Anda di halaman 1dari 38

PUBLICGOLD.

ME | EBOOK INISIATIF DEALER PUBLIC GOLD

7 KEPENTINGAN MENYIMPAN EMAS

Ada 7 sebab utama kenapa anda perlu menyimpan emas.

7 Sebab Kenapa Anda Perlu Menyimpan Emas


1. Emas ialah kekayaan manusia yang sebenar.
2. Harga emas meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Kuasa beli emas stabil dalam jangka masa panjang.
4. Nilai duit kertas semakin menurun.
5. Emas adalah aset yang mudah dicairkan.
6. Emas tidak boleh dimanipulasikan oleh sesiapa pun.
7. Emas adalah magnet kekayaan.

“Mereka itu disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya
beberapa sungai, mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan
emas dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang
bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin
(yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah
syurga tempat berehat yang sebaiknya.”
(Surah al-Kahfi: 31)

Sejarah emas sebagai simbol kekayaan

Syiling emas pertama dunia: The Lydian Lion

Untuk pengetahuan anda, emas telah digunakan sebagai duit sejak 2600 tahun yang
lalu. Empayar Lydia (sekarang Turki) mengeluarkan syiling emas pertama dunia,
PUBLICGOLD.ME | EBOOK INISIATIF DEALER PUBLIC GOLD

dipanggil The Lydian Lion. Syiling emas ini ditempa oleh raja Alyattes. Sebelum
Alyattes menjadi raja, sistem perdagangan ketika itu adalah berdasarkan sistem barter
(bertukar barangan).

Ini adalah proses yang menyulitkan kerana orang ramai terpaksa membawa barang-
barang atau haiwan untuk ditukarkan kepada barang-barang lain.

Bagi memudahkan urusan perdagangan raja Alyattes memperkenalkan syiling emas


yang dipanggil The Lydian Lion. Kewujudan syiling emas ini ternyata memudahkan
urusan perdagangan dan telah menjadi duit utama pada masa itu.

Dengan kata lain, emas sudah diiktiraf sebagai simbol kekayaan sejak 2600 tahun
dahulu. Jika anda memiliki banyak emas pada masa sekarang. Anda tetap dipanggil
orang kaya!

Menyimpan emas menguntungkan di dalam jangka masa panjang. Mari kita lihat graf
harga emas untuk 10 tahun daripada tahun 1974 sehingga 2023. Daripada graf harga
emas di bawah, dapat dirumuskan bahawa harga emas naik dan turun dalam jangka
masa pendek, tetapi dalam jangka masa panjang, emas sentiasa dalam posisi menaik.

Graf pergerakan harga emas tahun 1974 – 2023 sumber http://goldprice.org/


PUBLICGOLD.ME | EBOOK INISIATIF DEALER PUBLIC GOLD

Sebab itu, untuk jangka masa panjang, anda untung bila menyimpan emas.

Di dalam jangka masa pendek, harga emas ada turun naiknya. Namun jika anda boleh
menyimpan emas untuk jangka masa yang panjang maka kelebihan pasti berpihak
kepada anda!

Satu fakta menarik tentang emas ialah keupayannya mengekalkan kuasa belinya di
dalam jangka masa panjang.

Apa yang boleh dibeli oleh emas ratusan tahun yang lalu malah ribuan tahun dahulu
tetap boleh dibeli dengan berat emas yang sama pada hari ini.

Perkara ini dijelaskan di dalam buku “The Golden Constant – The English and
American Experience 1560-2007″ oleh Prof. Roy W. Jastram dari Sekolah
Pengurusan Perniagaan University of California.

Di dalam buku ini Prof. Jastram cuba menjawab satu persoalan:

“Adakah nilai duit pada masa lampau adalah lebih tinggi berbanding sekarang?”

Di dalam kes ini, duit yang dimaksudkan adalah emas. Kajian ini adalah berdasarkan
data daripada tahun 1560 – 2007. Prof. Jastram telah mengumpulkan data indeks
harga barangan di England dan Amerika serta harga emas semasa.
PUBLICGOLD.ME | EBOOK INISIATIF DEALER PUBLIC GOLD

Daripada hasil kajian terhadap kuasa beli emas dan indeks komoditi, Prof. Jastram
telah membuat rumusan berikut:

“Kami mendapati kuasa beli emas pada pertengahan abad ke 20 adalah hampir
sama dengan kuasa belinya pada pertengahan abad ke 17″

Hasil analisis data 447 tahun di atas akan menguntungkan anda sekiranya anda
menyimpan emas. Kuasa membeli emas adalah sangat stabil.

Apa yang emas boleh beli pada masa sekarang tetap boleh dibeli beberapa ratus tahun
malah ribuan tahun daripada sekarang.

Bagaimana melindungi nilai dengan emas?

Bagi orang Islam, kita disunatkan untuk melaksanakan akikah apabila mendapat anak.
Ia adalah ibadah Sunat Muakkad. Disunatkan menyembelih 2 ekor kambing untuk bayi
lelaki dan seekor kambing bagi bayi perempuan.

Jika anda berhasrat untuk membuat akikah pada masa hadapan (untuk bakal anak atau
cucu) maka anda boleh menyimpan dinar emas dari sekarang.

Ini adalah strategi lindung nilai (hedging). Harga seekor kambing jika diukur di dalam
bentuk RM maka ia menjadi semakin mahal.

Kita dapati kuasa beli RM semakin mengecil.

5 tahun lepas harga kambing seekor RM400-RM500 kemudian sekarang harga


kambing mececah RM700 seekor (2015)

Jadi, kuasa beli RM semakin kecil.

Untuk melindungi kuasa beli anda, anda tukarkan RM kepada syiling 1 dinar emas.
PUBLICGOLD.ME | EBOOK INISIATIF DEALER PUBLIC GOLD

Simpan dinar emas tersebut sebagai duit untuk membeli kambing akikah di masa
hadapan. Ini kerana harga seekor kambing di dalam berat emas adalah stabil.
Insyaallah kuasa beli dinar emas ini boleh membeli seekor kambing walau seratus
tahun akan datang.

Nilai duit kertas jatuh di dalam jangka masa panjang

Salah satu kelemahan duit kertas adalah nilainya jatuh dalam jangka masa panjang.

Kuasa beli duit kertas makin lama semakin menyusut. Dulu duit boleh beli banyak
barang.

Sekarang duit yang sama boleh beli sedikit saja barang.

Anda akan mendapati kuasa beli duit kertas semakin mengecil akibat inflasi.

Contoh sebenar. Saya sekolah darjah 1 tahun 1997. Saya bawa 20 sen hingga 30 sen
sahaja sehari. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air kat kantin.

Budak-budak sekarang pergi sekolah bawa RM5 sebagai duit belanja sekolah. Sebab
harga nasi dan air zaman sekarang nie dah jauh beza dari zaman saya dahulu.
PUBLICGOLD.ME | EBOOK INISIATIF DEALER PUBLIC GOLD

Zaman 80an, belanja sekolah 20 sen-30 sen sahaja.

Harga dan saiz roti canai

Lihat kuasa beli duit kita pada tahun 2005 berbanding sekarang. Dahulu roti canai
harganya 50 sen dan saiznya besar. Sekarang harga roti canai RM1.20 sen tapi
saiznya makin mengecil.

Dengan kata lain kuasa beli Ringgit Malaysia semakin lama semakin kecil. Sebab
itulah, untuk simpanan jangka masa panjang, emas adalah simpanan terbaik.

Harga dan saiz roti canai dari tahun 2005- 2015


PUBLICGOLD.ME | EBOOK INISIATIF DEALER PUBLIC GOLD

Emas adalah aset yang sangat cair. Ia boleh ditukarkan menjadi tunai dengan
cepat

Jika anda perlukan duit tunai segera tanpa perlu menjual emas, maka anda boleh
menggunakan kemudahan pajak gadai Islam Ar-Rahnu.

Terdapat banyak institusi Arrahnu di Malaysia yang menyediakan kemudahan gadaian


emas.

Contohnya Ar-Rahnu POS, Ar-Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu Yapeim, Ar-Rahnu


Agrobank, Ar-Rahnu Koperasi Tentera, Ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad dan lain-
lain.

Anda pergi ke Arrahnu, gadaikan emas anda dan anda akan menerima tunai segera.

Kiri: Risalah Ar-rahnu Kanan: Contoh surat gadaian Ar-rahnu

Ar-Rahnu memberikan pinjaman antara 75% sehingga 80% daripada nilai emas anda.
Nilai pinjaman ini pula dikira berdasarkan kepada harga emas semasa.

Kombinasi emas dan Ar-Rahnu sangat membantu peniaga-peniaga yang memerlukan


pusingan modal. Mereka tidak perlu membuat pinjaman bank. Mereka boleh
menggunakan emas yang disimpan sebagai cagaran pinjaman di Ar-Rahnu.
PUBLICGOLD.ME | EBOOK INISIATIF DEALER PUBLIC GOLD

Dengan kata lain, penyimpan emas bukan sekadar menikmati kenaikan harga emas di
dalam jangka masa panjang. Anda boleh menggunakan emas tersebut jika terdesak
memerlukan duit tunai.

p/s: Arrahnu ialah kemudahan pinjaman tanpa riba. Jadi ia adalah urusniaga patuh
syariah.

Kuantiti emas tidak boleh dimanipulasikan

Kuantiti emas tidak boleh dimanipulasikan oleh sesiapa. Emas perlu dicari, dilombong,
ditulenkan dan dibentuk. Ianya proses yang sukar.

Ini berbeza sekali dengan duit kertas. Duit kertas boleh dicetak sesuka hati oleh
kerajaan yang tidak bertanggungjawab.
Apabila duit kertas dicetak terlalu banyak, maka nilai duit kertas akan jatuh.

Apabila nilai duit kertas merosot terlalu banyak, ia akan mengakibatkan hyperinflasi dan
akhirnya duit kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat.

Penggunaan duit fiat membolehkan kerajaan menguasai kekayaan negara dan


memanipulasikan kekayaan negara.

Kerajaan boleh menggunakan akta-akta bagi mengiktiraf kertas/syiling sebagai duit


yang sah.

Kerajaan juga boleh menarik balik pengiktirafan tersebut sehingga menyebabkan duit
tersebut tidak boleh digunapakai.

Contoh sebenar: Kerajaan Malaysia telah menarik balik pengiktirafan nilai syiling RM1
(gambar).

Jika anda menyimpan duit ini, maka ia tidak lagi sah digunakan.
PUBLICGOLD.ME | EBOOK INISIATIF DEALER PUBLIC GOLD

Syiling RM1. Dulu bernilai sekarang tidak lagi.

Sejarah kegagalan duit kertas.

Terdapat banyak bukti kegagalan duit kertas di dalam sejarah tamadun manusia.

Sebabnya mudah sahaja. Kerajaan negara tersebut mencetak duit terlalu banyak
sehinggakan ia menjadi tidak bernilai.

Di antara kisah kegagalan duit kertas yang pernah berlaku di dalam sejarah ialah:
1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman - 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000 sehingga sekarang.

Anda boleh membaca sebahagian daripada kisah kegagalan yang kertas di dalam web
berikut: http://www.investopedia.com/slide-show/5-failed-currencies-why-they-crashed/
PUBLICGOLD.ME | EBOOK INISIATIF DEALER PUBLIC GOLD

Kajian kes: Hyperinflasi di Zimbabwe.

Zimbabwe merupakan sebuah negara di benua Afrika. Ia merupakan negara abad ke-
21 yang dirundung masalah hyperinflasi.

Presiden Robert Mugabe bertindak mencetak duit Zimbabwe yang terlalu banyak. Ia
tidak seiring dengan kadar barangan dan perkhidmatan negara tersebut.

Gambar: Peta Zimbabwe dan Presiden Robert Mugabe

Akibatnya ialah hyperinflasi. Kadar inflasi di Zimbabwe telah dilaporkan menjangkau


sehingga 5,000,000,000,000,000,000,000%!

Inflasi sehingga 5,000,000,000,000,000,000,000%!


PUBLICGOLD.ME | EBOOK INISIATIF DEALER PUBLIC GOLD

Di Zimbabwe sesiapa yang menyimpan duit kertas akan mendapati nilai duit yang
disimpan mereka akan lesap begitu sahaja.

Ini kerana duit kertas dicetak dengan berleluasa. Jika anda simpan banyak duit dan
tiba-tiba kerajaan anda bertindak sewel dan mencetak duit secara gila-gila, maka anda
akan rugi.

Emas adalah magnet kekayaan

Ini adalah rahsia emas yang terbesar.

Emas itu adalah magnet kekayaan. Menyimpan emas ibarat menarik kekayaan datang
kepada kita.

Pst! Nak kaya tak? Nah ambil rahsia pertama kekayaan iaitu:

“Spend less than you earn” atau dalam Bahasa Melayu, perbelanjaan mesti kurang
daripada pendapatan.

Wah! Senang ajer kan formula nie?

Jika pendapatan lebih besar dari perbelanjaan = Anda semakin kaya


Jika perbelanjaan lebih besar dari pendapatan = Anda semakin miskin

“Untuk kaya, pastikan duit anda tidak bocor”


PUBLICGOLD.ME | EBOOK INISIATIF DEALER PUBLIC GOLD

“Anda akan cepat miskin jika duit anda mudah bocor”

Kenapa duit kita boleh bocor?

Berdasarkan kajian saya, terdapat 3 punca utama kebocoran duit.

1. Seronok belanja.
2. Tersalah melabur (biasanya di dalam skim cepat kaya)
3. Orang pinjam duit (tapi ehem.. ehem.. tak tahu bayar)

1. Seronok berbelanja @ perabis duit

Biasanya, 2 tabiat manusia bila dapat duit adalah:

1. Nak belanja
2. Bayar hutang.

Bagaimana dengan simpan duit? Biasanya kalau ada lebihan barulah nak simpan.

Itu adalah tabiat yang buruk sebab ia tidak membantu anda membina kekayaan.
PUBLICGOLD.ME | EBOOK INISIATIF DEALER PUBLIC GOLD

Kalau anda nak bina kekayaan, simpan duit dulu, lebih baru belanja.

Cuba anda buat kira-kira. Daripada awal tahun sehingga sekarang, berapa banyak duit
yang anda mampu simpan?

Tanya diri anda, berapa banyak duit yang anda simpan tahun lepas?

Kalau simpanan anda tak banyak, tanya diri anda. “kenapa duit aku nie senang sangat
bocor?”

2. Tersalah melabur di dalam skim cepat kaya

Fitrah manusia sukakan keuntungan cepat dan banyak.

Asal ada duit kat tangan ajer.. otak mula nak fikir, macammana cara terpantas untuk
dapat pulangan.

Tuan puan sekalian. Pelaburan yang biasanya memberikan pulangan sedikit dan
makan masa.
PUBLICGOLD.ME | EBOOK INISIATIF DEALER PUBLIC GOLD

Contohnya Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Tabung Haji. Dividen yang diberi
sekarang sekitar 8% ke 9% sahaja setahun.

Setahun nak tunggu tu yeop! Lamaaaaaaa…

Bila nak cepat kaya, ramai orang terjebak di dalam skim-skim cepat kaya.

Kononnya nak untung cepat dan banyak.

Tokey skim cepat kaya nie pandai orangnya.

Mereka tahu resepi mengumpan mangsa.


1. Umpankan dengan pendapatan lumayan setiap bulan.
2. Tak perlu bekerja. Labur dan tunggu duit masuk setiap bulan.
3. Tayang kereta mewah biar memeleh air liur orang tengok.
4. Dapat komisyen banyak kalau cari orang.

Tapi risikonya tersangat tinggi. Jika anda terjebak dengan skim cepat kaya, anda boleh
kerugian besar.

Bila-bila masa sahaja penganjur skim cepat kaya boleh menutup kedai dan cabut lari.

Habis duit anda, adik beradik dan kawan-kawan.

Anda perlu belajar dari kesilapan orang lain.

Belajar dari kesilapan anda sendiri mahal harganya.

Saya pasti anda banyak membaca tetang skim cepat kaya. Banyak kategorinya kan?
Ada yang bertopengkan pertanian, mlm, forex dan banyak lagi.

Saya ingin tunjukkan satu kisah mangsa skim cepat kaya bertopengkan pelaburan
emas.
PUBLICGOLD.ME | EBOOK INISIATIF DEALER PUBLIC GOLD

Sila baca kisah dibawah.

Kajian kes: Tertipu dengan skim cepat kaya bertopengkan emas.

Tajuk akhbar: Caruman tergadai (isnin 17/2/2014)

Banting: Seorang lelaki sanggup mengeluarkan caruman Kumpulan Duit


Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya sebanyak RM50,000 bagi dilaburkan dalam
perniagaan emas dimiliki seorang lelaki hampir dua tahun lalu namun
pulangannya hanya bertahan tiga bulan sebelum syarikat serta pemilik syarikat
terbabit lesap sehingga kini.

Mangsa tidak lagi mengharapkan duitnya itu dikembalikan sebaliknya berharap lelaki
yang mempermainkan perasaan kerana tergamak menipu duit hasil titik peluhnya
sepanjang memerah keringat sebagai pekerja kilang itu dibawa ke muka pengadilan.

Adzahar Musa, 56, berkata, dia juga sangat berharap pihak berkuasa dapat mengambil
tindakan terhadap penipu berkenaan bagi mengelak mereka seusia dengannya terus
menjadi mangsa.
PUBLICGOLD.ME | EBOOK INISIATIF DEALER PUBLIC GOLD

“Sebenarnya pelbagai usaha sudah saya lakukan namun semuanya menemui jalan
buntu.

“Saya sudah penat ke sana ke mari meminta bantuan pelbagai pihak untuk
menyelesaikan masalah ini namun selepas hampir dua tahun usaha itu hanya sia-sia
kerana ia masih tidak dapat diselesaikan.

“Saya sudah tidak tahu mahu meminta bantuan sesiapa lagi kerana apa yang saya
harapkan sekarang supaya si pelaku diheret ke mahkamah,” katanya.

Menurutnya, walaupun menyesal kerana terpedaya dengan pujuk rayu ‘pengarah’


terbabit sehingga sanggup memberikan semua duit simpanan KWSP begitu saja, tiada
apa yang boleh dibuatnya lagi dan kini pada usianya, dia terpaksa bekerja sebagai
tukang kebun dengan bayaran RM300 sebulan untuk membiayai empat anak yang
masih bersekolah.

Adzahar berkata, dia terbabit dalam pelaburan emas itu selepas berkenalan dengan
seorang lelaki yang mendakwa pengarah syarikat pelaburan emas yang dipercayai
berasal dari sebuah negeri di pantai timur daripada seorang rakan pada Jun 2012.

“Saya tertarik dengan program pelaburan emas yang diterangkan sehingga pada 13
Jun 2012 saya melabur sebanyak RM20,400 dengan pulangan dijanjikan sebanyak
RM1,800 sebulan.

“Bulan pertama saya menerima pulangan seperti dijanjikan menyebabkan sekali lagi
termakan pujukan pengarah itu untuk menambah pelaburan dan pada 20 Julai, saya
memasukkan RM30,000 ke dalam akaun pengarah terbabit untuk menambah
pelaburan dan dijanjikan pulangan sebanyak 50 peratus keuntungan daripada jumlah
pelaburan.

“Namun, saya hanya menerima pulangan dua kali sahaja iaitu pada 16 Ogos sebanyak
RM1,980 dan 20 September RM2,087dan sehingga kini tiada lagi bayaran dilakukan.
PUBLICGOLD.ME | EBOOK INISIATIF DEALER PUBLIC GOLD

“Pengarah terbabit juga sudah menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi
menyebabkan saya membuat laporan polis pada 4 Mac tahun lalu,” katanya.

Katanya, sebelum menghilangkan diri, pengarah itu menghantar SMS menyatakan


pelbagai alasan mengapa dia tidak dapat membayar pulangan pelaburannya. "Selain
membuat laporan polis, pelbagai usaha sudah saya lakukan termasuk meminta bantuan
guaman tetapi sehingga kini saya masih menemui jalan buntu," katanya.

Sumber: Harian Metro

3. Orang pinjam duit tapi tak bayar

Masalah kebocoran duit yang ketiga adalah ‘orang pinjam duit tapi tak bayar balik’
Ini adalah masalah yang sangat serius! Jangan ambil mudah isu pinjam duit.

Jika anda selalu meminjamkan duit kat orang lain, maka anda akan dapati bahawa tak
semua peminjam wang jujur dalam urusan membayar balik duit anda.

Saya sendiri ada pengalaman buruk orang pinjam duit tapi tak bayar-bayar. Memang
bocor duit dan rugi emosi.

Waktu itu hati saya cakap “Kalaulah aku tak pinjamkan duit kepada si xxxx ini, selamat
duit aku. Buat rugi ajer pinjamkan dia duit aku”.
PUBLICGOLD.ME | EBOOK INISIATIF DEALER PUBLIC GOLD

Berhati-hati jika orang nak pinjam. Risikonya terlalu besar.

Kesimpulan

Berhati-hati dengan 3 penyebab kebocoran yang terbesar iaitu nafsu berbelanja,


tersalah melabur dan orang pinjam duit.

OK, sekarang anda bertanya ‘Macammana nak elakkan duit dari bocor?’
ini jawapannya:

‘Tukar duit anda ke dalam bentuk emas’

Apa sebabnya? ada 3 sebab.


1. Fitrah manusia dengan emas ialah nak simpan elok-elok
2. Fitrah manusia dengan emas ialah nak kumpul banyak-banyak
3. Emas orang tak pinjam.
PUBLICGOLD.ME | EBOOK INISIATIF DEALER PUBLIC GOLD

1. Fitrah manusia dengan emas: Anda nak simpan elok-elok.

Cuba beli emas dan peganglah ia seperti gambar di atas.

Mula-mula hati anda akan cakap ‘wah cantiknya emas nie’

Kemudian hati anda akan cakap ‘emas nie kena simpan elok-elok’

Inilah yang akan berlaku bila anda pegang emas. Anda akan fikir kat mana nak simpan
emas ini dengan selamat.

Sebab itu anda kena tukar duit jadi emas secepat mungkin.

Bila dapat duit, maka hati asyik fikir belanja atau bayar hutang ajer.. takder fikir pasal
simpan.

Sebab itu emas magnet kekayaan. Ia selari dengan fitrah manusia ingin menyimpan.
PUBLICGOLD.ME | EBOOK INISIATIF DEALER PUBLIC GOLD

Kenapa menyimpan duit sukar dibuat? Sebab fitrah manusia dengan duit ialah nak
belanja dan bayar hutang.

Bila duit dah jadi emas.. anda terpaksa simpan.

2. Fitrah manusia dengan emas: Anda teringin nak kumpul banyak-banyak.

Emas memberikan kepuasan jika dikumpulkan.

Ini kerana fitrah manusia dengan emas ialah ia seronok jika dikumpulkan. Semakin
banyak emas, semakin seronok hati anda.

Tanpa disedari, lama-kelamaan emas anda akan bertambah banyak.

Anda akan faham perkara ini apabila anda dah beli emas.

Selagi anda belum membeli emas, anda susah nak faham perasaan seronok
mengumpulkan emas.

Kajian kes: Kumpul emas sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Saya ingin berkongsi satu cerita yang menarik.

Saya pernah berjumpa seorang hamba Allah yang hobinya ialah mengumpulkan syiling
1 dinar emas (berat 1 dinar ialah 4.25 gram)

Gambar: syiling 1 Dinar Emas

Setiap kali beliau ada duit, maka beliau akan membeli 1 dinar.
PUBLICGOLD.ME | EBOOK INISIATIF DEALER PUBLIC GOLD

Beliau kumpul 1 dinar emas sedikit demi sedikit sehinggakan jumlah 1 dinar beliau
mencecah 100 keping.

Fuh! Banyak tu…

Kemudian beliau telah menjual ke semua 100 syiling 1 dinar tersebut pada harga
RM585 sekeping, ketika harga
emas tertinggi sewaktu itu.

Nilai keseluruhan 100 keping dinar emas beliau ialah RM58,500

Apa yang menarik, beliau tidak membeli emas yang besar-besar.

Beliau hanya fokus kepada emas paling kecil sahaja. “Seronok dan senang” katanya.

Namun bak kata pepatah “Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit”.

Jika anda membeli emas yang kecil-kecil tetapi secara konsisten, nanti akan banyaklah
harta emas anda.

Menarik tak kisah ini?

Saya berharap kisah ini akan memberikan inspirasi kepada anda.

Mulakan simpanan emas anda pertama secepat mungkin.

Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama.


PUBLICGOLD.ME | EBOOK INISIATIF DEALER PUBLIC GOLD

100 keping syiling 1 dinar emas beliau.

3. Emas orang tak boleh pinjam

Bila duit dah jadi emas maka orang dah tak boleh pinjam duit anda. Hehehe.. selamat
duit.

Kalau ada orang yang nak pinjam duit anda, maka anda cakap ayat ini

‘Saya minta maaflah, semua duit saya dah habis beli emas’.

Biasanya kalau anda cakap macam itu, maka orang yang nak pinjam duit anda tidak
boleh berbuat apa-apa.

Jadi terpaksalah dia pergi mencari orang lain pula.

Takkan orang tu nak cakap “Kalau macam itu, boleh tak saya pinjam emas tuan@puan
sekejap?”

Jadi, selamatlah duit anda kerana dah ditukarkan ke dalam bentuk emas.
PUBLICGOLD.ME | EBOOK INISIATIF DEALER PUBLIC GOLD

Itulah sebab kenapa emas itu dipanggil magnet kekayaan.

Jadi tuan puan pembaca sekalian, inilah 3 sebab utama kenapa anda perlu
menukarkan duit kertas kepada emas.

Mari kita ulang suara…


1. Bila duit jadi emas, maka anda kena simpan elok-elok.
2. Bila dah beli emas, nanti akan rasa seronok nak kumpul banyak-banyak.
3. Emas orang tak pinjam.

Pesanan:
Walaupun anda tidak digalakkan meminjamkan duit kepada orang yang terdesak,
kerana risiko tidak membayar hutang adalah tinggi, namun saya menggalakkan anda
memberi duit sebagai sedekah kepada mereka yang memerlukan.

Dengan niat bersedekah, hati anda akan rasa tenang kerana anda telah membantu
mereka yang memerlukan dan orang itu tidak perlu membayar balik duit anda.

Contohnya, kalau ada orang nak pinjam RM1000 ke atas, mungkin anda boleh sedekah
RM50 kepada orang berkenaan.

Beritahu dekat orang tersebut “Ini saya bagi sebagai sedekah@hadiah, tak perlu bayar
balik. Kalau nak beri pinjam, saya tak mampu”.
PUBLICGOLD.ME | EBOOK INISIATIF DEALER PUBLIC GOLD

25 SOALAN CEPU EMAS YANG KERAP DITANYA SEBELUM MEMBELI EMAS

Seterusnya saya kongsikan 30 soalan yang kerap ditanya berkaitan emas. Selepas
baca semua 30 soalan di bawah, insyaAllah anda faham dan jelas tentang ilmu
simpanan emas dan sudah bersedia untuk mula memiliki emas dengan cara betul,
selamat, mudah dan paling penting patuh syariah serta tidak ditipu.

1. Apakah Kelebihan Menyimpan Emas Berbanding Menyimpan Duit?

Simpanan emas jika dibandingkan dengan simpanan duit jauh lebih baik kerana:

i. Nilainya Kekal Dan Tidak Terkesan Dari Kegawatan Ekonomi & Politik. Nilai
emas kekal dan tidak terjejas walaupun berlaku ketidaktentuan ekonomi, kejatuhan nilai
ringgit (RM), dan krisis politik. Ini disebabkan nilai emas dipegang kukuh oleh berat dan
ketulenan emas itu sendiri tanpa perlu sebarang jaminan dari sesiapa. Emas adalah
wang sebenar yang telah digunakan sebagai asset penyimpan nilai paling utuh dalam
sejarah manusia.

ii. Selamat Dari Inflasi (Penyusutan Kuasa Beli). Simpan emas, tak perlu risau
kenaikan harga barang (inflasi) dalam jangka masa panjang kerana emas mengekalkan
KUASA BELI SEPANJANG ZAMAN. Sedangkan duit kertas, kuasa belinya confirm
susut dari tahun ke tahun.

Seperti hadis yang dikongsikan di atas tadi, pada zaman Nabi Muhammad s.a.w,
seekor kambing boleh dibeli dengan emas 1 dinar (berat 4.25 gram, ketulenan 999.9).
Hari ini, harga 1 dinar sekitar RM700-900, juga cukup untuk beli seekor kambing. Nilai
emas mengekalkan kuasa belinya selama 1,400 tahun. Berbeza dengan duit kertas;
PUBLICGOLD.ME | EBOOK INISIATIF DEALER PUBLIC GOLD

tahun 1980-an dulu, duit 50 sen cukup kita boleh makan besar. Tapi hari ni 50 sen
hanya boleh minum air kosong! Ini bukti duit kertas sentiasa susut kuasa belinya. Orang
simpan emas, akan selamat daripada kesan inflasi.

iii. Emas Merupakan Aset Yang Nilainya Semakin Meningkat. Rumah, Tanah dan
Emas merupakan Top 3 Aset yang nilainya semakin meningkat dari masa ke semasa.
Antara 3 aset ini, emas yang paling mudah dimiliki tanpa perlu berhutang dan
mengeluarkan deposit yang banyak. Boleh mula serendah RM100 guna wang poket
sendiri.

iv. Elak Salah Guna Wang. Ramai orang gagal mempertahankan wang yang disimpan
dalam bank hatta ASB dan Tabung Haji sekalipun, kerana sering "terguna" dan juga
mudah tergoda untuk berbelanja. Emas boleh jadi “ubat penawar” bagi menyelesaikan
masalah kebocoran simpanan wang.

2. Apakah Syarikat/Kedai Perniagaan Emas Terbaik Untuk Pelaburan Di Malaysia?

Mana-mana syarikat/kedai pun tak kisah. Tetapi kalau beli dengan tujuan menjual pada
harga lebih tinggi pada masa akan datang, kena pastikan 5 kriteria ini:

1. Harga per gram rendah


2. Spread / susut nilai rendah agar dapat nikmati keuntungan
3. Stok sentiasa ada terutamanya bila harga emas tengah rendah
4. Cawangan untuk jual beli banyak supaya memudahkan urusan
5. Jaminan oleh syarikat untuk beli balik bila kita nak jual nanti
PUBLICGOLD.ME | EBOOK INISIATIF DEALER PUBLIC GOLD

3. Syarikat/Kedai Emas Mana Yang Paling Dipercayai?

Berdasarkan penelitian saya, ada 4 syarikat emas terbaik di Malaysia:


i. Public Gold
ii. Maybank (Kijang Emas)
iii. UOB Bank
iv. Kuwait Finance House (KFH)
Selain empat syarikat di atas, ada banyak lagi, tapi empat syarikat ini yang paling
berkredibiliti dan boleh dipercayai.

4. Apakah Syarikat Emas Terbaik Di Malaysia?

So far berdasarkan pengalaman saya, Public Gold yang terbaik. Sebab paling utama,
senang dibeli, senang dijual, banyak cawangan di seluruh Malaysia dan paling
penting, terima keuntungan maksimum bila jual balik; Public Gold juga menawarkan:
i. Harga lebih murah sekitar 15% berbanding kedai emas biasa
ii. Nilai spread antara yang terendah di Malaysia. Anda boleh bandingkan sendiri
iii. Stok tiada had. Sentiasa ada walaupun harga emas rendah.
iv. Ada 18 cawangan & dealer banyak seluruh Malaysia
v. Public Gold jamin beli balik emas tu bila kita nak jual.
PUBLICGOLD.ME | EBOOK INISIATIF DEALER PUBLIC GOLD

5. Mana Lebih Baik, Buka AKAUN EMAS Di Bank Atau Beli EMAS FIZIKAL?
Beli emas fizikal lagi bagus sebab emas ada di tangan kita, dan boleh manfaatkan
emas tu dengan cara buat pinjaman ar-rahnu untuk apa-apa tujuan menguntungkan.
Risiko ditipu juga kurang kerana kita dapat lihat dan pegang emas sebenar.

Bank yang menawarkan Akaun Emas di Malaysia antaranya ialah Maybank, Public
Bank, CIMB, UOB Bank, Kuwait Finance House (KFH) dan Bank Muamalat. Setakat ni,
cuma KFH dan Bank Mualamat sahaja disahkan patuh syariah (halal). Alternatif
lain ialah Akaun Emas GAP keluaran Public Gold (bukan bank) yang juga
disahkan patuh syariah.

Public Gold (bukan bank) juga keluarkan produk seperti Akaun Emas KFH tapi dengan
ciriciri yang lebih baik. Beli emas serendah 1 gram dan simpan dengan Public Gold
secara PERCUMA. Tak perlu risau soal di mana nak simpan emas tu. Dan boleh juga
keluarkan emas fizikal bila-bila masa dan simpan sendiri.

6. Bila masa paling sesuai membeli emas? Adakah bila harga emas turun?
Masa terbaik membeli ialah bila anda faham apa itu emas, kepentingannya dan
keuntungan menyimpannya. Kalau first time, jangan tunggu harga rendah sebab anda
tak faham bila harga rendah sebelum buat belian pertama. Tak siapa tahu “how low is
low” dan “how high is high” hatta mereka yang pakar analisis harga emas sekali pun.
Jadi, beli dulu sekurang-kurangnya 1 gram. Lepas itu baru monitor harga.

Hakikatnya, orang yang tunggu harga paling rendah biasanya terpaksa beli pada harga
lebih tinggi sebab tak siapa tahu bila harga dikatakan paling rendah!

7. Mana Lebih Untung: Pelaburan Wang (ASB & Tabung Haji) Atau Pelaburan
Emas?

Bagi jangka masa pendek, ROI bergantung kepada perubahan harga emas semasa.
Ada tahun harga emas naik sampai 30%, dan ada juga turun sampai 28%. Purata
kenaikan harga emas sekitar 10% setahun sejak 10 tahun lalu. Lepas tolak kos
spread & zakat, untungnya sekitar 8% - 10%. Tabung Haji (5%), ASB (5.5% lepas
PUBLICGOLD.ME | EBOOK INISIATIF DEALER PUBLIC GOLD

tolak zakat 2.5%). Belum tolak inflasi 4%. Semak sejarah harga emas di Malaysia di
laman web rasmi Bank Negara Malaysia.

Kenaikan harga emas secara purata 11.21% (dalam USD). Menurut pendapat pakar
kewangan, kadar 10% +/- itu dianggap satu pulangan bagus untuk pelaburan.

8. Berapa Modal Paling Sikit Untuk Beli Emas?

Anda boleh mula dengan RM100 atau emas sekecil gold bar 0.5 gram (bajet bawah
RM200).

Kalau modal besar, boleh beli gold bar lebih besar atau coin dinar.
PUBLICGOLD.ME | EBOOK INISIATIF DEALER PUBLIC GOLD

1 gram emas 999 Public Gold

9. Adakah Jaminan Harga Emas Sentiasa Naik Sepanjang Masa?

Tiada sebarang jaminan. Dalam jangka pendek harga emas ada turun naik, tapi dalam
jangka panjang boleh harga emas sentiasa dalam posisi menaik disebabkan kuasa beli
duit kertas sentiasa susut. Penurunan kuasa beli duit kertas itulah yang menyebabkan
harga barang naik dalam jangka panjang, samada barang keperluan, rumah, tanah,
apatah lagi emas! Kesannya, kita terpaksa bayar duit yang lebih banyak untuk dapatkan
barang yang sama dalam jangka panjang!

Jadi kalau nak beli emas, guna duit yang agak-agak tak pakai at least dalam
tempoh setahun. Paling baik 2 – 3 tahun. Untuk jangka panjang, tak perlu risau
tentang harga. Ia hanyalah tentang persoalan masa sahaja.
PUBLICGOLD.ME | EBOOK INISIATIF DEALER PUBLIC GOLD

Ini sejarah harga emas dari 1974-2023. Kenaikan sekitar 1000% dalam nilai USD.
Selepas berlaku kejatuhan dari 2013 – 2015, harga emas mulai trend menaik sejak
2016. Ia peluang yang baik untuk membeli.

10. Ok Tak Kalau Buat Pinjaman Bank Untuk Beli Emas?

Saya tak galakkan beli emas dengan duit pinjaman sebab harga emas ada turun naik.
Emas lebih sesuai dibeli dengan duit simpanan. Kalau masih ada hutang negatif seperti
kad kredit, fokus langsaikan hutang dulu. Tak berbaloi beli emas sebab caj kad kredit
(interest 18% setahun) lebih mahal dari potensi keuntungan kenaikan harga emas.

11. Bagaimana Cara Jana Keuntungan Dengan Emas?

i. Beli dan Simpan – Jadikan emas sebagai salah satu bentuk simpanan jangka
panjang. Sekurang-kurangnya untuk tempoh 2 – 3 tahun. Kalau ada duit simpanan
jangka panjang, tukar kepada bentuk emas. Jual hanya bila nak pakai duit. Harga emas
sentiasa naik dalam jangka panjang sebab duit kertas sentiasa susut dari tahun ke
tahun dimakan inflasi.
PUBLICGOLD.ME | EBOOK INISIATIF DEALER PUBLIC GOLD

ii. Beli, Jual, Beli, Jual – Jadikan emas sebagai alat untuk “trading” seperti saham.
Prinsipnya, “beli harga rendah, jual harga tinggi”. Ulang proses ni secara kerap. Untuk
kenalpasti bila harga emas dianggap rendah, dan bila dianggap tinggi, kena tahu sedikit
sebanyak tentang Analisis Teknikal Harga Emas. Secara jujurnya, teknik ni tak
semudah teori. Cabarannya lebih kurang mereka yang bermain di pasaran saham.

iii. Berniaga Sambil Simpan Emas – Cara paling cepat untung dengan emas ialah
berniaga emas sambil menyimpan emas. Pelabur emas untung hanya bila harga
naik, tapi peniaga emas untung lebih besar walaupun harga emas turun. Dengan
platform Public Gold, penyimpan emas boleh jana keuntungan besar walaupun secara
sambilan sebab dealer mempunyai 7 kelebihan.

12. Sesuai Tak Beli Barang Kemas Untuk Pelaburan?

Barang kemas kurang sesuai untuk pelaburan, ia lebih sesuai untuk perhiasan. Kalau
untuk pelaburan, paling baik ialah emas simpanan seperti gold bar atau syiling dinar
sahaja. Barang kemas rugi bila nak jual balik sebab pekedai emas akan tolak
susut nilainya sekitar 25% - 30% daripada harga semasa. Harganya juga lebih
mahal sekitar 15% per gram berbanding emas berbentuk gold bar dan dinar. Itu belum
kira kos upah yang boleh dimanipulasi pekedai emas.

Barang kemas perhiasan kurang sesuai untuk pelaburan sebab


i. Harga lebih mahal dan kita rugi pada "kos upah tukang" (2)
ii. Kadar spread yang tinggi, iaitu sekitar 25% - 30%.
PUBLICGOLD.ME | EBOOK INISIATIF DEALER PUBLIC GOLD

13. Ok Tak Kalau Join Skim Pelaburan Emas Yang Menjanjikan Kita Dapat Income
Bulan-Bulan?
Pelaburan emas sebenar tidak menjanjikan pendapatan bulanan atau tahunan seperti
dividen ASB, Tabung Haji dsb. Kalau ada yang menjanjikan “pendapatan”, boleh jadi itu
adalah scam atau skim cepat kaya! Jauhkan diri dari mana-mana SKIM pelaburan
emas yang menjanjikan
i. Pulangan tetap
ii. Pulangan tak masuk akal, contohnya keuntungan melebihi 15% setahun.

Berhati-hati kalau beli emas, tapi tak dapat emas fizikalnya. Beli emas, pastikan dapat
emas, bukan dapat RESIT, SURAT PAJAK atau ada syarat TEMPOH MATANG untuk
dapatkan emasnya!

14. Kat Mana Tempat Simpan Emas Paling Baik Dan Selamat?
Kalau emas tak banyak, simpan di rumah dah memadai. Tapi kena hati-hati. Yang
penting, jangan simpan dalam almari atau tempat-tempat yang jadi sasaran utama
pencuri. Kalau emas banyak, atau jenis takut nak simpan kat rumah, simpan di Safe
Deposit Box di bank, ataupun syarikat swasta. Sewaan sekitar RM100 – RM550
setahun bergantung saiz box.
PUBLICGOLD.ME | EBOOK INISIATIF DEALER PUBLIC GOLD

15. Di Mana Nak Semak Harga Emas Semasa?

Emas bukan barang kawalan. Harga emas berbeza-beza antara setiap pengeluar
sebab kos pengeluaran dan kos perkhidmatan mereka berbeza, dan kadar keuntungan
juga berbeza. Anda boleh cek harga emas di website setiap pengeluar:

Jenama/ Pengeluar Emas Fizikal Website


Public Gold (PG) www.publicgold.com.my
Kijang Emas BNM www.maybank2u.com.my
UOB Bank www.uob.com.my
Kuwait Finance House (KFH) www.kfh.com.my
Harga emas dunia (harga emas mentah) www.kitco.com
Sejarah harga emas dunia (harga emas mentah) www.goldprice.org

16. Di Mana Boleh Saya Jual Balik Emas Saya?

Emas boleh dijual di mana-mana kedai emas seluruh dunia. Emas sentiasa laku dan
ada permintaan. Asalkan ianya emas tulen. Tapi kalau nak dapat HARGA
TERTINGGI, jual di tempat di mana anda membelinya. Kalau emas Public Gold, jual
terus di office Public Gold atau dealer Public Gold. Kalau beli Kijang Emas, jual balik
kepada Maybank. Kalau emas Poh Kong, jual kepada Poh Kong.

Secara alternatif. Selain jual emas, boleh consider pajak di Ar-Rahnu untuk dapatkan
PINJAMAN. Caj sebenar pajakan sekitar 1.15% sebulan atau 13.85% setahun dari nilai
pinjaman.
PUBLICGOLD.ME | EBOOK INISIATIF DEALER PUBLIC GOLD

17. Yang Mana Lebih Baik Untuk Pelaburan? Gold Bar Atau Dinar?

Gold bar dan dinar sama sahaja dari sudut potensi pelaburan. Secara umumnya, item
yang spread / susut nilai paling rendah yang paling untung. Formulanya mudah, lebih
tinggi gram emas, lebih rendah peratur spread. Item bersaiz lebih besar seperti gold bar
250 gram (spread 6%) & dan 100 gram (7%) lebih cepat untung berbanding gold bar 10
gram (9%).

Walaubagaimana pun, setiap orang mempunyai bajet dan matlamat berbeza. Jadi lebih
baik dapatkan nasihat dealer berpengalaman untuk kenalpasti item terbaik sesuai
dengan BAJET dan MATLAMAT anda membeli emas. Kesilapan memilih item juga
boleh merugikan anda.

Untuk pilih item terbaik, dapatkan nasihat dari dealer berpengalaman, dan bagi tahu
BAJET & MATLAMAT anda samada:
i. Simpan semata-mata?
ii. Nak jual bila harga naik?
iii. Jana pendapatan sebagai dealer?
PUBLICGOLD.ME | EBOOK INISIATIF DEALER PUBLIC GOLD

18. Mana Lebih Untung Beli Direct Di Office Public Gold Atau Melalui Dealer?
Sama sahaja dari sudut harganya. Cuma nasihat saya, dapatkan bimbingan dealer
sebelum bermula sebab dealer lebih tahu selok belok pelaburan emas. Untuk
pembelian, dealer boleh bantu lock harga dan place order. Nanti, buat bayaran terus ke
akaun Public Gold dan ambil emas direct dari mana-mana cawangan Public Gold
terdekat dengan anda. Itu cara pembelian emas PALING SELAMAT. Kalau PERTAMA
KALI beli emas di office Public Gold, pastikan letak nama dealer yang anda percaya
sebagai “Introducer” supaya anda dapat bimbingan PERCUMA dari dealer tersebut
jika ada sebarang pertanyaan pada masa depan. Dapatkan contact saya di email anda.
Simpan dalam handphone sekarang untuk mudah buat belian nanti.

19. Macam Mana Cara Mudah Membeli Emas Public Gold?

Boleh hubungi saya sebagai dealer sah Public Gold – refer email untuk wassap, sms,
call. Saya merupakan dealer Public Gold yang aktif dengan perkongsian ilmu emas
melalui emas2u.com. InsyaAllah saya akan tunjukkan cara mudah membeli emas
walaupun anda duduk di mana-mana seluruh Malaysia, Singapore, Brunei atau di
Indonesia. Kami berkerja dalam satu kumpulan, selepas anda dapatkan emas melalui
saya, anda akan dimasukkan ke dalam group Whatsapp yang juga disertai seorang
Master Dealer untuk bimbingan padu.

20. Berbaloi Tak Simpan Emas Dalam Ar-Rahnu?

Tak berbaloi sebab cajnya sangat mahal, mencecah 14% setahun. Ar-Rahnu bukan
tempat simpan emas, tapi untuk dapatkan pinjaman bercagarkan emas. Kaedah beli,
pajak, beli pajak; risiko sangat besar sedangkan potensi untung sangat kecil. Kalau nak
simpan, lebih baik simpan di Safe Deposit Box.

21. Apakah Risiko Pelaburan Emas?


PUBLICGOLD.ME | EBOOK INISIATIF DEALER PUBLIC GOLD

Risiko utama ialah kehilangan emas tu sendiri disebabkan kecuaian sendiri. Kedua,
harga emas boleh turun dalam jangka pendek. Tak ada jaminan dan tak logik harga
emas naik tapi tak turun-turun. Tapi ia tak ada risiko jatuh lingkup seperti risiko saham.
Ini disebabkan emas sentiasa bernilai sepanjang zaman. Ia penyimpan nilai paling
ampuh dalam sejarah manusia. Kalau nak diikutkan risiko, membiarkan duit dalam
bentuk wang kertas lebih berisiko sebab ringgit Malaysia pernah jatuh 50% setahun,
dan ianya tak pernah berlaku kepada emas!

22. Macam Mana Nak Tahu Emas Public Gold Tulen Atau Tidak?

Emas PG telahpun diuji ketulenan oleh assayer (penilai) bebas & dikeluarkan bersama
sijil ketulenan. Reputasinya yang kukuh ini membuatkan ia diterima untuk pajakan di
POS Ar-Rahnu tanpa perlu buka seal dan tanpa perlu test ketulenan! Kalau nak
yakinkan diri sendiri, saya cadangkan anda beli dulu 1 gram dan bawanya ke Pos Ar-
Rahnu untuk dapatkan pengalaman sendiri.

23. Ada Tak Emas Lain Yang Lebih Murah Daripada Public Gold?
Mungkin ada, tetapi saya boleh katakan Public Gold antara emas termurah di Malaysia.
Tetapi anda perlu tahu, harga emas lebih murah tak semestinya lebih untung. Saya
prefer emas Public Gold sebab senang beli, senang jual, dan boleh raih keuntungan
maksimum. Faktor di bawah juga membuktikan Public Gold sebagai dealer emas
terbaik di Malaysia:
i. Cawangannya banyak, dealernya ramai di seluruh Malaysia
ii. Permintaan tinggi, ia diterima ramai pelabur emas Malaysia
iii. Stok tiada had walaupun masa harga emas jatuh
iv. Harganya bergerak mengikut harga emas dunia, kita boleh buat untung dengan
turun naik harga emas
v. Public Gold jamin akan beli balik emas tu bila kita nak pakai duit.
PUBLICGOLD.ME | EBOOK INISIATIF DEALER PUBLIC GOLD

24. Bagaimana Mana Dengan Zakat Emas?

Emas simpanan kena keluar zakat 2.5% kalau cukup 85 gram (bersamaan 20 dinar)
dan di simpan dalam tempoh cukup setahun (haul). Barang kemas yang dipakai pun
kena zakat kalau lebih uruf setempat. Di KL, urufnya 150 gram. Detail, boleh rujuk
www.zakat.com.my.

25. Apa Kelebihan Pelaburan Emas Berbanding Pelaburan Hartanah?

Emas, rumah dan tanah merupakan top 3 aset yang sentiasa meningkat nilainya.
Antara 3 aset ini, emas yang paling mudah dimiliki. Tak perlu berhutang dan bayar
deposit tinggi, boleh mula serendah 1 gram, guna duit poket sendiri!

CARA MEMBELI EMAS

Hubungi saya melalui details yang telah dikongsikan dalam email muat turun
ebook ini.

NOTA & PENAFIAN: Sumber ebook ini adalah berdasarkan pengalaman dealer-dealer
Public Gold, perkongsian ilmu tentang emas yang didapati dari internet, dari
perkongsian jaringan dealer-dealer Public Gold yang lain termasuk guru besar emas
kami, Tn Syukor bin Hashim. Jika terdapat kesilapan atau cadangan penambahbaikan
dalam ebook ini, harap dapat diajukan email ke publicgold.me@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai