Anda di halaman 1dari 5

FAKTA MENGENAI EMAS DINAR

Fakta mengenai emas dinar yang merupakan mata wang sunnah nabi untuk simpanan, aset
harta, pelaburan, insurans kecemasan dan pelindung kejatuhan nilai wang.

Dinar emas merupakan mata wang berasaskan emas berteraskan mata wang Islam yang
pernah digunakan di negara Madinah al-Munawwarah pada zaman Rassulullah Nabi
Muhammad lagi iaitu dikenali dinar. Dr Mahathir bin Mohamad iaitu Perdana Menteri
Malaysia telah melihat kebaikan dinar emas untuk digunakan sebagai wang seragam dan
sama nilai sejak 2003 dengan menyasarkan negara-negara Islam dalam OIC untuk
dijadikan mekanisme pasaran global yang dapat mengatasi masalah penyangak mata
wang yang berleluasa di setiap pasaran saham.

Kelebihan Emas dinar dan dirham perak adalah penyimpan nilai paling stabil
dan terunggul sepanjang zaman, sehinggakan tercatat tercatat dalam Hadis Rasulullah
SAW:
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah
bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh
digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk
digunakan).”
Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

FAKTA MENGENAI EMAS DINAR


1. BENTUK EMAS DINAR
Bentuk emas dinar adalah bulat berbentuk syiling emas atau dikenali juga gold wafer.
Jika jongkong emas berbentuk empat segi yang juga dikenali gold bar.

2. BERAT EMAS DINAR


Berat emas dinar iaitu syiling emas yang juga matawang Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w
telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab. Emas dinar diperbuat daripada emas
24 karat (999.9) serta mempunyai berat 4.25 gram untuk 1 dinar. Berat emas
dinar ditetapkan seluruh dunia iaitu :
0.5 dinar emas beratnya 2.125 gram
1 dinar emas beratnya 4.25 gram
5 dinar emas beratnya 21.25 gram
10 dinar emas beratnya 42.5 gram

3. NILAI EMAS DINAR


Nilai emas dinar adalah stabil sejak zaman dahulu hingga kini tanpa dipengaruhi
oleh kejatuhan nilai wang yang menunjukkan inflasi sifar atau pelindung kejatuhan nilai
wang.
Contohnya, Seekor kambing berharga 1 dinar pada zaman nabi Muhammad SAW dimana
hingga kini harga seekor kambing adalah 1 dinar. Pada tahun 2000 harga seekor kambing
adalah lebih kurang RM150 seekor iaitu 1 dinar, pada tahun 2010 harga seekor kambing juga
1 dinar iaitu lebih kurang RM500 seekor dan pada tahun 2020 kini seekor kambing juga
berharga 1 dinar iaitu lebih kurang RM1000 seekor. Ini menunjukkan simpanan emas dinar
kalis inflasi, simpanan terunggul dan pelindung kejatuhan nilai wang.

4. SIMPANAN EMAS DINAR UNTUK UMRAH DAN HAJI


Simpanan emas dinar boleh dijadikan sebagai simpanan untuk menunaikan
umrah dan haji. Contohnya, bakal jemaah haji Indonesia terlibat dengan aktiviti
menyimpan dan melaburkan dinar emas melalui Gold Accumulation Plans Scheme (GAPs)
iaitu aktiviti pelaburan emas dinar bermula tahun 2000. Urusan ini diselenggara oleh ONH
(Ongkos naik haji). Jemaah haji yang menyertai ONH melalui skim ini akan memperolehi
beberapa keuntungan seperti pelindung kejatuhan nilai wang dan keuntungan daripada
harga emas yang sentiasa meningkat. Jemaah haji di Malaysia menggunakan simpanan
wang dalam Tabung Haji.

Perbandingan simpanan emas dan simpanan wang, jika pada tahun 2000 seorang
bakal haji A menyimpan wang dalam tabung haji RM8500 untuk menunaikan haji pada
tahun 2020 dan seorang lagi bakal haji B membeli emas dinar RM8500 pada harga RM38/g
ia memperolehi 223 gram emas. Pada tahun 2020 bakal haji A yang menyimpan dalam
tabung haji rasa gembira kerana dapati wang dalam tabung hajinya bertambah menjadi
Rm15,300 kerana dividen 4% setahun dimana ia gembira dapat menunaikan haji seorang
diri, manakla bakal haji B yang membeli emas pula menjualkan emas pada tahun 2020 dan
didapati ia mendapat 223 g X RM 240 (Harga selepas ditolak peratus sread dari harga asal
emas 255) iaitu RM53,520 iaitu bakal haji B dapat menunaikan haji 3 orang membawa
keluarga bersama atau untuk pergi seorang diri hanya perlu menjual 39 gram emas sahaja.
Kesimpulannya, simpanan emas dinar lebih baik dan menguntungkan untuk
menunaikan umrah atau haji berbanding simpanan wang dengan
mengurangkan kos haji dan simpanan emas lebih cepat menunaikan haji atau
umrah kerana kos haji jumlah berat semakin berkurang.

Public Gold telah melancarkan program kumpul emas, GAP (Gold Accumulation Program)
bagi mengumpul emas modal kecil serendah RM100 untuk kumpul emas pelaburan sedikit
demi sedikit untuk dapat pelbagai jongkong emas atau emas dinar yang boleh digunakan
untuk menunaikan umrah dan haji. Klik CARA BELI EMAS GAP SERENDAH RM100
UNTUK KUMPUL EMAS PELABURAN DAN EMAS DINAR atau whatsapp
0199185593 untuk maklumat dan bimbingan dalam pelaburan dan peluang perniagaan
emas Public Gold.

5. EMAS DINAR SEBAGAI PELABURAN


Simpanan dinar emas sebagai aset merupakan satu pelaburan terbaik yang
memberi jaminan nilai dan lebih selamat dan menguntungkan.
Kelebihan emas dinar sebagai pelaburan :
-Tiada risiko kredit dan merupakan aset yang selamat dan nilai terjamin.
-Emas aset yang sangat cair yang mudah dipajak waktu kecemasan wang.
-Tidak boleh dimusnahkan kerana sentiasa bernilai terkena bencana, banjir atau terbakar.
-Hak milik mutlak yang boleh diwarisi dan dipecahkan dengan mudah berbanding tanah
yang susah dipecahkan.
-Pelindung kejatuhan nilai wang dan inflasi.

6. DINAR EMAS SEBAGAI SIMPANAN ASET HARTA


Dinar Emas sebagai simpanan aset harta yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan
seperti mas kahwin, simpanan harta, pemberian hadiah, sedekah, harta cagaran di Arrahnu,
pelaburan, pembayaran zakat, cenderamata, upah perkhidmatan, aktiviti jual beli, hantaran
perkahwinan dan sebagainya.

JENIS EMAS DINAR


Public Gold satu-satunya syarikat emas di dunia yang mengeluar 2 jenis emas
dinar iaitu emas dinar lbma dan emas dinar tempatan (NON LBMA).

Emas dinar LBMA adalah emas dinar diiktiraf antarabangsa LBMA (London Bullion Market
Association) yang bersampul. Emas dinar LBMA dikeluarkan untuk mendapat pengecualian
cukai gst kerana syarat pengecualian cukai gst adalah jongkong emas pelaburan LBMA.
Public Gold telah mengeluarkan emas dinar baru (non lbma) setelah kerajaan Malaysia
menghapuskan cukai gst tahun 2020. Ketulenan emas dinar LBMA dan emas dinar
tempatan adalah sama iaitu 999.9 dan harganya adalah sama pada waktu pengecualian
cukai gst. Jika kerjaan Malaaysia mengenakan cukai gst, emas tempatan non lbma akan
lebih mahal kerana kena bayar cukai gst sedangkan emas dinar lbma bebas gst.

PERBEZAAN EMAS LBMA DENGAN EMAS TEMPATAN (NON LBMA)

1. Emas LBMA bersarung sedangkan emas tempatan (NON LBMA) tidak bersarung.
2. Emas LBMA diakui seluruh dunia iaitu mudah dijual diluar negara tanpa diuji
ketulenannya sedangkan emas tempatan NON LBMA perlu proses pengujian ketulenan
3. Emas LBMA hanya boleh dipajak di Arrahnu tertentu sedangakan emas tempatan NON
LBMA boleh dipajak di semua arrahnu
4. Emas LBMA bersarung tidak dapat merasa emas sedangkan emas NON LBMA boleh rasa
dan pegang emas sebenar
5.Emas LBMA cerewet iaitu mudah rosak sarungnya serta dipotong harga jika rosak sarung
sedangkan emas NON LBMA lasak iaitu tidak menjejaskan harga walau calar, kemek atau
rosak.

Fakta penting mengenai emas dinar adalah penyimpan nilai terunggul dan
merupakan mata wang sunnah nabi. Kuasa beli emas kekal walaupun kejatuhan nilai
wang. Emas dan perak tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya
tidak mungkin jatuh seperti wang kertas. Semua bentuk aset kertas, contohnya bon, saham
termasuk deposit bank adalah merupakan 'janji untuk membayar hutang'. Nilainya tertakluk
kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan
bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang
kertas peso Mexico. Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas
adalah kaedah terbaik dan terunggul.
Orang tua zaman dahulu menyimpan barang kemas 916 sebagai pelindung nilai dan dana
kecemasan hasil daripada pengalaman zaman perang jepun apabila wang kertas jepun tidak
bernilai. Pada zaman dahulu, belum ada emas dinar atau jongkong emas khas untuk
pelaburan, jadi orang tua zaman dahulu menyimpan barang kemas. Barang kemas
sebenarnya bukan emas pelaburan kerana ia dibuat khusus untuk perhiasan di mana
harganya mahal oleh upah tukangnya yang tinggi bergantung kepada design emas dengan
peratus susut nilai atau pertus spreadnya sangat tinggi antara 20% hingga 30%. jadi, kini
simpanan emas untuk pelaburan yang paling baik adalah simpanan emas dinar
atau jongkong emas yang dibuat khusus untuk pelaburan tanpa kos upah tukang
dengan peratus spread rendah antara 5% hingga 9% sahaja. Klik CARA BELI EMAS
PELABURAN PUBLIC GOLD untuk mula simpan emas dinar atau gold bar untuk
pelaburan.

“Jangan tunggu untuk beli emas, bukan tunggu untuk beli emas...kerana harga
emas sentiasa meningkat dan nilai emas semakin meningkat, manakala nilai
wang semakin menyusut”

Fakta mengenai emas dinar, mengenai emas dinar, fakta menarik emas dinar, fakta dinar
emas, dinar emas, emas sebagai pelaburan, kelebihan emas, kelebihan emas dinar,
keistimewaan emas dinar, jenis emas dinar, emas dinar public gold, emas dinar baru public
gold, perbezaan emas lbma dan non lbma, perbezaan emas dinar lbma dengan emas dinar
tempatan, emas dinar lbma, emas lbma public gold, pelaburan emas dan perak, pelaburan
terbaik, kenapa simpan emas dinar, perbandingan simpan emas dengan simpan wang,
simpanan terbaik untuk umrah, simpan emas untuk menunaikan haji, pelaburan emas
public gold, pelaburan emas patuh syariah, pelaburan emas dan perak Public Gold

yang dahulunya merupakan mata wang dan kini digunakan untuk simpanan pelaburan
pelindung kejatuhan nilai wang.

https://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-beli-emas/
https://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-beli-emas/cara-membeli-gold-
bar-1-gram-program-gap-public-gold/

Anda mungkin juga menyukai