Anda di halaman 1dari 6

Page |1

Tajuk: Puteri Yang Sombong


Puteri Dalila seorang puteri yang cantik. Beliau memiliki raut wajah yang jelita dan rambut ikal mayang. Puteri Dalila mewarisi kecantikan bondanya, Permaisuri Sara. Ayahandanya, Raja Mumtaz pula seorang raja yang adil dan baik hati. Keluarga bahagia ini tinggal di sebuah istana tersergam indah. Puteri Dalila bangga akan kecantikannya. Beliau beranggapan tiada sesiapa pun memiliki kecantikan setandingnya. Oleh itu, beliau sering memandang rendah pada orang lain. Akulah puteri paling cantik di negeri ini... Setiap hari, Puteri Dalila akan keluar ke taman bunga di perkarangan istana. Wah, cantiknya pemandangan pada hari ini, beta rasa sangat seronok, Beliau akan bermain-main dengan dayang-dayangnya sambil memetik bunga. Emmmmcantiknya bunga ni,. Pada petang itu, Puteri Dalila keluar ke taman untuk bermain-main. Tiba-tiba, beliau terpandang sekuntum bunga yang sangat cantik. Wah, cantiknya bunga ni.. beta tak pernah lihat bunga secantik ini. Bunga berwarna pelangi itu berjaya memikat hati Puteri Dalila. Beliau pun menyuruh salah seorang daripada dayangnya memetik bunga itu. Dayang.., tolong ambilkan bunga itu. Malangnya, dayang itu gagal memetik bunga pelangi dari batangnya. Dayang,

Page |2

beta kata ambilkan bunga itu.cepat. Walaupun telah banyak kali dayang cuba memetik bunga itu, tetapi masih gagal. Puteri Dalila tidak berpuas hati. Beliau terus memarahi dayang itu semahu-mahunya. Hei.. dayang.. mengapa susah sangat nak petik bunga itu untuk beta.memang tak boleh diharapkan langsung, marah Puteri Dalila kepada dayang-dayangnya. Beliau pun menghampiri bunga itu. Beliau mahu memetiknya sendiri. Tiba-tiba, terdengar suara wanita tua menghalang Puteri Dalila berbuat demikian. Jangan ambil bunga itu, bunga yang sangat cantik itu kepunyaaan gadis yang berhati mulia dan beradab sopan..jangan..jangan kau ambil bunga itu... Suara wanita tua itu kedengaran agak kuat dan tegas. Puteri Dalila dan dayang-dayangnya sangat terkejut mendengar suara itu. Mereka pun tercari-cari dari manakah datangnya suara misteri itu. Puteri Dalila tidak menghirauan amaran suara misteri itu. Ahhh, peduli apa beta dengan suara itu, beta nak juga bunga yang cantik tu, kata Puteri Dalila dengan angkuh. Keadaan itu amat menghairankan semua. Puteri Dalila tidak menghiraukan amaran suara misteri tadi. Beliau pun mengambil gunting yang selalu dibawa ketika memetik bunga. Kemudian, beliau menggunting tangkai bunga pelangi itu. Puteri raja itu gembira selepas berjaya mendapat bunga itu. Akhirnya

Page |3

berjaya juga beta memiliki bunga yang cantik ini ha ha ha ha., kata Sang Puteri dengan angkuh dan sombong. Beliau pun menyelitkan bunga itu pada sanggulnya. Wajah Puteri Dalila tambah berseri-seri apabila bunga pelangi itu berada di kepalanya. Cantiknyasanggul betabertambah seri wajah beta puteri yang paling cantik di negeri ini..ha ha ha ha seronok sangat. Tuan Puteri memuji-muji akan kecantikkan dirinya. Dayang-dayangnya juga turut gembira dan memuji-muji akan kecantikkan Puteri Dalila. Puteri Dalila segera masuk ke dalam istana untuk mendapatkan ayahanda dan bondanya. Beliau menari-nari di hadapan mereka. Ayahandaayahandabondabonda..lihat cantik tak anakanda..kata Sang puteri dengan perasaan yang sangat gembira. Keadaan itu disaksikan oleh para pembesar yang berada di situ. Mereka turut terpegun dan memuji kecantikkan Puteri Dalila. Semakin hari Puteri Dalila semakin sombong kerana kecantikkannya. Beliau mengarahkan pendandan rambutnya menggayakan rambut yang berlainan pada setiap hari. Jika gaya rambut yang dihasilkan tidak menepati cita rasanya, maka beliau akan memarahi pendandan rambut itu dengan teruk. Beta tak suka gaya ini.mengapa tuan hamba bodoh sangat ni haaa beta nak tuan hamba buatkan sanggul yang paling cantik, benda

Page |4

yang mudah ni pun tak boleh buatbodohnya... Tengkingan, kemarahan Tuan Puteri Dalila telah menampakkan ciri-ciri seorang gadis yang sangat sombong dan bongkak. Pada suatu hari, Puteri Dalila telah didandan oleh dayang yang sangat pandai mendandan sanggul. Puteri Dalila juga berpuas hati dengan dandanan dayang itu. Kemudia, dayang pun mengambil bunga pelangi itu untuk diselitkan pada rambut Puteri Dalila. Namun, Puteri Dalila telah memarahi dayang kerana mengambil bunga itu. Bagi Puteri Dalila tiada sesiapa pun yang layak memegang bunga pelangi itu, kecuali dirinya. Hei..tuan hamba, siapa yang memberi kebenaran untuk memegang bunga pelangi itu, letakkan bunga itu jangan sekali-kali berani menyentuh bunga itu, kata puteri dengan perasaan yang sangat marah. Rentapan yang kuat menyebabkan bunga pelangi itu tercampak ke lantai. Kelopak bunga itu bertaburan sehelai demi sehelai. Puteri Dalila sangat marah, beliau terus memukul dayang itu sehingga kepala dayang itu berdarah. Tiba-tiba kelopak bunga itu memancarkan cahaya seperti pelangi. Cahaya itu perlahan-lahan hilang dan paling memeranjatkan apabila wajah Puteri Dalila menjadi hodoh dalam sekelip mata sahaja.

Page |5

Dayang menjerit ketakutan. Puteri Dalila berasa sungguh malu dan sedih dengan wajah hodohnya itu. Berbagi-bagai cara telah dibuat untuk mengembalikan kejelitaan puteri itu. Mengapamengapawajah beta bertukar menjadi hodoh. bonda..ayahanda.tolong anakandatak sanggup anakanda melihat wajah yang hodoh ini. Tanggisan, penyesalan.tidak berguna lagi. Raja Mumtaz dan Permaisuri Sarah berasa sangat sedih dan binggung memikirkan nasib puteri kesayangan mereka. Semua tukang ubat dan pawang telah cuba untuk merawat puteri tetapi gagal. Setiap hari Puteri Dalila menangis mengenangkan nasibnya. Iskiskiskisktak sanggup nak lihat wajah ku ini aku sangat menyesal. Setitis air mata Puteri Dalila jatuh di atas kelopak bunga itu. Tiba-tiba kelopak bunga itu bercantum lalu memancarkan cahaya. Kedengaran suaran wanita tua itu berkata sesuatu. Wahai sang puteri, insaflahjadilah seorang gadis yang berhati mulia. Sekelip mata wajah puteri kembali jelita dan beliau menyesali akan perbuatannya itu. Sejak peristiwa itu, Puteri Dalila menjadi seorang puteri yang sangat baik hati dan tidak lagi sombong. Oleh itu, janganlah kita bersikap sombong dengan kelebihan yang kita ada. Hormati orang lain

Page |6

serta jadilah seorang yang sangat berhati mulia untuk agama, bangsa dan Negara. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai