Anda di halaman 1dari 5

SENARAI TUGAS AJK HEM

Bidang Tugas Jawatankuasa HEM

1. Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Pengawas

a) Jawatankuasa Lembaga Pengawas

 Melantik Pengawas
 Melantik ketua Pengawas sebagai ketua pemimpin pelajar
 Menasihatkan dan membimbing pengawas
 Menjalankan kursus dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian bagi memantapkan kepimpinan
Pengawas
b) Jawatankuasa Disiplin Murid

 mengaturkan dasar-dasar serta program-program untuk meningkatkan disiplin pelajar


 bertanggungjawab sebagai satu badan penasihat pelajar-pelajar sekolah
 Memberi nasihat dan amaran kepada pelajar yang melanggar peraturan dan disiplin sekolah
 Membuat keputusan menentukan hukuman keatas pelajar yang melakukan kesalahan.
 Bertanggungjawab ke atas keseluruhan disiplin pelajar
 Bertanggungjawab menyelia, mengemaskini atau meminda peraturan sekolah
 Memberi nasihat atau taklimat tentang disiplin kepada pelajar
 Bekerja erat bersama pegawai perhubungan polis sekolah dengan mengadakan ceramah,
lawatan berkala dan program pemantapan disiplin di sekolah
2. Jawatankuasa Kebersihan, Keselamatan dan Keharmonian Sekolah

a) Bangunan dan kelas

 Mengawasi kebersihan dan keceriaan bangunan sekolah agar sentiasa terjaga


 Menganjur dan mengelola projek-projek kebersihan dan keceriaan
 Bekerjasama dengan guru bertugas harian untuk menentukan bangunan sekolah dan kelas
sentiasa kemas, bersih dan teratur
 Memastikan semua kelas mempunyai penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah yang
mencukupi untuk setiap penggal
 Memberi amaran dan denda jika kelas-kelas tidak mematuhi arahan
 Menggalakkan pelajar menghias dan menampal bahan-bahan yang berkaitan dengan pelajaran
di papan kenyataan di dalam kelas.
 Mengambil tindakan segera sekiranya harta benda dan belajar terancam
b) kawasan sekolah

 Mengawasi kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah


 Mengadakan projek-projek penanaman pokok-pokok perhiasan untuk kawasan sekolah
 Mengadakan tatacara penjagaan pokok-pokok di kawasan sekolah
 Menghubungi MPKK atau pihak lain untuk mendapatkan bantuan bahan menanam
 Membantu dalam menghiasi pentas dewan terbuka semasa majlis-majlis rasmi sekolah
c) Kantin Sekolah

 Memeriksa kebersihan kantin termasuk kawasan kantin, mutu makanan yang dijual, harga,
perabot kantin, sinki, longkang, tong sampah dan lain-lain yang berkaitan
 Menapiskan sebarang aduan, sungutan atau laporan dari kakitangan dan pelajar
 Membantu guru bertugas membuat laporan mengenai kantin sekolah
 Menentukan kantin sentiasa dalam keadaan bersih, teratur dan selesa
 Bertugas semasa waktu rehat untuk mengawasi disiplin pelajar semasa rehat-Membantu guru
bertugas menjaga disiplin pelajar semasa perhimpunan selepas rehat
d) Jawatankuasa Keselamatan dan Latihan Kebakaran

 Memastikan segala aspek keselamatan sekolah dikawal dengan rapi


 Mengadakan kawad kebakaran dua kali setahun
 Mengambil tindakan segera sekiranya sekolah, harta benda awam serta pelajar terancam
 Memastikan pelawat-pelawat mendapatkan pas yang sah
 Mencegahkan kes-kes gangsterimse dan peras ugut
 Memastikan laluan kenderaan di hadapan sekolah sentiasa dalam keadaan terkawal
e) Jawatankuasa Penyelenggaraan Perabot dan Bangunan

 Menerima bekalan perabot baru dan menyimpan buku stok untuk disimpan di akhir tahun
 Memastikan semua perabot mencukupi dan dalam keadaan baik dan bersih
 Melaporkan kepada pihak pentadbir sekiranya perabot tidak mencukupi
 Membaiki perabot yang rosak-Menomborkan dan memastikan perabot-perabot berada dalam
keadaan terkawal
f) Jawatankuasa Tandas

 Mengawalselia penggunaan tandas murid lelaki dan perempuan


 Memastikan pekerja pembersihan swasta menjalankan tugas membersihkan tandas sebanyak 3
kali sehari
 Memantau dan memastikan murid menggunakan tandas dengan cara yang betul
 Mengadakan ?Pemeriksaan Kejut? dari masa ke semasa untuk mengekalkan keselesaan dan
kebersihan dalam tandas.
 Mengadakan ceramah / takimat kepada murid tentang penjagaan dan penggunaan tandas di
sekolah
 Melaporkan dan mengambil tindakan proaktif dalam penyelesaian masalah-masalah yang timbul
 Mengatur program dan tatacara penggunaan tandas yang sesuai supaya kebersihan tandas
sentiasa dijaga

g) Jawatankuasa Pencegahan Denggi

 Bekerjasama dengan guru tingkatan untuk mendapatkan data kes denggi yang melibatkan murid
sekolah dan melaporkan ke JPNP
 Mengadakan ceramah, program pencegahan wabak denggi di sekolah
 Bekerjasama dengan pekerja pembersihan swasta daam pembasmian tempat pembiakan
nyamuk di kawasan sekolah
 Mengadakan pemeriksaan berkala kawasan sekolah supaya bebas daripada tempat takungan air
dan membubuh ubat ?ABATE? jika perlu
 Bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah dan meminta semburan ubat ?Fogging?
kawasan sekolah jika perlu

3. Jawatankuasa Pinjaman Buku Teks

 Menyimpan stok SPBT dan menyemaknya di awal dan akhir tahun-Memproses semua borang
SPBT
 Mengedar buku-buku teks kepada pelajar yang layak dan mengutip baik buku teks pada akhir
penggal
 Menerima buku teks dari Kementerian Pelajaran dan merekodkan ke dalam buku stok
 Mengisi dan menyempurnakan borang-borang SPBT dan lain-lain borang yang berkaitan dengan
SPBT
 Menyediakan arahan-arahan tentang pengurusan SPBT dan memaklumkan kepada semua guru
dan pelajar
 Memastikan pelajar-pelajar menjaga kebersihan buku pinjaman dan menggantikan buku yang
rosak

4. Jawatankuasa Biasiswa dan Kebajikan Murid / Jawatankuasa Bantuan Murid Sekolah

 Menyimpan rekod pelajar yang menerima biasiswa atau bantuan


 Memberi nasihat kepada pemegang biasiswa cara mengguna wang biasiswa yang diberikan
 Berhubung dengan kerani sekoah tentang surat-menyurat untuk menuntut wang biasiswa dari
Jabatan Pelajaran Negeri
 Menyelaras buku akaun pemegang biasiswa
 Berhubung dengan Penolong Kanan dan kerani tentang pemegang biasiswa yang masuk dan
keluar sekolah
 Menyelaras kutipan derma hal-hal kecemasan dan kematian
 Bekerjasama dengan JK Tabung Kebajikan PIBG

5. Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling

 Merancang dan menyelaras program bimbingan dan kaunseling bersama guru-guru bimbingan
dan kaunseling
 Menyelaras dan menyelia rekod bimbingan dan kaunseling pelajar dan menyediakan laporan
yang diperlukan
 Menganjurkan ceramah-ceramah kerjaya untuk semua pelajar
 Merancang dan menyelaras program PRS
 Bersedia membimbing pelajar-pelajar dalam memilih kerjaya mereka
 Menjalankan program motivasi untuk pelajar
 Menjalankan program teknik menjawab soalan peperiksaan
 Memberi khidmat kaunseling yang sewajarnya kepada murid-murid bermasalah disiplin yang
dirujuk kepadanya
 Mengadakan kaunseling individu dan kelompok kepada murid-murid yang memerukannya
 Menyusunatur dan melaksanakan program terancang sepanjang tahun dalam membantu sekolah
membangunkan akademik, kokurikulum dan disiplin murid

6. Jawatankuasa Kesihatan dan Pergigian Murid

 Menguruskan dan menyelaras program kesihatan yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan
Daerah
 Menyediakan peti pertolongan kecemasan di bilik guru, bilik kesihatan, pejabat sekolah
 Menganjurkan ceramah-ceramah tentang kesihatan-Menguruskan bilik kesihatan supaya selalu
bersih dan boleh digunakan oleh murid sakit bila perlu
 Memaparkan info-kesihatan pada papan kenyataan bagi mendidik murid tentang kepentingan
menjaga kesihatan dari semua aspek
7. Jawatankuasa Buku Kedatangan Pelajar dan Data Ponteng

 Menyemak dan memeriksa buku kedatangan pelajar


 Mengingatkan guru kelas supaya mengirim surat kepada penjaga jika didapati pelajar selalu tidak
hadir dan ponteng
 Menentukan buku kedatangan pelajar diisi dengan betu dan ditutup tiap-tiap akhir bulan
 Membimbing guru untuk mengisi segala butir-butir dengan betu sebagaimana yang dikehendaki
 Memastikan buku jadual kedatangan pelajar disimpan dalam tempat yang selamat.
 Mengingatkan guru-guru bahawa buku jadual kedatangan pelajar tidak boleh dibawa pulang
 Mengisi borang kenyataan ponteng tiap-tiap bulan bila buku kedatangan murid ditutup
 Menempatkan pelajar-pelajar di dalam kelas
 Menguruskan kemasukan pelajar Tahun 1
 Mengawal pencatatan bilangan kemasukan murid di dalam BUKU PENDAFTARAN SEKOLAH
 Mengingatkan guru kelas dan memastikan rekod enrolmen terkini setiap kelas dicatat pada
papan kenyataan dalam pejabat

8. Jawatankuasa Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Kelas.

 Membantu dalam perlantikan ketua tingkatan dan penolong ketua kelas


 Memantau tugas-tugas yang dijalankan oleh ketua-ketua tingkatan dan penolong ketua kelas
 Menasihatkan dan membimbing ketua-ketua tingkatan dan penolong ketua kelas.
 Menjalankan kursus dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian bagi memantapkan kepimpinan ketua
kelas dan penolong kelas.

9. Jawatankuasa Sistem Maklumat Murid (SMM) dan Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM)

 Memastikan semu butiran SMM dimasukkan ke dalam komputer oleh guru kelas.
 Menghantar maklumat SMM/SSDM yang lengkap ke Jabatan Pelajaran mengikut jadual yang
ditetapkan
 Menyemak dan mengemaskini rekod SMM/SSDM dari masa ke masa dengan bantuan guru
kelas.

Anda mungkin juga menyukai