Anda di halaman 1dari 22

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3103

Pengujian juga didefinisikan sebagai Testing is a technique for obtaining information . It is a tool that serves the ends of the users. (Pengujian adalah satu teknik untuk mendapatkan maklumat .. Ia adalah satu alat yang dapat mencapai tujuan si pengguna).

Pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik untuk mengukur perubahan sebahagian daripada aspek tingkah laku seseorang individu terhadap pembelajarannya. Jelasnya, pengujian bertujuan untuk menentukan pencapaian seseorang pelajar dalam sesuatu pembelajaran dan seterusnya dapat menempatkan pelajar dalam kumpulan belajar yang sesuai. Untuk itu, pengujian dapat dilaksanakan

dengan cara mengadakan pemerhatian , ujian bertulis dan ujian lisan. Pengujian ini, biasanya, dilaksanakan selepas satu atau beberapa topik pelajaran diajar.

Contoh: a. Untuk menguji sama ada pelajar tahun empat sudah tahu mengeja perkataan yang mempunyai keselarasan vokal, satu ujian rencana tentang perkataanperkataan tertentu diadakan.

Manakala ujian ialah satu alat. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar. Akan tetapi, perlu diingat bahawa ujian mungkin menjadi tidak baik jika SURIANI BINTI MAHAMUD 800817-07-5126

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3103

pentadbir ujian menggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur. Dari itu, ujian perlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya, jika guru menguji tahap kefahaman pelajar tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini adalah tidak menggalakkan.

Pengujian adalah proses atau prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran. Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar Menurut Cronbach,(1970) Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan batuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan.

Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa: Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang SURIANI BINTI MAHAMUD 800817-07-5126

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3103

diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2). Menurut Ismail Abu Bakar et.al, 1985, pengujian adalah satu teknik mendapatkan maklumat tingkah laku seseorang individu.

Pengujian merupakan satu prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian murid dalam sesuatu pembelajaran. Boleh dalam bentuk pemerhatian, ujian lisan mahupun bertulis. (Zamrina, 1996). Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, pengujian didefinisikan sebagai pengujian perihal menguji dan

pemeriksaan.

Abdul Aziz Abdul Talib (1993) pula mendefinisikan pengujian sebagai proses atau situasi sesuatu kemahiran bahasa itu diuji. Sebagai contoh, kita melarang murid bercakap atau membuat bising apabila pengujian kemahiran mendengar sedang dijalankan.Selain itu, boleh juga dikatakan bahawa dalam pengujian bahasa teknik Temubual dan Bercakap Menurut Tajuk adalah dua contoh situasi bagi pengujian bertutur. Dengan kata lain, pengujian merujuk pada proses atau situasi sesuatu alat ujian yang sedang ditadbirkan oleh guru terhadap pelajar.

Dalam buku pengujian dan penilaian Bahasa Malaysia, Milagros Ibe (1981) menegaskan bahawa ujian adalah satu cara untuk mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan terkawal atau yang ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan.

SURIANI BINTI MAHAMUD 800817-07-5126

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3103

Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai.

Pengujian

merupakan

proses

mengaturkan

satu

siri

tugasan

untuk

diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur penguasaan pelajar dalam sesuatu pelajaran. Ujian mengandungi satu set soalan yang berdasarkan sesuatu mata pelajaran bagi merangsang pelajar untuk menunjukkan tahap penguasaan mereka dalam mata pelajaran berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.

Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti.

SURIANI BINTI MAHAMUD 800817-07-5126

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3103

Tujuan Pengujian Pengajaran dan Pembelajaran

Tujuan utama pengujian ialah untuk menghasilkan bukti yang boleh digunakan bagi membuat penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran. Penilaian di bilik darjah dan makmal boleh membantu para guru menambah baik pengajaran mereka dan pembelajaran pelajar. Selain matlamat diagnosis

pengajaran dan pembelajaran, skor ujian digunakan sebagai asas bagi pengredan, pemilihan, penempatan, kaunseling dan bimbingan pelajar.

Diagnosis

Satu daripada tujuan pengujian ialah untuk mendiagnos kesukaran yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran. Diagnosis pengajaran diperlukan bagi mengesan sejauhmana pengajaran guru berkesan. Sekiranya berkesan, guru akan lebih yakin untuk meneruskan strategi dan kaedah pengajarannya. Sekiranya tidak berkesan guru boleh menganalisis dan mengesan kelemahan yang ada supaya strategi dan kaedah pengajaran guru boleh diubahsuai, diperbaiki dan

dipertingkatkan.

Diagnosis terhadap pembelajaran pelajar pula diperlukan bagi mengesan sejauhmana pembelajaran berlaku. Sekiranya berkesan, kita boleh meneruskan strategi dan gaya pembelajaran sedia ada. Sekiranya tidak berkesan, kita perlu menganalisis dan mengenal pasti apakah kelemahan yang berlaku supaya strategi dan gaya pembelajaran pelajar boleh diubahsuai, diperbaiki dan dipertingkatkan.

Pengredan

Pengujian juga dilakukan bagi tujuan pengredan pelajar. Guru boleh mengred pencapaian pelajar kepada kategori lulus atau gagal, lemah, sederhana atau cemerlang atau gred A, B C, D atau E. Melalui pengredan pelajar, kita boleh memberitahu ibu bapa dan pihak berkaitan tentang prestasi akademik pelajar khususnya berbanding dengan prestasi pelajar lain.

SURIANI BINTI MAHAMUD 800817-07-5126

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3103

Dengan adanya maklumat gred, guru dan ibu bapa boleh memainkan peranan membantu dan seterusnya melibatkan diri dalam proses pendidikan pelajar. Rangsangan luaran seperti penghargaan, nasihat, sokongan, bantuan dan kerjasama dari pihak-pihak yang terbabit dengan pendidikan pelajar khususnya ibu bapa sangat penting bagi meransang kemajuan dan pembangunan pelajar di sekolah.

Pemilihan dan Penempatan

Seringkali juga skor dan keputusan ujian digunakan sebagai asas bagi pemilihan dan penempatan pelajar. Sebagai contoh pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu mungkin dipilih untuk mewakili sekolah dalam sesuatu pertandingan pidato, bercerita dan sebagainya. Skor dan keputusan ujian juga digunakan bagi pemilihan pelajar untuk melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh.

Kaunseling dan Bimbingan

Keputusan dan skor ujian boleh digunakan untuk membantu pelajar supaya berdaya maju. Berasaskan keputusan ujian, para guru dan kaunselor boleh membantu pelajar mengenal pasti kelemahan dan kekuatan masing-masing supaya program dan tindakan intervensi dilakukan bagi memperbaiki keadaan pelajar. Keputusan ujian juga membantu para guru dan kaunselor untuk memberi khidmat bimbingan misalnya bagi memandu pelajar berusaha dengan lebih gigih lagi bagi mendapat keputusan yang lebih baik.

SURIANI BINTI MAHAMUD 800817-07-5126

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3103

Ciri Utama Ujian

Bagi memastikan sesuatu ujian mengumpul bukti dengan berkesan, ujian berkenaan mestilah sah, boleh dipercayai, objektif, boleh ditadbir dan mudah ditafsir.

Kesahan Ujian

Soalan ujian mestilah relevan dan menguji apa yang hendak diuji. Soalan juga mestilah seimbang dari segi bilangan berdasarkan tajuk dan sub-tajuk kandungan yang diajar. Justeru, soalan yang dibina mestilah menepati objektif dan kandungan sesuatu kursus.

Kesahan merujuk kepada sejauh mana ujian mengukur apa yang hendak diukur. Sebagai contoh, jika guru memberi satu ujian kepada pelajar bagi menentukan tahap kefahaman membaca berasaskan petikan rencana, ujian tersebut mestilah dengan sebenarnya mengukur kefahaman membaca. Isu kesahan boleh dilihat daripada tiga aspek iaitu kesahan kandungan, kesahan gagasan dan kesahan berkaitan kriteria.

Kesahan Kandungan

Kesahan kandungan merujuk sejauh mana sesuatu ujian merangkumi domain kandungan yang hendak dinilai. Kandungan sesuatu ujian perlu merupakan sampel representative kandungan bidang yang ingin diukur. Untuk menentukan ujian yang digunakan meliputi kandungan bidang yang diuji, guru perlu mentakrifkan kurikulum dan isi pelajaran yang diajar.

Guru boleh merangka Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) bagi menggambarkan kadar tingkah laku yang perlu diuji bagi mewakili kandungan mata pelajaran.

SURIANI BINTI MAHAMUD 800817-07-5126

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3103

Kesahan Gagasan

Gagasan merupakan sekumpulan konsep yang ada pada fikiran tetapi kita tidak dapat dilihat objeknya secara langsung seperti pencapaian, kecerdasan dan kreativiti. Setiap gagasan pendidikan mengandungi konsep-konsep yang rumit yang terdiri daripada banyak faktor yang saling berkait dan sukar dicerakinkan. Setiap gagasan mungkin diperlihatkan dalam suatu situasi tetapi tidak pada situasi lain. Sebab itu, tidak ada satu ujian yang boleh mengukur sesuatu gagasan dengan tepat.

Oleh kerana gagasan tidak dapat dilihat, pengukuran ke atasnya juga tidak dapat dilakukan secara langsung. Bagaimanapun terdapat ciri-ciri atau kesan yang dapat dicerap daripada sesuatu gagasan. Misalnya, gagasan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Guru boleh mencerap kesan gagasan penguasaan pelajar tersebut yang ditunjukkan oleh ciri-ciri seperti bilangan perbendaharaan kata Bahasa Melayu yang dikuasai, kebolehan pelajar membina ayat mudah dalam Bahasa Bahasa Melayu dan kebolehan pelajar membincangkan sesuatu isu dalam Bahasa Melayu. Oleh itu, gagasan boleh diukur dan diuji secara tidak langsung berasaskan kesan-kesan atau ciri-ciri yang terhasil dari kewujudannya. Dengan itu, kesahan gagasan bagi ujian penguasaan Bahasa Melayu boleh ditentukan dengan menghitung pertalian antara skor ujian itu dengan pencapaian dalam ujian perbendaharaan kata Bahasa Melayu dan pembinaan ayat dalam Bahasa Melayu.

Kesahan Berkaitan Dengan Kriteria

Kesahan berkaitan dengan kriteria merujuk kepada sejauh mana kaitan antara pencapaian dalam sesuatu ujian dengan kriteria luaran yang berkecuali. Kesahan berkaitan dengan kriteria mempersoalkan sama ada ujian sah mengukur kriteria yang hendak diukur. Sekiranya kriteria luaran yang berkecuali sebenarnya sah bagi mengukur kriteria yang hendak diukur, maka kaitan yang bererti antara ujian dengan kriteria luaran tersebut kriteria. menunjukkan kesahan berkaitan dengan

SURIANI BINTI MAHAMUD 800817-07-5126

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3103

Terdapat dua jenis kriteria yang boleh digunakan. Kriteria serentak ialah kriteria yang ditunjukkan pada masa yang sama atau hampir sama dengan pengukuran yang dikenakan ke atas kriteria tersebut. Kriteria jangkaan ialah kriteria yang ditunjukkan pada satu selang masa selepas pengukuran dikenakan ke atas ujian tersebut.

Kebolehpercayaan Ujian

Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan ujian dalam mengukur apa yang hendak diukur. Ujian yang mengukur sesuatu gagasan dengan skor yang tekal dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Sebaliknya, ujian yang menghasilkan skor yang berubah-ubah mempunyai kebolehpercayaan yang rendah. Sesuatu ujian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi tidak semestinya sah. Bagaimanapun, sesuatu ujian yang sah biasanya boleh dipercayai. Jika faktor-faktor lain serupa, sesuatu ujian yang mempunyai pekali kebolehpercayaan yang tinggi perlu dipilih kerana ujian tersebut mempunyai ketekalan pemeringkatan individu dalam kumpulannya.

Kebolehpercayaan ujian dipengaruhi oleh faktor yang tidak sistematik. Faktor tidak sistematik adalah faktor yang menghasilkan perubahan atau variasi yang tidak dijangka yang dikenali sebagai perubahan rawak. Ujian yang mengukur dengan pincang sesuatu konsep boleh menghasilkan perubahan rawak. Ujian yang mengandungi arahan, soalan, butiran dan pernyataan yang tidak jelas dan mengelirukan juga boleh menghasilkan perubahan tidak sistematik.

Terdapat tiga sumber faktor tidak sistematik. Pertama, variasi individu. Individu berubah disebabkan minat, kecergasan fizikal dan kestabilan emosi yang berbeza pada dua situasi ujian. Kedua, variasi perubahan tugasan. Menulis jawapan ke dalam kertas jawapan pada ujian pertama dan menghitamkan kertas OMR pada ujian kedua akan menghasilkan perubahan rawak disebabkan kedua-dua tugasan menjawab memerlukan kemahiran yang berbeza. Ketiga, variasi persampelan gagasan yang terhad. Soalan ujian biasanya dibina berasaskan kepada sampel

SURIANI BINTI MAHAMUD 800817-07-5126

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3103

kandungan yang diajar. Sampel tingkah laku yang terhad lebih terdedah kepada faktor peluang.

Indeks Kebolehpercayaan

Indeks kebolehpercayaan digunakan bagi menunjukkan ketekalan sesuatu ujian. Indeks ini ditentukan dengan menggunakan kaedah korelasi antara dua set skor ujian. Dua set skor boleh diperoleh dengan menggunakan kaedah uji dan uji kembali, kaedah bentuk setara atau kaedah bahagi dua. Uji dan uji kembali dibuat apabila guru memperoleh dua set skor dari ujian yang sama yang ditadbirkan kepada pelajar yang sama pada dua masa berlainan. Kaedah bentuk setara dibuat apabila guru memperoleh dua set skor dari dua set ujian yang setara yang ditadbirkan pada pelajar pada masa yang sama. Kaedah bahagi dua dibuat apabila guru memperoleh dua set skor dari jawapan pelajar terhadap soalan bernombor ganjil dan soalan bernombor genap dari satu set ujian yang ditadbirkan pada pelajar. Sekurang-kurangnya indeks kebolehpercayaan 0.75 diperlukan bagi memastikan ujian yang dibina boleh dipercayai. Mempertingkatkan Kebolehpercayaan Berikut adalah cara bagaimana guru boleh meningkatkan kebolehpercayaan sesuatu ujian yang dibina. a. Arahan hendaklah jelas dan tepat. b. Pernyataan soalan mestilah jelas dan tepat. c. Soalan hendaklah seragam (homogen). d. Situasi dan masa ujian dijalankan hendaklah piawai, serupa dan terkawal. e. Elak ganguan kepada pelajar disebabkan arahan dan soalan tidak jelas. f. Elak kebimbangan pelajar semasa mereka menjawab soalan.

SURIANI BINTI MAHAMUD 800817-07-5126

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3103

Keobjektifan Ujian

Keobjektifan ujian berkait dengan sejauh mana perskoran sesuatu jawapan ujian bebas daripada pertimbangan pemeriksa. Jawapan yang sama mestilah mendapat skor yang sama walaupun diperiksa oleh dua orang pemeriksa. Sekiranya dua atau lebih pemeriksa memberi skor yang sama kepada jawapan yang sama, maka ujian mempunyai keobjektifan yang tinggi. Sebab itu, soalan aneka pilihan dikenali sebagai soalan objektif kerana mempunyai keobjektifan penskoran yang tinggi.

Bagi memastikan ujian mempunyai keobjektifan yang tinggi, skema penskoran perlu disediakan. Skema penskoran perlu dibuat lebih awal sebelum ujian ditadbirkan kepada pelajar. Seboleh mungkin skema penskoran disemak oleh beberapa orang guru yang pakar dalam bidang yang diuji. Selain mengelak dari dipengaruhi oleh jawapan pelajar, penyediaan skema jawapan sebelum pentadbiran ujian boleh mengesan kelemahan-kelemahan yang mungkin berlaku pada soalan supaya langkah pembetulan dapat dilakukan. Penyelarasan semakan perskoran antara pemeriksa juga perlu dibuat bagi memastikan proses penskoran mempunyai keobjektifan yang tinggi.

Kebolehtadbiran

Sesuatu ujian mestilah boleh ditadbirkan dengan sempurna. Pentadbiran ujian yang sempurna sangat penting supaya semua pelajar mempunyai suasana yang sesuai untuk memberi jawapan yang terbaik. Dengan adanya suasana yang sesuai, kita lebih yakin bahawa jawapan diberi adalah berasaskan penguasaan pelajar dalam bidang yang diuji dan bukannya sumbangan faktor-faktor gangguan.

Berikut adalah panduan bagi memastikan pentadbiran ujian dijalankan dengan sempurna. Arahan terutama cara menjawab soalan ujian mestilah diberi dengan tepat, jelas dan ringkas. Soalan mestilah disusun dari mudah kepada sukar.

SURIANI BINTI MAHAMUD 800817-07-5126

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3103

Guru perlu memadankan bilangan dan kesukaran soalan dengan masa yang diperuntukan untuk menjawab. Dicadangkan agar soalan jawapan dipilih yang mengandungi 5 pilihan diperuntukan 45 saat untuk pelajar menjawab. Dewan atau kelas di mana ujian dijalankan haruslah selamat, ceria dan sempurna dengan kerusi meja yang berkeadaan baik dan sesuai, jarak yang sesuai, pencahayaan yang terang, suhu yang sederhana, sistem siar raya yang sempurna dan tidak berdekatan dengan punca kebisingan seperti dekat jalan raya atau alat pendingin udara.

Ujian boleh ditadbirkan oleh sesiapa sahaja. Sekiranya tersangat perlu, pemberitahuan tersebut mestilah ringkas, jelas dan difahami oleh semua pelajar. Masa perlu ditambah bagi mengganti masa ganguan yang berlaku.

Kemudahtafsiran

Penilaian pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan makmal memerlukan skor ujian sebagai asas untuk membuat keputusan. Sesuatu ujian mestilah boleh diskor dengan cekap. Skor yang diperoleh hendaklah mudah ditafsir.

Penskoran Ujian

Pemberatan markah dan kaedah yang digunakan bagi penskoran jawapan sesuatu soalan perlu diberitahu kepada pelajar terlebih dahulu. Maklumat penskoran boleh disertakan pada arahan menjawab setiap soalan. Maklumat ini sangat perlu supaya pelajar dapat menjawab dengan tepat sebagaimana yang diharapkan oleh pembina dan pemeriksa ujian.

Kriteria penskoran jawapan dipilih biasanya telah ditentukan dan diketahui oleh pelajar semasa mereka menduduki ujian. Misalnya, sekiranya terdapat 40 soalan aneka pilihan dan jumlah markah yang diperuntukkan ialah 40, maka setiap soalan yang dijawab dengan betul akan mendapat 1 markah. SURIANI BINTI MAHAMUD 800817-07-5126

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3103

Penskoran jawapan dibina terutamanya yang memerlukan jawapan panjang tidak terhad lebih mencabar. Seringkali, pemeriksa sukar untuk mengelakkan diri daripada melakukan penskoran subjektif terhadap jawapan dibina. Sebab itu soalan esei biasanya dikenali sebagai ujian subjektif. Pemeriksa boleh mengurangkan kepincangan penskoran dengan memeriksa satu soalan bagi semua pelajar, sebelum berpindah kepada soalan berikutnya. Pemeriksa perlu mengelakkan diri dari mengenali identiti pelajar seperti nama dan nombor matrik pelajar. Pemeriksa sebagai ahli profesional perlu sentiasa ingat bahawa penskoran perlu dilakukan dengan bijaksana dan amanah. Kepincangan penskoran disebabkan kelemahan pemeriksa akan mendatangkan kesan yang serius kepada masa depan pelajar, masyarakat dan negara.

Penilaian jawapan dibina haruslah berasaskan kepada kriteria berikut:

a. Kandungan.

Adakah

pelajar

mengemukakan

semua

isi

atau

kandungan bagi sesuatu soalan pokok? b. Susunan atau organisasi. Adakah susunan atau organisasi jawapan teratur, kemas dan logik? c. Proses. Adakah proses penggunaan, analisis, sintesis dan penilaian dilakukan dengan teratur dan sistematik? d. Ketepatan dan kemunasabahan. Adakah isi jawapan tepat dan munasabah? e. Keaslian dan kreativiti. Adakah jawapan yang diberi asli berasaskan kepada kreativiti pelajar sendiri? f. Kesempurnaan dan ketekalan dalaman. Adakah isi jawapan yang dibentangkan sempurna dan mempunyai ketekalan dalaman yang tinggi?

Pentafsiran Skor Ujian

Skor ujian tidak mendatangkan apa-apa makna kecuali guru berupaya membuat tafsiran yang tepat dan sesuai. Tafsiran terhadap skor ujian adalah sangat SURIANI BINTI MAHAMUD 800817-07-5126

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3103

penting bagi menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di sekolah dicapai. Tafsiran perlu dilakukan dengan objektif bagi mengelakkan pertimbangan peribadi penilai.

Justeru itu, skor ujian perlu dianalisis bagi menentukan ciri yang tepat yang ada pada set skor. Di antara ciri yang biasanya diperlukan bagi membuat tafsiran yang tepat ialah ciri kecenderungan memusat dan serakan skor-skor ujian. Skor-skor ujian perlu juga dipiawaikan bagi membolehkan perbandingan dibuat antara pencapaian seseorang pelajar dengan pelajar lain.

Kesimpulannya, pengujian merujuk kepada satu teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku seseorang individu yang terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang berkehendakkan pelajar memberi satu set tindak balas / respon. Calon ujian mungkin dikehendaki menyelesaikan suatu masalah matematik, melukis satu gambar rajah, menyusun radas, mentakrif sesuatu perkataan dan sebagainya.

SURIANI BINTI MAHAMUD 800817-07-5126

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3103

Domain Afektif Krathwohl 1964

Domain afektif Krathwohl diasaskan oleh, David R. Krathwohl. Ia merupakan bidang yang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap. Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik. Pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.

Terdapat 5 peringkat bagi domain ini : 1. Penerimaan 2. Bertindak balas 3. Menilai 4. Organisasi 5. Perwatakan

Penerimaan

Penerimaan adalah keinginan dan kesanggupan menerima (kesanggupan memberi perhatian, mendengar ucapan, pendapat orang lain, menghormati kebudayaan yang berlainan). Kesedaran merangkumi faktor estitik, rekabentuk, kecantikan sesuatu benda, pelbagai pendapat dalam sesuatu perkara. Perhatian terkawal pula merupakan kebolehan memberi perhatian kepada sesuatu ransangan cth : mendengar dan menghayati sajak).

Objektif am penerimaan adalah untuk mendengar dengan berhati-hati. Selain itu ia juga menunjukkan kesedaran dalam kepentingan pembelajaran dan menunjukkan sensitiviti dalam masalah sosial. Penerimaan juga merupakan penerimaan terhadap SURIANI BINTI MAHAMUD 800817-07-5126

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3103

perbezaan keturunan dan kebudayaan serta mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan.

Hasil pelajaran spesifik :

1. Menyoal 2. Memilih 3. Menghuraikan 4. Mengikut 5. Menamakan 6. Menggunakan

Bertindak balas

Peringkat bertindak balas pula adalah kesanggupan bertindak balas terhadap ransangan. Murid dapat mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti yang telah dirancang oleh guru. Selain itu murid juga mestilah mengambil perhatian dan bertindak balas dengan aktiviti yang telah dirancang oleh guru.

Terdapat 3 kategori :

1.Persetujuaan membalas

(Bersetuju dengan peraturan / arahan yang diberi.)

2. Kesediaan membalas

(Bertindak balas dengan persetujuan yang dibuat.)

3. Kepuasan SURIANI BINTI MAHAMUD 800817-07-5126

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3103

(Mencapai objektif )

Objektif

1. Am

Melengkapkan kerja Mengambil bahagian dalam perbincangan kecil Seronok membantu rakan Melakukan tugas secara sukarela.

2. Spesifik

Dapat menulis isi pelajaran Menjawab soalan Dapat melafazkan sesuatu (main peranan)

Menilai

Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan. Kebolehan membuat penilaian dan memberi penghargaan terhadap sesuatu benda atau tingkah laku. Penilaian berdasarkan penghayatan nilai spesifik (melalui pemerhatian)

Terdapat 3 kategori: SURIANI BINTI MAHAMUD 800817-07-5126

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3103

1. Penerimaan - Menerima dan melakukan arahan aktiviti. 2. Pilihan - Usaha untuk memperoleh sesuatu nilai yang dipilih. 3. Penglibatan - Aktif dalam aktiviti dan mematuhi peraturan.

Organisasi

Peringkat organisasi membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilainilainya.

Terdapat 2 kategori:

1. Penenggapan -Mampu mencipta konsep anstrak. 2. Organisasi - Menyatukan / aplikasi nilai-nilai berkaitan dan membentuk satu sistem.

Perwatakan

Pada peringkat perubahan pula murid perlu menunjukkan tingkah laku positif. Guru juga hendaklah menunjukkan sifat-sifat positif kepada murid.

SURIANI BINTI MAHAMUD 800817-07-5126

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3103

Terdapat 2 kategori: 1.Set up mengekalkan nilai-nilai 2.Perwatakan disiplin diri.

SURIANI BINTI MAHAMUD 800817-07-5126

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3103

REFLEKSI

Sebaik sahaja mendapat tugasan daripada pensyarah, perasaan yang terdetik di dalam hati ialah sama ada mampu atau tidak untuk menyiapkan tugasan ini sebelum tibanya tarikh penghantaran. Persoalan-persoalan ini saya abaikan terlebih dahulu. Dengan semangat berpasukan yang tinggi, akhirnya saya dan rakan sekumpulan berjaya menyiapkan tugasan yang di amanahkan ini walaupun

berbagai halangan dan rintangan yang perlu kami tempuhi bersama.

Saya juga telah berusaha sedaya upaya mencari bahan mengenai tajuk yang telah diberikan. Saya telah melayari internet untuk mendapatkan bahan-bahan serta isu semasa yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih. Semasa mengkaji isu ini, saya telah membuat rujukan dengan menggunakan buku dan juga melayari internet. Walau bagaimanapun rujukan berteraskan buku agak kurang.

Walaupun hanya beberapa buah buku sahaja yang dapat di rujuk tetapi saya dan rakan-rakan seperjuangan telah berusaha untuk mencari maklumat dengan meminjam buku di perpustakaan. Alhamdulillah kami dapat juga membuat rujukan dengan menggunakan buku yang berkaitan dengan tajuk walaupun jumlahnya agak terhad.

Selain menggunakan kemudahan internet, saya juga telah mencari bahanbahan berkaitan dengan isu ini daripada sumber bacaan yang ada seperti keratan akhbar, Namun, sumber bahan rujukan yang terdapat di akhbar tidak mencukupi serta tidak banyak berkaitan dengan tajuk ini. SURIANI BINTI MAHAMUD 800817-07-5126

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3103

Tugasan ini memerlukan banyak rujukan daripada buku-buku dan juga internet. Paling mencabar ialah untuk menyiapkan tugasan ini adalah saya terpaksa membahagikan masa bekerja, menguruskan keluarga dan juga menyiapkan tugasan. Walaupun banyak kekangan yang terpaksa saya harungi saya cuba sedaya upaya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sebaik mungkin.

Bukan mudah menjadi seorang guru, pelajar dan isteri dan juga ibu. Guru bukan sahaja perlu kreatif malah perlu lebih inovatif serta mampu berfikir secara analitik dalam memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar dan sempurna. Manakala pelajar pula perlu mencari bahan, membuat tugasan yang diberikan serta menjawab segala persoalan yang ada dalam modul.

Tanggungjawab isteri pula menjaga keperluan suami serta sebagai seorang ibu pula perlu menjaga keperluan anak. Walau bagaimanapun, saya tetap berusaha sedaya upaya untuk menyiapkan tugasan yang diberi ini dengan sebaik mungkin.Tugasan yang diberi secara tidak langsung dapat memupuk minat yang tinggi dalam meneruskan perjuangan dalam pengajian saya ini.

Diharapkan

pendedahan

yang

diberikan

oleh

pensyarah

sepanjang

menyiapkan tugasan ini dapat membantu saya dalam menghasilkan tugasan yang terbaik. Sesungguhnya dengan pengorbanan diri sendiri, cadangan dan nasihat daripada rakan seperjuangan serta kritikan yang membina daripada pensyarah yang bertanggungjawab dapat memberikan suntikan semangat menghasilkan tugasan yang baik. kepada saya untuk

SURIANI BINTI MAHAMUD 800817-07-5126

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM 3103

InsyaAllah dengan semangat yang tinggi ini saya harap dapat meneruskan pengajian ini dengan sebaik mungkin. Harapan yang diberikan oleh keluarga amat saya hargai. Sekian. SURIANI BINTI MAHAMUD 800817-07-5126

SURIANI BINTI MAHAMUD 800817-07-5126

Anda mungkin juga menyukai