Anda di halaman 1dari 23

PELABURAN EMAS : KAJIAN KES PUBLIC GOLD Arepriah A/P Arichandran, Diyana Hafizah Baharom, Nor Adillah Sadri

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). ABSTRAK

Pelaburan emas di Syarikat Public Gold bukanlah asing lagi bagi pelabur-pelabur yang bijak. Harga yang sentiasa turun naik membuatkan pelabur-pelabur lebih berminat dan berani melabur. Public Gold merupakan syarikat yang diasaskan oleh Datuk Louis Ng pada tahun 2005 dan dengan rasminya beroperasi pada tahun 2008. Terdapat hampir 11 buah cawangan berjaya di buka termasuk yang terbaru di Ampang pada 1 Februari 2012 yang lalu. Faktor menarik tentang produk emas yang dikeluarkan oleh Public Gold ini adalah mereka mempunyai kilang emas sendiri dan membuat peleburan serta mereka bentuk produk yang dipasarkan. Di samping itu, kajian ini juga mengupas jenis-jenis instrumen pelaburan emas yang diguna pakai oleh Public Gold seperti Gold Dinar Coins, Gold Bars, Gold Coins, i-Series (barang kemas) dan Silver Bars. Perbincangan ulama juga turut dikupaskan mengatakan bahawa pelaburan emas secara fizikal seiring dengan hukum syariah. Hujah ini disokong berpendapat Public Gold memberikan bukti dan hak tasarruf (hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya pada bila-bila masa yang dikehendakinya). Faktor keistimewaan Public Gold turut dibincangkan di dalam kajian ini dan seterusnya mampu memberikan implikasi kepada pengguna. Dalam era globalisasi ini, pelabur mesti bijak dalam pengurusan wang dengan cara membuat pelaburan untuk jangka masa panjang. Ini dipengaruhi dengan faktor ekonomi yang kukuh di persada antabangsa. Justeru itu, tiada kadar faedah dan kehendak sosial dan ekonomi menjadi sebab seseorang individu itu cenderung untuk menyimpan emas ibarat 1 rumah 1 dinar.

Keyword: Public Gold (PG), pelaburan emas fizikal, dinar emas.

1.0

PENGENALAN

Emas secara amnya dikira sebagai logam yang indah dan berharga yang boleh mudah ditukar kepada tunai dan digunakan sebagai cagaran risiko. Penggunaan emas secara umum adalah sebagai aksesori emas. Akan tetapi emas juga boleh menjadi instrumen pengumpulan harta atau simpanan (Kulkanya, Amonsri, Nidpa 2010).
1

Realitinya, emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton. Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melakukan pelaburan emas adalah dengan membeli syiling emas yang dipanggil dinar emas atau bar emas (gold bar) selain daripada barang kemas. Pelaburan emas fizikal di Malaysia yang mendapat perhatian adalah dinar emas. Bekas mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah yang mula-mula sekali menyatakan minat mengenai dinar emas selepas Malaysia dan negara-negara Asia lain menjadi mangsa kepada serangan penyangak matawang yang telah membawa kepada krisis kewangan pada tahun 1997. Beliau telah mencadangkan agar penggunaan matawang dinar emas digunakan untuk membantu menyatukan negara-negara Islam (Nik Maheran, Wan Nursuzila, Aspiyati 2012). Bertitik tolak dari itu, Kijang Emas Malaysia pertama telah dicetak pada bulan Disember 2000 oleh Royal Mint Malaysia. Ia telah dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 17 Julai 2001. Kijang Emas masih lagi wujud sehingga hari ini dan hanya boleh didapati di Maybank Berhad bagi urusan pembelian dan sebagainya. Manakala pada 21 Mei 2006 pula Dinar Emas Kelantan telah dilancarkan dan ditempa oleh Mariwasa Kraf Tangan Sdn Bhd (Salmy, Sanep 2012). Senario tersebut telah mendorong kepada berlakunya perubahan dari segi penawaran dan permintaan pelaburan emas fizikal yang turut memberi kesan kepada kewujudan syarikat-syarikat yang ada pada hari ini (Dinar Emas Kelantan, Kuwait Finance dan sebagainya). Salah satu daripadanya adalah syarikat Public Gold Group yang telah bertindak sebagai pembekal instrumen pelaburan emas fizikal. Kecenderungan pemilihan Public Gold sebagai kajian kes adalah kerana secara dasarnya, penyelidik tidak mengetahui bahawa Public Gold menyediakan pelaburan emas fizikal. Sebelum kajian dilakukan, penyelidik sangat asing untuk mendengar nama syarikat ini apatah lagi mengetahui jenis perniagaan yang dijalankan. Oleh yang demikian setelah melakukan kajian secara luaran, penyelidik mendapati kajian terhadap Public Gold akan memberi banyak pengetahuan dan mampu mengubah persepsi penyelidik yang melihat Public Gold sekadar syarikat seperti kedai emas sahaja.

1.1

PUBLIC GOLD GROUP

Public Gold Group atau dikenali sebagai Public Gold telah bermula pada tahun 2008. Syarikat ini yang telah diasaskan oleh Datuk Louis Ng telah mendapat idea untuk menubuhkan syarikat ini sejak dari 2005 lagi. Berdasarkan satu wawancara dari akhbar Malaysia SME edisi June 16-29 June, 2012, beliau ingin mewujudkan satu konsep yang mudah iaitu sesiapa yang membeli emas di Public Gold mempunyai hak untuk memiliki dan kadar spread yang ditawarkan bagi tujuan menjual atau membeli pada min 5% perbezaan. Ini terbukti apabila Public Gold menjadi syarikat yang pertama di Malaysia dan juga di dunia menggunakan model perniagaan seperti ini. Selain aktiviti jual beli, Public Gold turut menawarkan aktiviti di dalam perdagangan emas seperti penempaan, penapisan dan juga pelaburan dinar emas. Ini membuktikan bahawa Public Gold adalah berbeza dari syarikat atau pembekal pelaburan sedia ada pada masa kini.

1.2

KRONOLOGI PUBLIC GOLD

Mengambil petikan wawancara dari akhbar Malaysia SME, Public Gold telah memulakan rangka pelaksanaan sejak dari 2005. Setelah rasmi didaftarkan sebagai sebuah syarikat, pelbagai perancangan yang diatur dilaksanakan tanpa menoleh kebelakang lagi. Ini dibuktikan dengan melihat kronologi pencapaian syarikat bermula Mei 2008 sehingga terkini.

Tarikh dan Tahun 23 Mei 2008 30 Jun 2008

: :

Kronologi Public Gold telah didaftarkan sebagai sebuah syarikat Mendapat kelulusan pelepasan dari Bank Negara Malaysia untuk melakukan dagangan emas fizikal

18 Oktober 2008 8 April 2009 30 Julai 2009

: : :

Melancarkan produk pertama iaitu Public Gold Bar Tersenarai dalam Malaysia Book of Records MOU penempaan Dinar dan Dirham bersama Kelantan Golden Trade Sdn Bhd.

31 Ogos 2009 15 Oktober 2009

: :

MOU bersama Royal Safe MOU harga secara langsung melalui SMS bersama Mobile Ventures Sdn Bhd

Tarikh dan Tahun 28 Februari 2010 11 Mei 2010 28 Oktober 2011 12 Januari 2012

: : : :

Kronologi Melancarkan Public Jewellery dan Public Silver Mendaftarkan tanda rasmi perniagaan. Meraih anugerah Golden Bull Awards BrandLaurete Awards

Jadual 1 : Kronologi Public Gold Sumber : laman web Public Gold/Public Gold Milestone Berdasarkan maklumat pada jadual 1, pada 15 Oktober 2009 satu MOU bersama Haynik Mobile Ventures Sdn Bhd, persetujuan bagi melaksanakan harga secara langsung melalui khidmat pesanan ringkas berjaya dilakukan. Sistem ini telah membolehkan pelabur dan pembeli yang berpotensi melihat sendiri harga pasaran emas di dunia secara terus menerus dari laman web Public Gold sekaligus melakukan transaksi atau pertanyaan melalui khidmat pesanan ringkas kepada agen Public Gold. Sepanjang tempoh dari 2008 sehingga 2012, pelbagai seminar telah berjaya dianjurkan khusus bagi mencari agen-agen yang berpotensi. Selari dengan perkembangan pesat yang dialami oleh Public Gold, sebanyak 16 buah cawangan berjaya dibuka di seluruh Malaysia bermula dengan ibu pejabat di Penang pada 1 September 2008. Terkini adalah cawangan di Ampang yang baru sahaja dibuka pada 1 Februari 2012 yang lalu. Diikuti dengan cawangan di Klang dan juga Kajang. Cawangan ini antara lainnya bagi memudahkan pelanggan mengakses dan berurusan dengan agen mereka tanpa perlu melalui orang ketiga dan sebagainya. Anugerah yang berjaya diraih membuktikan

Public Gold adalah sebuah syarikat SME yang mempunyai prestasi yang baik dan setelah mengambil kira sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara. Anugerah yang diterima juga dilihat sebagai satu pengiktirafan terhadap usaha penjenamaan dan pengukuhan Public Gold dari segi strategi jenama, prestasi dan sebagainya.

1.3

PERNYATAAN MASALAH

Memiliki emas fizikal sebagai pelaburan masih dilihat sebagai kurang mendapat pendedahan atau publisiti. Pengguna hanya memandang barang kemas sebagai satu koleksi perhiasan berjangka panjang sahaja. Tidak ramai juga yang menyedari bahawa emas ataupun barang kemas adalah salah satu instrumen pelaburan yang lebih baik berbanding instrumen pelaburan yang terdapat seperti bon dan sebagainya. Umum juga lebih mengetahui tentang saranan penggunaan dinar emas sebagai matawang tetapi tidak ramai yang sedar bahawa dinar emas boleh dijadikan sebagai simpanan yang menyumbang kepada pelaburan. Walaubagaimana pun, setakat mengetahui bentuk atau produk pelaburan emas sahaja tidak mencukupi. Ini kerana pengguna perlu lebih bijak untuk memilih pembekal pelaburan sepertimana pengguna memilih kedai untuk makan. Terdapat beberapa pembekal sedia ada di Malaysia seperti kedai emas dan institusi perbankan. Malahan terdapat juga syarikat-syarikat sendirian Berhad yang menjadi pembekal. Sungguhpun begitu, pengguna seringkali gagal membuat keputusan yang tepat ketika memilih pembekal. Berdasarkan permasalahan tersebut, kajian ini dilakukan bagi memfokuskan pelaburan emas fizikal oleh Public Gold yang terbukti mempunyai reputasi yang baik dan memberangsangkan sejak ianya mula beroperasi. Melalui hasil kajian ini, bakal-bakal pelabur akan dapat melihat keupayaan dan bagaimana transaksi berlaku tanpa ada keraguan dari mana-mana pihak. Disamping itu, aspek terpenting yang perlu diketahui juga adalah jenis produk yang ditawarkan menepati hukum syarak sepertimana yang telah dinyatakan di dalam Fatwa Parameter Pelaburan Emas oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

1.4

OBJEKTIF KAJIAN

1.4.1

Mengkaji jenis-jenis instrumen pelaburan emas fizikal yang ditawarkan di Public Gold Group.

1.4.2

Melihat keberkesanan transaksi dan melihat faktor kelainan yang ditawarkan melalui pelaburan emas fizikal dari Public Gold.

1.4.3

Mengukur tahap dan potensi Public Gold Group untuk bersaing dengan syarikatsyarikat pelaburan berasaskan emas fizikal yang terdapat di Malaysia

1.5

SIGNIFIKASI DAN KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini memberi nilai yang penting kepada penyelidik kerana penyelidik perlu mengkaji dan melihat tahap sebenar keupayaan Public Gold yang seperti diperkatakan oleh agen mereka. Terutamanya dari segi keupayaan menyediakan, memudahkan pembeli dan harga jualan yang fleksibel dan tanpa ragu. Sungguhpun begitu, masih terdapat keraguan yang perlu dikupas oleh penyelidik seperti cara transaksi , adakah patuh syariah dan sebagainya. Sebagai pengguna, ini adalah penting kerana pengguna yang berpotensi untuk menjadi pelabur akan dapat menggunakan hasil kajian ini sebagai pengetahuan tambahan pelaburan emas di Public Gold. Kajian ini dapat memberi justifikasi yang berguna sebagai panduan untuk digunakan kelak. Selain fokus kepada para pengguna, hasil kajian ini juga dapat digunakan oleh Public Gold sendiri sebagai melihat kebarangkalian pesaing mereka yang ada hari ini. Selain itu, Public Gold akan datang melihat kelemahan dan kelebihan yang mereka ada dan memperbaikinya untuk kepentingan masa hadapan. Faktor terakhir sekali adalah melihat signifikasi kepada keseluruhan yang mana, kertas kajian ini boleh dijadikan sebagai bahan rujukan ilmiah waima sehingga hari ini masih belum terdapat kajian yang khusus dilakukan kepada Public Gold. Oleh yang demikian, pentingnya kajian ini bagi membantu menambahkan bahan ilmiah yang telah sedia ada disamping berkongsi maklumat kepada umum.

2.0

KAJIAN LITERATUR

Pelaburan pada hari ini boleh ditemui dalam pelbagai kaedah dan cara. Pelaburan emas khususnya merangkumi pelbagai kaedah juga telah dikaji. Salah satunya adalah penyimpanan di dalam dinar emas (Norizaton, Nur, Abdul, 2012). Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi seseorang individu untuk cenderung menyimpan emas ataupun dinar emas. Antaranya 1) tiada kadar faedah; dan 2) kehendak sosial dan ekonomi (Norizaton, Nur, Abdul, 2012). Faktor-faktor dari kajian yang dilakukan ini berjaya membuktikan adanya signifikasi terhadap responden di kawasan kajian yang mana tahap kesedaran individu adalah bergantung kepada kesan semasa ekonomi ketika itu. Penggunaan emas atau dinar emas adalah bertujuan sebagai penyimpanan, mas kawin, pelaburan dan juga untuk menunaikan haji. Kajian lain turut mendapati bahawa perkaitan antara dinar emas terhadap produk pengguna yang telah mempunyai signifikasi hubungan yang positif. Kajian tersebut mendapati pengguna Dinar Emas adalah lebih stabil berbanding matawang US. Ini kerana ia mempunyai keupayaan untuk melindungi nilai naik turun harga dan secara beransuransur mampu untuk mengelakkan krisis ekonomi seperti inflasi atau kemelesetan (Dziauddin, Norliana, Dr Ahmad, 2012). Kajian ini adalah berdasarkan dari sudut penggunaan dinar emas sebagai matawang yang mana di Malaysia masih belum dilaksanakan. Dari sudut pelaburan, emas memungkinkan pelbagai aktiviti sepertimana yang ditawarkan oleh Public Gold. Pelaburan emas fizikal seperti barang kemas mempunyai kelemahan yang nyata dari segi kos pengambilalihan yang tinggi kerana ianya telah dibentuk dan diubahsuai serta ditambah dengan permata atau sebagainya yang memberi nilai tambah yang jauh lebih tinggi dari nilai emas. Ini termasuklah upah bagi kerja-kerja mereka bentuk barang kemas tersebut. Berbanding dengan jongkong emas dan juga dinar emas. Kelebihan bagi jongkong dan dinar emas adalah ianya mempunyai tahap kecairan pasaran yang tinggi dari aspek pembeli mahupun menjual. Ini kerana tiada kos tambahan yang diperlukan seperti barang kemas dan pengubahsuaian yang jarang sekali dilakukan bagi bentuk emas ini (Nadeshda, Thomas, 2007). Dalam perspektif ekonomi secara Islam pula, pertukaran perlu dibuat dengan garis panduan yang ketat untuk memastikan kestabilan harga dalam pasaran. Ini adalah memandangkan hakikat bahawa mana-mana ketidakstabilan atau kegawatan dalam nilai mata wang pasti akan menyebabkan masalah dalam pasaran dan mewujudkan kesukaran untuk orang ramai untuk menjalankan urusniaga dan aktiviti ekonomi. Justeru itu idea
7

menggunakan mata wang dinar emas adalah satu idea yang menarik dalam pembangunan negara-negara Islam dan blok perdagangan. Hasil kajian ini mendapati, Dinar Emas adalah satu alat pelaburan yang baru dan menjadi alternatif dalam penggunaan matawang semasa. Kajian turut memberi cadangan bagi kajian selanjutnya perlu memberi fokus kepada keberkesanan pelaburan Dinar Emas dan pelaksanaannya yang membantu mengukuhkan kestabilan ekonomi (Nik, Wan, Aspiyati, 2012). Satu kajian telah mendapati bahawa tahap kesedaran umum mengenai pengetahuan tentang Dinar Emas adalah purata. Manakala hasil kajian turut memperoleh keputusan memberangsangkan apabila responden kajian mempunyai tahap pengetahuan yang baik bagi persepsi tentang pelaburan Dinar Emas. Umum telah mengetahui tentang tahap keuntungan yang bakal diraih. Ini sekaligus memberikan isyarat yang baik dan membuktikan kesediaan telah timbul dikalangan bakal-bakal pelabur (Yusthariq, 2012). Terdapat juga satu kajian yang dilakukan bagi membuktikan pelaburan emas jangka panjang dan pendek-penentu kepada harga emas menjelaskan bahawa, emas dianggap sebagai melindungi nilai jangka panjang terhadap inflasi dan harga emas bergerak selari dengan paras harga am (Helsinki, 2007). Manakala perubahan harga nominal emas yang didominasi oleh pengaruh jangka pendek dan perhubungan diantara jangka panjang memberi kesan yang sedikit. Ini membuktikan pelaburan emas fizikal bagi sesebuah negara bagi tujuan simpanan adalah mempunyai risiko yang sedikit. Emas di Kelantan adalah sinonim tidak kira sebagai pelaburan mahupun simpanan. Seperti umum mengetahui bahawa Dinar Emas Kelantan wujud adalah berdasarkan faktor-faktor yang salah satunya adalah untuk menaikkan taraf hidup penduduknya disamping menjadi instrumen yang boleh membantu di dalam perniagaan. Pusat gadaian Ar-rahnu juga sangat aktif di Kelantan. Dan masyarakat setempat membuat gadaian barang kemas untuk membuat modal perniagaan. Selain daripada barang kemas, dinar emas juga telah digunakan. Satu kajian yang dilakukan telah mengkaji faktor yang mempengaruhi pelabur membuat pelaburan dalam dinar emas di Kelantan adalah antaranya faktor pematuhan syariah. Lima elemen dibuktikan di bawah seksyen ini adalah berdasarkan pematuhan syariah, tidak melibatkan transaksi Riba, penggunaan dinar emas dinyatakan di Suci Al-Quran dan sunnah, Musyarakah amalan dan tidak melibatkan aktiviti haram (Firdaus, Azzah, Syazwani, Nor Aslily, Saiful, 2012). Faktor yang turut dijumpai dalam kajian tersebut juga mendapati pulangan portfolio juga penting yang mana ianya memberi kepuasan kepada pelabur, keupayaan pelabur, hubungan dengan
harga minyak, turun naik harga pasaran semasa dan kaedah dalam menjual atau membeli.

3.0

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian yang dilakukan bagi kajian kes ini adalah secara pengumpulan data kualitiatif yang berbentuk deskriptif. Terdapat tiga jenis bentuk data deskriptif yang dipilih iaitu :

3.0.1

Hasil pengamatan penguraian terperinci mengenai situasi, kejadian, interaksi dan tingkah;

3.0.2 3.0.3

Hasil temubual diperoleh hasil daripada penerangan wakil jualan Public Gold; Bahan bertulis seperti jurnal ilmiah yang melakukan kajian terhadap emas, pelaburan emas, dinar emas dan sebagainya.

Daripada ketiga-tiga jenis data yang diperolehi, ianya dapat membantu menghasilkan kajian mengenai aktiviti Public Gold Group yang meliputi pelbagai aspek terutamanya fokus diberikan adalah pelaburan. Analisis kajian kes juga bergantung kepada keberkesanan hasil data yang diperolehi daripada pembacaan jurnal-jurnal ilmiah yang didapati dari laman web. Jurnal-jurnal yang diperolehi adalah dalam pelbagai bentuk kajian samada di Malaysia, Thailand, Indonesia dan lain-lain negara juga. Selain itu, kajian kes ini turut memberi tumpuan kepada pesaing-pesaing Public Gold Group yang dilihat semakin berkembang pada hari ini. Secara tidak langsung ini dapat mengukur keistimewaan, tahap keupayaan Public Gold itu sendiri untuk terus kekal di dalam perniagaan ini.

4.0

ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

Analisis daripada kajian literatur yang telah dilakukan mendapati, pelaburan emas fizikal memberi banyak manfaat, faedah bukan sahaja kepada individu tetapi turut memberi kesan kepada ekonomi negara. Pada tahap sekarang, perkembangan terhadap permintaan semakin meningkat berikutan kesedaran umum tentang keperluan menyimpan emas pada masa kini. Faktor pendorong juga dilihat sebagai salah satu aspek penting mengapa emas menjadi pilihan instrumen pelaburan masa kini iaitu harga emas yang sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Perlu diperbetulkan sesetengah tanggapan umum bahawa, harga emas masih ada turun naiknya tetapi yang dimaksudkan dengan sentiasa meningkat adalah ketika harga emas dunia jatuh sekali pun, nilainya tidak akan turun sehingga paras terendah dari sebelumnya. Nilai emas masih dianggap tinggi. Antara perkara yang menjadi perhatian pelabur-pelabur emas masa kini adalah, emas tidak boleh dimanipulasikan. Ini menjadikan emas sentiasa berniali dan ianya sangat berbeza dengan wang fiat. Tahap kecairan emas juga tidak perlu dipersoalkan kerana tiada aset lain yang boleh menandingi tahap kecairan emas. Ini menjadi aset terpenting buat sesebuah negara untuk mengekalkan tahap ekonomi mereka. Pelaburan emas fizikal dari sudut pandangan agama turut menyarankan transaksi jual beli emas haruslah memenuhi rukun jual beli yang digariskan oleh syarak. Sepertimana idea dan konsep awal pelaburan emas fizikal di Public Gold Group, pembeli berhak memiliki emas tersebut dan perlu meyimpannya. Ini amat selari dengan syarat umum jual beli iaitu perlu ada pihak yang berakad, item pertukaran dan sighah (Dr. Ashraf, Lomanulhakim, 2011).

4.1

INSTRUMEN PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD

Public Gold Group mempunyai Public Gold Marketing Sdn Bhd yang bertanggungjawab menguruskan pelaburan emas seperti bar emas, syiling emas dan juga barang kemas. Selain itu anak syarikat Public Gold Group iaitu Public Dinar Sdn Bhd bertanggungjawab menguruskan pelaburan di dalam bentuk dinar emas. Public Gold menjual bar emas 999.9 yang beratnya diantara 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram dan 250 gram. Manakala untuk syiling emas, Public Gold menjual syiling 50 gram. Setiap satu bar emas yang dihasilkan oleh Public Gold mempunyai sijil ketulenan yang disahkan oleh Certified Assayer (Assay Office Penang Sdn Bhd). Pembeli/pelabur tidak perlu ragu-ragu dengan tahap ketulenan emas yang ditawarkan di
10

Public Gold kerana umum perlu mengetahui bahawa Public Gold juga menjadi syarikat pengeluar bar emas pertama di Malaysia yang diuji mutu dan ketulenannya oleh Assayer yang bertauliah. Setiap transaksi akan disertakan bersama-sama sijil ketulenan emas tersebut. Ini tidak terdapat pada mana-mana syarikat lain di Malaysia setakat ini. Dinar Emas yang ditawarkan di Public Dinar adalah merujuk kepada 1 dinar kepada syiling 22 karat (emas 916) yang beratnya 4.25 gram. Public Dinar mengeluarkan dinar emas ini dalam 3 nilai iaitu 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar. Transaksi pembeli dinar emas juga akan disertakan dengan sijil ketulenan sebagai bukti ketulenan. Public Gold juga turut mengeluarkan barang kemas sebagai alternatif kepada pelaburan emas syiling, jongkong/bar dan dinar. Ianya masih tergolong di dalam pelaburan emas fizikal. Sebagaimana hasil analisis yang telah ditemui pada kajian literatur, barang kemas adalah berbeza kerana ianya dikeluarkan dalam bentuk gelang tangan, rantai leher dan juga loket. Public Gold menamakan produk ini sebagai i-Series. Ianya boleh digadaikan di mana-mana Ar-Rahnu yang menawarkan pajakan barang kemas.

4.2

KEISTIMEWAAN DAN PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD

Public Gold adalah sebuah syarikat yang sangat berbeza jika hendak dibandingkan dengan syarikat yang menawarkan perniagaan yang sama. Public Gold tidak seperti kedai barang kemas dan bukan juga seperti bank-bank yang menjual syiling emas. Cara membelinya cukup mudah dengan hanya melalui agen-agen dan cawangan-cawangan yang terdapat di seluruh negara. Pelabur/pembeli mudah untuk mengakses senarai agen dan cawangan di laman web Public Gold itu sendiri. Selain itu, pelaburan di Public Gold mempunyai variasi emas yang pelbagai sepertimana yang telah dibincangkan pada tajuk instrumen di atas. Faktor kredibiliti syarikat ini sendiri memainkan peranan yang cukup besar kepada pelanggan. Mengambil kira faktor kewangan yang kukuh, menjadikan Public Gold tergolong di dalam syarikat yang mampu menerima permintaan pada bila-bila masa daripada pelanggan mereka. Public Gold turut memperkenalkan satu sistem yang cukup mudah iaitu pelanggan berpeluang melihat sendiri harga emas secara langsung di laman web Public Gold. Ini memudahkan pelanggan membuat jangkaan atau merancang pembelian mereka. Harga emas di Public Gold akan berubah setiap 20 minit mengikut harga emas antarabangsa. Pelanggan boleh mendapatkan harga yang terbaik bagi pembelian tersebut tanpa perlu menunggu masa yang lama.
11

PG (Public Gold) mengenakan kadar spread (beza harga jual & beli) yang kompetitif iaitu bagi belian semula dengan kadar terendah sekitar 4-10% manakala jongkong pula 4% -8% dan silver 12%-16%. Sebagai contoh, formula pengiraan spread adalah :

Harga Jual - Harga Pembelian Balik x 100 Harga Belian Balik Harga emas pada 30 Jun 2012, 11:15 pagi.

= Spread%

PG Sell PG Buy Spread (Inclusive all costs, FOB Ex Penang, Malaysia) 10 gram 20 gram 50 gram 100 gram 250 gram 500 gram 1 Dinar 2 Dinar 5 Dinar 10 Dinar 1,773.00 3,514.00 8,744.00 17,406.00 43,311.00 86,621.00 720.00 1,441.00 3,586.00 7,139.00 1,631.00 3,303.00 8,263.00 16,536.00 41,362.00 82,723.00 677.00 1,354.00 3,388.00 6,782.00 8.71 6.39 5.82 5.26 4.71 4.71 6.35 6.43 5.84 5.26

5 gram 10 gram 20 gram 50 gram 100 gram

i-Series 22K Jewellery 824.00 742.00 1,648.00 1,484.00 3,297.00 2,967.00 8,242.00 7,418.00 16,483.00 14,835.00 Jadual 2 : Harga Emas Sumber : laman web Public Gold

11.05 11.05 11.12 11.11 11.11

Berbanding emas yang dijual di kedai emas, mereka akan mengenakan spread antara 1520%. Jika di kedai emas, mereka mengenakan caj tambahan yang tinggi contohnya seperti di Tomei, jika membeli emas PAMP Suisse 50g caj mereka RM300. Manakala di HABIB mengenakan RM132 untuk workmanship cost. Sedangkan di Public Gold hanya mengenakan RM40 sahaja untuk transport kos dari dan luar Penang yang mana ianya tertakluk kepada jenis dan berat jongkong dan emas.

12

Antara keistimewaan harga emas di Public Gold adalah pelanggan boleh mendapatkan harga pada ketika mereka mahu. Atau istilah ini dipanggil sebagai locked. Ini kerana, harga emas berubah pada setiap 20 minit. Pelanggan hanya perlu mengemukakan tempahan melalui email, sms, secara online, telefon ataupun faks mengikut syarat dan terma berserta harga pembelian yang dikehendaki. Seterusnya setelah persetujuan harga diperolehi, pembayaran harus dilakukan dalam tempoh 24 jam kepada Public Gold dan pelanggan perlu mengambil emas yang telah dibeli beserta bukti pembayaran bagi tujuan tuntutan. Berdasarkan Parameter Pelaburan Emas yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, produk Public Gold mematuhi syarat-syarat transaksi jual beli emas iaitu mempunyai 1) pihak yang berakad, 2) Harga Belian yang jelas diketahui, 3) Barang belian mestilah nyata dan wujud, 4) Sighah iaitu kontrak jual beli tanpa tangguh, 5) adanya penyerahan harga kaedah bayaran dan terakhir sekali 6) tiada unsur penangguhan harga atau bayaran. Sebagaimana istilah locked harga yang di lakukan di Public Gold, pelanggan harus bersetuju dengan harga tersebut dan melakukan transaksi bayaran dalam tempoh 24 jam. Ini jelas mengelakkan unsur penangguhan. Pelanggan juga tidak perlu tercari-cari bekalan sekiranya membeli dengan Public Gold kerana stok yang sentiasa ada. Public Gold mempunyai kilang emas sendiri dan ini membolehkan mereka mendapatkan stok emas dengan mudah. Ini adalah satu kelebihan yang sangat baik kerana pelabur boleh membeli emas ketika harga emas jatuh. Public Gold turut menawarkan jaminan belian balik yang bermaksud jaminan membeli balik emas pada harga belian balik walaupun emas mengalami kecacatan fizikal seperti calar, tergores, bengkok atau kemek asalkan berat emas adalah sama seperti di dalam sijil ketulenan. Selain itu, di kedai emas hanya membeli emas yang emas dari kedai mereka sahaja tetapi tidak bagi emas yang bengkok dan calar. Di Public Gold, mereka tetap membelinya semula kerana mereka sendiri membuat peleburan dan reka bentuk.

13

4.3

PESAING-PESAING PUBLIC GOLD

Jadual 3 memberikan maklumat terperinci mengenai pesaing-pesaing dan instrumen yang ditawarkan termasuklah Public Gold. Seterusnya perbandingan dilakukan bagi menilai kelemahan dan juga kelebihan bagi setiap pesaing-pesaing yang ada.
PERBANDINGAN EMAS PUBLIC GOLD DENGAN INSTITUSI-INSTITUSI YANG LAIN JENIS-JENIS PELABURAN EMAS KRITERIA PUBLIC GOLD 1) Dinar Emas 2) Syiling Emas/Jongkong Emas 3) I-series-rantai leher,rantai tangan dan pendant 1) 10 gram, 20 gram, 50 gram & 100 gram Saiz 2) 1 dinar, 5 dinar & 10 dinar 1 oz, 1/2 oz & 1/4 oz 2) Kinebar MAYBAN K UOB BANK KUWAIT FINANCE DINAR KELANTAN KEDAI EMAS (TOMEI, POH KONG DAN WAH CHAN) 1) PAMP Suisse 2) Poh Kong Bunga Raya 3) Barang Kemas 1) PAMP Suisse 1 gram & 5 gram 1/2 dinar, 1 dinar, 2 dinar, 5 dinar & 8 dinar

Bentuk/ Jenis

Syiling Kijang Emas

Bar

Bar

Dinar Emas

1) PAMP Suisse 2) Lady Fortuna 3) 1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram & 100 gram 24K (999.9) emas sahaja

Ketulenan

24K (999.9) emas sahaja

24K (999.9) emas sahaja

24K (999.9) emas sahaja

99.50% emas sahaja

24K (999.9) emas sahaja

KELEBIHAN / KELEMAHAN UOB BANK KUWAIT FINANCE DINAR KELANTAN Tidak Dinyatakan Murah Boleh Gadai Patuh Waktu bekerja Terhad KEDAI EMAS (TOMEI, POH KONG DAN WAH CHAN) Tinggi (18% - 25%) Mahal Boleh gadai (barang kemas) Tidak jelas Waktu bekerja Banyak seluruh malaysia

KRITERIA

PUBLIC GOLD

MAYBANK

Spread Harga Gadaian - Ar Rahnu Syariah Waku Operasi Cawangan

Rendah (4.5% - 10%) Murah Boleh Gadai (jongkong emas, Iseries) Patuh 24 jam (online) 16 cawangan

Rendah (3.9% - 7.4%) Murah Boleh Gadai Patuh Waktu perbankan 32 cawangan

Rendah (3.15%) Sederhana Boleh Gadai Tidak jelas Waktu perbankan Terhad

Tinggi (3.4%) Sederhana Tidak boleh gadai Patuh Waktu perbankan Terhad

14

KELEBIHAN / KELEMAHAN KRITERIA PUBLIC GOLD MAYBANK UOB BANK Sukar diperolehi Tunai dan Kad kredit Tidak boleh terima emas guris, calar,bengko k dan kemek Tiada Tidak boleh dibuka Telefon terlebih dahulu sebelum datang Perlu KUWAIT FINANCE Sukar diperolehi Tunai dan Kad kredit Tidak boleh terima emas guris, calar,bengkok dan kemek Tiada kos penyimpanan Tidak boleh dibuka Telefon terlebih dahulu sebelum datang Perlu DINAR KELANTAN Sukar diperolehi Tunai dan Kad kredit Tidak boleh terima emas guris, calar,bengkok dan kemek Tiada KEDAI EMAS (TOMEI, POH KONG DAN WAH CHAN) Sentiasa Ada Tunai dan Kad kredit (mungkin ansurans dan tanpa faedah) Tidak boleh terima emas guris, calar,bengkok dan kemek

Stok Cara pembayaran

Sentiasa Ada Tunai dan Kad kredit Boleh terima emas guris, calar,bengkok dan kemek (sebab mempunyai kilang sendiri untuk melebur) Kos pengangkutan di luar pulau pinang Boleh buka

Terhad Kad kredit maybank sahaja dan tunai Tidak boleh terima emas guris, calar,bengkok dan kemek Tiada

Keadaan emas ketika jualan balik Kos-kos lain terlibat Sarung emas

Kos workmanship Boleh dibuka tetapi harga menjadi kurang (PAMP Suisse, Bunga raya) Datang sendiri.Jual balik dikira emas terpakai

Boleh buka

Boleh buka Harga belian balik tidak dinyatakan. Perlu dihubungi Perlu

Pelaburan

Harga berubah setiap 20 minit

Tidak boleh booking. Datang sendiri. Perlu untuk tujuan gadaian

Perlu ada sijil/ resit ketika jual

Tidak perlu 1) Boleh terima emas lain (sebab mempunyai kilang sendiri untuk melebur) 2 ) Melabur sambil berniaga 3) Agen di seluruh Malaysia

Perlu

Lain-lain Keistimewaan

Tiada

Tiada

Tiada

Tiada

Tiada

Jadual 3 : Perbandingan Jenis Pelaburan Emas

Berdasarkan jadual perbandingan di atas, antara Public Gold dengan 5 lagi institusi iaitu Maybank, UOB Bank, Kuwait Finance, Dinar Kelantan dan kedai emas (Tomei, Poh Kong dan Wah Chan) didapati mempunyai produk jongkong emas mengikut bentuk, jenis dan saiz masing- masing mengikut kesesuaian. Jikalau dibandingkan dengan ketulenan emas didapati hanya jongkong emas daripada Kuwait Finance menawarkan kualti emas 99.5% lebih rendah kualiti emas yang sepatutnya 99.9%. Harga jongkong emas yang ditawarkan oleh Public Gold, Maybank dan Dinar Kelantan kerana emasnya lebih murah berbanding dengan UOB Bank, Kuwait Finance dan Kedai Emas.
15

Antara spread yang paling rendah adalah UOB Bank tetapi stok sukar diperolehi; diikuti dengan Kuwait Finance kerana kualiti emas rendah; Maybank tetapi stok sukar diperolehi dan akhirnya Public Gold dengan stoknya sentiasa ada.Di kedai Emas pula, stoknya sentiasa ada tetapi spreadnya tinggi dan harganya juga mahal. Selain kos belian emas, tiada sebarang kos kecuali Public Gold mengenakan kos pengangkutan sekiranya

pembeli luar dari Pulau Pinang dan Kedai Emas mengenakan kos upah. Public Gold, Maybank, UOB Bank, Dinar Kelantan dan kedai emas (barang kemas) boleh dibuat gadaian di Ar-Rahnu. Ini adalah kerana sewaktu membuat permohonan untuk gadaian perlulah membuka sarung emas bagi tujuan menguji ketulenan. Bagi jongkong emas yang ditawarkan oleh Kuwait Finance tidak boleh buka sarung dan sekiranya dibuka mereka tidak akan menerima sekiranya jual balik. Manakala dikedai emasnya pula, emas masih boleh gadai tetapi sekiranya dijual balik akan dianggap sebagai emas terpakai. Kesemua institusi beroperasi pada waktu bekerja kecuali Public Gold beroperasi selama 24 jam dan berurusan secara online sahaja. Di samping itu, tidak ada institusi menerima balik emas sekiranya emas tersebut guris, calar, kemek dan bengkok kecuali Public Gold kerana mempunyai kilang emasnya sendiri di Pulau Pinang. Emas tersebut dileburkan dan boleh dijual balik. Mana-mana pelabur yang mempunyai barang kemas emas yang sudah cacat boleh juga menjual kepada Public Gold. Apa yang menarik di Public Gold adalah harganya sentiasa berubah setiap 20 minit dan yang lain perlu telefon terlebih dahulu untuk menjual dan perlu hadir sendiri. Public Gold juga menawarkan kepada sesiapa untuk menjadi agen dengan melabur sambil berniaga.

4.4

ANALISIS SWOT PUBLIC GOLD

Emas menjadi salah satu keperluan untuk manusia bagi menjamin masa depan dan menjana kekayaan kepada pelabur. Public Gold dengan mempunyai kelebihan yang sedia ada digunakan untuk menerokai pasaran disamping memberi keuntungan kepada pelabur kerana harga emas sentiasa mengatasi inflasi. Emas juga sangat terjamin kerana nilainya akan meningkat dalam suatu tempoh masa kerana ianya sangat diperlukan di dalam pelbagai industri dan permintaan terhadap emas adalah sentiasa meningkat. Disamping itu, dapat mempelbagaikan pelaburan dan mendapat keuntungan dalam tempoh masa tertentu serta anggaran kenaikkan harga emas adalah sekitar 20% setahun.

16

Berikut adalah jadual analisis SWOT yang mengambil kira faktor-faktor dalaman dan juga luaran merangkumi kekuatan, kelemahan, peluang dan juga ancaman.

Jenis Faktor KEKUATAN Dalaman Mempunyai modal saham sebanyak RM10juta. Mempunyai kilang untuk menempa emas dan stok yang tidak terhad PELUANG Luaran Meneroka pasaran Singapura, China, Brunei pada pertengahan sehingga akhir tahun 2012 KELEMAHAN Terdapat lambakan dealer atau agen yang tidak dapat diberikan fokus oleh syarikat kepada mereka

ANCAMAN Pesaing-pesaing sedia ada yang memberi kadar spread lebih rendah. Spekulasi skim emas

Jadual 4 : Analisis SWOT

Bagi faktor kelemahan yang ditemui pada Public Gold, penyelidik mendapati untuk menjadi dealer atau dipanggil agen kepada Public Gold, seseorang perlu melabur pada peringkat permulaan bagi jumlah yang telah ditetap. Mengambil kira sebab ini, seseorang yang berminat membeli, melabur di Public Gold secara automatiknya layak untuk bergelar dealer/agen asalkan mempunyai kewangan yang mencukupi. Oleh kerana itu, Public Gold tidak dapat mengawal lambakan dan memberi fokus kepada setiap dealer mereka. Sungguhpun begitu, asas perniagaan ini adalah menjual produk dan syarikat lebih memberi fokus kepada faktor penjualan yang meningkat setiap hari. Melihat dari segi ancaman yang dihadapi oleh Public Gold pula, syarikat perlu melakukan inisiatif atau memberi maklumat kepada orang ramai bahawa Public Gold bukan seperti perniagaan MLM atau menganjurkan skim kepada sesiapa. Ramai orang beranggapan Public Gold adalah begitu kerana faktor persaingan jelas semakin sengit dan ini akan mengelirukan pelabur-pelabur dengan maklumat yang tidak jelas dan tepat.

4.5

PERUNDANGAN

Melihat dari segi ketelusan perniagaan ini, Public Gold telah mendapatkan kelulusan dari Bank Negara Malaysia yang mana ianya adalah satu tiket bagi Public Gold melakukan perniagaan jual beli emas. Kelulusan adalah seperti surat di lampiran. Oleh yang demikian Public Gold hanya terlibat dalam urusan jual dan beli emas sahaja seperti kedai17

kedai emas yang lain. Tiada skim pelaburan emas yang ditawarkan melainkan beri duit dapat emas dan emas itu pembeli akan simpan dan tiada kontrak untuk belian semula. Terpulang kepada pembeli samada mahu menjualnya pada bila-bila masa. Selain itu, Public Gold juga tidak menjanjikan apa-apa pulangan dalam bentuk duit seperti imbuhan/pendapatan/dividen tetap daripada pembelian emas. Seperti yang sedia maklum, emas Public Gold dijual mengikut harga pasaran Dunia dan mempunyai sijil pengesahan daripada Assayer bebas iaitu Penang Assay Office Sdn. Bhd. Sijil ini dapat dirujuk pada website Public Gold.

Surat kelulusan daripada Bank Negara kepada Public Gold

18

5.0

IMPLIKASI

Berdasarkan dapatan kajian yang telah dilakukan, penyelidik dapat melihat bahawa pelaburan melalui Public Gold adalah selamat dan menepati syarat. Cara pengendalian adalah telus dan tiada perkara yang tersembunyi (hidden). Ini antara faktor terpenting yang dilihat oleh pelabur muslim. Selain daripada faktor keistimewaan Public Gold, kajian ini berjaya melihat kesan keuntungan yang mampu diraih oleh setiap pelaburnya hasil daripada sistem yang digunakan. Melihat kepada instrumen pelaburan i-Series 22K Jewellery Public Gold, perbandingan telah dibuat dengan mengambil contoh kedai emas sedia ada. Jadi perbezaan ini perlu diambil kira untuk mendapatkan keuntungan pada masa hadapan. Perlu diingat bahawa kedai emas mengambil caj upah yang tinggi. Manakala emas pula telah dicampur dengan batu permata dan sebagainya. Ini menjadikan nilai emas itu menurun selain dari faktor susut nilai. Emas i-Series 22K Jewellery mempunyai rekabentuk yang minimun bagi memberi nilai yang tinggi pada masa hadapan. Ini adalah contoh terbaik bagi pelabur yang ingin memulakan pelaburan emas fizikal melalui barang kemas. Mengambil faktor harga dan masa, ini sangat penting bagi menjana keuntungan para pelabur. Pelabur disaran melihat harga semasa yang dikemaskini setiap 20 minit di laman web Public Gold. Tidak memerlukan agen untuk melihat harga pasaran atau tidak perlu ke kedai untuk mengetahuinya. Selain itu, pelabur juga perlu sentiasa peka dengan spread. Bagaimana? Pelabur boleh mengira sendiri spread sebagaimana contoh pada jadual 2, dan pelabur perlu memantau dari semasa ke semasa. Ini kerana, Public Gold tidak dapat menentukan harga emas naik atau jatuh sebaliknya bergantung kepada pasaran antarabangsa (Amerika). Jadi, bagaimana keuntungan itu dijana adalah melalui spread. Masa yang tepat juga sangat membantu pelabur untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi ketika membeli atau melakukan jualan balik. Jadual 5 memberikan perbandingan harga mengikut tarikh. Contoh spread turut dinyatakan pada kolum terakhir yang menunjukkan perbezaan pada kedua-dua tarikh. Sebagai pelabur yang peka, mereka harus meneliti bilakah masa yang sesuai untuk membeli dan masa yang sesuai untuk menjual (in and out point).

19

Harga emas pada 30 Jun 2012, 11:15 pagi PG Sell PG Buy Spread

Harga emas pada 14 Julai 2012, 11:35 pagi PG Sell PG Buy Spread

(Inclusive all costs, FOB Ex Penang, Msia) 10 gram 20 gram 1 Dinar 2 Dinar 1,773.00 3,514.00 720.00 1,441.00 1,631.00 3,303.00 677.00 1,354.00 8.71 6.39 6.35 6.43

(Inclusive all costs, FOB Ex Penang, Msia) 10 gram 20 gram 1 Dinar 2 Dinar 1,751.00 1,611.00 3,471.00 3,262.00 711.00 669.00 1,423.00 1,337.00 8.69 6.41 6.28 6.43

Jadual 5 : Perbandingan harga mengikut tarikh kemaskini Sumber : laman web Public Gold Berdasarkan jadual di atas, telah menunjukkan bahawa pada 14 Julai 2012, harga emas mengalami penurunan dan pelabur dapat melihat nilai spread yang berbeza samada tinggi atau rendah di antara kedua-dua tarikh berkenaan.

Sementara itu, jadual 6 pula memberikan perbandingan jual/beli emas pada tarikh yang sama. Kolum yang terakhir memberikan justifikasi kepada untung atau rugi jualan emas.
PG Sell 30/06 1,773.00 3,514.00 8,744.00 17,406.00 43,311.00 86,621.00 PG Buy 14/07 Untung/Rugi 1,611.00 162.00 3,262.00 252.00 8,161.00 583.00 16,332.00 1,074.00 40,852.00 2,459.00 81,705.00 4,916.00

10 gram 20 gram 50 gram 100 gram 250 gram 500 gram 1 Dinar 2 Dinar 5 Dinar 10 Dinar 5 gram 10 gram 20 gram 50 gram 100 gram

720.00 669.00 51.00 1,441.00 1,337.00 104.00 3,586.00 3,347.00 239.00 7,139.00 6,699.00 440.00 i-Series 22K Jewellery 824.00 733.00 91.00 1,648.00 1,465.00 183.00 3,297.00 2,930.00 367.00 8,242.00 7,326.00 916.00 16,483.00 14,652.00 1,831.00 Jadual 6 : Perbandingan belian dan jualan Sumber : laman web Public Gold

20

Sekiranya pelabur melakukan pembelian emas pada 30 Jun 2012, dan ingin melakukan jualan pada 14 Julai 2012, bagi bar emas 100gram, pelabur akan mendapat keuntungan pada RM1,074.00 berikutan harga emas yang menurun pada tarikh jualan. Begitu juga dengan jenis emas yang lain seperti syiling emas, dinar emas dan juga i-series. Selain itu, bagi menjana lebih keuntungan adalah dengan menjadi dealer kepada Public Gold yang akan memberi nilai keuntungan berdasarkan komisyen yang diperolehi. Nilai komisyen juga berbeza mengikut tahap iaitu komisyen belian pada 1% dan sekiranya menjadi master dealer komisyen bertambah 1% daripada belian dealer-dealer. Seperkara yang perlu diambil kira oleh pelabur-pelabur emas fizikal yang menggunakan Public Gold sebagai medium adalah, semakin banyak pelaburan dilakukan semakin tinggi nilai keuntungan yang boleh dijana. Ini telah dibuktikan pada kadar spread seperti jadual 4.

21

6.0

KESIMPULAN DAN CADANGAN

6.1

KESIMPULAN

Berdasarkan dapatan kajian dan analisa yang telah dilakukan, dapat diberikan kesimpulan bahawa pelaburan Emas Public Gold adalah pelaburan yang paling baik dengan risiko yang rendah. Keistimewaan yang terdapat pada Public Gold adalah termasuk spread rendah, harga emas murah, boleh membuat gadaian di ArRahnu, boleh menerima emas sekiranya bengkok, guris, calar, kemek malah boleh menerima emas lain akhir sekali paling menarik Public Gold adalah harga emas berubah setiap 20 minit. Orang ramai ataupun pelabur-pelabur boleh membuat pelaburan emas di Public Gold tanpa was-was bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing pada masa akan datang. Selain daripada itu, faktor kedudukan syarikat Public Gold turut memberikan keyakinan kepada pelabur sebagai alasan melakukan pelaburan di Public Gold. Hasil dapatan kajian juga adalah jelas menunjukkan Public Gold mempunyai kelebihan dan kriteria yang menandingi pesaing-pesaingnya. Di sebalik implikasi kajian ini juga telah berjaya membuktikan pelabur mendapat pulangan dan keuntungan dengan melabur dengan Public Gold. Semakin berat emas yang dibeli, semakin cepat mendapat keuntungan kerana boleh menikmati spread yang lebih rendah lagi. Bak kata pepatah Orang Kaya Semakin Kaya, Orang Miskin Sentiasa Miskin.

6.2

CADANGAN

Sungguhpun begitu, berdasarkan hasil analisis SWOT yang dilakukan terdapat kelemahan yang dilihat pada peringkat dalaman iaitu syarikat itu sendiri. Walaupun pada ketika ini, umum masih tidak mengetahui tetapi dikalangan dealer atau agen telah menyedari terdapat kelemahan.

22

Cadangan daripada hasil keseluruhan kajian ini mengunjurkan supaya syarikat Public Gold merangka strategi pengurusan yang melibatkan dealer-dealer atau agen-agen yang dikira sebagai pekerja mereka. Public Gold perlu lebih peka terhadap keperluan dealer/agen mereka dalam usaha mengembangkan lagi perniagaan pada masa akan datang. Walaupun konsep perniagaan yang menggunakan dealer/agen berbeza dengan konsep perniagaan biasa, Public Gold harus memberikan prioriti kerana mereka juga adalah penggerak kepada perniagaan ini untuk terus berkembang. Jika sistem dapat dibentuk dengan efisien maka tiada masalah bagi Public Gold untuk memasuki pasaran global yang lebih mencabar.

23

Anda mungkin juga menyukai