Anda di halaman 1dari 7

IKRAR PENGAWAS 

Adalah kami, dengan segala rendah hati mengaku menerima jawatan yang diberikan
kepada kami sebagai Pengawas SJK(T) Ladang Sungai Wangi, Maka dengan itu kami
berikrar: 

PERTAMA; akan menjalankan segala tugas yang 


diamanahkan dengan patuh dan penuh rasa tanggungjawab, 

KEDUA; akan taat setia kepada segala arahan Guru Besar dan para guru selagi ianya tidak
melanggar hukum agama, 

KETIGA; akan melaksanakan, menegakkan dan meneguhkan segala peraturan sekolah, 

KEEMPAT; akan menjaga nama baik sekolah dan Lembaga Pengawas dan mematuhi
peraturan sekolah. 

Andaikata, kami mengingkari ikrar kami ini, maka kami bersedia dan rela menerima
tindakan dari pihak sekolah.

MATLAMAT LEMBAGA PENGAWAS

o Berusaha untuk meningkatkan pencapaian akademik sendiri dan para pelajar


o Berikhtiar untuk menjadi teladan kepada para pelajar
o Menekankan penerimaan tanggungjawab individu sebagai asas kejayaan
peribadi,pencapaian kumpulan dan pembaikan komuntiti
o Mengikhtirafkan dan memperkembangkan kepimpinan yang membina serta kejujuran
peribadi
o Menggalakan dan mengamalkan rasa timbang rasa dan kesediaan untuk membantu orang
lain
o Mengiktiraf kemuliaan dan nilai amalan yang berguna sebagai peluang untuk bekhidmat
kepada sekolah
o Meningkat dan memelihara disiplin diri pelajar-pelajar di sekolah
o Mewujudkan suatu imej sekolah yang baik dan mengekalkan budaya sekolah
o Mewujudkan dan memelihara hubungan yang baik di antara para pelajar dan pihak
sekolah dengan pengawas-pengawas
o Bersatu padu untuk menjaga nama baik Lembaga Pengawas
o Mewujudkan dan mempertahankan identiti pelajar-pelajar
IKRAR PENGAWAS

Bahawa kami,
pengawas-pengawas SJK(T) Ladang Sungai Wangi,
dengan ini berikrar,
akan patuh dan berdisiplin,
menghayati dan mempraktikkan,
segala ilmu yang diperoleh,
demi kecemerlangan organisasi,
berbakti kepada agama, bangsa dan negara,
kami berjanji,
akan menjadi satu warga sekolah yang sentiasa bersatu,
mematuhi peraturan,
bagi mencapai aspirasi sekolah.
Tugas-Tugas Ketua Pengawas

 Memastikan Falsafah Lembaga Pengawas diketahui,difahami,dan dihayati oleh Lembaga


Pengawas
 Memastikan objektif-objektif Lembaga Pengawas dijadikan garis panduan oleh semua
pengawas
 Mempengerusikan semua mesyauarat Lembaga Pengawas
 Mewakili Lembaga Pengawas ke mesyuarat atau perjumpaan di luar sekolah
 Membahagikan kumpulan dan mengagihkan tugas AJK
 Mengetuai projek kewangan
 Mengetuai nyanyian lagu-lagu Kebangsaan, Johor, sekolah, patriotik dan membaca Rukun
Negara pada perhimpunan mingguan

Tugas-Tugas Penolong Ketua Pengawas

 Mempengerusikan mesyuarat sekiranya Ketua Pengawas tiada atau atau ada hal yang lain
di atas arahan Guru Pengawas atau Tuan Pengetua
 Mewakili Ketua Pengawas
 Membantu Ketua Pengawas menjalankan tugasnya

Tugas-Tugas Setiausaha dan Penolong Setiausaha

 Membantu Ketua Pengawas dan Penolongnya bagi setiap pembahagian dan pengagihan
tugas
 Menyedia dan menyimpan setiap minit mesyuarat
 Bertanggungjawab atas surat-menyurat
 Menyimpan rekod peribadi pengawas-pengawas

Tugas-Tugas Bendahari dan Penolong Bendahari

o Mengutip wang bagi projek kewangan


o Membuka akaun (jika perlu)
o Menyediakan laporan kewangan
o Menyimpan rekod yang kemaskini (accurate and up-to-date)
Ahli Jawatan Kuasa Eksekutif (Executive Council)

    AJK Eksekutif terdiri daripada Ketua Pengawas, Penolong Ketua Pengawas, Setiausaha,
Penolong Setiausaha, Bendahari, dan Penolong Bendahari.

    Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Eksekutif:-

     Menjaga disiplin semua pelajar.


     Mengawasi kelakuan dan disiplin semua pengawas.
     Mesyuarat AJK Eksekutif mesti diadakan sekurang-kurangnya dua minggu sekali atau
mengikut keadaan semasa.
     Mesyuarat tersebut dipengerusi oleh Ketua Pengawas atau wakilnya.
     Majlis ini berhak mengambil tindakan dan memberi hukuman yang munasabah kepada
pelajar dan pengawas dalam mesyuarat tersebut.
     Pelajar-pelajar dan pengawas-pengawas yang menimbulkan masalah harus dibawa ke
mesyuarat yang diadakan dan didakwa.
     Pelajar-pelajar dan pengawas pengawas yang disyaki melakukan kesalahan akan diberi
peluang untuk mempertahan diri.
     Majlis AJK Eksekutif akan membuat keputusan dalam hal ini.

    Keputusan maktamad dibuat oleh Ketua Pengawas dan Guru  Pengawas

Jenis Kesalahan dan Tindakan Oleh AJK Eksekutif

Kesalahan-kesalahan pelajar dan pengawas yang akan diambil tindakan oleh AJK Eksekutif
adalah seperti berikut :

     Ponteng sekolah/ponteng kelas


     Merokok
     Pergaduhan
     Datang lewat
     Tidak memakai stoking,name-tag/rencana
     Rambut(panjang,berwarna,berfesyen)
     Kurang bersopan dari segi tingkahlaku dan budi bicara
     Tidak mematuhi peraturan sekolah ataupun kesalahan umum
     Meggunakan kenderaan dalam kawasan sekolah secara bahaya

Jenis-jenis tindakan yang akan diambil terhadap kesalahan pelajar-palajar dan pengawas-
pengawas:

     Nasihat dan amaran


     Detention Class
     Menulis karangan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris
     Denda (wang tunai/buku)
     Merotan (merujuk kepada Tuan Pengetua)
     Tindakan yang sewajarnya
    Sekiranya tindakan yang diambil oleh AJK eksekutif itu tidak berkesan, pelajar dan
pengawas tersebut akan dirujuk kepada Tuan Pengetua

{tab=Mesyuarat-mesyuarat}

Mesyuarat Agung Tahunan

     Ia merupakan mesyuarat yang wajib dijalankan pada awal tahun.


     Dipengerusi oleh Ketua Pengawas dengan adanya kehadiran Tuan Pengetua ataupun
wakilnya serta guru-guru pengawas.
     Mesti dihadiri oleh semua pengawas.
     Urusan Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah:-
     Menerima dan mengesahkan laporan tahunan.
     Menerima dan mengesahkan penyata kira-kira tahun lepas yang telah diaudit oleh guru
yang telah dilantik  untuk menjalankan tugas tersebut.
     Melantik dua orang juruaudit daripada kalangan guru bagi tahun  akan datang.
     Mempertimbangkan sebarang perkara berdasarkan notis secara bertulis yang telah
dibuat kepada setiausaha sekurang-kurangnya seminggu sebelum mesyuarat tersebut.
     Mengemukakan dan mempertimbangkan sebarang isu lain yang telah diputuskan oleh
Jawatankuasa Lembaga Pengawas.

Perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan

     Setiausaha mesti memberitahu semua ahli mengenai tarikh, masa, dan tempat
Meyuarat Agung Tahunan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung
Tahunan.
     Agenda Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah disediakan oleh Setiausaha dengan
persetujuan Ketua Pengawas dan dihantar kepada semua pihak yang terlibat dalam
mesyuarat tersebut sekurang-kurangnya tujuh hari sebelumnya.
     Quorum di Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah melebihi 50% daripada keahlian
Lembaga.
     Apabila berlakunya tidak cukup quorum,mesyuarat tersebut akan ditangguhkan dan
mesti diadakan semula dalam masa tujuh hari di tempat dan pada masa yang telah
ditetapkan dengan agenda yang sama.
     Andainya, berlaku tidak cukup quorum untuk kali kedua,ahli-ahli yang hadir berhak 
untuk meneruskan mesyuarat tetapi tidak boleh memutuskan perkara yang melibatkan
semua ahli.
     Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengawas diwajibkan untuk membuat laporan mengenai
perkara tersebut kepada guru-guru pengawas.

Mesyuarat Umum

     Diadakan sebulan sekali.


     Diwajibkan hadir oleh semua ahli Lemabga Pengawas.
     Agenda, tempat, masa dan guru-guru pengawas yang akan hadir hendaklah diumumkan
kepada semua pengawas bertulis sekurang-kurangnya semunggu sebelumnya.
     Laporan minit mesyuarat yang lalu daripada Setiausaha  atau Penolongnya mesti
disahkan dalam mesyuarat tersebut.
     Tanpa pengesahan oleh majoriti, laporan-laporan tersebut tidak akan diterima.
     Pengawas-pengawas yang tidak bersetuju dengan laporan-laporan tersebut dikehendaki
memberi sebab-sebabnya menolak laporan tersebut.
     Laporan aktiviti daripada pengawas yang telah dipertanggungjawabkan serta
perancangan aktiviti yang akan dilakukan hendaklah dipertimbangkan dalam mesyuarat.
     Sebarang cadangan yang tidak menerima sokongan mejoriti tadak akan diterima kecuali
adanya undi  pemutus daripada Ketua Pengawas atau guru-guru pengawas.
     Laporan mengenai segala projek yang berkaitan dengan pihak pentadbiran sekolah
mesti dibuat dan diserahkan kepada Tuan Pengetua.Tanpa kebenaran Tuan Pengetua,
projek tersebut akan dibatalkan.

Agenda-agenda mesyuarat:

1.     Ucapan Ketua Pengawas


2.     Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
3.     Pengesahan dan pembentangan laporan kewangan
4.     Perkara-perkara berbangkit dan tindakannya
5.     Perkara-perkara khas
6.     Hal-hal lain

Agenda ini boleh diubahsuai mengikut kehendak dan keadaan semasa.

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa

     Diadakan atas permintaan Ketua Pengawas atau Guru Pengawas.


     Dipengerusikan oleh Ketua Pengawas.
     Semua AJK dan Guru-guru Pengawas mesti diberitahu sebelum mesyuarat diadakan.
     Matlamat mesyuarat tersebut ialah untuk membincangkan dan mempertingkatkan lagi
organisasi Lembaga Pengawas.
     Mesyuarat mesti diminitkan.

{tab=Tugas Pengawas}

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS

1.     Mengawal disiplin pelajar.


2.     Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan
pengawas junior.
3.     Menjaga imej dan nama baik sekolah.
4.     Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau
maklumat kepada rakan-rakan pelajar.
5.     Memastikan keceriaan sekolah dijaga.
6.     Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.
7.     Memimpin rakan-rakan pelajar.
8.     Mencegah kes jenayah di sekolah.
9.     Menghormati guru.
10.     Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.
11.     Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan
tugas dengan penuh dedikasi.
12.     Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.
13.     Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik,
kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
14.     Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat
kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
15.     Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya upaya untuk
mengubah sikap mereka.
16.     Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka
yang bersalah.
17.     Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai panduan masa
hadapan.
18.     Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih
awal daripada masa yang ditetapkan.
19.     Memastikan para pelajar beratur semasa membeli makanan di kantin, pergi ke makmal
sains atau bengkel dan di luar kelas sebelum nyanyian lagu Negaraku pada setiap pagi
dan selepas waktu rehat

K DISIPLIN DAN PENGAWAS SEKOLAH


Written by Azwie   
Friday, 01 July 2011 02:23

Anda mungkin juga menyukai