Anda di halaman 1dari 10

PANDUAN ASAS EMAS

1. Apakah maksud simpanan emas fizikal?


Sebagai contoh dengan belian jongkong emas 10 gram, anda telah memiliki simpanan
emas fizikal. Simpanan ini tidak dipantau oleh kerajaan atau bank. Hanya anda sendiri
yang mengetahui berapa jumlah simpanan emas fizikal yang telah dimiliki.

Emas yang wujud dan fizikalnya boleh dipegang disebut sebagai emas fizikal. Berbeza
dengan akaun simpanan/pelaburan emas yang biasanya ditawarkan oleh bank.

Jongkong emas keluaran Public Gold

2. Bagaimana mendapatkan keuntungan melalui simpanan emas fizikal?


Anda akan mendapat keuntungan selepas menjual semula emas fizikal tersebut. Pastikan
harga telah naik dan lebih tinggi daripada harga belian terdahulu. Selagi emas fizikal
yang disimpan belum dijual, anda tidak akan mendapat keuntungan.

Katakanlah pada tahun 2000 anda pernah membeli jongkong emas 100 gram pada harga
RM3,200. Jika anda telah menjual semula emas tersebut pada tahun 2011 dengan harga
RM19,000 jumlah keuntungan adalah RM15,800.

Kijang emas keluaran Bank Negara Malaysia

PANDUAN ASAS EMAS | Adzlan Yusuf 1


3. Harga mana perlu dirujuk untuk belian dan jualan semula?

Layari www.publicgold.com.my rujuk PG Sell (harga Public Gold jual) dan rujuk PG Buy
(petak biru - harga Public Gold beli semula).

4. Kenapa memilih pelaburan emas fizikal?


Jika dibandingkan dengan pelaburan-pelaburan sah yang lain di Malaysia seperti Tabung
Haji dan ASB, saya akan memilih emas fizikal (skim-skim cepat kaya bukan kategori
pelaburan yang sah yer...).

Purata tahunan kenaikan harga emas sekitar 19.24% (tempoh 15 tahun). Layari
www.goldprice.org untuk mendapatkan rekod harga emas dunia.

PANDUAN ASAS EMAS | Adzlan Yusuf 2


5. Adakah belian emas fizikal dikenakan GST?
Sejak GST diperkenalkan pada 1 April 2015, semua kategori emas dikenakan GST.
Hanya emas yang berada didalam kategori emas pelaburan – Investment Precious Metal
(IPM) dikecualikan. Emas (IPM) seperti gold bar, coin, nugget yang berketulenan 995
keatas dan mendapat pengiktirafan London Bullion Market Association (LBMA)
dikecualikan GST.
Bermula Februari 2016, pengimport akan dikenakan GST jika gagal memastikan emas
tersebut untuk tujuan pelaburan walaupun mendapat akreditasi (LBMA).
Buat masa ini, satu-satunya emas yang diimport dan bebas GST di Malaysia
hanyalah emas Public Gold.

Emas fizikal keluaran Public Gold dikecualikan GST

6. Bilakah masa yang paling sesuai untuk membuat belian pertama emas fizikal?
Masa terbaik membuat belian pertama ialah bila anda faham apa itu emas,
kepentingannya dan keuntungan menyimpan emas. Jangan tunggu harga rendah
sebab anda takkan faham maksud harga rendah selagi TIDAK membuat belian pertama.

Belian pertama akan menjadi harga (rujukan) perbandingan kepada harga belian kedua.
Jadi barulah ada istilah “dulu aku beli lebih murah atau lebih mahal”. Ilmu emas sangat
luas, anda hanya perlu sanggup belajar untuk menguasai seninya.

PANDUAN ASAS EMAS | Adzlan Yusuf 3


7. Boleh bagi cadangan apa pilihan terbaik emas fizikal Public Gold sebagai belian
permulaan?
Pilihan terbaik adalah emas dengan harga per gram paling murah dan spread terendah.
Jongkong emas 250 gram dan 1,000 gram adalah produk keluaran Public Gold yang
memiliki spread terendah.

Untuk emas Public Gold, semakin berat (gram) semakin murah. Lihat harga emas
dibawah – 10 gram berharga RM173/g manakala 1,000 gram berharga RM169/g.

Namun begitu terpulang kepada bajet dan kemampuan pembeli. Tidak salah untuk
bermula dengan emas 10 gram sahaja (beli ikut kemampuan).

8. Apa beza keuntungan pembeli biasa jika dibandingkan dengan keuntungan yang
diperolehi oleh seorang dealer?
Keuntungan pembeli adalah bergantung kepada kenaikan harga emas. Jika harga emas
cepat naik, pembeli cepat untung. Berbeza dengan dealer yang mampu menjana
keuntungan dari semua posisi sama ada ketika harga emas naik atau turun.

Saya telah senaraikan (6) keuntungan utama yang boleh dijana oleh seorang dealer
beserta huraian lengkap. Nak tahu lebih lanjut kena baca sampai habis buku terbaru saya
PANDUAN PANTAS EMAS.

PANDUAN ASAS EMAS | Adzlan Yusuf 4


9. Apakah syarat belian untuk layak sebagai dealer?
Dengan belian emas fizikal dalam satu resit sebanyak RM30,000 anda layak sebagai
dealer. Sebagai contoh, ketika artikel ini ditulis (2-Jan-2016), 250 gram berharga
RM38,599. Anda layak secara automatik sebagai dealer jika membuat belian jongkong
emas 250 gram sekarang.

10. “Kawan saya kata jika buat belian emas pada awal Januari tahun 2016, bulan
Februari dah dapat untung” - En. Adzlan rasa betul ke?
Betul. Dengan syarat anda memiliki ilmu analisis teknikal. Nak buat untung begini tak
boleh main rasa-rasa, kena datang kelas atau seminar untuk belajar. Dalam buku terbaru,
saya terangkan dengan panjang lebar contoh kiraan keuntungan sebagai pelabur.

PANDUAN ASAS EMAS | Adzlan Yusuf 5


11. Katakan saya nak beli jongkong emas 100 gram, selamat tak simpan di rumah?
Saya sendiri tidak pernah simpan jongkong emas di rumah. Untuk keselamatan, anda
boleh menyewa peti simpanan selamat di bank atau syarikat swasta.. Public Gold ada
menyediakan perkhidmatan simpanan emas fizikal secara percuma jika belian melalui
GAP. Sekiranya anda menetap di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan memerlukan peti
simpanan selamat atau Safe Deposit Box (SDB), hubungi saya untuk pertanyaan lanjut.

Simpan emas ditempat yang selamat – peace of mind

12. Public Gold ada bagi pulangan tetap kepada pelabur?


Maaf. Kami tidak pernah menjanjikan pulangan tetap kepada pelanggan. Ini
bukan skim cepat kaya!

PANDUAN ASAS EMAS | Adzlan Yusuf 6


13. Simpanan emas fizikal kena bayar zakat?
Emas Fizikal yang disimpan melebihi 85 gram dalam tempoh setahun wajib dikeluarkan
zakat sebanyak 2.5%. Barang kemas juga dikenakan zakat jika lebih uruf setempat. Info
penuh zakat layari www.zakat.com.my

14. Adakah urusniaga Public Gold patuh syariah?


Public Gold telah menerima pengiktirafan sijil patuh syariah daripada Amanie Advisor
Sdn. Bhd. (Amanie Advisor) iaitu syarikat konsultan syariah emas yang diketuai oleh
Datuk Dr. Mohd. Daud Bakar. Untuk rekod, Public Gold adalah syarikat emas
pertama yang mendapat sijil patuh syariah di Malaysia.

PANDUAN ASAS EMAS | Adzlan Yusuf 7


15. Boleh terangkan dengan ringkas latar belakang Public Gold, reputasinya dan
bolehkah syarikat ini dipercayai?
Public Gold adalah salah sebuah syarikat yang menjual emas dan perak terbesar di
Malaysia, mempunyai 18 buah cawangan di seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia
serta bakal memiliki cawangan terbaru di Brunei dan Filipina dalam masa terdekat.

Public Gold adalah satu-satunya jenama (emas dijual oleh POS Ar-Rahnu) di seluruh
Malaysia. Selain itu emas Public Gold mempunyai status antarabangsa LBMA
(London Bullion Market Association).

Jika Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) sanggup menjalinkan kerjasama dengan Public
Gold, bukankah ini satu bukti kukuh Public Gold mempunyai reputasi tinggi dan
boleh dipercayai?

PANDUAN ASAS EMAS | Adzlan Yusuf 8


16. Berapa yuran pendaftaran sebagai pelanggan Public Gold?
Sejak beroperasi dari tahun 2008 Public Gold tidak pernah mengenakan yuran
pendaftaran kepada pelanggan. Bagi saya yuran pendaftaran ini sangat mengarut! Saya
mendapat maklumat ada beberapa syarikat emas mengambil kesempatan dengan
mengenakan yuran pendaftaran kepada pelanggan. Kononnya boleh dapat harga murah
sebagai ahli, tetapi sebenarnya harga masih jauh mahal dari emas Public Gold.

Untuk rekod, ketika panduan ini dikemaskini (14 April 2017) 101,084 orang rakyat
Malaysia telah berdaftar sebagai pelanggan sah Public Gold.

17. Bagaimana cara mendaftar sebagai pelanggan Public Gold?


Jika belum pernah membuat belian emas Public Gold, sebaik-baiknya terus hubungi saya
melalui WhatsApp 016-861 5184. Insya Allah saya akan bantu memudahkan urusan
tuan/puan.

Untuk pendaftaran secara online, layari www.kerajaanemas.com dan klik DAFTAR


PERCUMA.

PANDUAN ASAS EMAS | Adzlan Yusuf 9


MENGENAI PENULIS

Sedikit mengenai latar belakang penulis nama penuh beliau Muhamad Adzlan Bin Yusuf, mula
bersama Public Gold pada tahun 2011. Penulis merupakan pemegang rekod dengan sales atau
jualan tertinggi selama ENAM tahun berturut-turut dan berdaftar di cawangan Public Gold
Kota Kinabalu, Sabah.

Menubuhkan syarikat miliknya sendiri pada tahun 2013 untuk mengembangkan lagi perniagaan
dan ingin membantu serta memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak muda lepasan
IPT yang masih menganggur. Beliau masih aktif berkongsi ILMU di seminar seluruh Malaysia
dan telah menulis beberapa buah buku tentang simpanan, pelaburan dan perniagaan emas fizikal.

Anda boleh mengikuti penulis dipage terbaru: https://www.facebook.com/adzlanpage

Gambar – Penulis menerima anugerah Star Master Dealer Pertama, Sabah.

Pertanyaan lanjut:
Muhamad Adzlan Bin Yusuf
Star Master Dealer (PG008610) | H/p 016-861 5184

#adzlanyusuf #fast9284 #TeamAdzlan

PANDUAN ASAS EMAS | Adzlan Yusuf 10

Anda mungkin juga menyukai