Anda di halaman 1dari 7

KETUA PENGAWAS

 Memantau jadual tugasan Lembaga Pengawas Sekolah


 Menjadi wakil murid, pengawas dan sekolah
 Menjadi teladan kepada murid dan pengawas lain
 Mempengerusikan semua mesyuarat Lembaga Pengawas
 Memastikan aktiviti Lembaga Pengawas berjalan dengan lancar serta
menyelia aktiviti Lembaga Pengawas
 Memastikan ahli Lembaga Pengawas menjalankan tugas yang telah
ditetapkan dengan sempurna
 Memantau disiplin pengawas dan murid dari masa ke semasa
 Mengadakan perbincangan dengan AJKT untuk membuat tindakan yang
melibatkan kepentingan semua pengawas
 Mengetuai segala ucapan rasmi Lembaga Pengawas dan berucap dalam
majlis-majlis rasmi selaku wakil murid
 Menjadi lambang kecekapan Lembaga Pengawas
 Memastikan setiap pengawas adalah 'role model' kepada murid lain
 Mengadakan perbincangan dengan Guru Pengawas/ Pentadbir Sekolah
untuk membuat tindakan yang melibatkan kepentingan semua pengawas

TIMBALAN KETUA PENGAWAS

 Membantu Ketua Pengawas dalam pelbagai aspek Lembaga Pengawas


 Menjalankan semua tugas Ketua Pengawas sewaktu ketiadaan beliau
 Menjadi teladan kepada ahli Lembaga Pengawas dan murid lain
 Memantau dan membantu disiplin pengawas dan murid-murid dari masa
ke semasa
 Mempengerusikan mesyuarat sekiranya Ketua Pengawas tiada atau ada
hal yang lain atas arahan Guru Pengawas atau Pengetua
 Memastikan disiplin pengawas dan murid terkawal semasa
perhimpunan, acara rasmi sekolah dan rehat
 Membantu Biro Spotcheck menjalankan spotcheck

SETIAUSAHA

 Membantu Ketua Pengawas dan Timbalan Ketua Pengawas bagi setiap


pembahagian dan pengagihan tugas
 Menguruskan mesyuarat Lembaga Pengawas
 Menyedia dan menyimpan setiap minit mesyuarat
 Bertanggungjawab atas urusan surat-menyurat
 Menyimpan rekod peribadi kesemua pengawas

PENOLONG SETIAUSAHA
 Bekerjasama dengan Ketua Pengawas menyediakan jadual bertugas
pengawas sekolah
 Memastikan biro-biro membuat laporan bagi setiap aktiviti yang
dijalankan
 Menerima dan mengesahkan laporan tugas pengawas
 Berada di Bilik Pengawas sebelum tugas pengawas bermula untuk
memastikan semua pengawas bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan
 Mengemaskini Papan Kenyataan Pengawas dan maklumat tugas harian
(di luar bilik pengawas)

BENDAHARI

 Mengutip yuran bulanan dan lain-lain bayaran setelah mendapat


keizinan dari Guru Pengawas
 Menyimpan rekod kewangan yang dikemaskini (accurate and up-to-date)
dengan baik
 Menyerahkan rekod kewangan kepada Guru Pengawas bila diperlukan
 Menjadi penasihat kewangan kepada Ketua Pengawas dan Timbalan
Ketua Pengawas
 Memastikan keadaan kewangan Lembaga Pengawas adalah stabil
 Menyediakan dan mengemaskini laporan kewangan Lembaga
Pengawas
 Mencari tajaan kewangan atau sumbangan untuk menambah dana
Lembaga Pengawas
 Menyedia bajet perbelanjaan untuk semua aktiviti Lembaga Pengawas

AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI (AJKT)


AJKT terdiri daripada Ketua Pengawas, Timbalan Ketua Pengawas,
Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari.

Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Tertinggi:

 Menjaga disiplin semua pelajar


 Mengawasi kelakuan dan disiplin semua pengawas
 Mensyuarat AJKT mesti diadakan sekurang-kurangnya dua minggu
sekali atau mengikut keadaan semasa
 Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Ketua Pengawas atau Timbalan
Ketua Pengawas
 AJKT berhak bermesyuarat tentang tindakan/ hukuman yang
munasabah kepada murid/ pengawas mengikut Buku Peraturan Sekolah dan
Perlembagaan Pengawas (setelah merujuk kepada Guru Pengawas dan Guru
Penasihat Lembaga Disiplin)
 Pelajar dan pengawas yang disyaki melakukan kesalahan akan diberi
peluang untuk mempertahankan diri sebelum AJKT membuat keputusan
dalam hal ini.
 Keputusan muktamad mengenai tindakan tatatertib ke atas pengawas
yang mempunyai masalah tingkahlaku/ disiplin dibuat oleh Ketua Pengawas
dan Guru-guru Pengawas

BIRO DISIPLIN & SPOTCHECK

 Membantu pihak sekolah dalam menguatkuasakan peraturan sekolah


 Menjalankan pemeriksaan disiplin terhadap murid pada perhimpunan
rasmi
 Menjalankan pemeriksaan disiplin dan spotcheck bila diperlukan
 Berbincang dengan murid yang bermasalah dengan berdiplomasi
 Memastikan disiplin murid sentiasa terkawal bagi membentuk
persekitaran yang harmoni
 Memantau tahap disiplin pengawas-pengawas lain

BIRO PERHIMPUNAN

 Membuat persiapan tapak perhimpunan/ dewan setiap kali terdapat


perhimpunan rasmi
 Memastikan keadaan tapak perhimpunan/ dewan bersih sewaktu
upacara rasmi
 Memastikan pengawas-pengawas bertugas di perhimpunan bersedia
berada di tempat tugasan masing-masing- penaik bendera, komandan,
pengacara majlis, pembaca doa, pembaca ikrar sekolah dan pengawas yang
akan melafazkan Rukunegara dan lain-lain
 Melaporkan sebarang perlakuan negatif di tapak perhimpunan/ dewan
 Memastikan perhimpunan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan
 Memastikan semua murid berada dalam barisan mengikut kelas masing-
masin, berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri Pulau
Pinang, dan School by The Bukit
 Memastikan kebersihan tapak perhimpunan/ dewan selepas upacara
rasmi tamat

BIRO PENGURUSAN MAJLIS DAN PROTOKOL

 Bekerjasama dengan Biro Perhimpunan dalam mempengerusikan


perhimpunan rasmi sekolah
 Menjadi pengacara majlis dalam setiap aktiviti Lembaga Pengawas
 Menyediakan skrip pengacara majlis
 Melatih pengawas lain menjadi pengacara majlis
 Menyediakan dan memantau Susunan keutamaan, Gelaran dan
Panggilan Hormat tetamu dengan betul
 Menyediakan susunan tempat duduk dan susunan bendera dengan
betul dalam majlis-majlis rasmi
 Memastikan protokol pengawas pengiring dan penyambut tetamu di
kalangan ahli Lembaga Pengawas dipatuhi
BIRO AKTIVITI DAN DOKUMENTASI

 Merancang segala aktiviti tahunan Lembaga Pengawas


 Memastikan penglibatan semua pengawas dalam kesemua aktiviti yang
dirancang dan dijalankan serta memastikan perlaksanaan dan kelancaran
aktiviti tersebut
 Memastikan semua kelengkapan peralatan, makanan dan minuman,
ubat-ubatan mencukupi semasa aktiviti dijalankan
 Menyediakan laporan berkaitan semua aktiviti Lembaga Pengawas yang
telah dijalankan dan yang tidak dapat dilaksanakan (jika ada)
 Bekerjasama dengan Biro Kebajikan dan Pelancongan menguruskan
aktiviti Teambuilding
 Membantu Majlis Kebajikan Guru (MKG) dalam menguruskan aktiviti
Hari Guru

BIRO KEBAJIKAN DAN PELANCONGAN

 Mengenalpasti para pengawas yang memerlukan bantuan fizikal,


kewangan dan emosi
 Merancang destinasi yang sesuai untuk lawatan sambil belajar
 Mengurus kertas kerja berkaitan pelancongan Lembaga Pengawas
 Merancang jamuan tahunan Lembaga Pengawas serta memilih tempat-
tempat yang sesuai untuk jamuan diadakan
 Mengurus dan membuat bajet jamuan serta menu-menu yang sesuai
serta Halal
 Menjemput barisan pentadbir dan para guru yang berkaitan menghadiri
aktiviti-aktiviti Lembaga Pengawas
 Mengurus hadiah dan cenderamata yang berkaitan

BIRO MERIT-DEMERIT

 Membantu guru-guru Penyelaras Tingkatan mengemaskini Borang


Pemantauan Kelas dan Borang Kebenaran Keluar Kelas
 Menyediakan jadual pengawas yang membantu serta memberi taklimat
berkaitan pengurusan borang merit-demerit
 Membantu Penyelaras Tingkatan (Guru-guru Disiplin) mengemaskini Fail
Disiplin setiap tingkatan
 Membantu mencetak markah demerit terkumpul setiap tiga bulan untuk
dipamerkan

BIRO KECERIAAN DAN KEBERSIHAN

 Memastikan bilik pengawas sentiasa bersih, kemas dan teratur


 Menyediakan jadual bertugas bilik pengawas
 Menceriakan bilik pengawas
 Bekerjasama dengan Biro Perhimpunan dalam memastikan kebersihan
tapak perhimpunan/ dewan sebelum dan selepas upacara rasmi setiap majlis
 Membantu guru-guru memantau kebersihan dan keceriaan persekitaran
sekolah dan kelas-kelas
 Memastikan pengawas yang bertanggungjawab membuat laporan kantin
dan menyerahkan laporan tersebut kepada guru kantin

BIRO TEKNIKAL DAN SIARAYA

 Bekerjasama dengan Biro Aktiviti dan Dokumentasi dalam merancang


aktiviti Lembaga Pengawas
 Mengurus sebarang penggunaan sistem PA dalam aktiviti Lembaga
Pengawas
 Membantu mengurus penggunaan sistem PA jika diperlukan oleh guru-
guru
 Menyediakan tenaga sukarela dalam setiap program pengawas
 Menyediakan slideshow aktiviti pengawas

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS

 Mengawal disiplin pelajar.


 Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada
pelajar dan pengawas junior.
 Menjaga imej dan nama baik sekolah.
 Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian
arahan atau maklumat kepada rakan-rakan pelajar.
 Memastikan keceriaan sekolah dijaga.
 Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.
 Memimpin rakan-rakan pelajar.
 Mencegah kes jenayah di sekolah.
 Menghormati guru.
 Tidak berat sebelah dalam melaksanakan tugas harian.
 Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas serta
sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
 Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.
 Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam
bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
 Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan
dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
 Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba
sedaya-upaya untuk mengubah sikap mereka.
 Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran
kepada mereka yang bersalah.
 Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah untuk rujukan
dan tindakan disiplin.
 Patuh pada ketetapan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat
bertugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.

MESYUARAT BULANAN

 Diadakan sebulan sekali.


 Wajib dihadiri oleh semua ahli Lembaga Pengawas.
 Agenda, tempat, masa dan guru-guru pengawas yang akan hadir
hendaklah diumumkan kepada semua pengawas secara bertulis sekurang-
kurangnya seminggu sebelum tarikh mesyuarat.
 Laporan minit mesyuarat yang lalu daripada Setiausaha atau
Penolongnya mesti disahkan dalam mesyuarat tersebut.
 Tanpa pengesahan oleh majoriti, laporan-laporan tersebut tidak akan
diterima.
 Pengawas-pengawas yang tidak bersetuju dengan laporan-laporan
tersebut dikehendaki memberi sebab-sebabnya menolak laporan tersebut.
 Laporan aktiviti daripada pengawas yang telah dipertanggungjawabkan
serta perancangan aktiviti yang akan dilakukan hendaklah dipertimbangkan
dalam mesyuarat.
 Sebarang cadangan yang tidak menerima sokongan majoriti tidak akan
diterima kecuali adanya undi pemutus daripada Ketua Pengawas atau guru-
guru pengawas.
 Laporan mengenai segala projek yang berkaitan dengan pihak
pentadbiran sekolah mesti dibuat dan diserahkan kepada Tuan Pengetua.
Tanpa kebenaran Tuan Pengetua, projek tersebut akan dibatalkan.
Agenda-agenda mesyuarat:
1. Ucapan Ketua Pengawas
2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
3. Pengesahan dan pembentangan laporan kewangan
4. Perkara-perkara berbangkit dan tindakannya
5. Perkara-perkara khas
6. Hal-hal lain

Agenda ini boleh diubahsuai mengikut kehendak dan keadaan semasa.

MESYUARAT MINGGUAN

 Diadakan seminggu sekali.


 Dipengerusikan oleh Ketua Pengawas.
 Diwajibkan hadir oleh semua AJKT, Ketua-ketua Biro dan Ketua
Kumpulan Lembaga Pengawas.
 Ahli Lembaga Pengawas lain digalakkan hadir.
 Tempat bermesyuarat di Bilik Pengawas.
 Matlamat mesyuarat adalah untuk membincangkan dan
mempertingkatkan lagi organisasi Lembaga Pengawas.
 Laporan dan post-mortem berkaitan tugasan, disiplin dan aktiviti-aktiviti
pengawas.
 Mesyuarat mesti diminitkan.

Anda mungkin juga menyukai