Anda di halaman 1dari 3

BIDANG TUGAS EXCO HAL EHWAL WANITA (HELWANI)

Bertanggungjawab dalam membantu pihak ipg bagi menjana muslimah yang


sejati sesuai dengan tuntutan syariat.
Menghadiri mesyuarat yang dianjurkan oleh biro dakwah, kerohanian, dan
kepimpinan jpp.
Bekerjasama dengan exco dakwah ,kerohanian dan kepimpinan jpp dalam
merancang dan melaksanakan segala aktiviti kerohanian sesuai di pihak
muslimat.
Memastikan sebarang permasalahan dan isu yang timbul di bahagian muslimat
dapat dikemukakan kepada pihak pentadbiran ipg melalui kerjasama dengan
exco kebajikan jpp.
Melatih kepimpinan pelajar muslimat melalui aktiviti yang dianjurkan oleh
helwani.

Bidang tugas jawatankuasa exco helwani jawatankuasa perwakilan pelajar 13/14 Ipg
kampus pendidikan islam.

MAJLIS TERTINGGI EXCO HELWANI

KETUA EXCO

Menjadi jurucakap utama bagi pihak muslimat IPG KPI


Menjadi pengerusi bagi semua mesyuarat tertinggi exco helwani dan
bertanggungjawab keatas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat tersebut.
Memantau dan memastikan semua ajk menjalankan tugas yang diberikan dari
masa ke semasa.
Memutuskan segala keputusan dalam setiap minit mesyuarat.
Menjadi penasihat bagi semua ahli jawatankuasa helwani.

NAIB EXCO HELWANI

Membantu ketua exco dalam semua urusan biro.


Mengagihkan segala tugas yang perlu dijalankan kepada semua ahli
jawatankuasa.
Memastikan segala program yang dijalankan berjalan dengan lancar mengikut
prosedur yang ditetapkan.
Memangku segala tugas ketua exco semasa ketiadaan beliau.
Menjaga dari sudut kebajikan ahli-ahli jawatankuasa biro agar semuanya berada
dalam keadaan baik.

SETIAUSAHA

Bertanggungjawab menyimpan segala rekod dan data-data ahli biro.


Mengeluarkan notis-notis, memanggil mesyuarat dan mencatat minit-minit
mesyuarat setelah mendapat persetujuan oleh ketua atau naib ketua exco.
Menyiapkan segala laporan aktiviti yang telah dijalanankan oleh biro-biro.

NAIB SETIAUSAHA

Membantu setiausaha

BENDAHARI

Menyemak segala perbelanjaan program biro dan yuran ahli.


Menguruskan segala belanjawan dan kewangan bagi pihak biro.
Membuat anggaran belanjawan bagi setiap program yang dijalankan.
Membuat laporan belanjawan bulanan dan taunan bagi biro.
Bekerjasama dengan unit Perhubungan Luar untuk mencari sponser.

AHLI JAWATANKUASA EXCO HELWANI

Unit penerbitan & publisiti

Membuat iklan dan publisiti untuk semua program helwani


Menguruskan seranta dan siaraya untuk semua program dan aktiviti HELWANI (
PA system, slide tayangan dll)
Mengemaskini blog HELWANI dan FB HELWANI
Unit perhubungan luar

Membina jaringan dengan pihak luar untuk mengadakan aktiviti HELWANI


Mempromosikan jenama HELWANI kepada masyarakat luar.
Bekerjasama dengan unit Bendahari untuk mencari sponser.

Unit pembangunan wanita

Membudayakan ilmu dan keintelektualan dalam kalangan pelajar wanita


Peka segala isu sosial dan kebajikan muslimat
Merancang dan mengadakan sebarang aktiviti dan program yang berkaitan.

Unit Ekonomi & Keusahawanan

Menjana ekonomi HELWANI


Mengadakan sebarang bentuk jualan

Unit Tugas Khas

Mengurus tempahan dewan / tempat aktiviti dijalankan.


Mengurus dan memastikan peralatan cukup untuk setiap aktiviti dijalankan.

Unit Cenderahati & Sijil

Bertanggungjawab dalam menyediakan cenderahati dan sijil dll.

Anda mungkin juga menyukai