Anda di halaman 1dari 5

Forum 1 (jawapan)

Bincangkan secara ringkas satu contoh aktiviti pentaksiran untuk pembelajaran dan kepentingannya.
Pengujian selalunya dianggap mendukung maksud yang lebih sempit atau khusus. Pengujian dapat
dianggar sebagai proses penyerahan set soalan yang standard yang perlu dijawab, atau satu set
instrumen atau satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan
seseorang individu atau pelajar.
Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau
tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem
yang berkategori. Misalnya, skala bernombor seperti angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk
ujian darjah kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran
seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula seperti ekstrovert atau introvert bagi ujian
personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan.
Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di
atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah Haji Sabran (1991) yang
menegaskan bahawa: Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang
diperlihatkan oleh murid didalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi
daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2) Hasil
daripada jawapan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah akan
diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian menjelaskan keadaan berapa baguskah prestasi murid
yang diuji. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan
(pentadbiran ujian) dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui proses pengujian inilah
seseorang guru dapat mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai sebanyak mana
kemahiran yang telah dipelajari.
Pengujian merupakan satu atau prosedur sistematik bagi mengukur satu sempel tingkah laku. Hal ini
menjawab soalan kepada setakat mana prestasi individu jika dibandingkan dengan prestasi individu
lain, atau berbanding dengan tugas yang ditentukan.
Oleh itu, dapatlah disimpulkan di sini bahawa pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan
maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses.
Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat
tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses
untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran.

Forum 2
Pentaksiran di sekolah lazimnya dilaksanakan dalam dua bentuk, iaitu pentaksiran formatif dan
pentaksiran sumatif. Jelaskan:
(1) Tujuan pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif
Penilaian formatif melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur kemajuan murid-murid setelah
mereka mencapai hasil pembelajaran tentang satu bahagian pengajaran yang terhad, misalnya satu
unit pelajaran atau satu bab di dalam buku teks. Keputusan yang diperoleh digunakan untuk
memperbaiki pembelajaran dan bukanlah untuk memberikan gred atau kedudukan di dalam kelas.
Objektif ujian formatif ialah untuk mengesan kejayaan dan kegagalan pembelajaran murid-murid.
Dengan itu kaedah dan isi pelajaran boleh disediakan. Sekiranya terdapat sejumlah besar murid-
murid gagal dalam sesuatu unit pelajaran, unit itu akan diajar semula dengan kaedah yang sesuai
seperti kaedah kumpulan. Pencapaian murid akan dicatat dalam laporan prestasi dan maklumat ini
akan membantu guru merancang akitivit-aktiviti pemulihan serta mengubah strategi pengajarannya
jika perlu.
Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun. Penilaian ini
memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali
digunakan untuk membuat pemilihan. Penilaian dirancang dan dilaksanakan oleh guru secara
berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian. Maklumat tentang perkembangan murid
yang diperoleh dari semasa ke semasa melalui penilaian berterusan dapat membantu guru mengambil
tindakan susulan yang sewajarnya jika perlu. Penilaian boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai
aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat. Penilaian secara berpusat iaitu
UPSR, PMR dan SPM dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh
negara. PKS dan penilaian berpusat saling melengkapi dalam sistem penilaian.
(2) Banding bezakan pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif dengan memberikan contoh-contoh
yang sesuai
Penilaian Formatif merupakan penilaian yang berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Manakala, penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian untuk membezakan antara peringkat
pencapaain pelajar. Penilaian formatif dan penilaian sumatif mempunyai beberapa ciri-ciri perbezaan
yang boleh dilihat dari pelbagai aspek iaitu konsep, tujuan, aktiviti, masa, bentuk, sasaran, liputan,
rekod dan tindakan.
Konsep : Satu jenis ujian formal atau tak formal untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan
murid di dalam kelas.
Satu jenis ujian formal untuk mengesan tahap pencapaian dalam sesuatu tahap persekolahan.
Tujuan : Mengesan penguasaan dan kemajuan murid untuk membaiki kelemahan pengajaran dan
pembelajaran dengan kadar segera.
Mengesan pencapaian murid berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatan gred murid
di dalam kelas.
Aktiviti : Menjalankan ujian formal atau tidak formal semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sama
ada dibuat secara individu, kumpulan atau menyeluruh.
Menjalankan ujian formal dalam beberapa waktu pelajaran secara kelas atau tingkatan.
Masa : Semasa sesi pengajaran dilakukan atau setiap hujung bulan.
Semasa semester pertama (pertengahan tahun) dan semester kedua (akhir tahun).
Bentuk : Ujian tidak formal (pemerhatian dan sesi soal jawab), atau formal (melibatkan ujian kertas
pensel dalam masa yang singkat).
Formal (ujian kertas pensel atau ujian lisan dalam jangka masa yang ditetapkan mengikut
kesesuaiannya.
Sasaran : Secara individu, kumpulan atau kelas.
Secara kelas atau tingkatan
Liputan : Meliputi sesuatu kemahiran (ujian tidak formal) atau beberapa kemahiran (ujian formal)
Meliputi beberapa unit pembelajaran atau sesuatu tahap persekolahan
Rekod : Tiada (bagi ujian tidak formal) dan penggunaan senarai semak atau rekod prestasi (bagi ujian
formal)
Penggunaan rekod profil atau pensijilan.
Tindakan : Memperbaiki kelemahan dengan kadar segera atau menjalankan aktiviti pengayaan dan
pemulihan di dalam kelas.
Menempatkan murid kumpulan atau kelas yang sesuai, Merancang dan mengubah suai pelajaran atau
kurikulum, Memberi sijil berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan.
Forum 3
Jelaskan dua panduan yang perlu diambil kira semasa menggubal item aneka pilihan

Seperti yang kita sedia maklum, item/soalan objektif bermaksud item/soalan yang mempunyai
jawapan tepat/tertentu/spesifik, seperti item betul-salah, aneka pilihan,padanan atau pelengkapan.
Semua item ini mempunyai jawapan tertentu, sama adabetul atau salah, jawapan daripada beraneka
pilihan yang betul, padanan yang betul,atau perkataan pelengkap yang betul.
Item/soalan yang sering digunakan dalam ujian pencapaian; di peringkat sekolah rendah,sekolah
menengah atau institut pengajian tinggi; ialah item beraneka pilihan. Item ini terdiri daripada tiga (3)
bahagian, iaitu stimulus, stem/badan soalan dan jawapan pilihan
Stimulus adalah bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus di mana soalan itu didasarkan,
mungkin berbentuk teks, grafik, jadual atau perbualan
Stem adalah bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat lengkap, ayat
tidak lengkap atau soalan
Jawapan Pilihan adalah bahagian soalan yang mengandungi jawapan pilihan, yang biasanya
berbentuk angka, simbol, frasa, gambar rajah atau jadual dan lain-lain lagi
Soalan jenis beraneka pilihan ini dikatakan sukar dibina dan sukar juga dijawab oleh pelajar, tetapi
mudah diperiksa (boleh diperiksa oleh komputer dengan menggunakan borang OMR). Pelajar
mendapati soalan beraneka pilihan sukar dijawab berbanding soalan jenis esei, sebab mereka perlu
mengetahui jawapan secara tepat.

Forum 4
Secara tradisi, sistem gred markah biasa diamalkan. Sejauh manakah sistem gred ini dapat
menggambarkan kemajuan murid secara tepat dan menyeluruh? Bincangkan.

Dalam kehidupan kita, pengujian, pengukuran dan penilaian telah dilakukan dalam semua situasi
yang memerlukan keputusan atau pertimbangan dibuat. Begitu juga dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Tugas dan tanggungjawab seorang guru bukan hanya setakat
mengajar dan melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran , malah dia perlu mendapat maklum balas
tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku. Lalu dia membuat penilaian
untuk mengetahui aspek yang yang telah diajar dan dikuasai dengan baik oleh pelajarnya, dan aspek-
aspek yang yang masih lemah dan memerlukan tumpuan dalam pengajaran akan datang. Guru
seharusnya dapat membuat keputusan tentang aspek kemahiran yang telah dipelajari, atau yang perlu
diajarkan, diulang semula, atau diberi latihan tambahan.
Salah satu daripada tugas yang paling tidak seronok bagi guru ialah memberi markah atau gred.
Guru mengambil masa yang lama untuk memprosesnya, yang kadang kala menyebabkan pelajar
risau, dan pada akhirnya ada pihak yang tidak berpuas hati tentang markah atau gred yang diperoleh.
Tegasnya, tidak ramai pelajar gemar diberi gred kepada pencapaian mereka. Begitu juga, bagi guru.
Proses memberi gred bukan sahaja memerlukan banyak masa tetapi juga usaha. Pelajar dan juga guru
mengambil berat tentang markah yang diperoleh dalam ujian. Adalah tidak mustahil bagi pelajar
untuk mengambil lebih berat tentang markah yang mereka dapati dalam ujian tatabahasa, misalnya,
daripada pengetahuan dan kemahiran yang mereka belajar daripada aspek tersebut. Jika perkara
seperti ini berlaku, ini merupakan keutamaan yang salah dan menimbulkan implikasi yang
membahayakan. Ini adalah kerana kadangkala markah tidak diguna dengan bijak, disalah tafsir
ataupun diguna sebagai senjata untuk mendenda pelajar dan bukannya sebagai satu sumber untuk
mendapatkan maklumat.

Oleh itu, apakah tujuan memberi markah kepada ujian atau tugasan yang telah dibuat oleh pelajar?
Adakah ia diberikan sebagai ganjaran atau dendaan? Jika jawapan anda adalah “ya” kepada soalan
sebelum ini, maka jawapannya adalah salah. Markah bukanlah untuk memberi ganjaran atau pun
mendenda pelajar. Ia bertujuan untuk memberi maklum balas tentang pencapaian pelajar.
Markah adalah sebahagian daripada budaya dalam pendidikan. Ia telah menjadi asas kepada beberapa
tindakan dan keputusan di institusi pendidikan, dan juga antara institusi pendidikan . Oleh itu, pelajar
menyedari dari awal lagi bahawa mereka akan diberi gred atau markah bergantung kepada prestasi
mereka di sekolah. Ibu bapa juga menyedari bahawa markah yang diperoleh anak mereka akan
memberi kesan kepada anak-anak mereka dalam pelbagai perkara seperti peluang melanjutkan
pelajaran, memohon biasiswa atau mencari pekerjaan nanti. Ibu bapa tahu bahawa pelajar dibanding
antara satu sama lain melalui markah yang mereka perolehi. Oleh itu, markah sangat bermakna
kepada pelajar dan juga ibu bapa mereka.
Pendidik juga dipengaruhi oleh markah, biasanya untuk mengagihkan pelajar kepada kelas yang lebih
pandai atau sebaliknya. Oleh sebab markah sangat penting bagi kebanyakan orang, maka kita perlu
berhati-hati dan bersifat objektif semasa memberi markah. Malangnya, kadang kala tidak
sedemikian. Ada kalanya markah diberi secara terburu-buru dan sistem pemarkahan, jika ada, tidak
begitu difahami. Perlu diingat bahawa sistem yang berlainan mempunyai kebaikan dan kelemahan
yang berbeza juga.

Forum 5
Sistem pendidikan di Malaysia dikatakan terlalu berorientasikan peperiksaan. Bincangkan implikasi
sistem sedemikian terhadap kemenjadian murid.

Kejayaan sesuatu sistem pendidikan dinilai melalui tahap pembelajaran dan perkembangan pelajar
semasa mereka melalui sistem tersebut (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013a). Pentaksiran yang
dilaksanakan di sekolah dan bilik darjah merupakan komponen yang paling sesuai untuk menguji
tahap pembelajaran dan perkembangan pelajar. Pentaksiran dijalankan untuk mengetahui kekuatan
dan kelemahan pelajar secara berterusan.
Pendidikan yang berorientasikan peperiksaan wajar dimansuhkan kerana pendidikan yang
menggunakan sistem tersebut tidak mampu mencapai objektif untuk menimba pengetahuan secara
menyeluruh.
Sebaliknya, pendidikan yang menumpukan pada peperiksaan tidak lain hanyalah menjatuhkan nilai
ilmu itu sendiri, kerana pada sistem ini, ilmu boleh disamakan sebagai hurud a,b,c,d atau e. Dengan
menggunakan sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan juga bakal melahirkan generasi-
generasi pelajar yang hanya mampu memperoleh maklumat dan mencurahkan maklumat dalam kertas
peperiksaan.
Pembelajaran dan peperiksaan merupakan dua aktiviti utama dalam alam persekolahan para pelajar.
Gaya pembelajaran merupakan satu faktor penting yang menentukan pencapaian dan personaliti
pelajar. Seandainya pengajaran dan pembelajaran (P&P) berkenaan adalah untuk peperiksaan maka
gaya pembelajarannya agak berlainan kaedahnya dari pembelajaran yang berteraskan kepada
mendapatkan sebanyak ilmu yang mungkin.
Selain itu, pemansuhan pendidikan berorientasikan peperiksaan akan membolehkan pelajar belajar
dalam suasana yang lebih relaks tanpa tekanan peperiksaan. Hal ini kerana, pelajar tidak perlu lagi
bertungkus lumus untuk menghabiskan sukatan pelajaran dalam tempoh masa yang singkat. Beban
para guru juga sedikit sebanyak dapat diringankan. Sekolah pula tidak perlu mengadakan kelas
tambahan selepas waktu sekolah untuk pelajar. Pemansuhan ini akan membolehkan pelajar
menumpukan perhatian yang lebih pada peperiksaan yang lebih penting dalam menentukan arah tuju
hidup.

Rasional seterusnya adalah dengan termansuhnya pendidikan berorientasikan peperiksaan akan


menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah dan sekaligus pelajar dapat
mempertajam bakat-bakat yang terpendam. Hal ini kerana, pelajar mempunyai lebih banyak masa
lapang apabila tiada kelas tambahan. Faedahnya, pelajar dapat menggerakkan sekolah dalam pelbagai
bidang seperti sukan ,pertandingan debat, kemahiran-kemahiran lain dan aktiviti perkhemahan pada
peringkat yang lebih tinggi.

Anda mungkin juga menyukai