Anda di halaman 1dari 9

FRIDAY, APRIL 17, 2009

Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu


Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

Bahasa Melayu telah digunakan di Kepulauan Melayu kira-kira abad ke tujuh. Pada waktu itu terdapat 200 bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut. Penggunaan bahasa melayu semakin meluas kerana bahasa tersebut mudah dituturkan berbanding dengan bahasa yang lain. Ciri-ciri keterbukaan yang terdapat dalam bahasa Melayu yang dapat menerima pengaruh bahasa-bahasa lain menyebabkan bahasa tersebut dapat berkembang dengan pesat dan menjadi lingua franca dan bahasa ilmu bagi rantau kepulauan Melayu. Pada zaman kerajaan Sriwijaya bahasa Melayu dijadikan bahasa pentadbiran , perdagangan dan sebagai bahasa ilmu. Menurut catatan yang dibuat oleh seorang pendita Buddha yang bermastautin selama enam bulan di ibu negeri Sriwijaya, menyatakan bahawa sudah ada sebuah pusat pengajian agama Buddha menggunakan bahasa Melayu. Artikal Penyusunan Sejarah Bahasa Melayu : imbasan dan harapan Dewan Bahasa, Jun 2006 oleh Awang Sariyan. Bahasa Melayu juga telah mencapai zaman kegemilangannya di zaman Kesultanan Melayu Melaka sebagai bahasa ilmu. Di Malaysia hari ini bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa kebangsaan sepertiperenggan 152 para satu perlembagaan Malaysia, secara tidak langsung telah mengiktiraf bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Menurut ensiklopedia keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, menjelaskan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa Ciri-ciri Bahasa ilmu Penggunaan bahasa Melayu dalam bidang sains dan teknologi merupakan tradisi yang lebih singkat jika dibandingkan penggunaannya dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan. Penggunaannya dalam bidang sains hanya bermula sejak subjek Sains diajar dalam bahasa Melayu di sekolah dan di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Bahasa ilmu adalah bahasa yang digunakan untuk mengungkap ilmu dan memiliki ciriciri yang tersendiri. Menurut Nik Safiah Karim (1986:14) yang memetik pendapat Bernstein (1968) membahagikan bahasa kepada dua variasi iaitu bahasa terhad dan

bahasa terbina. Untuk maksud penulisan ilmu, variasi bahasa terbina inilah yang menjadi asasnya. Oleh sebab itu, sesuatu bahasa tidak mungkin dapat disampaikan dalam bahasa basahan atau digunakan dalam situasi yang tidak formal. Untuk menguasai bahasa terbina yang menjadi asas bahasa ilmu, pengguna bahasa Melayu perlu menguasai ragam bahasa dan juga laras bahasa. Abdullah Hassan (1986: 95) pula menyatakan bahasa Melayu yang menjadi bahasa ilmu dianggap sebagai superlek yang harus mempunyai ciri-ciri gramatis, halus, jitu, intelektual, dan elitis. Dalam konteks melihat kemampuan bahasa Melayu sebagai wahana ilmu, Abdullah Hassan (1997: 38) menyarankan permisahan antara bahasa Melayu ilmu dan bahasa Melayu umum dilakukan dalam tulisan ilmiah, kata yang digunakan mestilah tepat dan sesuai. Oleh itu, kata membazir tidak diperlukan kerana kata-kata seperti itu tidak berfungsi dan menjelaskan makna. Tulisan ilmiah tidak memerlukan hiasan . Ayat Majmuk, tulisan ilmiah sering ditandai oleh penggunaan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan. Ayat jenis ini sesuai sekali digunakan dalam tulisan ilmiah kerana tulisan ilmiah biasanya mengungkapkan hal-hal yang abstrak dan kompleks. Bantuan Ilustrasi, tulisan ilmiah seringkali dimuatkan dengan jadual, rajah, gambar, peta, dan sebagainya. Ini bererti bahawa dalam tulisan ilmiah, adakalanya huraian menggunakan bahasa sahaja tidak cukup tetapi perlu dibantu oleh penggunaan ilustrasi. Berdasarkan penerangan ciri-ciri bahasa ilmiah di atas jelas menunjukkan bahawa bahasa Melayu mempunyai ciri-ciri yang baik sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu telah mencapai tahap kesempurnaannya. Oleh yang demikian tiada sebab bahasa Melayu menjadi penghalang kemajuan atau tidak sesuai sebagai bahasa ilmu. Justeru dengan itu pengkaji menjelaskan tentang halangan-halangan atau masalah yang dihadapi oleh bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

Bahasa Malaysia Saintifik


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, cari

Bahasa Malaysia Saintifik

Kulit buku terbitan 2005 Pengarang Prof. Datuk Dr. Asmah Haji Omar

Negara

Malaysia

Bahasa Genre

Bahasa Melayu Buku linguistik

Penerbit Tarikh terbitan

Dewan Bahasa dan Pustaka 1987

Jenis media

Cetakan (kulit nipis)

Bil. muka surat ISBN

138 m.s. (edisi pertama) 983-62-8164-9

Bahasa Malaysia Saintifik ialah buku pedoman dan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang sains yang ditulis oleh Profesor Datuk Dr. Asmah Haji Omar pada 1987. Perkataan "saintifik" yang digunakan dalam buku ini tidak terhad kepada pengertian sains seperti fizik, kimia, biologi, dan matematik, malah merangkumi juga bidang-bidang seperti sains sosial. Justera, perkataan "saintifik" sebagaimana digunakan di dalam buku ini sama sahaja maknanya dengan perkataan "akademik". Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Bahasa Malaysia Saintifik dicetak semula pada tahun 2005.

Isi kandungan
[sorokkan]

1 Ciri utama o 1.1 Istilah o 1.2 Gaya didaktik dan gaya berkeperibadian 2 Kandungan 3 Rujukan

[sunting] Ciri utama


[sunting] Istilah
Apabila disebut sahaja perkataan "saintifik", kebanyakan orang hanya memikirkan istilah. Istilah sebenarnya merupakan hanya salah satu daripada banyak ciri bahasa saintifik yang dapat dilihat pula daripada berbagai-bagai segi, termasuk laras dan gaya bahasa, serta juga modus dan teks. Meskipun demikian, yang menjadi isu penting dalam penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa saintifik sekarang ini ialah istilah.[1] Lebih-lebih lagi, oleh sebab laras berlatarkan bidang, maka unsur-unsur yang memberi ciri kepada laras ialah perkataanperkataan khusus, iaitu istilah yang digunakannya. Maka dengan itu, Bahasa Malaysia Saintifik memberi tumpuan khusus kepada istilah daripada segi jenis, bentuk, sistem, dan penggunaannya. Dan jikalau kebanyakan orang awam hanya memikirkan istilah apabila memikirkan bahasa saintifik, maka ahli-ahli daripada bidang masing-masing menganggap bahawa penggunaan bahasa dalam bidang mereka adalah unik dan tidak serupa dengan bahasa yang digunakan sehari-hari, bahkan tidak sama juga dengan bahasa yang digunakan dalam penulisan bidang yang lain.[2] Misalnya, orang-orang sains menaruh anggapan bahawa mereka tidak menggunakan bahasa yang berjela-jela seperti orang dalam bidang sastera. Lantaran ini, Asmah menumpaskan salah tanggapan tersebut dengan memberikan sebilangan contoh perenggan sains bagi membuktikan bahawa yang berbeza daripada segi penggunaan istilah hanya sekitar 7% hingga 11% sahaja.[3] Justera, sebahagian besar bahasa yang digunakan dalam ilmu sains masih serupa sahaja dengan bahasa am.

[sunting] Gaya didaktik dan gaya berkeperibadian


Disebabkan oleh sifat pengajaran ilmu sains yang merupakan pengajaran uji kaji dan penyelesaian masalah, ciri didaktik dan keperibadian diperlukan. Lebih tingginya kadar didaktif, lebih tinggi keperibadiannya. Justera, gaya yang terdapat dalam buku-buku sains

memperlihatkan kadar didaktik dan keperibadian yang jauh lebih tinggi, berbanding dengan buku-buku bukan sains.[4] Penemuan Asmah ini menyangkal pendapat yang selama ini mengatakan bahawa bahasa sains selalunya tidak berkeperibadian sifatnya, berbanding dengan buku-buku bukan sains.[5] Sebaliknya, pengajaran ilmu sastera tidak mempunyai uji kaji, tetapi lebih banyak menumpukan pengkonsepan, perkara-perkara abstrak, dan soal-soal kemanusiaan. Semuanya itu tidak memerlukan gaya didaktik atau gaya berkeperibadian.[5] Itulah perbezaan yang besar antara buku sains dengan buku bukan sains. Bahasa yang betulbetul berkeperibadian sifatnya dalam aliran sastera ialah bahasa dalam kesusasteraan kreatif, iaitu novel, cerpen, dan sajak.[5] Walaupun demikian, perbincangan yang berkenaan dengan kesusasteraan masih dapat dilakukan dengan gaya yang cukup tidak berkeperibadian sifatnya.[

Sintaksis

Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukumhukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.

Ayat Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Contohnya: Ahmad sedang membuat kerja rumah Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsurunsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). Lihat contoh-contoh berikut dan kaji unsur-unsur (frasa) yang mendasari ayat. Predikat Ayat mengulangkaji tatabahasa ke sekolah amat rajin seorang usahawan Frasa Subjek Frasa Nama Frasa Nama Frasa Nama Frasa Nama Frasa Predikat Frasa Kerja Frasa Sendi Nama Frasa Adjektif Frasa Nama Rumus Pola Ayat FN + FN FN + FS FN + FA FN + FN

Subjek Ayat Ahmad Cikgu Fatimah Ah Chong Frasa

Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurangkurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat. Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.

Binaan Ayat Bahagian subjek dan bahagian predikat merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat dalam Bahasa Melayu. Subjek dan predikat mempunyai unsur-unsur. Perhatikan contoh di bawah: Subjek Bah. Ayat Ah Tian Unsur Bah. Ayat guru senaman Subjek Unsur

Tipah Suara ketua pengawas itu Munainady

membeli gula serak-serak basah menoreh getah

Jadual di atas menunjukkan rumus binaan ayat yang mudah. Bahasa subjek dibina oleh frasa nama dan predikat dibina sama ada oleh frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Ayat Dasar dan Ayat Terbitan Perhatikan ayat berikut: Pelajar itu membaca buku. Ayat ini terdiri daripada satu klausa kerana mempunyai satu subjek (pelajar itu) dan satu predikat (membaca buku). Ayat seperti ini dipangil ayat dasar kerana menjadi punca penerbitan ayat-ayat lain. Jika kita hendak menambah maklumat kepada maklumat kepada maklumat asas itu dengan penerangan kepada maklumat asas itu dengan peneragan kepada subjek atau penerangan kepada predikat, maka ayat berkenaan boleh menjadi seperti berikut: Pelajar tingkatan enam itu membaca buku. (tingkatan enam menjadi penerang kepada pelajar, iaitu subjek ayat)

Tatabahasa

1. Secara umumnya tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang iaitu morfologi dan sintaksis 2. Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. 3. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. 4. Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep.
Morfem

1. Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkaaan. 2. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini erdirid aripada satu unit atau satu morfem. Misalnya minum. 3. Minum tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num 4. Sebaliknya, kata diminum boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu di dan minum. 5. Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem. Latihan Berapa bilangan morfem bagi setiap perkataan berikut: i. memperjuangkan ii. memperlekeh iii. perjuangan iv. menduduki v. dikasari Morfem dapat dibahagikan kepada dua jenis seperti berikut: Morfem Morfem bebas Morfem terikat

Anda mungkin juga menyukai