Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN WATIKAH PELANTIKAN

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU.

1.0 BUTIRAN PROGRAM

a) Nama Program : MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH


PERLANTIKAN JPP 2017/2018

b) Tarikh : 16 FEBRUARI 2016

c) Jumlah peserta : 27 Orang JPP

2.0 SEBELUM PROGRAM


Seminggu sebelum Majlis Watikah Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar, semua ahli JPP telah mengadakan bermesyuarat di bilik C1.
Tujuan diadakan untuk menerangkan agenda yang akan dilangsungkan
pada 16 Februari 2017. Mesyuarat tersebut juga dihadiri oleh pelajar
C6 yang turut sama terlibat bagi menjayakan Majlis Watikah JPP pada
tahun ini. Pelajar C6 telah bersetuju untuk melicinkan program watikah
pelantikan ini. Justeru, semua ahli JPP dan pelajar C6 telah mempunyai
tugas yang harus dilaksanakan. Sehari sebelum majlis bermula,
rehearsal telah dijalankan dengan penuh jaya, walaupun masa agak
singkat serta beberapa masalah teknikal yang melanda. Namun, segala
masalah berjaya diatasi dengan jayanya.

3.0 SEMASA PROGRAM

Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan JPP sesi 2017/2018 telah


berjaya dilaksanakan pada hari Khamis bersamaan 16 Februari 2017.
Majlis berlangsung di Dewan Utama Aminuddin Baki IPGKBM pada jam
9.30 pagi. Perarakan masuk Pengarah IPGKBM, Dr. Hajah Maridah Bt.
Alias, para pensyarah dan ahli JPP berjalan dengan lancar. Seperti
biasa, di Dewan Utama Aminuddin Baki majlis dimulakan dengan
ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis, oleh saudara Kenneth.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku dan
Guru Malaysia yang sudah semestinya menjadi acara wajib setiap kali
perhimpunan.

Majlis dimulakan secara rasminya dengan bacaan doa oleh saudara


Fazrul bertujuan memberkati lagi majlis watikah perlantikan ini.
Kemudiannya, majlis diteruskan dengan agenda utama iaitu Majlis
Watikah Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2017/2018. Ahli
JPP menerima Watikah Pelantikan JPP daripada Pengarah IPGKBM
diiringi oleh Timbalan Pengarah dan Ketua Jabatan Jabatan Hal Ehwal
Pelajar. Seterusnya, ahli JPP mengangkat sumpah janji ikrar yang
diketuai oleh Yang Di Pertua JPP saudara Shaqil Azri bin Sarafuddin.
Sesudah ikrar, YDP JPP menyampaikan ucapan beliau dengan lancar
dan penuh makna. Selesai ucapan YDP semua ahli JPP turun dari
pentas dan megambil tempat ke tempat duduk masing-masing.
Pengarah dijemput untuk menyampaikan ucapan beliau. Ucapan yang
disampaikan beliau amat bermakna dan telah menyatakan hasrat yang
tinggi untuk memegang amanah yang akan dipikul. Tidak lupa juga
acara penyampaian cenderamata kepada Pengarah sebagai tanda
penghargaan.

Tibalah acara kemuncak bagi majlis watikah ini dengan tayangan video
perkenalan ahli JPP. Video ini telah disediakan oleh Biro Multimedia JPP
oleh saudara Farizuan dan Danial. Video yang dihasilkan amat
berkualiti tinggi dan mendapat pandangan yang positif daripada
pelbagai pihak terutamanya para pelajar. Namun, terdapat segelintir
pihak yang tidak bersetuju dengan penyampaian video ini, kerana
kelihatan terlalu seram dan mampu menimbulkan suasana yang tidak
sepatutnya. Namun, kejelesan video tidak jelas kerana pihak
pengurusan tidak memadamkan lampu hadapan. Oleh itu, pihak
pengurusan harus lebih peka akan perkara ini.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kenaikan pangkat kepada 3


pensyarah IPGKBM dan tiga staf IPGKBM. Kenaikan pangkat ini
diadakan secara ringkas dan bertujuan untuk memberikan
penghargaan kepada pensyarah dan staf yang telah menunjukkan
prestasi yang baik sepanjang perkhidmatan mereka di IPGKBM.

Majlis diteruskan dengan ceramah mengenai Keselamatan Sistem yang


disampaikan oleh penceramah jemputan daripada Jabatan Perdana
Menteri. Ceramah lebih kepada sistem pengursan keselamatan fail dan
dokumen-dokumen kerahsiaaan kerajaan. Beliau juga memberi tips-tips
penjagaan dokumen di atas talian serta mengingatkan penjawat awam
agar sentiasa beahati-hati menggunakan komputer dan media sosial.
Media sosial kita sentiasa dipantau oleh kerajaan. Oleh itu, beliau
mengingatkan kita agar sentiasa berwaspada ketika hendak
mengeluarkan status, like mahupun share agar tidak menyentuh
perkara sensitivi kerajaan. Maka selesai ceramah, ahli dewan diminta
berdiri bagi menyanyikan tiga buah rangkaian lagu. Para ahli dewan
menyanyikan dengan penuh semangat.
Maka berakhirlah majlis pada hari itu. Majlis menjemput pengarah
untuk mengambil gambar bersama Pengarah, Timbalan Pengarah ,
Ketua Jabatan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Pensyarah Penasihat JPP.
Selesai sesi fotografi maka berakhirlah majlis pada hari tersebut.

4.0 SELEPAS PROGRAM


Selesai majlis, para pelajar terus beransur ke kelas masing-masing. Ahli
JPP tanpa membuang masa, terus mengemas dewan agar kembali ke
keadaan asal. Ahli jawatankuasa yang terlibat berkumpul mendengar
ucapan daripada YDP dan menerima ucapan penghargaan daripada
beliau. Alhamdulilah, majlis berjalan dengan lancar dengan sedikit
masalah yang timbul.

5.0 KEKURANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN


Hasil pemerhatian penulis, majlis berjalan dengan lancar dan licin.
Namun terdapat beberapa kekurangan, kelebihan dan
penambahbaikan yang boleh diberi perhatian. Kekurangan majlis ini
dapat dilihat melalui ketepatan masa. Masa yang diletakkan dalam
aturcara majlis dilihat tersasar daripada yang sepatutnya. Contohnya,
ceramah tentang Keselamatan Sistem. Ramai juga pelajar, pensyarah
yang tidak dimaklumkan akan perkara ini. Oleh itu, pihak pengurusan
harus memberitahu perkara ini lebih awal kepada JPP. Seterusnya,
kehadiran pensyarah yang dilihat agak kurang memberangsangkan.
Hal ini kerana, mungkin mereka kurang maklum dan laambat
menerima kad jemputan daripada pihak JPP. Oleh itu, pihak JPP perlu
mengambil perhatian akan perkara ini agar masalah ini tidak berulang
lagi. Kelebihan yang saya dapat lihat daripada majlis ini ialah,
pengerusi majlis yang berkaliber serta pengurusan pentas yang cekap
oleh saudara Nicholas. Seterusnya, para JPP yang begitu setia
memberikan khidmat menabur bakti menjalankan tugas. Semoga
majlis yang akan datang lebih teratur, licin dan berjaya.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh :

_______________________________
(MUHAMMAD IKRAM BIN MOHAMAD)
Naib Pengerusi Biro Kolej Kediaman
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
IPG Kampus Bahasa Melayu

Disemak oleh :

__________________________________
(MOHD SYAQIL AZRI BIN SARIFUDDIN)
Yang Dipertua
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
IPG Kampus Bahasa Melayu

Disahkan oleh :

_______________________________
(EN. ABD. RAZAK BIN MOHD AMIN)
Pensyarah Penasihat
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
IPG Kampus Bahasa Melayu

Anda mungkin juga menyukai