Anda di halaman 1dari 6

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM AHLI MAJLIS TERTINGGI (MT) YANG DIPERTUA

Menjadi pengerusi bagi semua mesyuarat tertinggi dan mensyuarat exco serta beliau bertanggungjawab keatas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat tersebut. Menjadi undi pemutus dan akan menandatangani setiap minit mesyuarat yang diluluskan. Sebagai lidah rasmi bagi mewakili semua pelajar ipg kampus pendidikan islam dalam menyuarakan sebarang permasaalahan dan isu yang timbul didalam kampus kepada pihak pentadbiran. Menjadi ex-officiobagi semua jawatan dalam JPP. Mewakili semua JPP dan semua pelajar dalam semua perjumpaan dan mesyuarat yang berkaitan bersama pihak pentadbiran kampus. Menjadi penasihat khusus bagi biro Kerohanian, Moral & Disiplin JPP serta biro Kebajikan & Sosial JPP.

JPP JPP 2014/2015 2014/2015

NAIB YANG DIPERTUA I Membantu YDP dalam semua urusan JPP dan tugas-tugas sebagai seorang YDP. Memantau dan memastikan semua ketua biro & penolong.ketua biro menjalankan tugas yang diberikan dari semasa ke semasa khususnya dibahagian muslimin. Memastikan setiap program yang dijalankan oleh semua biro berjalan dengan lancar mengikut prosedur yang betul. Memangku segala tugas YDP semasa ketiadaan YDP. Menjadi pengarah program bagi setiap program-program besar JPP atas arahan YDP. Memantau secara khusus bagi biro Pengurusan Masjid.

NAIB YANG DIPERTUA II Nydp II merupakan portfolio yang tertinggi dibahagian muslimat bagi mewakili suara exco muslimat dalam memutuskan hal-hal berkaitan di pihak muslimat. Membantu YDP dan NYDP I dalam semua urusan JPP dan tugas-tugas sebagai seorang YDP. Memantau dan memastikan semua ketua biro & penolong.ketua biro menjalankan tugas yang diberikan dari semasa ke semasa khususnya dibahagian muslimat. Memantau secara khusus Biro Hal Ehwal Wanita Islam (HELWI) dan Biro Kolej Kediaman

WAHANA KECEMERLANGAN TONGGAK KEPIMPINAN

JPP 2014/2015

SETIAUSAHA AGUNG KEHORMAT Mengendalikan segala urusan JPP khasnya berkenaan dengan surat-menyurat dan menyimpan segala dokumen,kertas & minit mesyuarat. Bertanggungjawab menyimpan semua rekod JPP dan maklumat peribadi exco-exco JPP kecuali rekod-rekod kewangan Mengeluarkan notis-notis,memanggil mesyuarat-mesyuarat dan mencatat minitminit mesyuarat setelah dipersetujui oleh pendaftar,penasihat JPP dan YDP. Mendapat laporan aktiviti yang telah di dokumentasikan daripada setiap biro pada setiap bulan seterusnya menyediakan laporan keseluruhannya bagi aktiviti bulanan JPP dan menyerahkan kepada penasihat umum JPP. Setiausaha bersama-sama YDP adalah mewakili JPP dalam semua perjumpaan dan mesyuarat yang berkaiatan bersama pihak pentadbiran kampus. Memantau secara khusus bagi biro Kesenian & kebudayaan.

NAIB SETIAUSAHA AGUNG KEHORMAT Membantu dalam semua urusan dan tugas-tugas sebagai seorang Setiausaha Agung Kehormat JPP. Naib Setiausaha akan menjalankan kerja-kerja Setiausaha dan memangku jawatan itu semasa ketiadaannya. Memantau secara khusus bagi biro Sukan & Rekreasi.

BENDAHARI AGUNG KEHORMAT Merancang dan menyediakan senarai semak bagi barang-barang keperluan JPP seterusnya mendapatkannya daripada stor IPG. Menguruskan urusan kewangan JPP bagi sesuatu program yang dijalankan dibahgian induk JPP. Memungut,menyimpan serta membayar semua urusan kewangan bagi pihak JPP setelah dipersetujui oleh pendaftar. Menyediakan anggaran perbelanjawan tahunan & perbelanjawan JPP tahun seterusnya yang diperlukan oleh setiap biro bagi menjalankan sesuatu program. Bertanggungjawab sebagai badan Perhubungan Luar: Menjadi medium penghubung antara para pelajar guru dengan agensi-agensi dalam negara. Menjalinkan kolaborasi dengan institusi pendidikan yang lain.menguruskan kebajikan tetamu luar yang datang ke IPG.

Penyelaras utama aset-aset JPP. Memantau secara khusus bagi biro Teknologi Maklumat & Penerbitan.

JPP 2014/2015

NAIB BENDAHARI AGUNG KEHORMAT Membantu dalam semua urusan dan tugas-tugas sebagai seorang Bendahari Agung Kehormat JPP. Naib Bendahari Agung Kehormat akan menjalankan kerja-kerja Bendahari Agung Kehormat dan memangku jawatan itu semasa ketiadaannya. Memantau secara khusus bagi biro Keusahawanan.

BIRO KEROHANIAN DAN MORAL

Bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan segala aktivti dakwah dan kerohanian bagi warga IPG KPI. Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan hari-hari kebesaran Islam. Mengurus ceramah,forum dan sebagainya yang hendak diadakan dengan persetujuan pendaftar dan pensyarah penasihat. Mengedar risalah agama kepada warga kampus. Sebagai ketua badan amar maaruf dan nahi mungkar kampus Melatih kepimpinan pelajar dalam aspek dakwah dan keunggulan sahsiah. Bekerjasama dengan MTEN dalam mengendalikan usrah pelajar.

1- BIRO HAL EHWAL WANITA ISLAM (HELWI) Bertanggungjawab bagi menjana muslimah yang sejati sesuai dengan tuntutan syariat. Bekerjasama dengan biro dakwah & kerohanian JPP dalam merancang dan melaksanakan segala aktiviti kerohanian yang sesuai di pihak muslimat. Memastikan sahsiah pelajar-pelajar muslimat dalam keadaan baik. Melatih kepimpinan pelajar muslimat melalui aktiviti yang dianjurkan oleh HELWI.

JPP 2014/2015

AHLI MAJLIS EKSEKUTIF 3- BIRO KEBAJIKAN & SOSIAL Bertanggungjawab dalam menjaga hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan pelajar. Menguruskan sumbangan derma untuk pelajar-pelajar yang ditimpa musibah, kematian dan kemalangan. Memantau dan memastikan semua aduan pelajar dapat disalurkan kepada pihak pentadbiran kampus . Bertanggungjawab dalam mendapatkan respon dan maklum balas daripada pihakpihak berkenaan. Bertanggungjawab dalam urusan tabung kebajikan jpp. Menyediakan rekod debit & kredit duit kebajikan pelajar serta membentangkannya dalam mesyuarat majlis presiden.

4- BIRO AKADEMIK & PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA Bertanggungjawab dalam mengambil daya usaha bagi mewujudkan kemandirian budaya ilmu di dalam kawasan kampus. Sebagai ketua protokol dalam semua majlis-majlis JPP. Menyampaikan sebarang informasi yang berkaitan dengan akademik kepada pelajar. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dapat mempertingkatkan sahsiah pelajar. Memantau dan memastikan bahan-bahan ilmiah yang dikeluarkan oleh JPP dan mana-mana unit persatuan tidak mencetuskan sensitiviti dan kontroversi. Mengendalikan majlis hari kecemerlangan pelajar bagi IPG.

5- BIRO SUKAN DAN REKREASI JPP Merancang dan melaksanakan kegiatan sukan dan aktiviti rekreasi yang sesuai untuk warga kampus. Menyemai budaya kesukanan & kesihatan dalam jiwa pelajar.

6- BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT & PENERBITAN Mendokumentasikan setiap aktiviti yang dijalankan oleh jpp.

Bertanggungjawab terhadap media JPP. Pemutus bagi mana-mana pihak yang ingin menggunakan peralatan seranta JPP. Bertanggungjawab dalam mengurusakan video-video korporat JPP. Menyediakan pamplet atau buku program bagi sesuatu majlis JPP. Memastikan setiap aktiviti yang dijalankan oleh IPG dan JPP dapat dihebahkan kepada semua warga kampus. Memastikan papan kenyataan JPP sentiasa dalam keadaan diupdate dan sentiasa berinformasi.

JPP 2014/2015

7- BIRO KEUSAHAWANAN Mencari idea dalam menjana kewangan JPP. Membantu pelajar dalam mencungkil bakat keusahawan melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Menguruskan dapur bilik JPP. Memastikan para pelajar yang hendak berniaga berdaftar dibawah biro Keusahawanan. Menyediakan rekod debit & kredit serta membentangkannya dalam mesyuarat JPP. Berkerjasama dengan Bendahari Kehormat mencari tajaan dan sumbangan dalam meningkatkan kewangan JPP.

8- BIRO PENGURUSAN MASJID Bertindak sebagai ajk rasmi masjid Imam As-Syafie. Berkerjasama dengan biro kerohanian dan moral dalam menguruskan aktiviti ceramah, forum, pengisian, daurah dan sebagainya Memastikan kebersihan masjid serta kawasan sekitarnya dalam keadaan bersih dan teratur. Sebagai penyelaras dapur masjid Imam As-Syafie. Memastikan peralatan serta aset-aset masjid imam as-syafie berada dalam keadaan baik dan selamat. Pemutus kepada pengurusan peminjaman aset-aset dapur masjid.

9- BIRO KESENIAN DAN KEBUDAYAAN Menguruskan aktiviti kesenian dan kebudayaan pelajar kampus. Menghidupkan kampus dengan budaya islam. Sebagai penyelaras kepada semua pertandingan berbentuk kesenian dan kebudayaan di peringkat kampus.

10- BIRO KEDIAMAN PELAJAR Merancang dan melaksanakan aktiviti kebajikan dan rekreasi kolej kediaman Memastikan kebersihan kolej kediaman lelaki & perempuan dalam keadaan yang memuaskan Mengemukakan cadangan dan bekerjasama untuk meningkatkan kemudahankemudahan rekreasi dan pembelajaran di kolej kediaman lelaki & perempuan Mengetuai aktiviti gotong-royong kolej kediaman Bekerjasama denga warden asrama dan mewujudkan hubungan yang baik dengan organisasi jawatankuasa kolej kediaman dalam memantau dan mengawasi disiplin penghuni asrama Bertanggungjawab dalam urusan penempatan pelajar baharu serta tetamu-tetamu khas kampus

10- BIRO PERHUBUNGAN DOMESTIK DAN ANTARABANGSA MENJADI MEDIUM PENGHUBUNG ANTARA PARA PELAJAR GURU DENGAN AGENSIAGENSI LUAR DAN DALAM NEGARA. MENJALINKAN KOLABORASI DENGAN INSTITUSI PENDIDIKAN YANG LAIN. MENGURUSKAN KEBAJIKAN TETAMU LUAR YANG DATANG KE IPG.

Anda mungkin juga menyukai