Anda di halaman 1dari 2

Dinar emas adalah merupakan bentuk dan sistem kewangan yang pernah diiktiraf dan

digunakan di zaman kegemilangan Islam. Ia mula ditinggalkan penggunaannya setelah

wang kertas mula diperkenalkan. Namun sejak akhir-akhir ini kemungkinan untuk

mengembalikan penggunaan dinar emas mula diperkatakan semula. Perbincangan dan

cadangan untuk menggunakan dinar emas dalam transaksi ekonomi dan perdagangan

telah mula dilihat sebagai satu alternatif terbaik dalam mengatasi kemelut dan krisis

ekonomi yang melanda dunia. Ini kerana dinar emas mempunyai beberapa keutamaan

yang tidak dimiliki oleh sistem fiat money yang digunakan pada masa kini. Malah

penggunaan dinar emas dilihat mempunyai prospek masa depan yang cerah dalam

kehidupan ekonomi yang serba moden ini.

Emas kini semakin mendapat tempat di hati para pelabur terutama selepas beberapa siri kemelesetan
dan krisis ekonomi yang melanda dunia. Fenomena pelaburan emas disemarakkan lagi dengan kenaikan
harga emas saban tahun ini menjadikan pelaburan emas sangat terjamin dari sudut pulangannya.

Justeru, pelaburan emas diseluruh dunia amnya dan di Malaysia khasnya semakin rancak dan disertai
oleh pelbagai golongan dalam pelaburan emas mendorong banyak syarikat-syarikat dengan pelbagai
pelan diperkenalkan. Tetapi malangnya, di pasaran hari ini, kebanyakan bentuk pelaburan emas yang
dipasarkan tidak menepati hukum-hukum muamalat tetapi telah mendapat sambutan yang
menggalakkan di kalangan masyarakat Islam.
Emas adalah matawang yang tetap sejak berabad-abad lalu kerana sifatnya yang lengkap untuk menjadi
“matawang”, sifat ini tidak pada pada semua material lain didunia. Contohnya, air dan makanan
memang lebih penting untuk survival berbanding emas tetapi selepas keperluan asas ini cukup,
masyarakat memerlukan suatu cara untuk berurusniaga. Memang sukar untuk membayangkan jika
sistem barter masih diamalkan hari ini. Berapa banyak beras perlu kita bawa untuk menukar seekor
lembu, atau lori, atau iphone. Atau berapa banyak bahagian perlu kita potong dari lembu untuk
membeli tutti frutti. Jadi satu “material” diperlukan untuk memudahkan urusniaga.

http://www.hargaemas.com.my/pelaburan-emas

http://www.scribd.com/doc/29937396/Pelaburan-Islam-vs-Konvensional

Anda mungkin juga menyukai