Anda di halaman 1dari 3

Salam sejahtera..saya sependapat dengan cikgu.

Perenggan pada lazimnya adalah


kumpulan beberapa ayat yang membincangkan suatu topik kecil dalam suatu rencana.
Dalam proses pembinaan perenggan, beberapa ayat yang membincangkan satu gagasan
yang sama akan dihimpunkan untuk menjadi satu perenggan. Dalam keadaan tertentu,
perenggan boleh terdiri daripada sebuah ayat. Perenggan seperti dikenali sebagai
perenggan satu-ayat. Dalam wikipedia, perenggan satu-ayat merupakan sesuatu yang
harus dielakkan. Ini adalah kerana perenggan satu-ayat menunjukkan sesuatu gagasan itu
tidak dihuraikan dengan lebih lanjut. Daripada itu, pembaca mungkin sukar memahami
rencana ataupun gagasan yang ingin dibincangkan oleh anda.

Saya sependapat dengan Cikgu Maridah. Salah satu definisi bagi kata perenggan dalam
Kamus Dewan edisi ketiga ialah “bahagian daripada muka atau bab dalam buku (rencana
dll) yang terdiri daripada beberapa baris”. Perenggan digunakan oleh penulis untuk
menyampaikan gagasan ideanya secara lebih tersusun dan mewujudkan komunikasi
antara penulis dengan pembaca. Selain perenggan, konvensi ini turut dikenal sebagai
paragraf dan alinea. Mustakim (1994:112) mendefinisikan perenggan sebagai “suatu
bentuk pengungkapan gagasan yang terjalin dalam rangkaian beberapa kalimat”. Smalley
dan Ruetten (1990:3) mentakrifkan perenggan sebagai “gugusan ayat yang
memperkembangkan satu idea utama”.

Salam bahagia...
Bagi para pelajar yang hendak menulis sesuatu bahan penulisan seperti karangan, antara
masalah yang dihadapi ialah pembinaan perenggan yang berkesan. Panjang pendek
sesebuah perenggan kadangkala menimbulkan kerumitan untuk ditentukan. Namun
begitu, sebenarnya kepanjangan sesebuah perenggan bergantung pada kerumitan sesuatu
idea atau judul yang ingin diungkapkan selain jenis perenggan yang dibina, malah dalam
karya kreatif seperti penulisan cerpen, ada perenggan yang terdiri daripada satu perkataan
atau satu ayat sahaja, misalnya apabila melibatkan pertukaran dialog. Dalam penulisan
berita, biasanya hanya satu ayat yang dibina pada perenggan yang pertama.

Perenggan sangat penting kerana dapat memudahkan penulis menyampaikan idea-idea


secara sistematik. Selain itu, perenggan dapat memberikan panduan kepada penulis untuk
menghasilkan perenggan-perenggan yang lain. Penulis dapat mengawal penyampaian isi
karangan secara tersusun satu demi satu sehingga selesai. Hal ini dapat mengelakkan
penulis mengulang-ulang isi atau buah fikiran yang sama. Bagi pembaca, perenggan yang
baik akan memudahkan mereka mengikuti idea-idea penulis untuk memahaminya. Di
samping itu, perenggan akan memungkinkan penulis mengeksploitasikan minat pembaca
untuk meneruskan bacaan mereka.
Salam muhibbah.....Perenggan yang baik hendaklah mempunyai kriteria seperti
berkesatuan, berpautan, berturutan, dan berkecukupan. Tanpa perenggan, sesebuah
penulisan akan kelihatan seperti sebuah bangunan yang tidak teguh binaannya dan kacau
strukturnya yang menampakkan kelemahan tukangnya itu. Oleh sebab itu, aspek ini tidak
sewajarnya dipermudah oleh seseorang penulis, misalnya para pelajar yang ingin
mendapatkan markah yang baik dalam karangan.

Salam Bahagia....
Laras bahasa adalah salah satu daripada aspek sosiolinguistik iaitu mengenai bahasa dan
penggunaannya. Bahasa sentiasa mempamerkan perbezaan dalam penggunaannya yang
boleh dikatakan sebagai ragam bahasa. Dalam ilmu sosiolinguistik, ragam bahasa di
istilahkan sebagai register atau laras ( Hudson, 1980,hlm. 48) iaitu satu istilah teknik
untuk menerangkan perlakuan bahasa (linguistik behaviour) seseorang individu apabila
bahasa digunakan. Perbincangan mengenai laras bahasa tidak terlepas daripada
membincangkan dua konsep, iaitu pengguna dan penggunaan. Pengguna adalah orang
yang menggunakan bahasa yang menyebabkan wujudnya dialek. Contohnya adalah
seperti dialek Kelantan, Melaka, Kedah, Sarawak dan sebagainya.

Saya ingin memberi pendapat sedikit. Penggunaaan adalah bagaimana sesuatu bahasa itu
digunakan secara berbeza-beza dalam pelbagai situasi. Penggunaan bahasa yang berbeza-
beza ini melahirkan laras iaitu penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan situasi
dan faktor lain yang melahirkan kata-kata yang berbeza mengikut keadaan. Misalnya
kata-kata yang digunakan untuk bergurau senda adalah berbeza daripada kata-kata yang
digunakan untuk menyampaikan sesuatu ucapan. Oleh itu, bolehlah dirumuskan bahawa
penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan faktor-faktor sosial seperti keadaan
dan tempat, disebut juga laras bahasa atau laras sosial. Penggunaan bahasa yang berbeza-
beza mengikut faktor geografi atau daerah disebut sebagai dialek daerah.

Laras bahasa boleh didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa.
Sesuatu laras bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur. Laras bahasa biasanya
berubah-berubah mengikut situasi. Ciri-ciri laras yang penting ialah perbendaharaan kata,
susunan ayat, dan frasa yang digunakan. Sesuatu laras tertentu digunakan untuk keadaan
atau situasi tertentu.

Salam Bahagia
Menurut Abdullah Hassan (1990) stilistik adalah fokus dan penekanan terhadap aspek
kebahasaan.Ia juga merupakan ilmu tentang stail atau gaya yang dihubungkan dengan
pemakaian atau penggunaan bahasa yang merupakan wahana pengucapan dalam bidang
kesusasteraan. Oleh yang demikian gaya berbahasa individu seseorang penulis adalah
gambaran atau latar belakang sesebuah masyarakat yang melahirkannya.
Contohnya, Azizi Hj. Abdullah ialah seorang penulias yang lahir di Kedah lebih
banyak menceritakan keadaan dan ransangan yang berlaku di persekitarannya.Selalunya
karyanya adalah pengalaman yang dirasai dan dilalui oleh beliau sendiri.

Salam bahagia...
Ali mengatakan Ahmad guru. Ayat di atas merupakan ayat tunggal yakni mengandungi
1 subjek (Ali) dan 1 predikat (mengatakan Ahmad guru). Ahmad guru boleh berdiri
dengan sendiri kerana Ahmad guru adalah ayat dasar. Ayat dasar ada 4 jenis pola.
Pola Subjek Predikat
1 FN + FN
Anuar guru

2 FN + FK
Padi menguning

3 FN + FA
Murid-murid rajin

4 FN + FSN
Murid ke sekolah

Salam Bahagia.....

Ali mengatakan Ahmad guru.


Binaan perkataan yang bergaris di atas ialah merupakan frasa nama (Ahmad guru). Frasa
nama (FN) ialah binaan yang boleh mengandungi satu perkataan atau beberapa yang
dapat berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Frasa nama (Ahmad guru)
mengandungi dua perkataan yang mengisi konstituen predikat. Kita dapat lihat bahawa
subjek terbina daripada pola Frasa Nama (Ali mengatakan) dan prediket juga (Ahmad
guru) merupakan Frasa Nama. Ayat Ahmad guru (Prediket) juga terdiri daripada FN
(Ahmad) + FN (guru) dan boleh berdiri sendiri. Ahmad guru juga adalah ayat dasar.

Anda mungkin juga menyukai