Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN (Biz-Edu)

PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SMK SERI BEDENA

1.0 PENGENALAN

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang
dari aspek JERIS, kurikulum Pendidikan Khas juga turut digubal bagi melahirkan pelajar
yang mampu membawa dimensi baru dalam dunia pendidikan. Menyedari hakikat tentang
keperluan pendidikan dan pembelajaran bagi pelajar-pelajar ini, pelbagai program telah
disusun atur sebagai langkah utuk mencapai matlamat di atas. Penyertaaan pelajar khas
sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam atau di luar sekolah merupakan
intipati di dalam dunia Pendidikan Khas yang perlu didedahkan kepada pelajar. Sehubungan
dengan itu, satu projek keusahawanan telah dirangka bagi mencapai tujuan di atas. Ia
merupakan titik tolak bagi melahirkan pelajar khas yang berupaya berdikari, mampu
merancang dan seterusnya dapat mengaplikasikan kemahiran di dalam menguruskan
kehidupan.

2.0 RASIONAL
Keusahawanan merupakan bidang kerjaya yang sangat penting di negara ini. Menyedari
kepentingan pendidikan keusahawanan untuk membekalkan pelajar dengan peluang dan
potensi untuk memilih kerjaya sebagai usahawan,Kementerian Pendidikan Malaysia telah
menunjukkan komitmen mereka terhadap pelaksanaannya.Komponen Keusahawanan telah
diperkenalkan dalam subjek Kemahiran HIdup Bersepadu di Sekolah Menengah Rendah.
Berlandaskan usaha tersebut PPKI SMK Seri Bedena ingin membudayakan keusahawanan
di kalangan pelajar khas .Pembudayaan keusahawanan terus diterapkan melalui mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu bermula 2011 hingga kini dalam pelaksanaan KSSM
Pendidikan Khas.

3.0 MATLAMAT

Matlamat pendidikan keusahawanan sekolah ialah untuk membentuk pelajar khas sebagai
pencipta kerja yang berpotensi dan bukan sebagai sebagai pencari kerja.Bekerja sendiri dan
memiliki perniagaan adalah satu obsyen yang realistik untuk pelajar Khas yang mempunyai
kemahiran vokasional dan teknikal. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri dan
ketajaman mental serta ketahanan fizikal setiap pelajar. Aktiviti ,produk dan modul yang
disusun di dalam program ini adalah bertujuan untuk menonjolkan bakat dan kemahiran
para pelajar khas dalam menempuh cabaran globalisasi yang bakal mendatang. Disamping
itu, program ini bertujuan untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan,disiplin dan
kemahiran pengurusan yang perlu ada dalam diri para pelajar Pendidikan Khas.

4.0 OBJEKTIF

a.      Memupuk, menyemai dan melahirkan budaya keusahawanan di kalangan pelajar-


pelajar khas.

b.      Meluaskan pemahaman dan mengamalkan prinsip asas perniagaan dan


keusahawanan supaya boleh bertindak sebagai seorang pengguna atau pengeluar
yang sejajar dengan nilai etika perniagaan.

c.       Mencapai objektif dalam Bab 10 :Projek Jualan Makanan KSSMPK Asas Masakan.

d.      Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman berniaga dan


merupakan aktiviti Kelab Keusahawanan PPKI.

e.       Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pengurusan perniagaan dan melatih


mengamalkan nilai-nilai etika dan perniagaan.

5.0 TARIKH DAN MASA PERLAKSANAAN

Bermula April 2020 hingga November 2020 pada setiap hari Rabu pada pukul

6.0 TEMPAT

Tempat yang telah dipilih untuk aktiviti ini adalah di ruang menyusur antara Bangunan A dan
B PPKI.

7.0 KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar PPKI yang mengikuti kemahiran hidup masakan sama ada kokurikulum
alternatif mahu pun KSSMPK untuk aktiviti jual beli dengan dibantu oleh seorang guru dan
PPM secara bergilir mengikut jadual .
8.0 SASARAN JUALAN

Pelajar Pendidikan Khas, Pelajar Aliran Perdana ,Guru-guru SMKSB serta para pelawat dari
sekolah-sekolah yang lain.

9.0 PRODUK JUALAN DAN RASIONAL

Antara produk jualan yang akan dijual ialah:

a) Jagung Cawan (kukus)

b) Burger mini (hasil murid)

c) Roti / bun

d) Sagu gula Melaka

e) Jus Mangga

Rasional jualan produk yang disebutkan adalah untuk membuktikan keupayaan pelajar khas
untuk bersaing dalam menghasilkan produk dan mampu untuk menampung keperluan diri
sendiri kelak. Semua keuntungan hasil dari jualan ini juga akan digunakan untuk
menampung pembelian alatan pelajar dan keperluan para pelajar khas.

10.0 KEPERLUAN LOGISTIK

a) Meja

b) Dapur Mudah Alih

c) Mesin kira

e) Buku kira-kira

f) Bahan-bahan mentah
11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. SENARAI BARANG KUANTITI HARGA JUMLAH


PER HARGA
UNIT
1. Tepung gandum Cap 2 kotak 2.80
Sauh
Tepung High protein 10 beg 4.00
Sagu 5.00
Gula Melaka 8.00
Jagung frozen 6.00
Susu Krimer Sejat 2.90
Nugget 12.00
Sos Cili Life 3.50
Mayonis 10.00
Salad /Sayuran 10.00
Telur 13.00
Margerin Pelangi 5.00
Gula 2.20
Garam Halus 6.00
Yis /mauripan 15.00
Susu tepung Full 18.00
Cream
Buttercup 1kg 14.00
Tartura /cheese 18.00
Muffin Paper cup 10.00
Jem pelbagai perisa 8.00
Lidi penyucuk 2.50
Susu pekat manis 2.50
Cawan dadih tiinggi 12.00
Cawan Jagung 14.00
Sudu kecil 3.00
Buah manga 5.00
Cawan Jus 18.00
Straw 3.00
Pengisar air (ice 150.00
blanded)
Bunting 20x10 30.00
Portable gas 18.00/
bundle
Plastik Tangkai 5.00
merah
Plastik sampah tebal 10.00
Plastik Jernih 8.00
Salotip 3.00
Bun Paper cup 20.00
OPS TP-13L Swiss 8.00/pack
Roll

PELAN PERLAKSANAAN STRATEGI

Bagi memastikan perlaksanaan mengikut perancangan sebuah jawatankuasa kerja telah


dilantik untuk menjayakan program ini.

JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG : PUAN FARIDAH BINTI A. RAHMAN


(PENGETUA SMK SERI BEDENA )
PENGERUSI 1 : PUAN SARINAH BINTI MOHD ARSHAD
(GURU PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS )
PENGERUSI II : ENCIK MOHD ISHAK BIN MASUDI
(GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)
NAIB PENGERUSI I : ENCIK AHMAD BIN ASMARAN
(GURU PENOLONG KANAN HEM)
SETIAUSAHA : PUAN SUHANA BINTI MOHAMMED ROYANI
BENDAHARI : PUAN ADLIN JULIANA BINTI JAAFFAR

JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGURUS BELIAN : PUAN SITI ROHANI BINTI NAPIAH


PUAN SITI RULIZAH BINTI NORHATIM
PUAN RABIATUL ADAWIYAH BINTI NGATIREN

PENGURUS JUALAN : PUAN NORAZMA BINTI SAIDINA ABU BAKAR


PUAN NORAZLINA BINTI SAFIE

PENYEDIAAN TEMPAT : ENCIK SHAHROL NIZAM BIN MISPAN


ENCIK BASRI BIN ARSAT
ENCIK ARIMAN BIN ARIFFIN

DOKUMENTASI : PUAN NORYUSMILA BINTI MAHMOOD ZULUDDIN

PENJADUALAN GURU
DAN PELAJAR : PUAN SUHANA BINTI MOHAMMED ROYANI

CADANGAN LATAR BELAKANG PROGRAM KEUSAHAWANAN

Pelaksanaan program dibuat melalui dua pendekatan iaitu teori semasa PdPc dan latihan
praktikal yang dijalankan di dapur masakan.

1. Teori Dalam Kelas

Program akan dikendalikan pada dua peringkat iaitu program pengenalan/Asas


Keusahawanan yang dipelajari dalam bab 1 dan bab 2 KSSMPK Asas Masakan dan latihan
pengukuhan dan penilaian yang dibuat selepas PdPc.

Modul 1 : Program Pengenalan/Asas Keusahawanan


Pendedahan secara teori dan latihan akan diberikan melalui modul-modul yang telah dibina
khas untuk program ini iaitu;

i) Mengenali Dunia Keusahawanan


Tayangan video usahawan jaya dalam bidang perniagaan bagi menarik minat murid-
murid dalam bidang keusahawanan.

ii) Kepimpinan dan “Teamwork”


Aktiviti masakan secara berkumpulan tertumpu kepada membina kekuatan kumpulan
dan kepimpinan.

iii) Asas Kewangan dan Pemasaran


Melalui program ini murid-murid didedahkan dengan konsep tentang asas kewangan;
modal, perbelanjaan dan pendapatan.

iv) Asas Nilai Murni

Murid diberi pendedahan dan tanggungjawab untuk bersikap jujur,sopan, kerjasama,


mendengar arahan dan menjaga kebersihan semasa jualan.

Melalui program ini juga mereka dikehendaki membuat latihan ‘role play’ berkaitan aktiviti
pengurusan kewangan dan aktiviti jualan

Murid-murid akan diberi bimbingan melalui sesi perbincangan, bengkel, permainan


perniagaan dan latihan keusahawanan untuk mengukur sejauh mana kefahaman murid-
murid mengenai konsep keusahawanan yang disampaikan. Segala aktiviti murid-murid akan
dinilai dan diberikan token.

Modul 2 : Program Pengukuhan Dan Penilaian

Di peringkat ini, murid-murid akan diberi tugasan pembuatan dan menyediakan makanan
dengan pemantauan guru. Pelajar akan dinilai oleh guru untuk terlibat dalam urusniaga atau
sebaliknya. Pelajar akan terus diberikan pengukuhan untuk mengelakkan sebarang risiko
kemalangan sepanjang aktiviti dijalanakan.

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI SEKIRANYA DIJALANKAN.

a)      Bersesuaian dengan misi PPKI SMK Seri Bedena iaitu Meningkatkan Kualiti Urusdiri,
Kurikulum, Kokurikulum Dan Penyediaan Ke Kerjaya Murid-Murid PPKI SMK Seri Bedena.
b)      Berdasarkan ketidakupayaan pelajar menguasai bidang akademik adalah amat wajar
memupuk kesedaran dan persediaan memilih keusahawanan sebagai satu alternatif 
kepada kerjaya mereka pada masa hadapan.

c)       Motto PPKI SMK Seri Bedena iaitu Ketidakupayaan Bukan Kekurangan, Kecacatan
Bukan Halangan

e)      Menerusi program ini diharap dapat membantu pelajar khas menukar corak pemikiran
minda mereka dalam bekerja makan gaji,mengharapkan bantuan kerajaan dan menangih
simpati kepada pemikiran uasahawan yang berjaya yang mampu bersaing dengan insan
biasa.

RUMUSAN

Diharapkan program ini dapat menambahkan pengalaman dan ilmu pengetahuan di


samping menimbulkan semangat yang lebih gigih untuk memajukan mereka.Semoga
program ini dapat dijalankan dengan jayanya dengan sokongan padu pihak pengurusan
terutamanya dari segi kewangan,masa serta sokongan daripada guru-guru khas .Dengan
adanya sokongan ini dapat memberikan gambaran yang positif terhadap keupayaan pelajar
khas ini.Selain daripada itu,ia juga merupakan salah satu cara yang terbaik yang dapat
guru-guru lakukan khas untuk pelajar yang kurang upaya ini.

Disediakan oleh:
……………………………………
(SUHANA BINTI MOHAMMED ROYANI)
Setiausaha Bizz- edu
Program Pendidikan Khas Integrasi
SMK Seri Bedena

Disemak oleh :

…………………………………..
Program Keceriaan Bangunan Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Seri Bedena
diluluskan / tidak diluluskan dengan peruntukan
sebanyak ........................................sahaja daripada
PCG ........................................................

Disahkan Oleh:
……………………………

Anda mungkin juga menyukai