Anda di halaman 1dari 16

* PERLEMBAGAAN MAJLIS PERWAKILAN

PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LIKAS *


* NOTIS *
Perlembagaan ini belum lagi disahkan oleh Majlis Tertinggi Kolej Vokasional Likas,
perlembagaan ini masih lagi dalam proses kajian oleh itu saya berharap kepada semua ahli
Majlis Perwakilan Pelajar harap bersabar. Untuk pengetahuan semua pihak perlembagaan
ini adalah 100% ciptaan saya, Shahzarol Afzam Bin Zamin. Semua Perkara dalam
perlembagaan ini adalah kajian dan dari sumber yang sah iaitu melalui Majlis Perwakilan
Pelajar Malaysia.
HAK TERCIPTA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LIKAS
Di minta semua pihak jangan membuat sebarang salinan perlembagaan ini kerana
perlembagaan ini adalah Hak Tercipta Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas.
SEBARANG UNSUR PLAGIAT ATAUPUN MENIRU MAHUPUN SAMA DENGANNYA
YANG DIDAPATI BERSALAH AKAN DIKENAKAN HUKUMAN BERAT MENGIKUT AKTA
PENYIARAN MALAYSIA.
PERKARA 1 NAMA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LIKAS
Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas
MPP merupakan singkatan kepada Majlis Perwakilan Pelajar yang bertindak mewakili
pelajar dalam segala hal dan menyuarakan isi hati dan pandangan pelajar kepada
sesebuah Institusi Pengajian Tinggi. MPP juga bertanggungjawab dalam membantu
melahirkan pelajar yang cemerlang dalam aspek kemahiran, akademik, sukan, dan
sebagainya.
PERKARA 2 BAHASA RASMI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ
VOKASIONAL LIKAS
Bahasa Melayu tetapi Bahasa Inggeris boleh diamalkan secara bebas.
PERKARA 3 LOGO MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LIKAS
PERKARA 4 MAKSUD LOGO MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ
VOKASIONAL LIKAS
PERKARA 5 - VISI MISI DAN MOTTO MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ
VOKASIONAL LIKAS
A. Visi
B.

Misi

C. Motto
PERKARA 6 ALAMAT MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LIKAS
Kolej Vokasional Likas
Jalan Vokasional,
88100 Kota Kinabalu,
Sabah.
PERKARA 7 MAJLIS TERTINGGI PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL
LIKAS
A. Penaung
Encik Abd Hafidz Pg Adnan ( Tuan Pengarah Kolej Vokasional Likas )
B.

Penasihat

Puan Nurul Ain Abdullah ( Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Kolej Vokasional Likas )
PERKARA 8 BIDANG TUGAS UMUM MAJLIS TERTINGGI PERWAKILAN PELAJAR
KOLEJ VOKASIONAL LIKAS
1. Fungsi Majlis Tertinggi ialah mengelola dan mengatur hala tuju dan gerak kerja, serta
membuat keputusan atas perkara perkara mengenai perjalanan Majlis Perwakilan Pelajar
mengikut objektif dan peraturan yang telah ditetapkan.
2. Majlis Tertinggi hendaklah bermesyuarat sekiranya dirasakan perlu sekurang-kurang
dua bulan sekali. Pengumuman bagi setiap mesyuarat hendaklah dibuat kepada semua
yang terlibat dua hari sebelum mengadakan mesyuarat. Yang Dipertua secara individu
boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi pada bila bila masa.
3. Berkuasa menolak sesuatu aktiviti yang bercanggah dengan objektif dan peraturan
Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas.
4. Membincangkan dan merancang perjalanan Majlis Perwakilan Pelajar berdasarkan
peruntukan dalam peraturan serta bersesuaian dengan objektif Kolej Vokasional Likas.
PERKARA 9 OBJEKTF PENUBUHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ
VOKASIONAL LIKAS
Seperti yang dinyatakan dalam Perkara 11 Bahagian 2 Peraturan Tatatertib Pelajar ILJTM
(Pindaan 2011) menyatakan tujuan dan fungsi Majlis Perwakilan Pelajar antaranya ialah :
1. Sedaya upaya memastikan penambahbaikan kebajikan pelajar secara komprehensif
dalam mewujudkan satu suasana yang kondusif melalui kerjasama semua pihak.

2. Memupuk semangat hidup sebagai suatu perbadanan di kalangan pelajar Institusi


Pengajian Tinggi.
3.

Menerapkan budaya integriti dalam kalangan warga Institusi Pengajian Tinggi.

4. Menjadi medium perantaraan pelajar dan pihak pengurusan Institusi Pengajian Tinggi
dalam penyampaian informasi yang lebih efektif secara konsisten kepada kedua-dua pihak.
5. Menyemarakkan suasana keharmonian di Institusi Pengajian Tinggi melalui kerjasama
berpersatuan berdasarkan kebajikan Pelajar.
6. Merencanakan pembentukan mahasiswa yang seimbang dari aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek seterusnya menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.
7. Memartabatkan nama Institusi Pengajian Tinggi ke peringkat nasional dan
antarabangsa.
8. Merancang dan mengendalikan program program ke arah mewujudkan kerjasama
yang padu di antara pelajar dan Institusi Pengajian Tinggi.
9. Berkongsi idea dan tenaga untuk mengembangkan pemikiran dan kecemerlangan
dalam akademik dan Berorganisasi.
10. Berganding bahu dengan semua pihak dalam merealisasikan misi dan visi Institusi
Pengajian Tinggi.
11. Menjalankan apa apa aktiviti lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Penasihat Majlis
Perwakilan Pelajar dari semasa ke semasa.
PERKARA 10 FUNGSI UTAMA PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL
LIKAS
1. Untuk memupuk semangat hidup sebagai suatu perbadanan di kalangan pelajarpelajar Kolej Vokasional Likas.
2. Tertakluk kepada arahan Pengarah dan Unit Hal Ehwal Pelajar untuk merancang dan
menyelia kemudahan-kemudahan pelajaran, aktiviti-aktiviti kerohanian dan keagamaan,
kebajikan dan perkara perkara yang berkait rapat dengan pelajar.
3. Untuk membuat representasi kepada Unit Hal Ehwal Pelajar tentang segala perkara
berhubungan atau berkenaan dengan keadaan tempat tinggal dan kehidupan pelajarpelajar di Kolej Vokasional Likas.
4. Untuk menjalankan apa-apa aktiviti lain yang ditentukan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar
dari semasa ke semasa.
PERKARA 11 HAK ASASI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL
LIKAS

Semua Exco Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas boleh menggunakan
kemudahan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Unit Hal Ehwal
Pelajar dengan mematuhi peraturannya serta mendapat kebenaran. Semua Exco Majlis
Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas boleh mengikuti semua aktiviti Kolej tanpa
sebarang halangan kecuali telah ada sabitan yang dikeluarkan oleh Majlis Tertinggi Majlis
Perwakilan Pelajar bahawasanya Exco tersebut tidak dibenarkan untuk menghadiri aktiviti
yang ditetapkan atau apa apa jua aktiviti atas alasan yang difikirkan munasabah
bergantung kepada budibicara Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional
Likas serta unit HEP. Semua exco berhak mengetahui perkembangan dan perubahan
dalam struktur organisasi serta pergerakan Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional
Likas. Semua pelajar berhak menyuarakan pandangan kepada Majlis Perwakilan Pelajar
menggunakan saluran-saluran yang beretika.
PERKARA 12 KEAHLIAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL
LIKAS
Exco Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas adalah terdiri daripada pelajar Kolej
Vokasional Likas yang berdaftar secara sah dan mempunyai rekod disiplin dan akademik
yang baik.
PERKARA 13 PENTADBIRAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ
VOKASIONAL LIKAS
1.

Yang Dipertua

2.

Timbalan Yang Dipertua

3.

Naib Yang Dipertua

4.

Setiausaha Agong

5.

Timbalan Setiausaha Agong

6.

Bendahari Terhormat

7.

Timbalan Bendahari Terhormat

8.

Ketua Exco Helwa Helwi

9.

Ketua Exco Dakwah & Tarbiah

10. Ketua Exco Protokol & Kesenian


11. Ketua Exco Publisiti & Pendidikan
12. Ketua Exco Sukan & Rekreasi
PERKARA 14 BIDANG KUASA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ

VOKASIONAL LIKAS
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas
1.

Mengetuai barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas.

2.

Mempengerusikan mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas.

3. Memanggil untuk diadakan mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas
pada bila-bila masa.
4.

Memantau aktiviti setiap Exco Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas.

5. Memberi nasihat dan bimbingan kepada Exco Majlis Perwakilan Pelajar Kolej
Vokasional Likas.
6.

Bertanggungjawab dalam mengawal selia Exco Protokol dan Kesenian.

7. Bertanggungjawab dalam merancang dan menyusun atur aktiviti-aktiviti Majlis


Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas dengan dibantu Timbalan Yang Di Pertua, Naib
Yang Di Pertua dan Setiausaha Agong.
8.

Mewakili Exco dan pelajar bagi sebarang urusan rasmi dengan pihak pentadbiran

9.

Menyampaikan ucapan mewakili pelajar dalam sebarang aktiviti rasmi.

10. Membuat keputusan dalam perkara-perkara tertentu yang tidak bercanggah dengan
dasar Kolej Vokasional Likas.
11. Memaklumkan setiap keputusan mesyuarat kepada penasihat (K.Bhg. HEP) dan
Setiausaha Agong.
12. Menerima arahan atau maklumat dari pihak pentadbiran dan kemudiannya
menyalurkannya kepada pelajar dari semasa ke semasa.
13. Menyimpan dan mengemaskini fail Yang Di-Pertua.
14. Menyemak laporan mingguan setiap Ketua Exco Majlis Perwakilan Pelajar sebelum
diserahkan kepada Bahagian HEP
15. Menyemak kertas kerja dasar program dan aktiviti yang dikemukakan oleh setiap Exco
Majlis Perwakilan Pelajar sebelum diproses oleh Bahagian HEP.
16. Bekerjasama dengan Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar yang lain.
17. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Majlis Perwakilan Pelajar arahan semasa pihak
pentadbir Kolej Vokasional Likas.
Timbalan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas

1. Membantu Yang Di Pertua Memantau aktiviti setiap Exco Majlis Perwakilan Pelajar
Kolej Vokasional Likas.
2. Mempengerusikan mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas apabila
ketiadaan Yang Di Pertua.
3. Memberi nasihat dan bimbingan kepada Exco Majlis Perwakilan Pelajar Kolej
Vokasional Likas.
4.

Bertanggungjawab dalam mengawal selia Exco Sukan dan Rekreasi.

5. Menyampaikan ucapan mewakili pelajar dalam sebarang aktiviti rasmi sekiranya Yang
Di Pertua tidak dapat hadir.
6. Bersama sama Yang Di Pertua Bertanggungjawab dalam merancang dan menyusun
atur aktiviti-aktiviti Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas.
7. Membantu Yang Di Pertua dalam mewakili Exco dan pelajar bagi sebarang urusan
rasmi dengan pihak pentadbiran.
8.

Menyimpan dan mengemaskini fail Timbalan Yang Di-Pertua.

9. Menyemak laporan mingguan setiap setiap Ketua Exco Majlis Perwakilan Pelajar
sebelum diserahkan kepada Bahagian HEP.
10. Menyemak kertas kerja dasar program dan aktiviti yang dikemukakan oleh setiap Exco
Majlis Perwakilan Pelajar sebelum diproses oleh Bahagian HEP.
11. Bekerjasama dengan Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar yang lain.
12. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Majlis Perwakilan Pelajar dan Arahan semasa
pihak pentadbir Kolej Vokasional Likas.
Naib Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas
1. Membantu Yang Di Pertua Memantau aktiviti setiap Exco Majlis Perwakilan Pelajar
Kolej Vokasional Likas.
2. Memberi nasihat dan bimbingan kepada Exco Majlis Perwakilan Pelajar Kolej
Vokasional Likas.
3.

Bertanggung jawab dalam mengawal selia Exco Dakwah dan Tarbiah.

4. Menyampaikan ucapan mewakili pelajar dalam sebarang aktiviti rasmi sekiranya


Timbalan Yang Di Pertua tidak dapat hadir.
5. Bersama-sama Yang Di Pertua Bertanggung jawab dalam merancang dan menyusun
atur aktiviti-aktiviti Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas.

6. Membantu Yang Di Pertua dalam mewakili Exco dan pelajar bagi sebarang urusan
rasmi dengan pihak pentadbiran.
7.

Menyimpan dan mengemaskini fail Naib Yang Di-Pertua.

8. Menyemak laporan mingguan setiap setiap Timbalan Ketua Exco Majlis Perwakilan
Pelajar sebelum diserahkan kepada Bahagian HEP.
9. Menyemak kertas kerja dasar program dan aktiviti yang dikemukakan oleh setiap Exco
MPM sebelum diproses oleh Bahagian HEP.
10. Bekerjasama dengan Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan yang lain.
11. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Majlis Perwakilan Pelajar dan arahan semasa
pihak pentadbir Kolej Vokasional Likas.
Setiausaha Agong Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas
1. Mengendalikan segala urusan kesetiausahaan Majlis Perwakilan Pelajar Kolej
Vokasional Likas.
2. Menguruskan surat panggilan mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional
Likas.
3.

Menguruskan surat menyurat kepada pihak luar melalui Bahagian HEP.

4.

Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat Majlis Perwakilan Kolej Vokasional Likas.

5. Menyimpan dan mengemaskini fail Setiausaha Majlis Perwakilan Kolej Vokasional


Likas.
6.

Bertanggungjawab dalam mengawal selia Exco Penerbitan dan Publisiti

7.

Menyediakan laporan akhir Majlis Perwakilan Kolej Vokasional Likas.

8. Mengumpulkan dan mengemaskini port folio ahli Majlis Perwakilan Pelajar dan pihak
pentadbir Kolej Vokasional.
9.

Mengumpul dan memanjangkan fail laporan akhir setiap Exco kepada Bahagian HEP.

10. Mengumpul dan menyerahkan fail setiap Exco apabila Majlis Perwakilan Pelajar
dibubarkan oleh HEP.
11. Bekerjasama dengan Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan pelajar yang lain.
12. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan arahan
semasa pihak pentadbir Kolej Vokasional Likas.

Timbalan Setiausaha Agong Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas


1. Menguruskan surat panggilan mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional
Likas.
2.

Menguruskan surat menyurat kepada pihak luar melalui Bahagian HEP.

3. Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional
Likas.
4. Menyimpan dan mengemaskini fail Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar Kolej
Vokasional Likas.
5.

Bertanggungjawab dalam mengawal selia Exco Penerbitan dan Publisiti

6.

Menyediakan laporan akhir Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas.

7. 7. Mengumpul dan memanjangkan fail laporan akhir setiap Exco kepada Bahagian
HEP.
8. Mengumpul dan menyerahkan fail setiap Exco apabila Majlis Perwakilan Pelajar Kolej
Vokasional Likas yang dibubarkan oleh HEP.
9. Bekerjasama dengan Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional
Likas yang lain.
10. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan arahan
semasa pihak pentadbir Kolej Vokasional Likas.
Bendahari Terhormat Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas
1. Berperanan dalam menyediakan bajet bagi setiap program induk yang dianjurkan oleh
Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas.
2. Menyediakan laporan bajet untuk pembentangan dalam mesyuarat Majlis Perwakilan
Pelajar Kolej Vokasional Likas.
3. Merekodkan setiap pembelian barang dan menyimpan resit pembelian bagi tujuan
tuntuan semula kepada bahagian HEP.
4. Berperanan dalam membuat permintaan / tempahan barang bagi kegunaan sesuatu
program Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas..
5.

Bertanggungjawab dalam mengawal selia Exco Helwa Helwi.

6. Membuat permintaan daripada bahagian HEP berkaitan barang keperluan dalam bilik
mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas.
7.

Menyediakan, menguruskan dan mengemaskini rekod keluar masuk duit.

8. Membuat tempahan makanan bagi program yang dianjurkan Majlis Perwakilan Pelajar
Kolej Vokasional Likas.
9.

Menguruskan dan mngemaskini fail bendahari dari semasa ke semasa.

10. Berbincang dengan Yang Di-Pertua berkenaan bajet bagi sesuatu program yang ingin
dijalankan.
11. Menyemak bajet dalam kertas kerja bagi projek yang di anjurkan oleh para ketua Exco.
12. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan arahan
semasa pihak pentadbir Kolej Vokasional Likas.
Timbalan Bendahari Terhormat Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas
1. Membantu Bendahari Kehormat dalam menyediakan bajet bagi setiap program induk
yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas.
2. Membantu Bendahari Kehormat menyediakan laporan bajet untuk pembentangan
dalam mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas.
3. Membantu merekodkan setiap pembelian barang dan menyimpan resit pembelian bagi
tujuan tuntuan semula kepada bahagian HEP.
4.

Bertanggungjawab dalam mengawal selia Exco Helwa Helwi.

5. Membuat permintaan daripada bahagian HEP berkaitan barang keperluan dalam bilik
mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas.
6.

Membantu menyediakan, menguruskan dan mengemaskini rekod keluar masuk duit.

7.

Menguruskan dan mngemaskini fail bendahari dari semasa ke semasa.

8. Mematuhi Peraturan dan Etika Majlis Perwakilan Pelajar dan arahan semasa pihak
pentadbir Kolej Vokasional Likas.
Exco Helwa Helwi ( Hal Ehwal Siswa Dan Hal Ehwal Siswi )
1. Membantu dan bekerjasama dengan pihak pengurusan Kolej Vokasional Likas dalam
aktiviti berkaitan Helwa Helwi.
2. Merancang dan menguruskan aktiviti berkaitan kebajikan pelajar dan aktiviti-aktiviti
yang sesuai dengan pelajar.
3.

Menguruskan, mengemaskini dan menyimpan fail Exco Helwa Helwi.

4.

Mengadakan mesyuarat AJK Exco dari semasa ke semasa.

5. Mendapatkan maklumat berkaitan dengan masalah pelajar dan menyalurkan kepada


HEP untuk tindakan selanjutnya.
6. Membuat laporan makanan dan aduan kepada pihak HEP berlaku sesuatu yang tidak
menyenangkan pelajar dari segi makanan dan minuman.
7. Menerima dan membuat aduan tentang masalah perkhidmatan kemudahankemudahan pelajar dari semasa ke semasa.
8. Menyediakan senarai nama para pelajar yang berpuasa sunat untuk urusan tempahan
juadah berbuka puasa di Dewan Makan.
9. Menyediakan jadual tarikh para pelajar pulang bercuti ( cuti semester / cuti
pertengahan semester / cuti perayaan ) untuk diserahkan kepada pihak HEP.
10. Membuat laporan kerosakkan asrama siswa dan siswi.
11. Menyediakan senarai barang keperluan kebajikan asrama lelaki dan perempuan dan
diserahkan kepada pihak HEP untuk tindakan selanjutnya.
12. Bertanggungjawab dalam soal kebersihan asrama dan menyediakan jadual kebersihan
asrama.
13. Mendapat dan menyampaikan maklumbalas dari segi keselamatan pelajar sama ada
pelajar lelaki atau pelajar perempuan kepada pihak HEP.
14. Menguruskan perlantikan AJK Exco Helwa Helwi.
15. Membuat fail rekod bagi semua keperluan peralatan di asrama siswa dan siswi.
16. Menganjurkan aktiviti gotong-royong sekurang-kurangnya sebulan sekali.
17. Menyediakan laporan Exco untuk pembentangan dalam Majlis Perwakilan Pelajar Kolej
Vokasional Likas.
18. Bekerjasama dengan Ketua Exco Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas yang
lain.
19. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Majlis Perwakilan Pelajar dan arahan semasa
pihak pentadbir Kolej Vokasional Likas.
Exco Dakwah Dan Tarbiah
1. Membantu dan bekerjasama dengan pihak pengurusan Kolej Vokasional Likas dalam
aktiviti berkaitan keagamaan dan pembangunan jati diri insan.
2. Merancang dan menguruskan aktiviti bercorak keagamaan dan pembangunan jati diri
insan serta dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan pelajar Kolej Vokasional Likas.

3. Menguruskan aktiviti surau dan pengimarahan surau sebagai pusat kegiatan Islam di
Kolej Vokasional Likas.
4.

Menguruskan perlantikan AJK Exco Dakwah Dan Tarbiah.

5.

Mengadakan mesyuarat AJK Exco dari semasa ke semasa.

6.

Bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan Surau at-Taqwa.

7. Menjadikan surau sebagai pusat aktiviti perhubungan dan informasi Kolej Vokasional
Likas.
8.

Menguruskan, mengemaskini dan menyimpan, fail Exco Dakwah Dan Tarbiah.

9. Menyediakan laporan Exco untuk perbentangan dalam mesyuarat Majlis Perwakilan


Pelajar Kolej Vokasional Likas.
10. Memantau keadaan dan peralatan surau dari semasa ke semasa.
11. Bekerjasama dengan Ketua Exco Majlis Perwakilan Pelajar yang lain.
12. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Majlis Perwakilan Pelajar dan arahan semasa
pihak pentadbir Kolej Vokasional Likas.
Exco Protokol Dan Kesenian
1. Membantu dan bekerjasama dengan semua Exco dalam mengendalikan aktiviti yang
berlangsung dimana-mana kawasan Kolej Vokasional Likas termasuk diluar Kolej.
2.

Menguruskan semua penggunaan PA system di semua program.

3.

Merancang dan mengendalikan kelab dan persatuan kesenian Kolej Vokasional Likas.

4.

Menguruskan perlantikan AJK Exco Protokol dan Kesenian.

5.

Mengadakan mesyuarat AJK Exco dari semasa ke semasa.

6.

Menyimpan dan mengemaskinikan fail Exco Protokol dan Kesenian.

7. Menyediakan laporan Exco untuk perbentangan dalam mesyuarat Majlis Perwakilan


Pelajar Kolej Vokasional Likas.
8.

Bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan Dewan Kolej.

9.

Mengatur dan menyusun segala peralatan yang berkaitan di Dewan Kolej.

10. Menyelaras penggunaan dewan besar bagi setiap aktiviti Majlis Perwakilan Pelajar.
11. Memastikan persediaan dari segi protokol untuk sesuatu program pelajar berjalan

dengan lancar.
12. Bekerjasama dengan Ketua Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa Pelajar yang lain.
13. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Majlis Perwakilan Mahasiswa Pelajar dan arahan
semasa pihak pentadbir Kolej Vokasional Likas.
Exco Publisiti Dan Penerbitan
1. Bertanggungjawab menyediakan pengisian pada semua papan kenyataan yang
berkaitan.
2.

Menguruskan perlantikan AJK Exco Penerbitan

3. Merancang serta menerbitkan buletin bulanan dan risalah yang berkaitan untuk edaran
seperti yang telah ditetapkan.
4. Menghasilkan Album Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS (aktiviti sepanjang sesi)
untuk dimuat naik ke laman web Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas.
5.

Bertanggungjawab dalam mengambil gambar setiap program Kolej Vokasional Likas.

6. Menyediakan laporan program bersertakan dengan gambar untuk di muatnaik ke


dalam laman web Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas.
7. Merujuk kepada pihak HEP sebelum menerbit dan mengedarkan buletin/ risalah atau
apa apa bentuk penerbitan.
8.

Menyediakan bahan-bahan ilmiah untuk cetakan

9. Bertanggungjawab dalam mengawal selia laman web Majlis Perwakilan Pelajar Kolej
Vokasional Likas.
10. Membantu memperkenalkan Majlis Perwakilan Pelajar kepada institusi lain.
11. Mengadakan mesyuarat AJK Exco Publisiti Dan Penerbitan dari semasa ke semasa.
12. Menyimpan dan mengemaskini fail Exco Publisiti Dan Penerbitan.
13. Menyediakan laporan Exco Publisiti Dan Penerbitan untuk perbentangan dalam
mesyuarat Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas
14. Bekerjasama dengan Ketua Exco Majlis Perwakilan Pelajar yang lain.
15. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Majlis Perwakilan Pelajar dan arahan semasa
pihak pentadbir Kolej Vokasional Likas.
Exco Sukan Dan Rekreasi

1. Membantu dan bekerjasama dengan pihak pengurusan Kolej Vokasional Likas dalam
mengendalikan aktiviti berkaitan sukan dan kokurikulum.
2. Merancang dan mengendalikan program bercorak kesukanan dan permainan yang
bersesuaian dengan pelajar Kolej Vokasional Likas.
3.

Merancang dan membuat bajet aktiviti kesukanan.

4.

Merancang dan mengendalikan kelab dan persatuan sukan yang berkaitan.

5.

Menguruskan perlantikan AJK Exco Sukan Dan Rekreasi.

6.

Mengendalikan mesyuarat AJK Exco Sukan Dan Rekreasi dari semasa ke semasa.

7.

Menyimpan dan mengemaskini fail Exco Sukan Dan Rekreasi.

8. Menyediakan laporan Exco Sukan Dan Rekreasi untuk pembentangan dalam


mesyuarat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.
9.

Bekerjasama dengan Ketua Exco Majlis Perwakilan Pelajar yang lain.

10. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Majlis Perwakilan Pelajar dan arahan semasa
pihak Pentadbir Kolej Vokasional Likas.
PERKARA 15 PERLETAKAN JAWATAN DAN PERLUCUTAN JAWATAN MAJLIS
PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LIKAS
Sebarang permohonan perletakan jawatan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Yang
Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar beserta alasan munasabah. Pengesahan perletakan
jawatan hanya akan berlaku setelah berbincang dan diputuskan dalam mesyuarat Ahli
Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas serta dimaklumkan kepada
unit HEP.
PERKARA 16 PERLUCUTAN JAWATAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ
VOKASIONAL LIKAS
Perlucutan jawatan hanya akan berlaku dengan sebab-sebab berikut :
1. Salah laku yang jelas bertentangan dengan dasar dan peraturan Kolej Vokasional
Likas.
2.

Meninggal dunia.

PERKARA 17 KEKOSONGAN JAWATAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ


VOKASIONAL LIKAS
Jika kekosongan jawatan berlaku dalam Ahli Majlis Perwakilan Pelajar, pemilihan baru akan
diputuskan melalui mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Perwakilan Pelajar dengan mengadakan
Pilihan Raya Sulit Kolej Vokasioanal Likas dan tempoh perjawatannya adalah sehingga

tamat sesi pentadbiran tersebut.


PERKARA 18 SUMBER KEWANGAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ
VOKASIONAL LIKAS
Sumber sumber kewangan untuk aktiviti Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasioan Likas
adalah daripada peruntukan yang disediakan oleh unit HEP, bagi aktiviti yang telah di
rancang. Sumber kewangan juga boleh didapati daripada kalangan ahli Majlis Perwakilan
Pelajar.
PERKARA 19 PILIHAN RAYA SULIT MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ
VOKASIONAL LIKAS
Pilihan Raya Sulit Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas diada jika kekosongan
jawatan berlaku dalam Ahli Majlis Perwakilan Pelajar dimana pemilihan baru akan
diputuskan melalui mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Perwakilan Pelajar iaitu membuat
penamaan colan selama satu minggu dari tarikh kekosongan jawatan tersebut.
PERKARA 20 TARIKH BERKEMPEN PILIHAN RAYA SULIT MAJLIS PERWAKILAN
PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LIKAS
Kempen Pilihan Raya Sulit Kolej Vokasional Likas akan diadakan selama satu minggu
selepas penamaan calon dikeluarkan oleh Majlis Tertinggi Perwakilan Plajar Kolej
Vokasional Likas.
PERKARA 21 BENTUK PILIHAN RAYA SULIT KOLEJ VOKASIONAL LIKAS
Pilihanraya adalah berbentuk undi sulit dan terbuka kepada semua ahli Majlis Majlis
Perwakilan Pelajar Kolej Vokasiona Likas.
PERKARA 22 JAWATANKUASA PILIHAN RAYA SULIT KOLEJ VOKASIONAL LIKAS
Jawatankuasa Pilihanraya Sulit Kolej Vokasional Likas adalah sebuah badan bebas
berkecuali yang ditubuhkan oleh Majlis Tertinggi Pewakilan Pelajar dan dipimpin oleh
Setiausaha Agong Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional Likas.
Semua ahli Majlis Perwakilan Pelajar boleh dilantik menganggotai Jawatankuasa
Pilihanraya ini kecuali ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang dicolankan untuk bertanding
dalam pilihan raya sulit ini.
Jawatankuasa Pilihanraya tersebut adalah terdiri daripada :
i.

Pengarah Pilihanraya

ii.

Setiausaha Pilihanraya

iii.

Bendahari Pilihanraya

iv.

AJK Pilihanraya

Tempoh Jawatankuasa Pilihanraya berakhir dengan terbentuknya ahli Majlis Perwakilan


Pelajar yang baru.
Berhak mengundi tetapi tidak berhak diundi dalam pilihanraya.
Jawatankuasa Pilihanraya tidak dibenarkan berkempen bagi mana-mana calon yang
bertanding dalam pilihanraya.
Sebarang keputusan berkaitan dengan pilihanraya sulit yang telah dipersetujui oleh Majlis
Tertinggi Perwakilan Pelajar Kolej Vokasional likas adalah muktamad dan sebarang campur
tangan daripada sebarang pihak adalah tidak dilayan dan berhak ditolak.
PERKARA 23 TUGAS AM JAWATANKUASA PILIHAN RAYA SULIT KOLEJ
VOKASIONAL LIKAS
1. Melaksanakan urusan pilihanraya termasuk menyemak daftar-daftar pemilih untuk
pilihanraya.
2. Menyelenggarakan urusan pencalonan seperti penyediaan borang pencalonan dan
memastikan prosedur pencalonan berjalan dengan betul.
3.

Mengira undi setelah pengundian dijalankan.

4.

Menjaga segala amanah yang diserahkan berhubung dengan pilihanraya

5. Menyediakan peraturan khas pilihanraya dan syarat-syarat berkenaan calon-calon


pilihanraya.
PERKARA 24 TUGAS PENGARAH JAWATANKUASA PILIHANRAYA
1. Mempengerusikan Jawatankuasa Pilihanraya dan memastikan perjalanan
Jawatankuasa mematuhi peruntukan perlembagaan.
2. Mengesahkan senarai calon serta membatalkan pencalonan bagi mana-mana calon
yang campur tangan dalam urusan Jawatankuasa Pilihanraya.
3.

Mengesahkan kertas keputusan pilihanraya bersama Setiausaha Jawatankuasa.

4.

Mengisytiharkan keputusan pilihanraya.

PERKARA 25 - TUGAS SETIAUSAHA JAWATANKUASA PILIHANRAYA


1. Mengedarkan pekeliling mesyuarat jawatankuasa dan menjalankan tugas yang
selayaknya sebagai setiausaha di dalam Jawatankuasa.
2.

Melaksanakan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pilihanraya.

3.

Mengesahkan kertas keputusan pilihanraya bersama-sama Pengarah Jawatankuasa

PERKARA 26 - TUGAS BENDAHARI JAWATANKUASA PILIHANRAYA


1.

Bertanggungjawab mengendalikan hal-ehwal kewangan yang berkaitan dengan

Jawatakuasa Pilihanraya.
2.

Mencatat segala wang keluar masuk yang digunakan oleh Jawatankuasa Pilihanraya.

3. Membantu Pengarah dan Setiausaha Jawatankuasa Pilihanraya dalam melaksanakan


tugastugasnya.
PERKARA 27 - TUGAS AJK KECIL JAWATANKUASA PILIHANRAYA
Membantu mengendalikan segala urusan urusan yang berkaitan dengan pilihanraya.
PERKARA 28 CARA MEMINDAAN PERLEMBAGAAN
1. Mana mana Ahli Tertinggi dan Majlis P erwakilan Pelajar boleh mengemukakan usul
dan cadangan secara bertulis kepada Setiausaha Agung untuk dibentangkan dalam
Mesyuarat Majlis Pewakilan Pelajar bagi tujuan meminda Perlembagaan Majlis Perwakilan
Pelajar.
2. Perlembagaan juga boleh dipinda dalam Mesyuarat Agung Khas yang diadakan oleh
Majlis Perwakilan Pelajar.
3. Sebarang pindaan yang berlaku hendaklah dengan persetujuan dua pertiga (2/3)
daripada ahli yang hadir dan berkuatkuasa serta merta setelah diluluskan di dalam Majlis
Tertinggi Perwakilan Pelajar.

Anda mungkin juga menyukai