Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

KOLABORASI PROJEK PEMBUATAN ROTI KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN


KHAS DAN PROGRAM TRANSISI KE KERJAYA BERSAMA KOPERASI KRUIT DAN KOMPONEN KOKURIKULUM
PERSATUAN KOPERASI DAN PENGGUNA SMK SUNGAI KERUIT )

1. PENDAHULUAN
SMK Sungai Keruit mempunyai kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang mengikuti mata
pelajaran Kemahiran Vokasioal Spesifik (KVS) Pembuatan Roti 28 jam seminggu selaras dengan Kurikulum
Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK) untuk murid berkeperluan khas (MBK). Melalui mata
pelajaran ini murid akan dilatih dengan kemahiran dan teori mengikut sukatan yang telah ditetapkan bertujuan untuk
memberi peluang kepada murid menceburi bidang kemahiran vokasional di samping mengembangkan bakat mereka
dan berupaya berdikari, mampu merancang dan seterusnya dapat mengaplikasikan kemahiran di dalam
menguruskan kehidupan seharian dan di dalam dunia pekerjaan. Murid yang lulus akan menerima Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM) yang dapat memenuhi peluang kelayakan kerjaya pasaran industri.

Sehubungan itu pihak sekolah berhasrat untuk mengembang dan mengkomersialkan lagi produk roti ini
dengan mengadakan kolaborasi bersama Koperasi Keruit dan Persatuan Koperasi dan Pengguna. Kolaborasi ini
dilaksanakan untuk memberi peluang kepada murid-murid meneroka dan mengembangkan bakat mereka dalam
bidang kemahiran pembuatan roti, penyuntik modal dan medan untuk pemasaran produk kepada warga sekolah.

2. MATLAMAT
Matlamat program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang kepimpinan, disiplin dan
kemahiran pengurusan dalam keusahawanan dan penghasilan produk iaitu penghasilan roti. Aktiviti serta program
yang disusun bertujuan untuk mengembangkan potensi dan kemahiran murid sebagai persediaan menempuh
cabaran yang bakal mendatang di alam pekerjaan. Selain itu, dengan kemahiran dapat melahirkan murid yang
mempunyai kemahiran vokasional yang berdaya saing di alam pekerjaan.

1
3. OBJEKTIF
Objektif projek pembuatan roti ini ialah:
3.1 Mengembangkan potensi dan bakat murid supaya berkemahiran.
3.2 Meningkatkan keyakinan diri dan interaksi murid serta komuniti.
3.3 Melatih murid dengan kemahiran vokasional yang spesifik supaya murid mahir dan berdaya saing sebagai
persediaan menempuh alam pekerjaan kelak.
3.4 Memupuk dan menyemai budaya keusahawanan dalam kalangan murid.

4. KUMPULAN SASARAN
Murid PPKI, Koperasi Kruit dan Persatuan Koperasi dan Pengguna

5. MASA
Waktu PdPC PPKI dan waktu kokurikulum

6. LOKASI
Bilik PPKI dan Bilik Sains Rumah tangga

7. CADANGAN PRODUK
7.1 Roti sosej
7.2 Roti kaya
7.3 Roti kacang merah
7.4 Chicken floss
7.5 Pau frozen

2
8. AHLI JAWATANKUASA
AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pn. Hajah Siti Shahida binti Abdullah (Pengetua)

Naib Pengerusi 1 : Cik Hajah Sharifah binti Adnan (PK Kokurikulum)

Naib Pengerusi 2 : Pn. Hajah Salmiah binti Ishak (PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 3 : En. Ahmad Fauzi bin Azib (PK HEM)

Penyelaras : Pn. Hajah Saadiah binti Shari

Pengarah Projek : En. Mohd Hamka bin Ibrahim

Setiausaha : Pn. Nor Salwani binti Sulong

Bendahari : Pn. Wan Nor Azura binti Wahab

AJK PELAKSANA

Penghasilan Produk : Pn  Nurizzatiaini binti Che Russlee

: Pn. Norapizah binti Saidin

Stok & Alatan : Pn Siti Haslinda binti Nasaruddin

: Pn. Syarinatul Hajar binti Kunyahamu

Promosi : En Mohd Salleh bin Kamaruddin

: En Saiful Azrul Izani bin Isaudin

Jualan : Cik Khasliza binti Mohd Yakim

: Cik Norizan binti Adnan

9. JADUAL KERJA

Bil Perkara Feb Mac Apr Mei Jun Julai Ogos Sept Okt Nov Dis
1 Menyediakan kertas /
kerja
2 Mesyuarat Ahli /
Jawatankuasa
3 Kursus pembuatan /
roti
4 Persediaan /
5 Pembuatan roti / / / / / / /

3
6. Pemasaran/jualan / / / / / /
10. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PENDAPATAN RM BIL PERBELANJAAN RM


1. Wang SUWA (Sumbangan) 1923.86 1 Electric Oven (Industry) 1400.00
2. Sumbangan 8076.14 2 Cooling Trolley 700.00
3 Food Mixer 60 Liters 1500.00
4 Aluminium Baking Tray 300.00
5 Proofer 1600.00
6 Pau steamer 2500.00
7 Freezer 295L 1200.00
8 Kursus pembuatan roti 500.00
9 Tepung Roti 30.00
10 Telur 10.00
11 Gula kastor 30.00
12 Marjerin 40.00
13 Susu tepung 30.00
14 Yis 30.00
15 Pelembut serbaguna KFine 30.00
16 Coklat Compound 100.00
JUMLAH 10000.00 10000.00

11. PENUTUP

Semoga program pembuatan roti yang dirancang dapat mencapai matlamat,dan mampu menjana pendapatan
dengan kerjasama semua.

Disediakan oleh, Disahkan oleh

…………………………… ……………………………….
(SAADIAH BINTI SHARI)
Penyelaras Projek

Anda mungkin juga menyukai