Anda di halaman 1dari 4

www.KhajaNazimudeen.

com | 1
KENAPA PERLU SIMPAN EMAS SEKARANG
Oleh: Khaja Nazimudeen Yaacop | Master Dealer Public Gold | PG027585 | +60165579027

Menjadikan emas sebagai alternatif simpanan bukan lagi sesuatu yang asing.
Sebagaimana yang kita tahu, harga emas meningkat saban tahun. Ini adalah
salah satu faktor yang menyebabkan logam bersinar kuning keemasan ini
semakin diminati ramai.

Jadi, selain harga ada tak faktor-faktor lain yang membuatkan emas ni sesuai
untuk kita jadikan simpanan? Jawapannya ADA.

Antara sebab-sebab lain emas sesuai dijadikan simpanan ialah:

1. Keselamatan

Kebiasaannya kita simpan duit dalam bank. Yang kita tak sedar adalah
keselamatan simpanan kita itu tercela oleh prosedur2 yang ditetapkan oleh
institusi2 perbankan ini.

Samada sedar atau tak, duit yang kita simpan di bank akan hilang dalam
diam. Sebagai contoh, setiap kali kita keluarkan duit pasti akan dikenakan
caj. Bila akaun bank tak aktif pun, baki wang di dalamnya akan dibekukan
pihak bank. Agaknya ke mana pergi duit kita tu?

Pernah jadi pada anda tak? Saya pernah alaminya.

2. Perlindungan

Setiap rungutan kita mengenai kenaikan harga barang dan perkhidmatan


selama ni, sebenarnya berpunca dari INFLASI. Inflasi maksudnya kuasa beli
duit kita semakin susut.

Jadi untuk melindungi simpanan yang semestinya untuk kegunaan masa


depan, kita mesti backup simpanan kita dengan sesuatu yang KALIS
INFLASI (emas terkenal sebagai medium kalis inflasi kerana nilainya yang stabil
dapat mengekalkan kuasa beli dalam jangka panjang).

2017?

Kekayaan tak akan berkurang bila simpan emas.

www.KhajaNazimudeen.com | 2
3. Mudah Dicairkan

Menyimpan dalam bentuk emas secara tak langsung mengajar kita


untuk menyimpan secara bermatlamat. Apabila matlamat simpanan
kita tercapai, emas tadi mudah dicairkan (ditukar) kepada bentuk
wang dan digunakan.

Kenapa mudah? Kerana permintaan terhadap emas sentiasa tinggi


terutamanya di kedai-kedai emas, kedai pajak gadai dan peminat
emas.

4. Boleh Dijadikan Modal Pusingan

Bagi peniaga, emas ni boleh dijadikan modal pusingan. Bila perlukan


duit untuk rolling, pajak sahaja emas itu di ar-rahnu untuk dapatkan
pinjaman. Bila dah selesai urusniaga, tebus balik emas tu.

Akhir sekali, kita masih ada emas (yang dijadikan modal pusingan)
dan keuntungan tunai (hasil bisnes).

Dan yang paling penting, duit modal kita tak akan bocor. Jadi modal
bisnes kita tu akan lebih selamat dalam bentuk emas.

Emas adalah simpanan serba guna.

5. Aset Mampu Milik dan Mudah Alih

Emas juga dikategorikan sebagai aset mudah alih.

Ini kerana kemampuannya untuk bertahan lebih lama dan mudah


dialihkan berbanding aset-aset besar yang lain (tanah, rumah) jika
berlaku bencana alam.

Selain itu, pemilikannya pada harga yang berpatutan (dari serendah


harga 1gram) dan mudah juga menjadikan ia aset mampu milik.

www.KhajaNazimudeen.com | 3
6. Sendiri Punya Sendiri Uruskan

Beli sendiri, simpan sendiri dan urus sendiri simpanan / aset kita.
Tentu lebih meyakinkan berbanding diurus oleh pihak lain atau
pihak ketiga.

Sama ada anda menyimpannya di rumah atau di peti simpanan


(safety deposit), anda boleh mengambil dan menggunakannya bila
perlu.

Pendek kata, dengan menyimpan emas, kekayaan kita adalah


ditangan kita.

7. Simpan emas tahan lebih lama dari simpan duit

Simpanan dalam bentuk emas terbukti bertahan lebih lama dari


simpanan dalam bentuk duit.

Ini kerana secara fitrahnya emas dicipta supaya kita suka nak
simpan dan duit pula sememangnya untuk dibelanjakan.

Bila dah selalu tengok emas yang ada dalam simpanan, nafsu
berbelanja kepada yang tak perlu akan automatik tertutup.

Maka simpanan kita akan bertambah dan bertahan lebih lama.

Maka kesimpulannya, mulakanlah simpanan emas


SEKARANG demi masa depan kita sekeluarga.

SUDAH BERSEDIA KAN?

CALL / WHATSAPP KAMI UNTUK SEBARANG INFO DAN


BANTUAN

www.KhajaNazimudeen.com | 4

Anda mungkin juga menyukai