Anda di halaman 1dari 3

ELM 3033

1

REFLEKSI
Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya fail
pembelajaran ini dapat disediakan seperti yang telah ditetapkan. Sesungguhnya
tanpa bimbingan dan nasihat daripada penyarah yang terlibat iaitu Encik Abd Aziz
Ishak fail ini tidak akan dapat dilengkapkan seperti mana yang telah ditetapkan.
Bantuan rakan seperjuangan juga dapat melengkapkan lagi fail ini bagi
membolehkan ia menjadi fail yang lengkap dengan bahan pembentangan, modul
serta bahan nota yang sangat memberi manfaat kepada semua pihak sebagai
rujukan.
ELM 3033 merupakan subjek Pendidikan Moral yang sangat mudah untuk
mencari bahan di internet. Hal ini demikian kerana subjek ini merupakan mata
pelajaran yang melibatkan semua pihak tidak kira bangsa, agama dan ras.
Pengenalan berkenaan subjek ini telah direncana oleh Encik Aziz selaku
pensyarah yang bertanggungjawab bagi member input serta bahan yang boleh
dijadikan ilmu kepada kami kelas BMM B ini.
Akhir sekali, diharapkan semester ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin agar
segala maklumat yang dimasukkan ke dalam fail ini akan memberi satu memori
yang indah buat kami semua.



ELM 3033

2


REFLEKSI
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan kurniaan yang
diberikan ini dapat juga menghimpun bahan bagi melengkapkan fail ini. Interaksi
kedua ini banyak memberi pengalaman manis buat kami ahli kelas BMM B kerana
EncikAbd Aziz selaku pensyarah yang terlibat banyak member pengetahuan baru
kepada kami.
Pengalaman ini tidak dapat dibeli dan diperolehi sekiranya tiada bantuan
Encik Abd Aziz yang memberi ilmu sangat memberi manfaat sebagai rujukan
bagi mengetahui dengan lebih jauh lagi subjek ELM 3033 ini.
Interaksi kedua ini banyak melibatkan pembentangan kumpulan. Bahan-
bahan pembentangan tersebut berjaya diperolehi dan dimasukkan dalam fail
pembelajaran ini.
Sesungguhnya ilmu yang dicurahkan oleh Encik Abd Aziz banyak memberi
pendedahan kepada kami tentang ilmu pendidikan moral.
Akhir sekali, diharapkan interaksi kali ini dapat member sesuatu benda yang
baru dan boleh dijadikan rujukan.




ELM 3033

3


REFLEKSI
Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat juga kami
menghasilkan fail pembelajaran ini dengan jayanya. Sesungguhnya semangat
antara rakan seperjuangan serta pensyarah yang sangat mengambil berat terhadap
kami semua dapat menciptakan sesuatu perkara yang sangat member manfaat kami
semua.
Interaksi ketiga ini sangat memberi erti kepada kami semua kerana ia
merupakan interaksi yang banyak melibatkan pembentangan serta perbincangan
tentang tajuk subjek ini.
Pada interaksi ini ini juga kami semua berpeluang menimba ilmu ELM3033 ini
dengan lebih mendalam lagi. Hasil perbincangan ini sedikit sebanyak memberi satu
pengalaman yang sangat berguna kepada kami.
Semangat kerjasama antara kumpulan juga dapat dipupuk bagi meningkatkan
ilmu pengetahuan berkenaan dengan tajuk tugasan serta tajuk pembentangan yang
telah ditetapkan.
Sesungguhnya perasaan yang sangat terharu dan seronok dapat
digambarkan apabila Berjaya menghasilkan pembentangan dan juga hasil tugasan
yang sangat dihargai oleh pensyarah yang terlibat iaitu Encik Abd Aziz.
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai