Anda di halaman 1dari 7

KISAH BENAR PENGALAMAN BERCUTI DI SEPANYOL

Kisah benar pengalaman bercuti di Sepanyol iaitu pengalaman pertama kali


menjejaki negara eropah.

Pengalaman pertama kali mengunjungi Sepanyol yang tidak pernah di impikan telah
menjadi kenyataan apabila mendapat percutian percuma melalui Sales Insentif
Program Leadership seminar Public Gold Spain 2017. Setiap tahun Public Gold
mengadakan percutian percuma ke negara tertentu untuk dealer atau pengedar emas
Public Gold yang mencapai target jualan emas tertentu.

Alhamdulillah, tahun ini saya sekali lagi mendapat satu tiket percutian percuma
tajaan penuh Public Gold ke Sepanyol. Tahun lepas saya juga telah dapat satu tiket
percutian percuma ke Turki. Jadi, saya telah menghubungi pihak Public Gold untuk
mendapatkan harga satu lagi tiket pakej untuk pasangan. Public Gold menyatakan
bayaran untuk satu tiket pakej ke Sepanyol selama 9 hari 7 malam tersebut adalah
RM15k. Saya pun memujuk pasangan dengan baik semasa berada di dalam bilik
Sayang, harga pakej ke Sepanyol RM15k, jika RM8k mungkin mampu
bayarnanti kita usaha percutian program SIP tahun depan ke Iceland yea. Saya
sememangnya sudah dapat mengagak pakej percutian Public Gold memang mahal
dari pengalaman percutian ke Turki sebelum ini yang mewah seperti berada di hotel
4 atau 5 bintang, menaiki belon udara Cappadocia yang berharga 250 euro seorang,
menyewa sebuah bot cruise besar khas yang dapat memuatkan ratusan penumpang
hanya untuk peserta program yang hanya 25 orang dan sebagainya. Klik 15
TEMPAT MENARIK DI TURKI untuk melihat pengalaman dan tempat-tempat
menarik di Turki.

Di lapangan terbang Kota Bharu saya berjumpa dengan Susan Foo iaitu staff Public
Gold yang sama-sama menyertai percutian ke Sepanyol. Dalam hatiku berkata
"Nasib baik ada teman untuk bersama, awek cantik pulak tu". Kami pun
bersama-sama menaiki kapal terbang ke Lapangan terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur untuk bersama peserta program sip Public Gold yang lain untuk menaiki
kapal terbang ke Spain.
Kenneth Cheang yang merupakan pengurus, ketua, taiko, pengawal percutian
"Banyak jawatan kenneath kerana dialah yang mengurus dan menjayakan
percutian ini" memaklumkan bahawa perjalanan ke Sepanyol mengambil masa 16
jam dimana akan transit di Dubai selama 2 jam.

Perjalanan dalam Kapal terbang dari kuala lumpur ke Dubai mengambil masa 7 jam
dimana aku duduk bersebelahan dengan perempuan cantik yang aku tidak kenali,
Maka aku menegur dan berbual mesra sambil berkenalan dengannya. Wanita cina ini
sangat peramah, lemah lembut dan cantik dimana namanya ialah Fiona. Dalam
hatiku berkata "nama Fiona, macam tajuk lagu dari kumpulan 4u2c".

Apabila sampai di lapangan terbang Dubai, kami transit selama 2 jam dan aku
terkejut kerana awek Cina, Fiona juga bersama kumpulanku menyertai Program SIP
Public Gold ke Sepanyol. Aku bertanyakan miss Susan mengenai wanita tersebut
yang bukan dikalangan Master Dealer Public Gold, ia mengatakan dengan ringkas
"Big Buyer". Aku memahami maksub big buyer dan akan mencungkil rahsia
mengenai Fiona dalam penerbangan dari Dubai ke Madrid.
Ketua rombongan iaitu pengasas Public Gold, Dato' wira Louis Ng terus tetap segar
ceria dan bersemangat. Aku yang tak dapat tidur rasa mengantuk terus mengajak
Shariffuddin yang juga perokok mencari tempat merokok di Airport Dubai.
Selepas sembahyang subuh di lapangan terbang Dubai, kami menaiki kapalterbang
Emirates ke Madrid Sepanyol.

Dalam perjalanan 7 jam dari Dubai ke Madrid aku mengcungkil rahsia mengenai
Fiona, ia mengatakan bahawa suaminya mempunyai beberapa buah kilang di Johor
Bahru. Dalam hatiku berkata "memang patut la, big buyer mempunyai kilang
sendiri". Big Buyer adalah pembeli besar emas atau perak Public Gold yang membeli
emas dalam jumlah yang banyak melebihi RM3 juta dalam masa setahun untuk
dapat menyertai Program SIP Public Gold. Jadi, kita akan memahami bahawa
peniaga cina menggunakan wang untuk mendapatkan wang dengan membeli aset
atau melabur dalam pelaburan yang sah dan tanpa risiko untuk menjana keuntungan.
Emas dan perak Public Gold digunakan oleh peniaga untuk menambah
aset, pelaburan dan pusing modal perniagaan kerana sah, termurah, di
akui dunia, bebas gst, patuh syariah dan mudah dijual beli. Berbeza dengan
sebilangan peniaga melayu yang baru berjaya dalam perniagaan menggunakan wang
perniagaan dengan memberi aset yang jatuh nilainya atau pertambahan kos
kehidupan seperti kereta mewah baru, pakaian berjenama, kahwin baru dan
sebagainya. Klik CARA MUDAH BINA PERNIAGAAN untuk menjana
pendapatan pasif untuk sepanjang hidup.

Kami sampai di Lapangan terbang Madrid, Airport Barajas sebelah petang dan
tourist guard kami, Pepe sudah menunggu di lapangan terbang Madrid. Kami di
hantar ke hotel penginapan kami berdekatan dengan Air Port Madrid iaitu Marriot
Hotel. Selepas menyimpan pakaian dan berehat, kami di bawa menjelajah di Kota
Madrid.
Madrid merupakan kota paling besar sekaligus ibukota negara Sepanyol. Kota
Madrid yang terletaknya di sisi Sungai Manzanares dan di tengah Spanyol kaya
dengan warisan sejarah, kesenian, kebudayaan dan keindahan alam semula jadinya
dimana mempunyai banyak tempat menarik dan popular dengan kelab bola
sepaknya Real Madrid yang mempunyai ramai penyokong di seluruh dunia.
Kami di bawa menaiki bas besar yang boleh memuatkan 40 penumpang untuk hanya
25 peserta program sip Public Gold menyebabkan aku dapat bertukar tempat duduk
untuk menikmati pemandangan kota madrid dengan seni bina bangunan yang indah
serta penduduknya yang cantik.

Kami di letakkan di Pusat Bandar Madrid untuk berjalan-jalan atau membeli belah di
Kota Madrid. Aku mengambil peluang berkenalan dengan seorang lagi "big buyer"
Public Gold yang belum di kenali iaitu Mr Chew. Mr Chew adalah orang kaya
Serawak bergiat dalam bidang hartanah dan perumahan. Katanya ekonomi yang
teruk kini menyebabkan perniagaan kurang memuaskan dengan kejatuhan nilai
wang, perlukan aset yang bernilai tinggi seperti emas sebagai perlindungan.
Pelaburan atau perniagaan lain seperti hartanah, rumah, perniagaan memerlukan
modal yang besar, tapi pelaburan emas hanya perlukan modal yang rendah. Hanya
bermula RM100 atau membeli 1 gram emas dan mengumpul sedikit demi sedikit
akan menjana kekayaan sambil mengelak kebocoran wang untuk masa depan. Klik
CARA BELI 1GRAM EMAS GAP UNTUK MEMULAKAN PELABURAN
EMAS sebagai tapak pelaburan dan seterusnya mengumpul emas sedikit demi
sedikit untuk perlindungan, bekalan kecemasan, menjana keuntungan dan
seterusnya menjadi dealer Public gold untuk membina perniagaan, menjana
pendapatan pasif dan peluang percutian, kereta, rumah percuma dan sebagainya.
Saya juga memulakan pelaburan emas dahulu pada tahun 2010 bermula dengan
membeli emas 1 dinar lama public gold iaitu 22Karat atau emas 916 yang berharga
lebih kurang RM400. Kini emas dinar baru public gold adalah 24K atau emas 999.9
lbma untuk dapat pengecualian cukai gst.

Setelah bersiar-siar di bandar Madrid, kami balik ke hotel untuk makan malam dan
berehat setelah menempuhi perjalanan yang panjang menaiki kapal terbang. Kami
berada di musim panas dimana waktu siang lebih panjang dari malam di Sepanyol.
Suasana cerah mulai jam 7 pagi manakala pada jam 9.30 malam masih lagi cerah
iaitu baru masuk waktu Maghrib.Walaupun kepenatan, tapi pemandangan serta
keunikan bangunan di bandar Madrid menyebabkan kepenatan kami hilang.
Pengalaman mengunjungi dan berada di bandar eropah seperti Madrid adalah
pengalaman yang luar biasa yang saya tak pernah fikirkan kerana kosnya yang tinggi.
Selepas makan kami tidur awal kerana keletihan dan tidak sabar untuk melawat
tempat menarik di Madrid keesokkannya.

Terima kasih kepada Public Gold yang telah memberi peluang percutian percuma
yang akan di kenang sepanjang hidup. Kami akan berada di Sepanyol selama 9 hari
untuk mengunjungi bandar-bandar menarik sekitar Madrid hingga ke Barcelona.
Esoknya adalah hari yang menarik, kerana kami akan memasuki muzium bola sepak
di stadium Santiago Bernabeu dan seterusnya menyaksikan perlawanan bola sepak
antara Real Madrid lawan Atletico Madrid. Selepas itu barulah mengunjungi
tempat-tempat yang unik dan menarik di Madrid hingga Barcelona. Kisah, cerita,
tempat menarik serta pengalaman berada di Sepanyol akan di kongsi dalam artikel
seterusnya.

Kisah benar, pengalaman, bercuti, sepanyol,cerita, bercuti di sepanyol, pengalaman


percutian, percutian ke Sepanyol, pengalaman di sepanyol, kisah benar bercuti di
sepanyol, spain, mengunjungi sepanyol, percutian negara eropah, public gold,
program sip public gold, sales incentive program, percutian percuma

http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/15-tempat-menarik-di-turki-me
ngikut-ranking/
http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-beli-emas/cara-membeli-g
old-bar-1-gram-program-gap-public-gold/
https://www.youtube.com/watch?v=f29V3td6JW8

Anda mungkin juga menyukai