Anda di halaman 1dari 5

Bidang Tugas

YANG DI PERTUA
1. Mengetuai barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS.
2. Mempengerusikan mesyuarat Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS.
3. Memanggil untuk diadakan mesyuarat Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS pada bila-bila masa.
4. Memantau aktiviti setiap Lujnah Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS.
5. Memberi nasihat dan bimbingan kepada Lujnah Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS.
6. Bertanggung jawab dalam mengawal selia Lujnah Protokol dan Kesenian.
7. Bertanggung jawab dalam merancang dan menyusun atur aktiviti-aktiviti Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS
dengan dibantu Timbalan Yang Di Pertua dan Naib Yang Di Pertua.
8. Mewakili lujnah dan pelajar bagi sebarang urusan rasmi dengan pihak pentadbiran
9. Menyampaikan ucapan mewakili pelajar dalam sebarang aktiviti rasmi.
10. Membuat keputusan dalam perkara-perkara tertentu yang tidak bercanggah dengan dasar IKMAS.
11. Memaklumkan setiap keputusan mesyuarat kepada penasihat (K.Bhg. HEP).
12. Menerima arahan atau maklumat dari pihak pentadbiran dan kemudiannya menyalurkannya kepada pelajar dari semasa
ke semasa.
13. Menyimpan dan mengemaskini fail Yang Di-Pertua.
14. Menyemak laporan mingguan setiap Ketua Lujnah MPM sebelum diserahkan kepada Bahagian HEP
15. Menyemak kertas kerja dasar program dan aktiviti yang dikemukakan oleh setiap lujnah MPM sebelum diproses oleh
Bahagian HEP.
16. Bekerjasama dengan Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Mahasiswa yang lain.
17. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Majlis Perwakilan Mahasiswa
18. Arahan semasa pihak Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak
TIMBALAN YANG DI PERTUA
1. Membantu Yang Di Pertua Memantau aktiviti setiap Lujnah Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS.
2. Mempengerusikan mesyuarat Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS apabila ketiadaan Yang Di Pertua
3. Memberi nasihat dan bimbingan kepada Lujnah Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS.
4. Bertanggung jawab dalam mengawal selia Lujnah Sukan dan Rekreasi.
5. Menyampaikan ucapan mewakili pelajar dalam sebarang aktiviti rasmi sekiranya Yang Di Pertua tidak dapat hadir.
6. Bersama-sama Yang Di Pertua Bertanggung jawab dalam merancang dan menyusun atur aktiviti-aktiviti Majlis
Perwakilan Mahasiswa IKMAS
7. Membantu Yang Di Pertua dalam mewakili lujnah dan pelajar bagi sebarang urusan rasmi dengan pihak pentadbiran
8. Menyimpan dan mengemaskini fail Timbalan Yang Di-Pertua.
9. Menyemak laporan mingguan setiap setiap Ketua Lujnah MPM sebelum diserahkan kepada Bahagian HEP
10. Menyemak kertas kerja dasar program dan aktiviti yang dikemukakan oleh setiap lujnah MPM sebelum diproses oleh
Bahagian HEP.
11. Bekerjasama dengan Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Mahasiswa yang lain.
12. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Majlis Perwakilan Mahasiswa
13. Arahan semasa pihak Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak
NAIB YANG DIPERTUA
1. Membantu Yang Di Pertua Memantau aktiviti setiap Lujnah Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS.
2. Memberi nasihat dan bimbingan kepada Lujnah Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS.
3. Bertanggung jawab dalam mengawal selia Lujnah Dakwah dan Tarbiah.
4. Menyampaikan ucapan mewakili pelajar dalam sebarang aktiviti rasmi sekiranya Timbalan Yang Di Pertua tidak dapat
hadir.
5. Bersama-sama Yang Di Pertua Bertanggung jawab dalam merancang dan menyusun atur aktiviti-aktiviti Majlis
Perwakilan Mahasiswa IKMAS
6. Membantu Yang Di Pertua dalam mewakili lujnah dan pelajar bagi sebarang urusan rasmi dengan pihak pentadbiran
7. Menyimpan dan mengemaskini fail Naib Yang Di-Pertua.
8. Menyemak laporan mingguan setiap setiap Timbalan Ketua Lujnah MPM sebelum diserahkan kepada Bahagian HEP
9. Menyemak kertas kerja dasar program dan aktiviti yang dikemukakan oleh setiap lujnah MPM sebelum diproses oleh
Bahagian HEP.
10. Bekerjasama dengan Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Mahasiswa yang lain.
11. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Majlis Perwakilan Mahasiswa
12. Arahan semasa pihak Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak
SETIAUSAHA AGONG
1. Menguruskan surat panggilan mesyuarat Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS.
2. Menguruskan surat menyurat kepada pihak luar melalui Bahagian HEP.
3. Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS
4. Menyimpan dan mengemaskini fail Setiausaha Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS.
5. Bertanggungjawab dalam mengawal selia Lujnah Penerbitan dan Publisiti
6. Menyediakan laporan akhir Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS
7. Mengumpulkan dan mengemaskini senarai no.telefon ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS dan pihak Institut
Kemahiran Islam Malaysia Sarawak.
8. Mengumpul dan memanjangkan fail laporan akhir setiap lujnah kepada Bahagian HEP.
9. Mengumpul dan menyerahkan fail setiap lujnah apabila Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS dibubarkan oleh HEP.
10. Bekerjasama dengan Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS yang lain.
11. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.
12. Arahan semasa pihak Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak.
TIMBALAN SETIAUSAHA AGONG
1. Menguruskan surat panggilan mesyuarat Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS.
2. Menguruskan surat menyurat kepada pihak luar melalui Bahagian HEP.
3. Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS
4. Menyimpan dan mengemaskini fail Setiausaha Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS.
5. Bertanggungjawab dalam mengawal selia Lujnah Penerbitan dan Publisiti
6. Menyediakan laporan akhir Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS
7. Mengumpul dan memanjangkan fail laporan akhir setiap lujnah kepada Bahagian HEP.
8. Mengumpul dan menyerahkan fail setiap lujnah apabila Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS dibubarkan oleh HEP.
9. Bekerjasama dengan Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS yang lain.
10. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.
11. Arahan semasa pihak Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak.
BENDAHARI TERHORMAT
1. Berperanan dalam menyediakan bajet bagi setiap program induk yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa
IKMAS.
2. Menyediakan laporan bajet untuk pembentangan dalam mesyuarat Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS.
3. Merekodkan setiap pembelian barang dan menyimpan resit pembelian bagi tujuan tuntuan semula kepada bahagian
HEP.
4. Berperanan dalam membuat permintaan / tempahan barang bagi kegunaan sesuatu program Majlis Perwakilan
Mahasiswa IKMAS.
5. Bertanggungjawab dalam mengawal selia Lujnah Helwa Helwi.
6. Membuat permintaan daripada bahagian HEP berkaitan barang keperluan dalam bilik mesyuarat Majlis Perwakilan
Mahasiswa IKMAS.
7. Menyediakan, menguruskan dan mengemaskini rekod keluar masuk duit.
8. Membuat tempahan makanan bagi program yang dianjurkan Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS.
9. Menguruskan dan mngemaskini fail bendahari dari semasa ke semasa.
10. Berbincang dengan Yang Di-Pertua berkenaan bajet bagi sesuatu program yang ingin dijalankan.
11. Menyemak bajet dalam kertas kerja bagi projek yang di anjurkan oleh para ketua lujnah.
12. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.
13. Arahan semasa pijak Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak.
TIMBALAN BENDAHARI TERHORMAT
1. Membantu Bendahari Kehormat dalam menyediakan bajet bagi setiap program induk yang dianjurkan oleh Majlis
Perwakilan Mahasiswa IKMAS.
2. Membantu Bendahari Kehormat menyediakan laporan bajet untuk pembentangan dalam mesyuarat Majlis Perwakilan
Mahasiswa IKMAS.
3. Membantu merekodkan setiap pembelian barang dan menyimpan resit pembelian bagi tujuan tuntuan semula kepada
bahagian HEP.
4. Bertanggungjawab dalam mengawal selia Lujnah Helwa Helwi.
5. Membuat permintaan daripada bahagian HEP berkaitan barang keperluan dalam bilik mesyuarat Majlis Perwakilan
Mahasiswa IKMAS.
6. Membantu menyediakan, menguruskan dan mengemaskini rekod keluar masuk duit.
7. Menguruskan dan mngemaskini fail bendahari dari semasa ke semasa.
8. Mematuhi Peraturan dan Etika Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS.
9. Arahan semasa pijak Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak.
LUJNAH HELWA HELWI ( HAL EHWAL SISWA DAN HAL EHWAL SISWI )
1. Membantu dan bekerjasama dengan pihak pengurusan IKMAS dalam aktiviti berkaitan Helwa Helwi.
2. Merancang dan menguruskan aktiviti berkaitan kebajikan pelajar dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan pelajar.
3. Menguruskan, mengemaskini dan menyimpan fail Lujnah Helwa Helwi.
4. Mengadakan mesyuarat AJK Lujnah dari semasa ke semasa.
5. Mendapatkan maklumat berkaitan dengan masalah pelajar dan menyalurkan kepada HEP untuk tindakan selanjutnya.
6. Membuat laporan makanan dan aduan kepada pihak HEP berlaku sesuatu yang tidak menyenangkan pelajar dari segi
makanan dan minuman.
7. Menerima dan membuat aduan tentang masalah perkhidmatan kemudahan-kemudahan pelajar dari semasa ke semasa.
8. Menyediakan senarai nama para pelajar yang berpuasa sunat untuk urusan tempahan juadah berbuka puasa di Dewan
Makan.
9. Menyediakan jadual tarikh para pelajar pulang bercuti ( cuti semester / cuti pertengahan semester / cuti perayaan )
untuk diserahkan kepada pihak HEP.
10. Membuat laporan kerosakkan asrama siswa dan siswi.
11. Menyediakan senarai barang keperluan kebajikan asrama lelaki dan perempuan dan diserahkan kepada pihak HEP
untuk tindakan selanjutnya.
12. Bertanggungjawab dalam soal kebersihan asrama dan menyediakan jadual kebersihan asrama.
13. Mendapat dan menyampaikan maklumbalas dari segi keselamatan pelajar sama ada pelajar lelaki atau pelajar
perempuan kepada pihak HEP.
14. Menguruskan perlantikan AJK Lujnah Helwa Helwi.
15. Membuat fail rekod bagi semua keperluan peralatan di asrama siswa dan siswi.
16. Menganjurkan aktiviti gotong-royong sekurang-kurangnya sebulan sekali.
17. Menyediakan laporan lujnah untuk pembentangan dalam Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS.
18. Bekerjasama dengan Ketua Lujnah Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS yang lain.
19. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS
20. Arahan semasa pihak Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak.
LUJNAH DAKWAH DAN TARBIAH
1. Membantu dan bekerjasama dengan pihak pengurusan IKMAS dalam aktiviti berkaitan keagamaan dan pembangunan
jati diri insan.
2. Merancang dan menguruskan aktiviti bercorak keagamaan dan pembangunan jati diri insan serta dan aktiviti-aktiviti
yang sesuai dengan pelajar IKMAS.
3. Menguruskan aktiviti surau dan pengimarahan surau sebagai pusat kegiatan Islam di IKMAS.
4. Menguruskan perlantikan AJK Lujnah Dakwah Dan Tarbiah.
5. Mengadakan mesyuarat AJK lujnah dari semasa ke semasa.
6. Bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan Surau at-Taqwa.
7. Menjadikan surau sebagai pusat aktiviti perhubungan dan informasi IKMAS.
8. Menguruskan, mengemaskini dan menyimpan, fail Lujnah Dakwah Dan Tarbiah.
9. Menyediakan laporan lujnah untuk perbentangan dalam mesyuarat Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS.
10. Memantau keadaan dan peralatan surau dari semasa ke semasa.
11. Bekerjasama dengan Ketua Lujnah Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS yang lain.
12. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS
13. Arahan semasa pihak Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak.
LUJNAH PROTOKOL DAN KESENIAN
1. Membantu dan bekerjasama dengan semua lujnah dalam mengendalikan aktiviti yang berlangsung dimana-mana
kawasan IKMAS termasuk Dewan Kenyalang.
2. Menguruskan semua penggunaan PA system di semua program.
3. Merancang dan mengendalikan kelab dan persatuan kesenian IKMAS.
4. Menguruskan perlantikan AJK Lujnah Protokol dan Kesenian.
5. Mengadakan mesyuarat AJK lujnah dari semasa ke semasa.
6. Menyimpan dan mengemaskinikan fail Lujnah Protokol dan Kesenian.
7. Menyediakan laporan lujnah untuk perbentangan dalam mesyuarat Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS.
8. Bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan Dewan Kenyalang.
9. Mengatur dan menyusun segala peralatan yang berkaitan di Dewan Kenyalang.
10. Menganjurkan program khitobah pelajar pada setiap minggu.
11. Menyelaras penggunaan dewan besar bagi setiap aktiviti Majlis Perwakilan Mahasiswa.
12. Memastikan persediaan dari segi protokol untuk sesuatu program pelajar berjalan dengan lancar.
13. Bekerjasama dengan Ketua Lujnah Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS yang lain.
14. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS
15. Arahan semasa pihak Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak.
LUJNAH PUBLISITI DAN PENERBITAN
1. Bertanggungjawab menyediakan pengisian pada semua papan kenyataan yang berkaitan.
2. Menguruskan perlantikan AJK Exco Penerbitan
3. Merancang serta menerbitkan buletin bulanan dan risalah yang berkaitan untuk edaran seperti yang telah ditetapkan.
4. Merancang serta menerbitkan majalah IKMAS.
5. Menghasilkan Album Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS (aktiviti sepanjang sesi) untuk dimuat naik ke laman web
Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS.
6. Bertanggungjawab dalam mengambil gambar setiap program IKMAS.
7. Menyediakan laporan program bersertakan dengan gambar untuk di muatnaik ke dalam laman web Majlis Perwakilan
Pelajar IKMAS.
8. Merujuk kepada pihak HEP sebelum menerbit dan mengedarkan buletin/ risalah atau apa apa bentuk penerbitan.
9. Menyediakan bahan-bahan ilmiah untuk cetakan
10. Bertanggungjawab dalam mengawal selia laman web Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS.
11. Membantu memperkenalkan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) kepada institusi lain.
12. Mengadakan mesyuarat AJK Lujnah Publisiti Dan Penerbitan dari semasa ke semasa
13. Menyimpan dan mengernaskini fail Lujnah Publisiti Dan Penerbitan
14. Menyediakan laporan Lujnah Publisiti Dan Penerbitan untuk perbentangan dalarn mesyuarat Majlis Perwakilan
Mahasiswa IKMAS.
15. Bekerjasama dengan Ketua Lujnah Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS yang lain.
16. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS
17. Arahan semasa pihak Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak.
LUJNAH SUKAN DAN REKREASI
1. Membantu dan bekerjasama dengan pihak IKMAS dalam mengendalikan aktiviti berkaitan sukan dan kokurikulum.
2. Merancang dan mengendalikan program bercorak kesukanan dan permainan yang bersesuaian dengan pelajar IKMAS.
3. Merancang dan membuat bajet aktiviti kesukanan.
4. Merancang dan mengendalikan kelab dan persatuan sukan yang berkaitan.
5. Menguruskan perlantikan AJK Lujnah Sukan Dan Rekreasi.
6. Mengendalikan mesyuarat AJK Lujnah Sukan Dan Rekreasi dari semasa ke semasa.
7. Menyimpan dan mengemaskini fail Lujnah Sukan Dan Rekreasi.
8. Menyediakan laporan Lujnah Sukan Dan Rekreasi untuk pembentangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar.
9. Bekerjasama dengan Ketua Lujnah Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS yang lain.
10. Mematuhi Peraturan dan Etika Kerja Majlis Perwakilan Mahasiswa IKMAS
11. Arahan semasa pihak Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak

Anda mungkin juga menyukai