Anda di halaman 1dari 5

Forum 1

L20181011046 | NURHIDAYATI BTE ABDULLAH

[Closed]

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Saya tidak bersetuju dengan pandangan yang mengatakan
mengajar itu satu kerja yang mudah.Mungkin mereka yang berpendapat seperti ini bukan berada
dalam bidang pendidikan.Tetapi saya juga tidak menolak jika dikatakan semua bidang ada
cabaran.Cuma bentuk dan dan cara penyelesaiannya sahaja yang berbeza.Benarlah mengajar itu
nampak mudah jika guru tidak mengambil kira akan kesediaan pelajar,minat pelajardan profil
gaya belajarnya dalam proses menyampaikan ilmu .Sebaliknya mengajar itu nampak payah bila
seorang guru mengambil kira 3 faktor diatas dalam menyediakan,melaksanakan dan mentafsir
pdpc dengan mempelbagaikan konten, proses dan pruduk.Dalam proses penyampaian ilmu guru
seharusnya sudah dapat mengnalpasti kesediaan dan kebolehab sedia ada yang ada pada
pelajarnya sebelum memulakan prosese pengajaran dan pembelajaran.Setelah itu dipandang pula
pada minat pelajar kepada tajuk yang ingin diajar.Mungkin tajuk yang sama atau tajuk yang
sudah dipelajri menjadikan mereka mudah bosan dan memberi kurang perhatian berbanding
tajuk/ilmu yang baru.Disinilah kebijaksanaan seorang guru diuji.Apakah mereka dapat
menyampaikan ilmu /tajuk tersebut dan mengembangkannya ilmu sedia ada pada pelajar dengan
lebih mendalam dan dapat menghubung kaitkan ilmu tersebut dalam kehidupan mereka dengan
menggunapakai pelbagai strategi pengajaran.Oleh kerana itu sudah seharusnya seorang guru
dibekalkan dengan kemahiran kemahiran pengajaran sebelum masuk dalam bidang pendidikan
ini.Manakala perkara yang ketiga harus diambilkira ialah profil gaya belajar .Bagaimanakah
kurikulum Pendidikan Malaysia ini dapat diadaptasikan kepada pelajar.Contohnyajika dari segi
kuantiti mungkin boleh dikurangkan istilah dalam sains,dalam pendidikan syariah pula mungkin
untuk ta'rif/maksud boleh diringkaskan bagi memudahkan pelajar menghafaz dan
mengingat.Input pula mungkin boleh diubah cara pengajaran contoh selain buku teks guru boleh
menambahnya dengan BBM,carta,teks dibsarkan dan diwarnakan.Ditambah dengan peta minda
dan sebagainya.

Satu pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang persekolahan saya, Saya adalah pelajar
asrama disalah sebuah sekolah agama dikelantan.Saya amat berminat dengan mata pelajaran
fekah,kerana guru saya selain menerangkan ilmu ilmu yang ada didalam buku teks,dia juga ada
cerita cerita yang menarik untuk kami dengar yang kadang kadang kami ketawa,riang walaupun
dalam keadaan malu malu kerana dalam kelas yang bercampur antara lelaki dan perempuan.
Yang paling berkesan bagi saya bila guru saya itu dapat menunujukkan peta minda serta
menghubungkaitkannya dengan kehidupan seharian kita.Iya benar benar berlaku dan cara cara
mengatasinya.Alhamdulillah ilmu itu dapat saya gunapakai sehingga kehari ini. Insyaallah saya
ingin menjadi guru sepertinya yang dapat menyampaikan ilmu malah digunapakai oleh orang
lain. Itu sahaja sedikit pengalaman dari saya.sekian .terima kasih.
Komen jawapan

Saya berpandangan dengan jawapan Saudari diatas, Hal inibermakna guru perlu mewujudkan suasana
pembelajaran yang dapat merangsang minda serta minat pelajar di samping sentiasa memikirkan
kebajikan dan keperluan pelajarnya. Pengalaman saya di sekolah saya sendiri, tahun pertama saya
mengajar, murid tidak paham apa yg saya sampaikan dlm pengajaran dan pembelajaran..sebab apa?
Okay..Dalam situasi inilah KEPAKARAN guru penting dalam menentukan STRATEGI pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, MEMILIH KAEDAH dan
menetapkan teknikteknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Guru
seharusnya menjadi kreatif dalam merancang pengajaran dan pembelajaran yang bervariasi bagi menarik
perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran. Saya sebagai seorang guru, guru itu perlu bijak, kreatif dan
invatif, maka dia kan dapat menggunakan kaedah pengajaran pembelajaran yang berkesan dan melibatkan
pelajar secara aktif dan terkawal. Kaedah berkesan yang digunakan akan dapat mengurangkan masalah
yang tidak dikehendaki. Kepelbagaian kaedah, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran akan
menjadi pelajar aktif, seronok dan mudah menerima apa yang diajar oleh guru.

KESEDIAAN/KEBOLEHAN PELAJAR

Apabila kita bergelar Guru, mesit kita sendiri tahu masalah yang dihadapi oleh murid kita di dalam class,
adakah murid kita bersedia daalam pembelajaran?ini kerana soalan Dr. ada mengatakan murid kelas yang
sama, berinteraksi guru dgn murid yang sama, topic tajuk pengajaran yang sama. Adakah kebolehan
pelajar itu dapat memahami pengajaran dan pe,belajaran yang disampaikan? Dekat perenggan atas saya
ada menyatakn serbasedikit tentang kepakaran guru sewaktu mengajar dn kaedah yang perlu digunakan
didalam pengajaran bagaimana guru itu berfungsi bagi menyampaikan pengajaran supaya murid dapat
apa yang dismpaikan. Contohnya : keterampilan guru adalah WAJIB bagi saya, guru perlu kreatif dengan
set induksi. Jangan masuk je class terus mengajar..guru perlu bawak satu ABM seperti gambar, flash card
untuk menarik minat pengajaran seterusnya.

L20181011030 | SITI AMINAH BINTI MUHAMAD SALEHUDDIN

[Closed]

Assalamualaikum wbt. Memang benar pendapat Doktor bahawa mengajar memang mudah jika
guru masuk kelas, mengajar ala kadar dan membiarkan pelajar terpinga-pinga tidak memahami
apa yang diajarkan guru. Untuk memahami tugas guru selain mengajar ialah yang mampu
menjadikan pelajar bukan sahaja memahami sesuatu topik, berkomunikasi, berfikir di luar kotak
iaitu masalah KBAT, maka bimbingan guru amatlah diperlukan. Ini kerana guru bukan sahaja
mengajar tetapi juga bertindak sebagai Pendidik, Pembimbing, Kaunselor, Pemudahcara dan
Pemberi Rangsangan kepada murid di dalam kelas.

Selain daripada melengkapkan persediaan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran, guru
juga perlu mengambil kira kebolehan dan kesediaan pelajar, minat pelajar dan gaya pembelajaran
mereka dengan mengambil kira tiga faktor ini dalam menyediakan, melaksanakan dan mentaksir
perancangan pembelajaran dan pemudahcaraan iaitu dengan mempelbagaikan konten,proses dan
produk.

Mengambil kira kebolehan dan kesediaan pelajar. Guru boleh menilai menerusi proses set
induksi yang pertama iaitu pengenalan subjek, adakah merupakan pengetahuan sedia ada pelajar
ataupun sesuatu yang pelajar minat untuk meneruskan pembelajaran. Konten yang dikemukan
haruslah ringan dan boleh diserap oleh pelajar sebelum boleh diteruskan dengan set induksi
seterusnya.

Seterusnya, minat pelajar. Seorang guru haruslah kreatif dalam menyediakan konten yang akan
membuat pelajar terus minat untuk meneruskan PDP. Mempelbagaikan bahan selain dari buku
teks, sebagai contoh menggunakan power point atau video yang bersesuaian. Selain itu
mempelbagaikan Teknik pembelajaran iaitu membuat belajar di dalam kumpulan.

Akhir sekali ialah menyesuaikan pengajaran berdasarkan gaya pembelajaran pelajar. Terdapat 3
gaya pembelajaran yang berbeza-beza iaitu akan belajar secara visual, auditori dan kinestetik.
Guru boleh mengenalpasti kebolehan pelajar dengan bertanya atau terus mempelbagaikan kaedah
semasa PDP.

Sebagai contoh, semasa memulakan PDP saya menampal kad imbasan di papan putih ayat Al-
Quran yang mengandungi hukum Izhar Kholqi. Saya meminta pelajar mengemukakan jawapan
bedasarkan ayat tersebut. Kebanyakannya pelajar mampu menjawab dengan baik dan ia
merupakan pengetahuan sedia ada pelajar. Seterusnya untuk menarik pelajar terus berminat
dengan PDP, saya menayangkan audio ayat Al-Quran dan meminta pelajar meneliti hukum Izhar
Kholqi sebelum memecahkan pelajar ke dalam kumpulan untuk pelajar berinteraksi dan
memahami topik Izhar Khoqi sesama sendiri dengan bimbingan guru. Untuk memastikan pelajar
aktif dan memahami topik pada hari tersebut, saya meminta pelajar semua berdiri dan meminta
pelajar mencari sendiri contoh hukum Izhar Kholqi di dalam Al-Quran. Dari situ pelajar dapat
merasai sendiri cara menemui hukum berdasarkan asas pengetahuan yang dipelajari. Akhirnya
semua pelajar boleh mencari jawapan dengan baik cuma berbeza tempoh masa sahaja.

Wallahu A’lam
Komen jawapan

Pandangan Saudari juga saya menerima dengan baik dan ada tambahan dari saya sedikit iaitu,

MINAT PELAJAR

Adakah pelajar itu minat dengan pelajaran itu?atau guru yang menyampaikan? Semua ini guru perlu tahu
sikap murid itu dan sebagainya. Dari segi minat pelajar itu boleh paham apa yang disampakan. Itulah lah
tanggungjawab guru sebelom memulakan PdP. Tajuk pung ada mengatakan MENGAJAR ITU MUDAH?
Ini adalah tgas berat sebagai gru untuk menyampaikan pengajaran, guru perlu gunakan kreativiti
perubahan yang LUAR BIASA ketika pengajaran. Zaman dahulu guru sekadar mengajar seperti biasa,
zaman sekarang guru perlu tukar cara pengajaran yang LEBIH LUAR BIASA supaya murid suka dengan
pengajaran yang disampaikan misalnya guru membuat tayangan menggunakan LCD, menayangkan
VIDEO dalm proses pengajaran dan seumpanya. Bagi saya dan cara pengajaran saya lebih menyediakan
kad berwarna dan gambar berupa a4/A3dn banyak menggunakan interaksi dua hala guru dan murid,
semasa pengajaran saya tidak static di hadapan class shj, saya akn bergerak ke murid dan pantau, ini dapat
saya tahu tahap pengajaran pembelajaran murid tertumpu atau pung tidak semasa proses penyampaian.

PROFIL GAYA BELAJAR

Dalam hal ini, memang berlaku dimana2 sekolah termasuk sekolah saya sendiri, guru perlu mengikut
tahap/ aras murid dalam proses pengajarn di dalam class.misalnya murid yg cemerlang saya akn ubah
cara pengajaran dengan kaesah soal jawab soalan pembentangan dan sebagainya. murid yang sederhana
pulak saya akn focus padanya dengan mengulang beberapa kali tajuk pengajaran, mempelbagaikan
bahan2 ABM berwaran, membuatb aktiviti berkumpulan dan saya akan melibatkan murid yang pandai
untuk membantu murid yag sederhana ini dalm pengajaran yag tidak difahami, supaya pelajar yg kurang
pandai ini tidak terpingir dari pelajaran dan objektif pengajaran saya tercapai.

Pengalaman saya sendiri ketika menjadi murid. Pengajaran pembelajaran adalah sangat berbeza zaman
dahulu dan kini walaupun teknologi IT pada zaman dahulu tidak berkembang pesat sezaman ini.guru
banyak memberikn penerangan berulang kali apabila pelajar itu tidak paham dan membawa bahan
bantuan mengajar yang berbeza,banyak memberi latihan seperti math, guru membawa replica patung
organ tubuh manusia di dalam claas apabila mengajar sains dan sebagainya.

Kesimpulanya adakah mengajar itu mudah?? Guru bukan mengajar TETAPI mendidik. Bagi seorang
pendidik seperti saya sendiri atau rakan2 yg lain, tugas mereka bukanlah hanya mengajar kurikulum yang
telah disediakan. Selain daripada memastikan sukatan pelajaran berjaya ditamatkan mengikut ketetapan
masa yang dijadualkan, tanggungjawab untuk membimbing para pelajar dengan nilai-nilai murni tidak
seharusnya diabaikan. Karisma seorang guru sememangnya mampu memberikan impak yang besar
kepada pembangunan integriti anak didiknya. Seharusnya, bagi seorang guru yang berjiwa pendidik dan
pengajar, tugas mencurahkan ilmu perlulah diperkasakan lagi dengan keazaman untuk memanusiakan
pelajarnya atau muridnya dengan nilai-nilai murni yang menjadi teras di dalam kehidupan.
Saya juga bersetuju dengan t erdapat 3 gaya pembelajaran yang berbeza-beza iaitu akan belajar
secara visual, auditori dan kinestetik. Setiap kelas mesti ada permasalahan yg berlaku semasa
mengajar. Sebagai contoh saudari tunjukan dan terangkan bagaimana cara pelajar itu dapat
belajar dengan menggunakan dan menampal kad imbasan di papan putih ayat Al-Quran yang
mengandungi hukum Izhar Kholqi. Perkara ini jugak dapat menarik minat pelajar itu sendiri dan
saudari ada menayangkan audio ayat Al-Quran dan meminta pelajar meneliti hukum Izhar
Kholqi sebelum memecahkan pelajar ke dalam kumpulan untuk pelajar berinteraksi dan
memahami topik Izhar Khoqi sesama sendiri dengan bimbingan guru. Ini juga dapat memastikan
pelajar aktif dan memahami topik yang diajar pada hari itu.

Anda mungkin juga menyukai