Anda di halaman 1dari 8

SKOP TUGAS

TANKUASA PERWAKILAN PELAJAR 2016/2107

SKOP
TUGAS
JPP
2016/2017

SKOP TUGAS
TANKUASA PERWAKILAN PELAJAR 2016/2107

Ahli Majlis Tertinggi


Yang Dipertua (YDP)

Menjadi jurucakap utama badan JPP


Sebagai lidah rasmi bagi mewakili semua pelajar IPG Kampus Sultan Mizan
dalam menyuarakan sebarang permasalahan dan isu yang timbul di dalam
kampus kepada pihak pentadbiran
Mewakili semua JPP dan semua pelajar dalam semua perjumpaan dan
mesyuarat yang berkaitan bersama pihak pentadbiran kampus
Menerima dan memanjangkan arahan pihak pengurusan
Mengarah dan menguruskan aktiviti yang dirancang oleh pihak
pengurusan dan pelajar
Menjadi pengerusi bagi semua mesyuarat AMT dan mesyuarat AMM serta
bertanggungjawab keatas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat
tersebut
Menjadi undi pemutus dan akan menandatangani setiap minit mesyuarat
yang diluluskan
Menjadi ex-officio bagi semua jawatan dalam JPP serta sayap-sayap JPP
Menjaga kebajikan semua ahli JPP
Bertanggungjawab secara khusus kepada Biro Perhubungan Domestik &
Antarabangsa dan Biro Kediaman Pelajar

Naib Yang Dipertua 1 (NYDP 1)

Membantu YDP dalam semua urusan JPP dan tugas-tugas sebagai seorang
YDP
Memantau dan memastikan semua biro menjalankan tugas yang diberikan
dari semasa ke semasa khususnya di bahagian JPP lelaki
Memastikan setiap program yang dijalankan oleh semua biro berjalan
dengan lancar mengikut prosedur yang betul
Memangku segala tugas YDP semasa ketiadaan YDP
Menjadi pengarah program bagi setiap program-program besar JPP atas
arahan YDP
Menjaga kebajikan semua ahli JPP
Bertanggungjawab secara khusus kepada Biro Akademik dan Biro
Multimedia dan Penerbitan

Naib Yang Dipertua 2 (NYDP 2)

SKOP TUGAS
TANKUASA PERWAKILAN PELAJAR 2016/2107

NYDP 2 merupakan portfolio yang tertinggi di bahagian perempuan bagi


mewakili suara JPP perempuan dalam memutuskan hal-hal yang berkaitan
di pihak JPP perempuan
Membantu YDP dan NYDP 1 dalam semua urusan JPP
Membantu YDP mengagihkan tugas bagi semua program yang dijalankan
kepada setiap biro
Memantau dan memastikan semua biro menjalankan tugas yang diberikan
dari semasa ke semasa khususnya di bahagian JPP perempuan
Menjaga kebajikan semua ahli JPP
Bertanggungjawab secara khusus kepada Biro Hal Ehwal Wanita dan Biro
Kerohanian, Moral & Disiplin

Setiausaha Agung Kehormat (SUAK)

Menjadi jurucakap utama JPP selain YDP


Menyemak segala dokumen surat-menyurat dan kertas kerja yang hendak
dikeluarkan oleh Ahli Majlis Mesyuarat dan sayap-sayap JPP
Mengendalikan segala urusan JPP khasnya berkenaan dengan suratmenyurat dan menyimpan segala surat, memo, kertas kerja dan minit
mesyuarat
Bertanggungjawab terhadap semua rekod dan data perfailan JPP dan
maklumat biro JPP kecuali rekod-rekod kewangan
Mengeluarkan memo, memanggil mesyuarat dan mencatat minit-minit
mesyuarat
Mendapatkan laporan aktiviti yang telah didokumentasikan daripada
setiap biro untuk setiap aktiviti yang dikelolakan dan menyediakan laporan
sepenuhnya pada hujung perkhidmatan JPP
SUAK bersama-sama YDP mewakili JPP dalam semua perjumpaan dan
mesyuarat yang berkaitan bersama pihak pentadbiran kampus
Merancang dan mengadakan kursus berkaitan kepimpinan JPP
Memantau secara khusus Biro Sukan dan Rekreasi

Naib Setiausaha Agung Kehormat (NSUAK)

Membantu dalam semua urusan dan tugas-tugas sebagai seorang SUAK


NSUAK akan menjalankan kerja-kerja SUAK dan memangku jawatan itu
semasa ketiadaannya
Memantau secara khusus bagi Biro Kebudayaan dan Kesenian

Bendahari Agung Kehormat (BAK)

Menjadi ketua penyelaras aset dan stok JPP


Menyemak belanjawan program Ahli Majlis Mesyuarat dan sayap-sayap JPP
Merancang dan menyediakan senarai semak bagi barang-barang
keperluan JPP seterusnya mendapatkannya daripada stor
Menguruskan urusan kewangan JPP bagi sesuatu program yang dijalankan
di bahagian induk JPP

SKOP TUGAS
TANKUASA PERWAKILAN PELAJAR 2016/2107

Memungut, meyimpan dan membayar semua urusan kewangan bagi pihak


JPP
Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan JPP
Membentangkan laporan kewangan mengikut keperluan
Memantau secara khusus bagi Biro Keusahawanan
Mengadakan kolaborasi dengan Akauntan atau Unit Kewangan berkenaan
elaun pelajar:
-elaun bulanan
-elaun praktikum
-elaun buku/peralatan
-waran tuntutan tambang tiket borneo

Naib Bendahari Agung Kehormat (NBAK)

Membantu dalam semua urusan dan tugas-tugas sebagai seorang BAK


NBAK akan menjalankan kerja-kerja BAK dan memangku jawatan itu
semasa ketiadaanya
Memantau secara khusus bagi Biro Kebajikan dan Sosial

SKOP TUGAS
TANKUASA PERWAKILAN PELAJAR 2016/2107

Ahli Majlis Mesyuarat


Biro Kerohanian, Moral dan Disiplin

Bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan segala aktiviti


kerohanian bagi mengimarahkan Surau al-Firdaus
Berkolaborasi dengan Persatuan Pelajar Islam (PPI) dalam pengurusan
Surau al-Firdaus:
-audit peralatan surau dan membuat laporan kerosakan untuk menaiktaraf
infrastruktur surau
-memastikan peralatan serta aset-aset Surau al-Firdaus berada dalam
keadaan baik
-memastikan kebersihan surau serta kawasan sekitarnya termasuk tandas
dan luang legar surau
-pemutus kepada pengurusan peminjaman aset-aset surau
Melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan hari-hari kebesaran Islam
Menyediakan pembaca doa untuk majlis-majlis rasmi
Menguruskan bacaan doa harian pada setiap 7.45 pagi di blok Akademik
kecuali hari Rabu di perhimpunan
Menguruskan kedatangan solat Zohor berjemaah
Menyelaraskan dan memastikan kelancaran Kelas Tahsin al-Quran pada
setiap pagi Khamis
Mengadakan program berbentuk Pendidikan Moral kepada guru pelatih
bukan Islam
Menjadi ketua dalam memastikan kehadiran pelajar ke majlis-majlis rasmi
IPG serta perhimpunan mingguan atau bulanan- disiplin guru pelatih

Biro Hal Ehwal Wanita

Merancang dan melaksanakan segala aktiviti kerohanian dan moral yang


berfokuskan kepada guru pelatih perempuan

SKOP TUGAS
TANKUASA PERWAKILAN PELAJAR 2016/2107

Memastikan sebarang permasalahan dan isu yang timbul dalam kalangan


guru pelatih perempuan dapat dikemukakan kepada pihak pentadbiran
IPG
Memastikan disiplin dan sahsiah guru pelatih perempuan dalam keadaan
baik
Ketua penyelaras kebersihan dan keceriaan bilik JPP
Ketua penyelaras untuk Minggu Pengurusan Pelajar Baru
Menganjurkan program-program yang mengetengahkan isu-isu berkaitan
wanita dan kemasyarakatan seperti

Biro Kebajikan dan Sosial

Bertanggungjawab dalam menjaga hal-hal yang berkaitan dengan


kebajikan guru-guru pelatih
Menguruskan sumbangan derma untuk guru-guru pelatih yang kematian
penjaga atau waris
Memantau dan memastikan semua aduan guru pelatih dapat disalurkan
kepada pihak pentadbiran kampus melalui saluran yang betul iaitu
melalui borang aduan pelanggan atau borang kaji selidik
Bertanggungjawab dalam mendapatkan respon dan maklum balas
daripada pihak-pihak yang terlibat dalam sesuatu isu kebajikan
Mengadakan Tabung Kebajikan
Menyediakan rekod debit dan kredit duit Tabung Kebajikan JPP
Memastikan kepuasan guru pelatih terhadap perkhidmatan yang
disediakan di Kafe dan Kantin
Menganjurkan program-program berbentuk kesukarelawanan di dalam
mahupun di luar kampus.

Biro Kediaman Pelajar

Merancang dan melaksanakan aktiviti kebajikan dan rekreasi kolej


kediaman
Memastikan kebersihan kolej kediaman guru pelatih lelaki dan
perempuan dalam keadaan yang memuaskan
Mengemukakan cadangan dan bekerjasama dengan Jawatankuasa Kolej
Kediaman untuk meningkatkan kemudahan-kemudahan guru pelatih di
kolej kediaman
Menyelaraskan aktiviti gotong-royong kolej kediaman
Bekerjasama dengan warden kolej kediaman dan mewujudkan hubungan
yang baik dengan organisasi Jawatankuasa Kolej Kediaman dalam
memantau dan mengawal disiplin penghuni kolej kediaman
Bertanggungjawab dalam urusan penempatan guru pelatih baharu serta
tetamu-tetamu khas
Mengurus bas solat Jumaat

Biro Akademik

Bertanggungjawab dalam mengambil daya usaha bagi mewujudkan


kemandirian budaya ilmu di dalam kawasan kampus

SKOP TUGAS
TANKUASA PERWAKILAN PELAJAR 2016/2107

Sebagai ketua protokol dalam semua majlis-majlis rasmi


Menjadi perantara antara pihak Unit Peperiksaan, Setiausaha Akademik
dan para guru pelatih dalam menyampaikan sebarang informasi yang
berkaitan dengan akademik
Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dapat
mempertingkatkan sahsiah guru pelatih dalam menonjolkan potensi diri
guru pelatih yang sebenar
Memantau dan memastikan bahan-bahan ilmiah yang dikeluarkan oleh JPP
atau mana-mana persatuan tidak mencetuskan sensitiviti dan kontroversi
Ketua penyelaras untuk Majlis Penyerahan Watikah JPP dan Majlis
Kecemerlangan Pelajar/Majlis Anugerah Pengarah

Biro Sukan dan Rekreasi

Bekerjasama dengan setiausaha Ko-kurikulum dalam meyampaikan


maklumat yang berkaitan dengan kegiatan unit beruniform, sukan &
permainan dan persatuan kepada seluruh warga kampus
Merancang dan melaksanakan kegiatan sukan dan aktiviti rekreasi yang
sesuai untuk warga kampus
Menyemai budaya kesukanan dan kesihatan dalam diri guru pelatih
Ketua penyelaras Minggu Ko-kurikulum dan Hari Terbuka IPG
Ketua penyelaras Minggu Pengurusan Pelajar Lama (1 PISMP)

Biro Multimedia dan Penerbitan

Membantu semua biro dalam menerbitkan poster atau risalah hebahan


program
Menyediakan pamplet, buku program dan backdrop pentas bagi setiap
program anjuran JPP dan majlis rasmi
Memastikan setiap aktiviti yang dijalankan oleh IPG dan JPP dapat
dihebahkan kepada semua warga kampus melalui poster, Suara Mizan dan
perhimpunan pagi ahad dan rabu
Sebagai ketua papan informasi dan maklumat JPP
Mendokumentasikan setiap aktiviti yang dijalankan oleh JPP dan pihak IPG
dalam bentuk fotografi dan videografi
Menjadi penyelaras kepada semua laman sesawang JPP seperti page FB
JPP dan Suara Mizan
Bertanggungjawab dalam menerbitkan video korporat JPP

Biro Keusahawanan

Mencari idea dalam menjana kewangan JPP


Menguruskan pembekalan pakaian rasmi IPG kepada pelajar baharu
Berkolaborasi bersama-sama pihak koperasi IPG dalam memasarkan hasil
perniagaan
Sebagai ketua penyelaras penaja dalam meningkatkan kewangan JPP
Menguruskan bas guru pelatih ke Pasar Kuala Besut
Menguruskan bas guru pelatih untuk ke Jerteh pada setiap kali cuti umum
yang panjang atau cuti semester

SKOP TUGAS
TANKUASA PERWAKILAN PELAJAR 2016/2107
Biro Kesenian dan Kebudayaan

Menguruskan aktiviti kesenian dan kebudayaan guru pelatih di kampus


Sebagai penyelaras kepada semua pertandingan berbentuk kesenian dan
kebudayaan yang bakal diwakili oleh kampus
Mengadakan sambutan kebudayaan yang mewakili kaum, bukan agama
seperti sambutan Tahun Baru Cina, Kebudayaan Borneo dan lain-lain.
Setiap program kebudayaan yang ingin dianjurkan, perlu merujuk kepada
Biro Kerohanian, Moral & Disiplin terlebih dahulu
Ketua penyelaras sambutan Kemerdekaan dan sambutan Hari Guru

Biro Perhubungan Domestik dan Antarabangsa

Bertindak sebagai pegawai perhubungan khas JPP mewakili YDPberhubung dengan IPG atau IPT lain
Mengurus dan memastikan kelancaran perhimpunan pagi Ahad
Berkolaborasi dengan Jabatan Bahasa-bahasa untuk perhimpunan pagi
Rabu
Menyediakan pengacara majlis untuk setiap program rasmi dan JPP
Ketua Penyelaras untuk lawatan penanda aras JPP

Anda mungkin juga menyukai