Anda di halaman 1dari 19

MODEL PENGURUSAN

BADAN KEPIMPINAN
PENGAWAS SRITI

DISEDIAKAN OLEH :MOHAMMAD ADNAN BIN MOHAMAD FATLILAH


PENDAHULUAN

• Pengawas Sekolah merupakan tunjang


utama dalam membantu dan
meningkatkan disiplin murid-murid ke
tahap yang maksimum. Selain itu,
pengawas-pengawas juga dibentuk untuk
menjadi pemimpin yang berwibawa dan
berketerampilan.

2
MATLAMAT

• Melahirkan murid yang berketerampilan


dan mampu memimpin di masa hadapan
dengan jiwa Rabbani
• Menekankan penerimaan tanggungjawab
individu sebagai asas kejayaan peribadi,
pencapaian kumpulan dan pembaikan
komuniti
• Mewujudkan suatu imej sekolah yang
baik dan mengekalkan budaya sihat
sekolah
3
LANTIKAN PENGAWAS
 Pengawas akan melalui tempoh percubaan
selama 3 bulan (jika perlu Januari-Mac).
 Pengawas yang bersetuju menerima tawaran
akan menandatangani surat setuju lantikan
setelah membaca dan menerima syarat
perlantikan.
 Pengawas SRITI mendapat watikah lantikan
terus oleh Guru Besar berdasarkan cadangan
Guru-guru SRITI. Perlantikan dibuat pada
bulan Mac setiap tahun dan dibubarkan pada
akhir sesi persekolahan.

4
Carta alir perlantikan
pengawas

5
KELAYAKAN PEMILIHAN PENGAWAS SRITI

 Umur tidak kurang 8-12 tahun.  Proaktif.


 Minat menimba pengalaman baru.  Hormat Menghormati.
 Sabar  Ambil peduli.
 Bersifat Kepimpinan.  Bersopan Santun.
 Berdisiplin.  Kemas dan Bersih.
 Bertanggungjawab.  Kehadiran yang cemerlang.
 Berdikari.  Akademik yang Cemerlang (satu
kelebihan).
 Berakhlak Mulia.
 Amanah.
 Qudwah.
 Bekerjasama.

6
MESYUARAT pengawas sriti

Bulanan
mingguan

7
PAKAIAN PENGAWAS SRITI

Menggunakan vest diluar, pakaian


seragam yang kemas, sopan dan
menutup aurat sepenuhnya.

NAMA SEKOLAH

LENCANA SRITI

PENGAWAS
SEKOLAH

8
Masa bertugas

 Masa Rasmi Bertugas


Waktu mula bertugas setiap hari pada hari rasmi
persekolahan bagi semua pengawas ialah 10 minit
sebelum perhimpunan serta semasa perhimpunan.
Begitu juga 10 minit sebelum tamat sesi persekolahan
sebelum pulang.
 Keluar bertugas
Pengawas dibenarkan keluar 10 minit lebih awal dan
masuk 10 minit lebih lewat sebelum dan selepas waktu
rehat.
9
Lokasi bertugas

• Pintu masuk sekolah


• Tapak perhimpunan
• Kantin
• Koperasi sekolah
• surau
SKOP TUGASAN PENGAWAS SRITI
1. Ketua Pengawas

1. Memantau jadual tugasan Lembaga Pengawas Sekolah


2. Menjadi wakil murid, pengawas dan sekolah
3. Menjadi teladan kepada murid dan pengawas lain
4. Mempengerusikan semua mesyuarat Lembaga Pengawas dengan bimbingan guru
5. Memastikan aktiviti Lembaga Pengawas berjalan dengan lancar serta menyelia aktiviti Lembaga
Pengawas
6. Memastikan ahli Lembaga Pengawas menjalankan tugas yang telah ditetapkan dengan sempurna
7. Memantau disiplin pengawas dan murid dari masa ke semasa
8. Mengadakan perbincangan dengan AJK Tertinggi untuk membuat tindakan yang melibatkan
kepentingan semua pengawas
9. Mengetuai segala ucapan rasmi Lembaga Pengawas dan berucap dalam majlis-majlis rasmi selaku
wakil murid
10.Menjadi lambang kecekapan Lembaga Pengawas
11.Memastikan setiap pengawas adalah 'QUDWAH’ kepada murid lain
11
12.Mengadakan perbincangan dengan Guru Pengawas/ Pentadbir Sekolah untuk membuat tindakan
yang melibatkan kepentingan semua pengawas
Timbalan Ketua Pengawas:

1. Membantu Ketua Pengawas dalam pelbagai aspek Lembaga Pengawas


2. Menjalankan semua tugas Ketua Pengawas sewaktu ketiadaan beliau
3. Menjadi teladan kepada ahli Lembaga Pengawas dan murid lain
4. Memantau dan membantu disiplin pengawas dan murid-murid dari masa ke
semasa
5. Mempengerusikan mesyuarat sekiranya Ketua Pengawas tiada atau ada hal
yang lain atas arahan Guru Pengawas atau Guru Besar / Mudir
6. Memastikan disiplin pengawas dan murid terkawal semasa perhimpunan,
acara rasmi sekolah dan rehat
7. Membantu Biro Spotcheck menjalankan spotcheck

12
Setiausaha
1. Membantu Ketua Pengawas dan Timbalan Ketua Pengawas bagi setiap pembahagian dan
pengagihan tugas
2. Menguruskan mesyuarat Lembaga Pengawas
3. Menyedia dan menyimpan setiap minit mesyuarat
4. Bertanggungjawab atas urusan surat-menyurat
5. Menyimpan rekod peribadi kesemua pengawas

Penolong Setiausaha
1. Bekerjasama dengan Ketua Pengawas menyediakan jadual bertugas pengawas sekolah
2. Memastikan biro-biro membuat laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan
3. Menerima dan mengesahkan laporan tugas pengawas
4. Berada di Bilik Pengawas sebelum tugas pengawas bermula untuk memastikan semua
pengawas bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan
5. Mengemaskini Papan Kenyataan Pengawas dan maklumat tugas harian (di luar bilik
13
pengawas)
Bendahari
1. Mengutip sumbangan bulanan dan lain-lain bayaran setelah mendapat
keizinan dari Guru Pengawas
2. Menyimpan rekod kewangan yang dikemaskini dengan baik
3. Menyerahkan rekod kewangan kepada Guru Pengawas bila
diperlukan
4. Menjadi penasihat kewangan kepada Ketua Pengawas dan Timbalan
Ketua Pengawas
5. Memastikan keadaan kewangan Lembaga Pengawas adalah stabil
6. Menyediakan dan mengemaskini laporan kewangan Lembaga
Pengawas
7. Mencari tajaan kewangan atau sumbangan untuk menambah dana
Lembaga Pengawas
8. Menyediakan bajet perbelanjaan untuk semua aktiviti Lembaga
14
Pengawas
Ahli Jawatankuasa Tertinggi (AJKT)

1. AJKT terdiri daripada Ketua Pengawas, Timbalan Ketua Pengawas,


Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari.

2. Biro-biro berkaitan:
• Biro Disiplin & Spotcheck
• Biro Perhimpunan
• Biro Pengurusan Majlis Dan Protokol
• Biro Aktiviti Dan Dokumentasi
• Biro Kebajikan
• Biro Merit-Demerit
• Biro Keceriaan Dan Kebersihan
• Biro Teknikal Dan Siaraya
15
Perlucutan Jawatan
- Ahli lembaga pengawas boleh dilucutkan jawatan sebagai
pengawas sekolah jika telah dibuktikan:
- Terlibat dalam kesalahan berat yang melibatkan tindakan
rotan, gantung sekolah dan yang berkaitan.

16
BILIK OPERASI PENGAWAS
Peraturan-peraturan Bilik Operasi Pengawas:
Fungsi Bilik Pengawas:
1. Pusat operasi Lembaga Pengawas
2. Bilik pentadbiran Lembaga Pengawas
3. Tempat menyimpan aset pengawas
4. Tempat pertanyaan am pelajar dan orang ramai
5. Tempat menjaga kebajikan pengawas

Peraturan Am
1. Bilik Pengawas adalah terbuka kepada semua Pengawas.
2. Pintu Bilik Pengawas hanya boleh dibuka oleh Guru
Pengawas kecuali mendapat kebenaran daripada Konsul
untuk membuka sendiri.
3. Pelajar tidak boleh memasuki Bilik Pengawas tanpa
kebenaran Guru Pengawas.

17
Waktu Operasi
1. Bilik Pengawas dibuka pada waktu pagi, rehat, dan waktu
balik serta dibuka apabila diperlukan.

Disiplin
1. Pengawas dipertanggungjawab supaya sentiasa menjaga
suasana Bilik Pengawas agar berada dalam keadaan
tenteram dan harmoni.
2. Disiplin pengawas mesti sentiasa dijaga ketika berada
dalam Bilik Pengawas.

18
SIIRU ‘ALA
BARAKATILLAH

19

Anda mungkin juga menyukai