Anda di halaman 1dari 4

TUGAS PENGAWAS

Tugas-Tugas Ketua Pengawas


 Memastikan Falsafah Lembaga Pengawas diketahui,difahami,dan dihayati oleh
Lembaga Pengawas
 Memastikan objektif-objektif Lembaga Pengawas dijadikan garis panduan oleh
semua pengawas
 Mempengerusikan semua mesyuarat Lembaga Pengawas
 Mewakili Lembaga Pengawas ke mesyuarat atau perjumpaan di luar sekolah
 Membahagikan kumpulan dan mengagihkan tugas AJK
 Mengetuai nyanyian lagu-lagu Kebangsaan, sekolah, patriotik dan membaca
Rukun
Negara pada perhimpunan mingguan

Tugas-Tugas Penolong Ketua Pengawas


 Mempengerusikan mesyuarat sekiranya Ketua Pengawas tiada atau atau ada hal
yang lain di atas arahan Guru Pengawas.
 Mewakili Ketua Pengawas
 Membantu Ketua Pengawas menjalankan tugasnya

Tugas-Tugas Setiausaha dan Penolong Setiausaha


 Membantu Ketua Pengawas dan Penolongnya bagi setiap pembahagian dan
pengagihan tugas
 Menyedia dan menyimpan setiap minit mesyuarat
 Bertanggungjawab atas surat-menyurat
 Menyimpan rekod peribadi pengawas-pengawas

Tugas-Tugas Bendahari dan Penolong Bendahari


o Mengutip wang bagi projek kewangan
o Mengisi buku kewangan
o Menyediakan laporan kewangan
o Menyimpan rekod yang kemaskini (accurate and up-to-date)

Ahli Jawatan Kuasa Eksekutif (Executive Council)


AJK Eksekutif terdiri daripada Ketua Pengawas, Penolong Ketua Pengawas, Setiausaha,
Penolong Setiausaha, Bendahari, dan Penolong Bendahari.
Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Eksekutif:-
 Menjaga disiplin semua pelajar.
 Mengawasi kelakuan dan disiplin semua pengawas.
 Mesyuarat AJK Eksekutif mesti diadakan sekurang-kurangnya dua minggu sekali
atau mengikut keadaan semasa.
 Mesyuarat tersebut dipengerusi oleh Ketua Pengawas atau wakilnya.
 Majlis ini berhak mengambil tindakan dan memberi hukuman yang munasabah
kepada pelajar dan pengawas dalam mesyuarat tersebut.
 Pelajar-pelajar dan pengawas-pengawas yang menimbulkan masalah harus
dibawa ke mesyuarat yang diadakan dan didakwa.
 Pelajar-pelajar dan pengawas pengawas yang disyaki melakukan kesalahan akan
diberi peluang untuk mempertahan diri.
 Majlis AJK Eksekutif akan membuat keputusan dalam hal ini.
*Keputusan maktamad dibuat oleh Guru Pengawas, Guru Penolong Kanan HEM dan
Pengetua

Jenis Kesalahan dan Tindakan Oleh AJK Eksekutif


Kesalahan-kesalahan pelajar dan pengawas yang akan diambil tindakan oleh AJK
Eksekutif adalah seperti berikut :
 Ponteng sekolah/ponteng kelas
 Merokok
 Pergaduhan
 Datang lewat
 Tidak memakai stoking,name-tag/lencana
 Rambut(panjang,berwarna,berfesyen)
 Kurang bersopan dari segi tingkahlaku dan budi bicara
 Tidak mematuhi peraturan sekolah ataupun kesalahan umum
 Menggunakan kenderaan dalam kawasan sekolah secara bahaya
Jenis-jenis tindakan yang akan diambil terhadap kesalahan pelajar-palajar dan
pengawas-pengawas:
 Nasihat dan amaran

{Mesyuarat-mesyuarat}
Mesyuarat Agung Tahunan
 Ia merupakan mesyuarat yang wajib dijalankan pada awal tahun.
 Dipengerusi oleh Ketua Pengawas dengan adanya kehadiran Tuan Pengetua
ataupun wakilnya serta guru-guru pengawas.
 Mesti dihadiri oleh semua pengawas.
 Urusan Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah:-
 Menerima dan mengesahkan laporan tahunan.
 Menerima dan mengesahkan penyata kira-kira tahun lepas yang telah diaudit
oleh guru yang telah dilantik untuk menjalankan tugas tersebut.
 Melantik dua orang juruaudit daripada kalangan guru bagi tahun akan datang.
 Mempertimbangkan sebarang perkara berdasarkan notis secara bertulis yang
telah dibuat kepada setiausaha sekurang-kurangnya seminggu sebelum mesyuarat
tersebut.
 Mengemukakan dan mempertimbangkan sebarang isu lain yang telah diputuskan
oleh Jawatankuasa Lembaga Pengawas.

Perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan
 Setiausaha mesti memberitahu semua ahli mengenai tarikh, masa, dan tempat
Meyuarat Agung Tahunan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung
Tahunan.
 Agenda Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah disediakan oleh Setiausaha dengan
persetujuan Ketua Pengawas dan dihantar kepada semua pihak yang terlibat dalam
mesyuarat tersebut sekurang-kurangnya tujuh hari sebelumnya.
 Quorum di Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah melebihi 50% daripada keahlian
Lembaga.
 Apabila berlakunya tidak cukup quorum,mesyuarat tersebut akan ditangguhkan
dan mesti diadakan semula dalam masa tujuh hari di tempat dan pada masa yang telah
ditetapkan dengan agenda yang sama.
 Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengawas diwajibkan untuk membuat laporan
mengenai perkara tersebut kepada guru-guru pengawas.
Mesyuarat Umum
 Diadakan tiga bulan sekali.
 Diwajibkan hadir oleh semua ahli Lemabga Pengawas.
 Agenda, tempat, masa dan guru-guru pengawas yang akan hadir hendaklah
diumumkan kepada semua pengawas bertulis sekurang-kurangnya seminggu
sebelumnya.
 Laporan minit mesyuarat yang lalu daripada Setiausaha atau Penolongnya mesti
disahkan dalam mesyuarat tersebut.
 Tanpa pengesahan oleh majoriti, laporan-laporan tersebut tidak akan diterima.
 Pengawas-pengawas yang tidak bersetuju dengan laporan-laporan tersebut
dikehendaki memberi sebab-sebabnya menolak laporan tersebut.
 Laporan aktiviti daripada pengawas yang telah dipertanggungjawabkan serta
perancangan aktiviti yang akan dilakukan hendaklah dipertimbangkan dalam mesyuarat.
 Sebarang cadangan yang tidak menerima sokongan majority tidak akan diterima
kecuali adanya undi pemutus daripada Ketua Pengawas atau guru-guru pengawas.
 Laporan mengenai segala projek yang berkaitan dengan pihak pentadbiran
sekolah mesti dibuat dan diserahkan kepada Tuan Pengetua.Tanpa kebenaran Tuan
Pengetua, projek tersebut akan dibatalkan.

Agenda-agenda mesyuarat:
1. Ucapan Ketua Pengawas
2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
3. Pengesahan dan pembentangan laporan kewangan
4. Perkara-perkara berbangkit dan tindakannya
5. Perkara-perkara khas
6. Hal-hal lain
Agenda ini boleh diubahsuai mengikut kehendak dan keadaan semasa.

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa


 Diadakan atas permintaan Ketua Pengawas atau Guru Pengawas.
 Dipengerusikan oleh Ketua Pengawas.
 Semua AJK dan Guru-guru Pengawas mesti diberitahu sebelum mesyuarat
diadakan.
 Matlamat mesyuarat tersebut ialah untuk membincangkan dan
mempertingkatkan lagi organisasi Lembaga Pengawas.
 Mesyuarat mesti diminitkan.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS SEKOLAH
1. Mengawal disiplin pelajar.
2. Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar
dan pengawas junior.
3. Menjaga imej dan nama baik sekolah.
4. Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan
atau maklumat kepada rakan-rakan pelajar.
5. Memastikan keceriaan sekolah dijaga.
6. Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.
7. Memimpin rakan-rakan pelajar.
8. Mencegah kes jenayah di sekolah.
9. Menghormati guru dan kakitangan sekolah.
10. Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.
11. Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa
menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
12. Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.
13. Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang
akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
14. Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan
pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
15. Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya
upaya untuk mengubah sikap mereka.
16. Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran
kepada mereka yang bersalah.
17. Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai panduan
masa hadapan.
18. Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat
tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
19. Memastikan para pelajar beratur semasa membeli makanan di kantin.
20. Arahan dari pihak sekolah dari semasa ke semasa.

Anda mungkin juga menyukai