Anda di halaman 1dari 3

Konsep pentaksiran Pentaksiran boleh didefinisikan sebagai satu proses untuk memperoleh maklumat dan membuat analisis terhadap

sesuatu produk dalam proses pendidikan. Produk dalam sesuatu proses pendidikan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Drai konteks pendidikan pula, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran dan merangkumi pelbagai aktiviti. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah menghurai, mengumpul, merekod, member skor dan mengiterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi mencapai sesuatu matlamat. Pentaksiran juga

dilaksanakan bagi mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. dijalankan secara berterusan. Terdapat Proses pentaksiran ini akan rukun pentaksiran iaitu

empat

instrumen,kumpulan yang ditaksir, respons dan kumpulan yang menaksir. Pentaksiran dilaksanakan dalam proses pendidikan bagi mencapai beberapa objektif. Antara tujuan pentaksiran adalah untuk menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang dilaksanakan haruslah bersesuaian Pentaksiran juga dilaksanakan bagi Seorang

dengan tahap dan kemampuan murid.

mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.

guru perlu merekod data perkembangan dan prestasi murid sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran agar guru dapat memperbaiki teknik pengajarannya dari semasa ke semasa. Selain daripada itu, pentaksiran juga bertujuan untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Melalui pentaksiran, maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran juga dapat diperolehi secara berterusan agar guru dapat memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran yang berlansung di dalam kelas.

Konsep pengujian Pengujian merupakan proses yang sistematik bagi mengukur pencapaian seseorang pelajar. Pengujian ini secara kebiasaannya dibuat secara bertulis. Pengujian juga merupakan proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Pengujian juga merupajan satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu. Pengujian

dilaksanakan dengan melalui tiga peringkat iaitu sebelum pengajaran berlansung, semasa pengajaran dan selepas pengajaran dilaksanakan. Ujian ini boleh dilaksanakan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dan bertujuan untuk mendapatkan maklumat. Ujian ini dikenali juga sebagai ujian pra atau pretest. Ujian akan diberikan kepada murid secara lisan ataupun bertulis. Ujian ini bertujuan untuk mengetahui tahap

pencapaian dan perkembangan pelajar dan pemahaman mereka terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru. Ujian dapat didefinsikan sebagai satu alat dalam pengajaran dan pembelajaran yang bertulis dan dibentuk oleh guru bagai ,menentukan tahap dan menguji kemahiran bahasa seseorang individu. Sebagi contoh, ujian kefahaman bacaan atau kefahaman mendengar dapat diuji oleh guru dengan menggunakan ujian kloz. Ujian perlu

dilaksanakan dengan telus agar keputusan sesuatu ujian dapat digunapakai secara menyeluruh. Secara amnya, proses pengujian Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan,kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.

Menurut Cronbach (1970)

Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan batuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan. Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa: Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2). Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahapberapa baiknya prestasi pelajar yang diuji. Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Cikgu linus tu masuk bilik pem td.pastu die cakap penolong kanan ade jumpe dye.cakap soh aku ngan die gilir2 ajar kelas tu.pastu cikgu linus tu cakap.xpe,ikot je jadual asal.kite tipu2.kalau die Tanya,angguk je kepala.lagipun tinggal seminggu je,jadi ari sabtu aku tayah wat rph

Anda mungkin juga menyukai