Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA MINGGU HARI KEUSAHAWANAN

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)


SK KAMPUNG LADANG

1. PENGENALAN

Program Minggu Keusahawanan merupakan acara PPKI SK Kampung Ladang


yang diadakan buat julung kalinya. Penyertaan pelajar khas sama ada secara
langsung atau tidak langsung di dalam atau di luar sekolah merupakan inti pati di
dalam dunia Pendidikan Khas yang perlu didedahkan kepada pelajar. Sehubungan
dengan itu, Program Hari Keusahawanan ini telah dirangka bagi mencapai tujuan di
atas. Ia merupakan titik tolak bagi melahirkan pelajar khas yang berupaya berdikari,
mampu merancang dan seterusnya dapat mengaplikasikan kemahiran di dalam
menguruskan kehidupan.

Salah satu aktiviti pembelajaran untuk murid-murid Pendidikan Khas adalah


berbentuk program pembelajaran di luar kelas. Ini kerana, murid-murid diberi
pendedahan dan melihat sendiri apa yang berlaku di sekitar mereka. Antara program
luar yang dirancang adalah aktiviti hari keusahawanan. Ia merupakan satu program
untuk membantu meningkatkan potensi diri murid-murid dari segi fizikal dan kognitif.

Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan silaturrahim dan menzahirkan
semangat kekitaan antara semua warga SK Kampong Ladang terutamanya antara
murid berpendidikan khas dengan murid aliran perdana.

2. RASIONAL

Memberi pendekatan berkaitan kepimpinan, disiplin dan kemahiran pengurusan


yang perlu ada dalam diri para pelajar Pendidikan Khas. Ia bertujuan untuk
meningkatkan keyakinan diri dan ketajaman mental serta ketahanan fizikal setiap
pelajar.

3. OBJEKTIF
i. Mendapatkan dana bagi pelbagai aktiviti murid PPKI
ii. Memberi pendedahan kepada murid mengenai kaedah perniagaan dan
mengaplikasikan pembelajaran di dalam kehidupan seharian.
iii. Melibatkan pelajar melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan

4. TEMA
SUMBANGAN ANDA KEBANGGAAN KAMI
5. PERINCIAN PROGRAM
Tarikh : 6 November 2017(Isnin)
Masa : 8.00 pagi 1.00 petang setiap hari
Tempat : Perkarangan PPKI dan Kantin SK Kampong Ladang
Penglibatan : Semua guru PPKI, PPM dan semua murid PPKI

6. AHLI JAWATANKUASA

Penasihat :Pn. Zarinah Binti Yahya (Guru Besar)


Pengerusi :En. Tn Badrul Hisyam Bin Tn Abdullah (GPK1)
Naib Pengerusi 1 :Pn. Nor Rihar Bt Yaakop (GPK HEM)
Naib Pengerusi Ii :En. Zamri Bin Sulaiman (GPKK)
Penyelaras Program :Pn. Norhayati Bt Hamid
Setiausaha :Pn. Ali Imran Bin Mad Amin
Bendahari : Pn. Murnizawati Binti Muhamad
Gerai Jualan : Semua Guru Dan Murid Ppki Skkl

7. PENGISIAN PROGRAM
i. Jualan Makanan
- Menu jualan
a) Burger
b) Nugget
c) Kentang goreng
d) Ais krim

8. TENTATIF PROGRAM

8.00 - Persiapan tapak dan barang-barang jualan


9.30-1030 - Jualan Bermula di perkarangan PPKI

9. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH


1. Modal Jualan
i. Burger
a) Roti burger RM 6.00X3 RM 18.00
b) Daging burger RM 5.00X3 RM 15.00
c) Salad RM 3.00X1 RM 3.00
d) Timun RM 2.00X1 RM 2.00

i. Nugget RM 10.00X2 RM 20.00


ii. Sosej RM 3.00X3 RM 9.00
iii. Kentang goreng RM 6.00X2 RM 12.00
iv. Plastik Ais krim RM 2.00X2 RM 4.00
v. Perisa air RM 2.50X4 RM 10.00
vi. Plastik RM 10.00 RM 10.00
pembalut(Strapping
plastic)
vii. Sos RM 5.00X2 RM 10.00
viii. Mayonis RM 5.00X1 RM 5.00
ix. Gula pasir RM 2.50X2 RM 5.00
x. Kertas pembalut RM 3.00X1 RM 3.00
makanan
xi. Plastik makanan RM 3.00X3 RM 9.00
JUMLAH BESAR RM 135.00

10. PENUTUP

Dengan terlaksananya Program Minggu Keusahawanan ini diharapkan dapat


mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan muhibah dalam kalangan warga PPKI
SK Kampong Ladang dan murid PPKI, di samping dapat mewujudkan persefahaman
dan semangat kerja berpasukan sekali gus dapat meningkatkan kualiti dan
produktiviti kerja dan mencapai objektif.

Disediakan oleh,

.....................................................
(EN. ALI IMRAN BIN MAD AMIN)
Setiausaha
Program Hari Keusahawanan PPKI 2017

Disemak oleh,

..................................................... ...

(PN. NORHAYATI BINTI HAMID) (PN. ZARINAH BINTI YAHYA)


Penyelaras Guru Besar
Program Hari Keusahawanan PPKI 2017 SK Kampung Ladang
SK KAMPONG LADANG

KERTAS KERJA
HARI KEUSAHAWANAN
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
2017

TARIKH:
6 NOVEMBER 2017

TEMPAT:
PERKARANGAN KELAS PPKI

Anda mungkin juga menyukai