dengan serba kekurangan, tanpa senjata moden,
tanpa alat komunikasi canggih dan tanpa kekayaan harta benda. Mereka hanya
memiliki tulang empat kerat untuk menggalas perjuangan bak kata pepatah tiada rotan,
akar pun berguna.
Upacara perasmian, Sambutan Bulan Kemerdekaan SK Desa Jasmin dimulakan dengan
menaikkan Jalur Gemilang dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu N.Sembilan. Apabila
tirai pentas dibuka, Persembahan mendeklamasikan sajak telah disampaikan oleh adik Nur
Sabrina Hanum dari kelas 5 DLP.Kemudian diikuti dengan persembahan nyanyian lagu
patriotik dari kelas 4 Besatri Mereka menyanyi dengan penuh semangat. Setelah tamat
persembahan diadakan pertandingan pakaian kreatif yang disertai oleh palajar tahap 1.
Pada 1 Ogos hingga 17 Ogos 2018, Pertandingan Kelas Patriotik telah mengisi atur
aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan. Pertandingan tersebut melibatkan kelas tahap 1
dan 2. Kelas yang mengambil bahagian ternyata amat bersemangat sewaktu menghias
kelas-kelas dengan bendera Malaysia .
Pada 06 dan 10 Ogos 2018 telah mengadakan pertandingan melukis poster yang
bertema “Sayangi Malaysiaku”.Aktiviti ini dijalankan pada waktu pdp PSV.Aktiviti ini
dijalankan untuk murid tahap 2 manakala bagi murid tahap 1, ppki dan Pra Sekolah
diadakan pertandingan Mewarna pada 07 dan 08 Ogos 2018.
MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN
Laporan disediakan oleh, Disemak oleh,

.............................................................. ...................................................
(MASNI BT MOHD ARIS} ( MEGAT AZMIL KHALIL BIN MEGAT RADZI)
Setiausaha Panitia Sejarah Pengerusi Panitia Sejarah
Sk.Desa Jasmin SK.Desa Jasmin

Anda mungkin juga menyukai