Anda di halaman 1dari 6

PERATURAN AM DAN UNDANG-UNDANG

KEJOHANAN BOLA JARING BAWAH 12, 15 DAN 18 TAHUN


MSSD BATANG PADANG & MUALLIM 2019

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
1.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola
Jaring Antarabangsa (INF) dan Peraturan-Peraturan Am MSSM

2. MASA PERMAINAN
2.1. Pertandingan berpasukan antara Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perak
2.2. Sekolah Menengah :
2.2.1 Jika masa bermain satu ( 1 ) jam, permainan mengandungi empat suku
dengan masa permainan selama 15 minit bagi setiap suku.
2.2.2 Masa rehat seperti berikut :
a. 3 minit antara suku pertama dan kedua serta suku ketiga dan
keempat.
b. Masa rehat separuh masa (antara suku kedua dan suku ketiga) ialah
5 minit.
c. Masa rehat boleh dilanjutkan oleh pengadil untuk menguruskan
sebarang perkembangan luar jangkaan. Pasukan hendaklah bertukar
kawasan gol pada akhir setiap suku.
2.2.3 Jika semua pasukan akan bermain dua atau lebih perlawanan dalam
sehari,di pusingan awal dan kedua, maka semua permainan dimainkan
dengan 2 bahagian iaitu selama 20 minit setiap separuh masa. Masa
rehat adalah 5 minit. Masa rehat boleh dipanjangkan oleh pengadil atas
budi bicara.
2.3 Sekolah Rendah:
2.3.1 Semua permainan dimainkan dengan 2 bahagian iaitu selama 20 minit
setiap separuh masa. Masa rehat adalah 5 minit. Masa rehat boleh
dipanjangkan oleh pengadil atas budi bicara.

3. PERINGKAT UMUR PESERTA


3.1 Umur peserta bagi pertandingan permainan MSSD adalah seperti berikut :
3.1.1 12 tahun dan ke bawah
3.1.2 15 tahun dan ke bawah
3.1.3 18 tahun dan ke bawah
3.2. Kiraan umur adalah pada 1 Januari tahun pertandingan.
3.3. Pelajar yang terbukti lewat pendaftaran kelahiran pada peringkat umur yang
disertainya tidak layak menyertai pertandingan permainan MSSD di peringkat
umur tersebut.
3.4. Seseorang peserta dibenarkan menyertai pertandingan dalam satu kumpulan
umur sahaja bagi satu jenis pertandingan dalam masa yang sama.
3.5. Selain daripada yang tersebut pada para 3.4. di atas, seseorang peserta tidak
dibenarkan menyertai pertandingan dalam kumpulan umur yang lebih tinggi
daripada kumpulan umurnya melainkan pertandingan pada peringkat umurnya
tidak dipertandingkan.
3.6. Semua peserta hendaklah mempunyai dokumen-dokumen yang sah bagi
membuktikan umurnya, jika dan bila diperlukan oleh pihak pengelola
pertandingan.
3.6.1 Kad Pengenalan - bagi 12 tahun ke atas
3.6.2 Sijil Lahir - bagi 12 tahun ke bawah
3.7. Seseorang peserta yang hilang kad pengenalan mestilah mempunyai surat
pengesahan bergambar dari pejabat Pendaftaran (Borang JPN / 9 atau JPN
1/11 ) dan salinan sijil kelahiran yang disahkan oleh Pengetua sekolah peserta
4. PENDAFTARAN PEMAIN
4.1 Setiap pasukan mengandungi bilangan pemain seperti berikut:
4.1.1 Bawah 12 tahun 12 orang pemain termasuk pemain simpanan
4.1.2 Bawah 15 tahun 12 orang pemain termasuk pemain simpanan
4.1.3 Bawah 18 tahun 12 orang pemain termasuk pemain simpanan
4.2 Pemain hanya dibenarkan bermain untuk satu kategori umur sahaja.
4.3 Senarai nama (1 salinan) setiap pemain hendaklah disertakan bersama-sama
dengan satu salinan kad pengenalan dan dibukukan mengikut warna yang telah
ditetapkan
4.3.1 Bawah 12 tahun – Kuning
4.3.2 Bawah 15 tahun – Pink
4.3.3 Bawah 18 tahun – Biru
4.4 Senarai nama tersebut hendaklah disahkan oleh pengetua/guru besar sekolah
masing-masing.
4.5 Semua borang pendaftaran yang telah disahkan mestilah diserahkan ke sekolah
yang menjadi pengelola pada hari kejohanan.

5. SISTEM PERTANDINGAN
5.1 Sistem pertandingan dijalankan cara liga atau cara kalah singkir seperti
berikut :
5.1.1. CARA LIGA EMPAT KUMPULAN (A,B,C,D)
i. Pusingan Pertama
a. Sekiranya dua belas (12) atau lebih pasukan mengambil bahagian,
pasukan-pasukan itu akan dibahagikan kepada empat kumpulan
(A,B,C,D). Pertandingan akan dijalankan secara liga.
b. Johan, naib johan, tempat ketiga dan tempat keempat dalam
pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti
berikut :
Johan - Kumpulan A
Naib Johan - Kumpulan B
Ketiga - Kumpulan C
Keempat - Kumpulan D
Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam empat kumpulan
tersebut secara undian.
c. Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil
bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah
dipertimbangkan kedudukannya.
ii. Pusingan Kedua (Suku Akhir)
a. Pemenang 1 dan Pemenang 2 dalam setiap kumpulan (semuanya
berjumlah lapan pasukan) akan masuk ke pusingan suku akhir dan
pertandingan akan dijalankan secara kalah singkir.
b. Perlawanan adalah ditetapkan seperti berikut :
Undian bagi 4 pasukan Pemenang Pertama SETIAP KUMPULAN akan
didahulukan untuk ditempatkan di kedudukan 1,3,5,7
Undian bagi 2 Pasukan Pemenang Kedua atau 4, jika pasukan
Pemenang Pertama KUMPULANnya telah diundi dan ditempatkan di
kedudukan 6 atau 8
iii. Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan Suku Akhir akan
memasuki perlawanan Separuh Akhir. Manakala pasukan-pasukan yang
menang pada perlawanan akhir bagi menentukan JOHAN dan Naib
Johan.

6. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN


6.1 Cara memberi mata :
Menang - 3
Seri - 1
Kalah - 0
6.2 Keputusan Seri
6.2.1 Sekiranya berlaku seri pada jumlah mata di akhir perlawanan secara
LIGA, maka keputusan perlawanan antara kedua-dua pasukan
menentukan pemenang, walau bagaimanapun :
i. Jika kedua-dua pasukan seri, atau jika lebih daripada dua pasukan
mempunyai jumlah mata yang sama di akhir perlawanan, PURATA
GOL akan menentukan kedudukan (iaitu jumlah jaringan gol
dibahagi dengan jumlah gol yang kena )
ii. Jika purata gol masih seri, maka perbezaan gol akan digunapakai
(iaitu jumlah jaringan gol tolak jumlah gol yang kena)
iii. Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaring gol
terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang.
6.2.2 Sekiranya berlaku seri semasa perlawanan di peringkat separuh akhir
dan akhir :
i. Pasukan hendaklah diberi masa rehat dua (2) minit di akhir masa
sepenuh perlawanan.
ii. Masa tambahan selama dua (2) x tujuh (7) minit setiap bahagian
akan dimainkan
iii. Pasukan bertukar kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula
oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah berikutnya.
iv. Pasukan bertukar kawasan Gol di separuh masa tanpa rehat.
v. Hantaran Tengah diambil oleh pasukan yang berhak kepada
Hantaran Tengah berikutnya.
vi. Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan permainan akan
diteruskan sehingga satu pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol.

7 PEGAWAI PERTANDINGAN
7.1 Pegawai Pertandingan terdiri daripada Pengadil, Pencatat dan Penjaga Masa
7.2 Pengerusi Teknik Daerah bertanggungjawab melantik pengadil yang
berkelayakan dan berpengalaman
7.3 Pegawai teknikal dilantik oleh jawatankuasa Teknik
7.4 Semua pegawai hendaklah terdiri daripada wanita

8 PAKAIAN
8.1 Pemain diwajibkan memakai ‘Bibs’ mengikut peraturan Gabungan Persekutuan
Bola Jaring Antarabangsa (IFNA)_
8.2 Setiap pasukan dikehendaki membawa 2 set ‘Bibs’ yang berlainan warna serta
mengikut saiz tulisan yang ditetapkan oleh MSSM
8.3 Pemain-pemain dibenarkan memakai baju –T dengan ‘Skirt atau baju-T dengan
seluar trek sahaja secara berpasukan.
8.4 Jika kedua-dua pasukan memakai ‘Bibs’ yang sama warna, maka lambungan
syiling akan dijalankan untuk menentukan pasukan yang akan menukar ‘Bibs’

9 GELANGGANG / ALATAN
9.1 Rujuk kepada Undang-Undang Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (INF).
9.2 Tinggi tiang gol untuk sekolah menengah ialah 3.05 meter atau 10 kaki dan
sekolah rendah ialah 8 kaki atau 2.44 meter.
9.3 Bola yang digunakan adalah jenama molten jenis pvc (campuran kulit dan
getah). Saiz bola untuk semua peringkat ialah saiz 5.

10 KELEWATAN
10.1 Sepuluh (10) minit akan diberi untuk masa kelewatan, Jika selepas masa itu
sesuatu pasukan tidak dapat hadir dengan sekurang-kurangnya lima (5)
pemain, pasukan itu akan dikira menyerah kalah dengan sengaja. Mata
kemenangan akan diberi kepada pasukan lawan.
11 PENANGGUHAN PERMAINAN
11.1 Jika cuaca buruk, permainan akan diberhentikan (sedang bermain) atau
ditangguhkan (belum bermain)
11.2 Permainan akan disambung pada hari yang sama jika cuaca dan padang
berkeadaan baik tetapi sekiranya cuaca masih berkeadaan buruk, permainan
akan dimainkan semula pada keesokan harinya.

12 BANTAHAN
12.1 Bantahan bertulis ditandatangani oleh seorang pegawai yang berdaftar
diserahkan kepada Setiausaha Jawatan Kuasa Pengelola Pertandingan atau
wakilnya tidak lewat satu jam selepas tamat perlawanan dengan disertakan
wang pertaruhan sebanyak RM 200.00( ringgit Malaysia dua Ratus sahaja).
12.2 Tempoh penyerahan Bantahan Rasmi tertakluk kepada peraturan dan
undang-undang bola jaring.
12.3 Wang pertaruhan tidak akan dipulangkan sekiranya bantahan ditolak.Jika
sebaliknya wang tersebut akan dikembalikan.
12.4 Jika sesuatu pasukan membuat bantahan, perlawanan mereka selepas itu
hendaklah dijalankan dengan keadaan bermain dalam bantahan
12.5 Sekiranya Jawatankuasa Pengelola Pertandingan mendapati bantahan yang
dibuat perlu dipertimbangkan, maka Juri Rayuan hendaklah mengadakan
mesyuarat secepat mungkin.
12.6 Keputusan juri rayuan hendaklah disampaikan secara rasmi kepada
Pasukan berkenaan dan keputusanya adalah muktamad.

13 JURI RAYUAN
Ahli Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang ( minimum) atau 7 orang
(maksimum) daripada sekurang-kurangnya 3 buah daerah:
13.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola / Penganjur / wakilnya.
13.2 Setiausaha agung MSSPK / wakilnya
13.3 Penyelaras Teknik dan Pembangunan Sukan Bola Jaring Daerah
13.4 3 orang Pengurus Pasukan yang tidak terlibat dengan kes bantahan tersebut
13.5 Setiauasaha Jawatankuasa Pengelola / Penganjur / wakilnya ( pencatat)

14 LEMBAGA TATATERTIB
14.1 Lembaga Tatatertib terdiri daripada :
a. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Negeri / wakilnya sebagai Pengerusi
b. Pengerusi Jawatankuasa Teknik MSS Negeri / wakilnya
c. Pengerusi Pengelola Permainan /wakilnya
d. Setiausaaha Agung MSS Negeri / wakilnya
e. PTPS Bola Jaring Negeri
14.2 Lembaga ini bertanggungjawab untuk:
a. Memberi amaran
b. Menggantung penyertaan bagi jangkamasa tertentu
c. Menyingkirkan peserta daripada keseluruhan kejohanan pesta
d. Mengarahkan pemain dihantar pulang
e. Menghantar laporan kepada MSS Daerah berkenaan supaya mengambil
tindakan tatatertib sejajar dengan tindakan disiplin mengikut hukuman
yang digunapakai oleh Pertubuhan Kebangsaan.
15 PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
15.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am Pertandingan dan
Peraturan Permainan Bola Jaring ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa
Pengelola Kejohanan dan Keputusan adalah muktamad.

Disediakan oleh,

…………………………..
(SAADIAH BINTI SHARI)
Penyelaras Teknik dan Pembangunan Sukan
Batang Padang & Muallim
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KECIL
KEJOHANAN BOLA JARING BAWAH 12, 15 DAN 18 TAHUN
MSS PERAK 2016

2. MASA PERMAINAN
2.1 Semua permainan dimainkan dengan 2 bahagian bagi semua kategori iaitu
selama 10 minit setiap separuh masa. Masa rehat adalah 1 minit. (10:1:10)

4. PENDAFTARAN PEMAIN
4.1 Setiap pasukan mengandungi bilangan pemain seperti berikut:
4.1.1 Bawah 12 tahun 10 orang pemain termasuk pemain simpanan
4.1.2 Bawah 15 tahun 8 orang pemain termasuk pemain simpanan
4.1.3 Bawah 18 tahun 8 orang pemain termasuk pemain simpanan

6. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN


6.1 Keputusan Seri
6.2.2 Sekiranya berlaku seri semasa perlawanan di peringkat separuh akhir
dan akhir masa bermain akan ditambah 3:1:3
6.2.3 Jika masih berlaku seri di akhir masa tambahan 3 hantaran tengah
akan dilaksanakan dengan undian semula akan dijalankan.

7. PEGAWAI PERTANDINGAN
7.3 Pengadil hendaklah memakai pakaian berwarna putih yang sopan dan tidak
menjolok mata. Pengadil juga tidak dibenarkan memakai tudung dengan
aksesori/hiasan tambahan

8. PAKAIAN
8.2 Pemain-pemain dibenarkan memakai baju –T dengan ‘Seluar Skirt’ atau baju-T
dengan seluar trek dan mestilah seragam secara berpasukan.
8.3 Pakaian pemain adalah dilarang berwarna putih menyamai pengadil.

9. GELANGGANG / ALATAN
9.1 Rujuk kepada undang-undang rasmi Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa
(INF)
9.2 Permainan akan dijalankan di atas padang rumput.
9.3 Bola yang digunakan adalah jenama molten jenis pvc (campuran kulit dan
getah). Saiz bola untuk semua peringkat ialah saiz 5.

11. PENANGGUHAN PERMAINAN


11.1 Jika cuaca buruk, permainan akan diberhentikan (sedang bermain) atau
ditangguhkan (belum bermain)
11.2 Permainan akan disambung pada hari yang sama jika cuaca dan padang
berkeadaan baik tetapi sekiranya cuaca masih berkeadaan buruk, lambungan
syiling akan dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai