Anda di halaman 1dari 105

Menyingkap Rahsia

Pelaburan Emas:
Teknik-Teknik Menjana Kekayaan
Dengan Emas DIBONGKARKAN
(versi 2015)

PREVIEW

Pendahuluan.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pertama sekali saya ingin rakamkan jutaan terima kasih
kepada anda yang membeli buku ini.
Untuk pengetahuan anda, buku ini dikemaskinikan
berdasarkan maklum balas daripada pembaca versi
sebelumnya. Ramai pembaca mahukan kupasan yang lebih
mendalam mengenai beberapa topik.
Antaranya ialah kemudahan Ar-Rahnu, zakat emas, teknikteknik melihat harga emas, tip mengelakkan daripada
terjebak ke dalam skim pelaburan emas dan banyak lagi.
Semua maklum balas ini membuatkan buku Menyingkap
Rahsia Pelaburan Emas teknik-teknik menjana
kekayaan dengan emas DIBONGKARKAN edisi 2015
kini lebih mendalam dan lebih mantap.
Terima kasih saya ucapkan kepada pembeli terdahulu di atas maklum balas mereka dan saya
ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang baru membeli buku ini.
Anda telah mengambil langkah yang bijak untuk menambahkan ilmu berkenaan pelaburan emas.
Pelaburan terhadap ilmu merupakan jalan pertama ke arah kejayaan. Ini kerana sebelum anda
membeli emas sebagai aset anda perlu menjadikan minda anda sebagai aset.
Caranya? Dapatkan ilmu pengetahuan terlebih dahulu kemudian disusuli dengan tindakan.
Selepas membaca buku ini saya yakin anda akan memahami tentang pelaburan emas.
Kemudian anda perlu mengambil tindakan secepat mungkin.
Ini kerana:
ILMU + TINDAKAN = KEUNTUNGAN
Selain itu, saya meminta agar anda selalu melawat blog www.jutawanemas.com . Banyak
maklumat tambahan yang saya tulis di sana. Ini kerana ilmu emas ini adalah dinamik dan
sentiasa berubah daripada masa ke semasa.
Sangat seronok rasanya apabila dapat berkongsi ilmu dengan orang yang serius mahu belajar
tentang pelaburan emas.
Saya berharap agar ilmu yang anda peroleh di sini akan memberikan manfaat dan mampu
mengubah hidup anda.
Daripada penulis,
SYUKOR HASHIM
Admin Jutawanemas.com
e-mel: admin@jutawanemas.com
HP: 013-2126999

Hak cipta terpelihara.


Setiap bahagian daripada penerbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau dipindahkan ke dalam bentuk lain sama ada dengan cara elektronik, gambar,
rakaman dan sebagainya tanpa izin terlebih dahulu daripada penulis.

Had liabiliti.
Buku ini diterbitkan dengan sebaik mungkin bagi tujuan panduan dan pendidikan untuk
pembaca. Namun, segala maklumat dan strategi yang diceritakan di dalam buku ini mungkin
tidak sesuai bagi sesetengah individu. Penulis tidak memberi jaminan bahawa strategi yang
diceritakan di dalam buku ini akan memberikan hasil yang tertentu.
Segala nasihat, idea dan cadangan di dalam buku ini ditulis sebagai panduan umum dan anda
mungkin memerlukan khidmat nasihat daripada pakar yang profesional di dalam bidang
berkenaan untuk sesuatu keputusan yang bersifat khusus untuk diri anda.
Tiada jaminan (sama ada secara tersurat atau tersirat) diberikan oleh penulis terhadap
ketepatan, kecukupan maklumat, kesesuaian, kebolehpercayaan maklumat yang terkandung di
dalam buku ini.
Penulis dan penerbit serta wakil-wakil mereka menafikan segala tanggungjawab atau liabiliti
terhadap segala kerugian, kerosakan atau risiko kepada individu atau mana-mana pihak yang
berlaku akibat penggunaan isi kandungan buku ini.

Amaran:
Buku ini adalah hak cipta terpelihara. Anda tidak boleh sama sekali mengubah, mengedarkan
atau menjual buku ini kepada pihak lain tanpa kebenaran bertulis daripada penulis.
Sebarang kegiatan yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Anda hendaklah melaporkan kepada penulis sekiranya anda menerima buku ini secara tidak sah.
Hubungi e-mel admin@jutawanemas.com atau SMS 013-2126999.
Tindakan anda amatlah dihargai bagi membanteras kegiatan-kegiatan yang tidak sah daripada
segi undang-undang dan agama.
Ditulis oleh: Syukor bin Hashim
Admin www.jutawanemas.com
e-mel: admin@jutawanemas.com
HP: 013-2126999

Mengapa anda perlu menyimpan emas?


Buku ini ditulis bagi membantu anda mengetahui selok belok dunia pelaburan emas.
Sebelum anda mengetahui BAGAIMANA membuat keuntungan dengan emas, penting bagi anda
mengetahui sebab-sebab MENGAPA anda perlu menyimpan emas.
Seterusnya barulah anda akan belajar cara-cara membuat keuntungan daripada emas.

7 sebab kenapa anda perlu menyimpan emas.


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Emas ialah kekayaan manusia yang sebenarnya.


Harga emas meningkat dalam jangka masa panjang.
Emas mengekalkan kuasa belinya di dalam jangka masa panjang
Nilai wang kertas semakin menurun di dalam jangka masa panjang.
Emas adalah aset yang sangat cair.
Emas tidak boleh dimanipulasikan oleh sesiapa pun.
Emas adalah magnet kekayaan.

1. Emas ialah kekayaan manusia yang sebenarnya.


Sejak manusia mengenali emas ia telah menjadi simbol
kekayaan, kekuasaan, kejayaan dan kecantikan.
Emas mendapat tempat di hati manusia kerana kecantikan
dan kesukaran mendapatkannya.
Emas bernilai tinggi kerana:
1.
2.
3.

Rupanya yang cantik.


Ia tidak boleh dibinasakan.
Boleh dipotong kepada unit yang kecil tanpa
menjejaskan nilainya.
4. Ia sukar diperolehi.
Sejarah manusia dan emas.
Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat sejak
6000 tahun yang lalu.
Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang
di cop nama firaun Menes sebagai medium pertukaran.
6000 tahun yang lalu sesiapa yang memiliki banyak emas maka dia adalah orang kaya. Jika
seseorang manusia memiliki banyak emas sekarang, maka dia juga dianggap kaya.
Sifat istimewa emas.
Emas tidak boleh dibinasakan. Ia tidak boleh terbakar, tidak reput, tidak busuk, tidak berkarat
dan sentiasa bersinar cantik. Ini membolehkan emas menjadi penyimpan nilai yang sebenar.
Sesuatu objek yang menjadi harta mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan.
Sebab itulah makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan.
Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.

Emas pula bernilai dalam apa jua bentuk. Di dalam bentuk debu sekali pun emas tetap ada
harga. Sebab itulah emas merupakan kekayaan yang sebenarnya.

gambar: Di dalam bentuk debu sekalipun emas tetap berharga.


Tahukah anda. Jawapan kepada soalan Kenapa manusia sukakan emas? boleh
didapati di dalam Al-Quran?
Daripada zaman dahulu sehingga sekarang, kesukaan manusia kepada emas tidak pernah
terpadam. Dari mana datangnya kesukaan manusia kepada emas?
Soalan ini dijawab di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran ayat 14.
Sesungguhnya, Allah telah menjadikan nafsu manusia tertarik kepada emas dan perak. Ini
adalah fitrah manusia. Ia tidak perlu diajar. Ia datang secara automatik.

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini
nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbuntimbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatangbinatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia.
Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)
Surah Ali Imran ayat 14

Sejarah syiling emas pertama dunia the Lydian Lion.


2600 tahun yang lalu Empayar Lydia (sekarang Turki) mengeluarkan syiling emas pertama
dunia, dipanggil The Lydian Lion. Syiling emas ini ditempa oleh raja Alyattes.
Sebelum Alyattes menjadi raja Lydia, sistem perdagangan ketika itu adalah berdasarkan sistem
barter (bertukar barangan). Ini adalah proses yang menyulitkan kerana orang ramai terpaksa
membawa barang-barang atau haiwan untuk ditukarkan kepada barang-barang lain.
Bagi memudahkan urusan perdagangan raja Alyattes memperkenalkan syiling emas yang
dipanggil The Lydian Lion.
Kewujudan syiling emas ini ternyata memudahkan urusan perdagangan dan telah menjadi
matawang utama pada masa itu.

Syiling emas pertama dunia: The Lydian Lion


Telah terbukti sejak ribuan tahun dahulu hati manusia sukakan emas. Manusia menjadikan
emas sebagai wang. Manusia meletakkan nilai yang tinggi terhadapnya.

Gambar: Empayar Lydia (600 BC)

Fakta menarik: Tahukah anda emas itu bernilai untuk selama-lamanya?


Tahukah anda emas bernilai di dunia dan di akhirat? Lihat surah Al-Hajj ayat 23.

Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam
Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelanggelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera (Surah Al-Hajj ayat 23)
Ayat ini menerangkan bahawa Allah SWT akan memberikan penduduk syurga gelang-gelang
yang diperbuat daripada emas dan mutiara sebagai perhiasan penghuni syurga.
Ini membuktikan kepada kita bahawa emas bukan sekadar bernilai di dunia, malah ia tetap
bernilai di akhirat.
Itulah kehebatan emas.

Gambar hiasan: Gelang-gelang emas adalah hadiah kepada penduduk syurga.

10

2. Harga emas meningkat dalam jangka masa panjang.


Menyimpan emas menguntungkan di dalam jangka masa panjang. Untuk pengetahuan anda
trend peningkatan harga emas bermula sejak tahun 2001.
Mari kita lihat graf harga emas untuk 15 tahun daripada tahun 1999 sehingga 2014.
Daripada graf harga emas di bawah, sejak 15 tahun yang lalu harga emas telah meningkat
daripada 252 USD/Oz kepada USD1293 USD/Oz.
Ini merupakan kenaikan 413% di dalam masa 15 tahun (bersamaan purata 27.53% setahun!)

Gambar: Graf kenaikan harga emas 15 tahun (1999-2014)


Prestasi harga emas dalam 5 tahun (2009 2014)
Harga emas sepanjang 5 tahun (2009-2014) mencatatkan kenaikan daripada 900 USD/Oz
kepada 1300 USD/ Oz.
Walaupun terdapat penurunan pada tahun 2011 sehingga tahun 2014, harga emas mencatat
peningkatan sebanyak 44%, bersamaan kenaikan purata 8.8% setahun.

11

KAJIAN KES: KENAIKAN HARGA SYILING KIJANG EMAS MALAYSIA:

Kijang Emas adalah syiling emas yang boleh dibeli di Malaysia. Ia dikeluarkan oleh Royal Mint of
Malaysia dan diedarkan oleh Maybank.
Kijang Emas dilancarkan pada 17 Julai 2001 oleh mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr
Mahathir Mohamad.
Harga 1 Oz syiling Kijang Emas pada hari pelancarannya, 18 Julai 2001 ialah RM1149.00.
Pada 18 Julai 2014 harganya adalah RM4,477.00
Ini adalah kenaikan 289.64% dalam masa 13 tahun (purata kenaikan 22.28% setahun)
Ringkasan kenaikan harga syiling Kijang Emas 1 Oz selama 13 tahun:
Tarikh
18/7/2001
18/7/2002
18/7/2003
19/7/2004
18/7/2005
18/7/2006
18/7/2007
18/7/2008
17/7/2009
19/7/2010
18/7/2011
18/7/2012
18/7/2013
18/7/2014

Harga Jualan
RM1,149.00
RM1,279.00
RM1,388.00
RM1,642.00
RM1,699.00
RM2,526.00
RM2,425.00
RM3,268.00
RM3,531.00
RM4,086.00
RM5,103.00
RM5,315.00
RM4,324.00
RM4,477.00

Sumber : Bank Negara Malaysia


http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=statistic&pg=statistic_kijangemas

12

2.1 Bagaimanakah melihat rekod harga emas dunia?


Untuk memantau sejarah harga emas dan harga emas semasa, saya cadangkan anda melihat
mana-mana satu daripada 3 laman web ini:
1.
2.
3.

www.goldprice.org
www.lbma.org.uk
www.kitco.com

www.goldprice.org
Sejarah harga emas bagi tempoh 3 hari ke belakang sehingga 36 tahun lepas boleh dilihat di
http://goldprice.org/gold-price-history.html

Website www.goldprice.org

www.lbma.org.uk
Selain Goldprice.org, anda boleh melihat rekod harga emas dunia di laman web London Bullion
market Association (LBMA) http://www.lbma.org.uk/pricing-and-statistics

Gambar: Laman web London Bullion Market Association (LBMA)

13

Gambar: Sejarah harga emas di www.lbma.org.uk


London Bullion Market merujuk kepada pasaran emas dan perak secara urus niaga di kaunter
dagangan emas terbesar dunia di London.
Ahli-ahli LBMA terdiri dari bank-bank antarabangsa, peniaga jongkong dan juga kilang-kilang
penulenan logam berharga.

www.kitco.com
Selain daripada laman web LBMA, anda boleh melihat rekod harga emas melalui laman web
Kitco (www.kitco.com). Anda boleh ke Kitco CHARTS & DATA (http://www.kitco.com/charts/)
Anda boleh melihat rekod harga emas semasa, sebulan, 2 bulan, 6 bulan, setahun, 5 tahun dan
juga 10 tahun. Laman web Kitco menawarkan maklumat terkini tentang emas dan perak.

14

3. Emas mengekalkan kuasa belinya di dalam jangka masa panjang.


Salah satu sebab kenapa anda perlu memiliki emas ialah kerana emas berupaya mengekalkan
kuasa belinya di dalam jangka masa panjang.
Apa yang boleh dibeli oleh emas ratusan tahun yang lalu malah ribuan tahun dahulu tetap boleh
dibeli dengan berat emas yang sama pada hari ini.
Perkara ini dijelaskan di dalam buku The Golden
Constant The English and American Experience
1560-2007 oleh Prof. Roy W. Jastram dari Sekolah
Pengurusan Perniagaan University of California.
Anda boleh mendapatkan buku ini di www.amazon.com
Di dalam buku ini Prof. Jastram cuba menjawab satu
persoalan:
Adakah nilai wang pada masa lampau adalah lebih
tinggi berbanding sekarang?
Wang ketika itu adalah emas.
Kajian ini adalah berdasarkan data daripada tahun 1560
2007. Prof. Jastram telah mengumpulkan data indeks
harga barangan di England dan Amerika serta harga emas
semasa.
Daripada hasil kajian terhadap kuasa beli emas dan indeks komoditi, Prof. Jastram telah
membuat rumusan berikut:
Kami mendapati kuasa beli emas pada pertengahan abad ke 20 adalah hampir sama
dengan kuasa belinya pada pertengahan abad ke 17
Hasil analisis data 447 tahun di atas akan menguntungkan anda sekiranya anda menyimpan
emas.
Kuasa membeli emas adalah sangat stabil. Apa yang emas boleh beli pada masa sekarang tetap
boleh dibeli beberapa ratus tahun malah ribuan tahun daripada sekarang.

Kajian kes: Kuasa beli 1 dinar 1400 tahun yang lalu dan sekarang.
Nilai emas yang stabil boleh dilihat melalui kuasa beli 1
dinar emas 1400 tahun yang lalu berbanding hari ini.
Ketika zaman Rasulullah SAW 1400 tahun yang lalu, harga
seekor kambing ialah 1 dinar emas.
(dinar merujuk kepada syiling emas seberat 4.25 gram
dengan ketulenan 916 (22 karat)
Perkara ini ada diceritakan di dalam hadis Rasulullah SAW.

15

Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada Urwah yang bermaksud:


(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak
dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepada ku satu dinar dan berkata: Wahai Urwah, pergi
kepada lelaki tersebut dan belikan untuk ku seekor kambing. Aku pun pergi menemui lelaki
tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan
harga satu dinar.
Kemudian aku membawa kedua-dua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki
menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripada ku. Lalu aku menjualnya
dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor
kambing dan satu dinar lalu aku berkata: Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milik mu.
Rasulullah bertanya: Bagaimanakah kamu melakukannya? Aku pun menceritakan kepada
Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: Ya Allah, berkatilah perniagaannya.
Setelah 1400 tahun berlalu. Boleh tak anda membeli seekor kambing dengan harga 1 dinar?
Jawapannya.. ya, tetap boleh!
Ada penternak-penternak kambing di seluruh Malaysia yang menerima dinar untuk ditukarkan
dengan seekor kambing.
Salah seorang penternak kambing di Selangor, En. Abdullah Ismail menawarkan anda untuk
membeli seekor kambing dengan harga 1 dinar emas.

Dengan 1 dinar anda boleh membeli seekor kambing baka farel berusia 2 tahun dengan berat
lingkungan 30-35 kilogram. Kambing farel sesuai untuk akikah, korban, majlis kenduri, buat
kambing golek.
Jika anda perlukan khidmat sembelih dan lapah, maka terdapat tambahan bayaran sebanyak 3
dirham (dirham merujuk kepada syiling perak seberat 3 gram dengan ketulenan 999).

16

Gambar: Kambing ini harganya 1 dinar emas.

Jika anda berminat membeli kambing dengan harga 1 dinar sila telefon atau SMS En. Abdullah
di talian 012-3921139.
Alamat ladang adalah seperti berikut:
Green Acres Farm Sdn Bhd.
Lot 7735 Batu 27 Jalan Salak
Kampung Jenderam Hulu
43800 Dengkil
Selangor.

Nota penulis: Untuk pengetahuan anda, terdapat ramai lagi penternak kambing di
seluruh Malaysia yang menerima dinar sebagai bayaran membeli kambing, antaranya
di Perak, Selangor, Johor, Kelantan dan Terengganu.

Kesimpulan.
Daripada topik di atas kita dapat lihat bahawa simpanan emas menguntungkan anda.
Ini kerana harganya sentiasa meningkat di dalam jangka masa panjang.
Selain menjadikan emas sebagai pelaburan, ia boleh menjadi simpanan yang menguntungkan.
Ini kerana emas berupaya mengekalkan kuasa belinya walaupun disimpan beratus malah ribuan
tahun.
Dengan kata lain, emas mempunyai reputasi sebagai penyimpan nilai yang sangat hebat.
Di dalam jangkamasa panjang, inflasi untuk emas adalah 0% !!!

17

4. Nilai wang kertas jatuh di dalam jangka masa panjang


Jika nilai emas naik dalam jangka masa panjang, lain pula ceritanya dengan wang kertas.
Di dalam jangka masa panjang nilai wang kertas semakin merosot. Kuasa beli wang kertas 10
tahun dahulu tidak sama dengan kuasa beli wang kertas sekarang.
Anda akan mendapati kuasa beli wang kertas semakin mengecil akibat inflasi.
Sebagai contoh, pada tahun 1970-an, kebanyakan pelajar sekolah rendah membawa wang
belanja antara 20 sen ke-30 sen sahaja.
Wang tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minuman.

Bagaimanakah dengan sekarang?

Gambar: Berapa wang saku pelajar sekolah rendah sekarang?


Rata-rata ibu-bapa yang saya tanya memberitahu bahawa mereka memberikan wang poket
antara RM2 RM5 sehari kepada anak-anak mereka.
Dengan kata lain ibu-bapa zaman sekarang terpaksa membayar 10 kali ganda atau lebih untuk
membeli barang yang sama. Ini jelas menunjukkan kuasa beli wang kertas merosot di dalam
jangka masa yang panjang.

18

Untuk melihat sejauh mana kuasa beli wang kertas menurun, kita boleh membandingkan di
antara harga emas dengan mata wang utama dunia iaitu US Dolar.
Jika kita buat graf perbandingan di antara nilai emas dan nilai wang kertas (dalam kes ini USD)
maka kita dapat melihat kuasa beli 1USD telah merosot sebanyak 80% dari tahun 1971 2006.

Gambar: Kuasa beli 1 USD menyusut lebih 80% dari tempoh 1971 2007
(sumber www.dollardaze.org)
Jadi, apabila kita letakkan graf kenaikan harga emas dan graf penurunan kuasa beli wang kertas
maka kita akan mendapat graf seperti di bawah:

Gambar: Nilai emas VS US Dollar Index


Di dalam jangka masa panjang nilai wang kertas akan jatuh manakala nilai emas akan
meningkat. Sebagai pembaca yang bijak, anda perlu menyimpan emas.

19

5. Emas adalah aset yang sangat cair.


Emas merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada tunai.
Anda boleh menggadaikan emas untuk pinjaman tunai sementara dengan kemudahan pajak
gadai Islam ataupun dipanggil Ar-Rahnu.
Kemudahan Ar-Rahnu terbuka untuk semua, tidak kira agama atau bangsa. Asalkan anda ada
emas, anda boleh menggunakan kemudahan Ar-Rahnu.
Terdapat banyak institusi Arrahnu di Malaysia contohnya Ar-Rahnu POS, Ar-Rahnu Bank Rakyat,
Ar-Rahnu Yapeim, Ar-Rahnu Agrobank, Ar-Rahnu Koperasi Tentera, Ar-Rahn Permodalan
Kelantan Berhad, Ar-Rahnu Bank Muamalat dan Ar-Rahnu Bank Islam.

Institusi Ar-Rahnu boleh memberikan pinjaman antara 65% sehingga 70% daripada nilai emas
anda. Nilai pinjaman ini pula dikira berdasarkan kepada harga emas semasa.
Apabila harga emas semakin meningkat, maka nilai pinjaman yang anda akan terima menjadi
semakin meningkat.
Kombinasi emas dan Ar-Rahnu sangat membantu peniaga-peniaga yang memerlukan pusingan
modal. Mereka tidak perlu membuat pinjaman bank. Mereka boleh menggunakan emas sebagai
cagaran pinjaman di Ar-Rahnu.
Menyimpan emas memang menguntungkan.

20

Kajian kes: Pelarian Perang Vietnam (1955-1975)


Salah satu contoh terbaik bagaimana emas boleh membantu seseorang memulakan kehidupan
boleh dilihat ketika berlaku peperangan di Vietnam. Ketika perang Vietnam sekitar 1970-an,
beribu-ribu orang pelarian daripada Vietnam Selatan telah lari meninggalkan kampung halaman
mereka.
Mereka menjual seluruh harga benda seperti rumah, tanah, kebun dan ternakan mereka.
Kesemua ini ditukarkan ke dalam bentuk emas sebelum melarikan diri.
Mereka sedar bahawa emas diterima di seluruh dunia. Dengan menyimpan emas, pelarian
Vietnam ini boleh memulakan hidup baru mereka dengan mudah di negara persinggahan
mereka.
Bayangkan jika mereka membawa wang kertas Vietnam Selatan? Apa yang akan berlaku?
Sudah pasti mereka tidak dapat menukarnya kerana wang kertas Vietnam Selatan tidak laku.
Oleh sebab itu anda perlu menyimpan emas. Ia bernilai di mana sahaja. Ia boleh dicairkan
dengan mudah.

Gambar: Pelarian Vietnam yang melarikan diri melalui bot

Gambar: Emas Kim-Thanh- antara yang dibawa pelarian Vietnam

21

6. Emas tidak boleh dimanipulasikan.


Kuantiti emas tidak boleh dimanipulasikan oleh mana-mana kerajaan. Emas perlu dicari,
dilombong, ditulenkan dan dibentuk. Ianya proses yang sukar dan memakan masa dan tenaga.
Ini berbeza sekali dengan wang kertas @ wang fiat (fiat merujuk kepada wang yang tidak
bersandarkan benda berharga seperti emas dan perak).
Wang fiat boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah yang tidak bertanggungjawab. Apabila
jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilai wang kertas akan merosot.
Apabila nilai wang kertas merosot terlalu banyak, ia akan mengakibatkan hyperinflasi dan
akhirnya wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat.
Penggunaan wang fiat membolehkan kerajaan menguasai kekayaan negara dan
memanipulasikan kekayaan negara. Ini kerana kerajaan boleh menggunakan akta-akta bagi
mengiktiraf kertas/syiling sebagai wang yang sah. Kerajaan juga boleh menarik balik
pengiktirafan tersebut sehingga menyebabkan wang tersebut tidak diterima sebagai wang yang
sah.
Emas pula sentiasa bernilai. Tidak ada kerajaan yang boleh mencetak emas.

Gambar: Syiling RM1. Dulu bernilai sekarang tidak lagi.

Sejarah kegagalan wang kertas /fiat


Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia. Sebabnya
mudah sahaja. Kerajaan negara tersebut mencetak duit terlalu banyak sehinggakan ia menjadi
tidak bernilai.
Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku di dalam sejarah ialah:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.

Kerajaan Perancis tahun 1715


Republik Weimer Jerman - 1922-1923
Hungary 1945-1946
Chile 1971-1981
Peru 1988-1991
Angola 1991 1999
Yugoslavia 1992-1995
Belarus 1994-2002
Kerajaan Mexico pada tahun 1994
Kerajaan Argentina pada tahun 2001
Zimbabwe 2000 sehingga sekarang.

Anda boleh membaca sebahagian daripada kisah kegagalan yang kertas di dalam web berikut:
http://www.investopedia.com/slide-show/5-failed-currencies-why-they-crashed/

22

6.1 Kajian kes: Hyperinflasi di Zimbabwe.


Zimbabwe merupakan sebuah negara di benua Afrika. Ia berjiran dengan Afrika Selatan,
Botswana, Mozambique dan Zambia. Ia merupakan negara abad ke-21 yang dirundung masalah
hyperinflasi.
Definisi mudah hyperinflasi = Harga mahal tak masuk akal. Sebab duit tak ada nilai.

Gambar: Peta Zimbabwe dan Presiden Robert Mugabe


Ia disebabkan tindakan kerajaan mereka di bawah pemerintahan presiden Robert Mugabe yang
bertindak mencetak wang yang terlalu banyak dan tidak seiring dengan perkembangan di dalam
pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan.
Akibatnya ialah hyperinflasi. Kadar inflasi di Zimbabwe telah dilaporkan menjangkau sehingga
5,000,000,000,000,000,000,000%!

Gambar: Zimbabwe Dollar tidak bernilai. Cuma nombor sahaja yang banyak.

23

Gambar: Inflasi sehingga 5,000,000,000,000,000,000,000%!


Di Zimbabwe sesiapa yang menyimpan wang kertas akan mendapati nilai wang yang disimpan
mereka akan lesap begitu sahaja. Ini kerana wang kertas dicetak dengan berleluasa.
Kerajaan Zimbabwe boleh mencetak sekeping wang kertas dengan nilai menjangkau 100 trilion
Zimbabwe Dollar. Mungkin ia nampak lucu bagi kita di Malaysia, tetapi itulah yang telah berlaku
di sana. Wang kertas boleh dimanipulasikan sehingga menjadi tidak bernilai.

gambar: Wang kertas 100 trilion Zimbabwe Dollar!

24

6.2 Kajian kes: Hyperinflasi di Malaysia (1942-1945)


Kita telah melihat apa yang sedang berlaku di Zimbabwe sekarang. Soalannya adakah
hyperinflasi pernah berlaku di Malaysia?
Jawapannya ialah ya. Malaysia sendiri pernah mengalami situasi hyperinflasi ketika zaman
penjajahan Jepun.
Selepas kejatuhan Singapura pada 15 Februari 1942 pihak Jepun telah mereka cipta nota bank
yang baru bagi menggantikan wang British Malayan Dollar. Kesemua nota ini ditukar di dalam
nisbah 1:1 dengan nota wang Jepun.
Pada tahun 1942 Jepun mengeluarkan wang kertas 1 sen, 5 sen, 10 sen dan 50 sen, 1 dollar, 5
dollar dan 10 dollar. Kemudian penggunaan wang Jepun ini dikuatkuasakan. Sesiapa yang tidak
mematuhi arahan menggunakan wang Jepun akan dikenakan hukuman yang berat.

Gambar: Mula-mula duit Jepun dicetak di dalam nilai yang kecil.

25

Namun, malang bagi warga Tanah Melayu. Tentera Jepun telah mencetak wang Jepun dengan
sewenang-wenangnya bagi membeli barangan keperluan tentera mereka. Contoh yang paling
popular ialah duit 10 dollar pokok pisang (gambar di atas). Duit ini dicetak terlalu banyak
sehingga menyebabkan hyperinflasi.
Kemudian tentera Jepun bertindak mencetak wang kertas 100 dollar.

Seterusnya pada tahun 1945 pihak Jepun telah mengeluarkan wang kertas 1000 dollar pula.
Bagi pihak Jepun, mereka boleh membeli apa sahaja barangan yang mereka mahu. Mereka
cuma perlu mencetak wang.

26

Akibatnya wang Jepun tidak laku. Harga makanan dan lain-lain meningkat secara mendadak.
Rakyat Tanah Melayu berada di dalam kesusahan. Waktu itu ramai rakyat Tanah Melayu yang
makan ubi kayu sahaja.
Namun, pada waktu-waktu akhir peperangan kapal terbang British telah menabur wang kertas
propaganda Jepun dengan kata-kata
WANG JEPUN AKAN MATI BERSAMA2 JEPUN

Gambar: Wang propaganda Jepun yang dicetak oleh pihak British.


Ini bagi memberitahu rakyat Tanah Melayu bahawa wang Jepun tidak akan laku lagi apabila
Jepun kalah di dalam peperangan.
Memang betul. Sebaik sahaja Jepun menyerah kalah dan meninggalkan Tanah Melayu wang
Jepun menjadi tidak bernilai. Ia hanyalah kertas.

6.3 Emas tidak pernah gagal sebagai wang.


Sejarah tamadun manusia membuktikan bahawa kesemua tamadun hebat dunia seperti Greek,
Rom, Parsi menggunakan emas dan perak sebagai mata wang mereka.
Tidak pernah berlaku kegagalan emas dan perak sebagai wang. Malah emas dan perak adalah
satu-satunya wang yang terbaik dan boleh dipercayai.
Jika anda berkesempatan, sila lawati website http://ancientgoldcoins.com/.
Anda boleh melihat wang-wang emas dan perak yang digunakan oleh tamadun-tamadun
terkemuka dunia ini.

27

7. Emas adalah magnet kekayaan.


Anda ingin tahu rahsia membina kekayaan? Mudah sahaja jawapannya.
Anda perlu pastikan wang yang masuk ke dalam kocek anda lebih besar dari wang yang keluar.
Jika:
Wang masuk > Wang keluar = Anda semakin kaya
Wang masuk < Wang keluar = Anda semakin miskin
Ramai orang mahu menjadi cepat kaya. Ada orang yang mencari pelaburan yang memberikan
untung yang banyak dan cepat. Atau pun mencari peluang perniagaan yang boleh memberikan
untung yang banyak dan cepat.
Manusia suka kepada kekayaan yang banyak dan cepat. Namun mereka terlupa bahawa untuk
bertambah kaya, mereka bukan hanya fokuskan kepada mendapat untung yang banyak, tetapi
dalam masa yang sama mesti mengelakkan kebocoran wang yang ada di dalam tangan.
Anda akan cepat miskin jika wang anda mudah bocor.
Apakah sebab utama anda boleh kebocoran wang?
Berdasarkan kajian saya, terdapat 3 punca utama kebocoran wang.
1.
2.
3.

Seronok berbelanja setiap kali dapat wang


Tersalah melabur di dalam skim cepat kaya.
Orang pinjam wang anda tapi tak bayar.

1. Seronok berbelanja setiap kali dapat wang.


Bila dapat gaji, manusia akan fikir nak bayar hutang dan
belanja. Atau nak belanja dulu, kemudian bayar hutang.
Kalau ada lebihan duit barulah nak simpan.
Macammana anda nak bina kekayaan kalau anda belanja
duit dulu, lepas itu kalau ada lebihan baru simpan?
Kalau anda nak bina kekayaan, simpan wang dulu, lebih
baru belanja.
2. Tersalah melabur di dalam skim cepat kaya.
Fitrah manusia sukakan keuntungan cepat dan banyak. Masalahnya di malaysia, pelaburan yang
betul dan selamat biasanya memberikan pulangan yang lambat dan sedikit.
Contohnya Amanah Saham Bumiputera (ASB). Dividen yang diberi sekarang sekitar 8% ke 9%
sahaja setahun. Ramai orang fikir, setahun tu punyalah lama menunggu.
Bila nak cepat kaya, ramai orang mudah terjebak di dalam skim-skim cepat kaya. Kononnya nak
untung cepat dan banyak. Tapi risikonya tersangat tinggi. Jika anda terjebak dengan skim cepat
kaya, anda boleh cepat miskin.
Anda perlu belajar dari kesilapan orang lain. Belajar dari kesilapan anda sendiri mahal harganya.
Saya ingin tunjukkan satu kisah mangsa skim cepat kaya bertopengkan pelaburan emas.
Kajian kes: Contoh tersalah melabur.

28

Kisah tersalah melabur di dalam skim cepat kaya pelaburan emas.

Tajuk akhbar: Caruman tergadai (isnin 17/2/2014)


Banting: Seorang lelaki sanggup mengeluarkan caruman
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya sebanyak
RM50,000 bagi dilaburkan dalam perniagaan emas dimiliki
seorang lelaki hampir dua tahun lalu namun pulangannya hanya
bertahan tiga bulan sebelum syarikat serta pemilik syarikat
terbabit lesap sehingga kini.
Mangsa tidak lagi mengharapkan wangnya itu dikembalikan sebaliknya
berharap lelaki yang mempermainkan perasaan kerana tergamak menipu
wang hasil titik peluhnya sepanjang memerah keringat sebagai pekerja
kilang itu dibawa ke muka pengadilan.
Adzahar Musa, 56, berkata, dia juga sangat berharap pihak berkuasa dapat
mengambil tindakan terhadap penipu berkenaan bagi mengelak mereka
seusia dengannya terus menjadi mangsa.
Sebenarnya pelbagai usaha sudah saya lakukan namun semuanya
menemui jalan buntu.
Saya sudah penat ke sana ke mari meminta bantuan pelbagai pihak untuk
menyelesaikan masalah ini namun selepas hampir dua tahun usaha itu
hanya sia-sia kerana ia masih tidak dapat diselesaikan.
Saya sudah tidak tahu mahu meminta bantuan sesiapa lagi kerana apa yang saya harapkan sekarang supaya si pelaku
diheret ke mahkamah, katanya.
Menurutnya, walaupun menyesal kerana terpedaya dengan pujuk rayu pengarah terbabit sehingga sanggup memberikan
semua wang simpanan KWSP begitu saja, tiada apa yang boleh dibuatnya lagi dan kini pada usianya, dia terpaksa bekerja
sebagai tukang kebun dengan bayaran RM300 sebulan untuk membiayai empat anak yang masih bersekolah.
Adzahar berkata, dia terbabit dalam pelaburan emas itu selepas berkenalan dengan seorang lelaki yang mendakwa
pengarah syarikat pelaburan emas yang dipercayai berasal dari sebuah negeri di pantai timur daripada seorang rakan
pada Jun 2012.
Saya tertarik dengan program pelaburan emas yang diterangkan sehingga pada 13 Jun 2012 saya melabur sebanyak
RM20,400 dengan pulangan dijanjikan sebanyak RM1,800 sebulan.
Bulan pertama saya menerima pulangan seperti dijanjikan menyebabkan sekali lagi termakan pujukan pengarah itu untuk
menambah pelaburan dan pada 20 Julai, saya memasukkan RM30,000 ke dalam akaun pengarah terbabit untuk
menambah pelaburan dan dijanjikan pulangan sebanyak 50 peratus keuntungan daripada jumlah pelaburan.
Namun, saya hanya menerima pulangan dua kali sahaja iaitu pada 16 Ogos sebanyak RM1,980 dan 20 September
RM2,087dan sehingga kini tiada lagi bayaran dilakukan.
Pengarah terbabit juga sudah menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi menyebabkan saya membuat laporan polis
pada 4 Mac tahun lalu, katanya.
Katanya, sebelum menghilangkan diri, pengarah itu menghantar SMS menyatakan pelbagai alasan mengapa dia tidak
dapat membayar pulangan pelaburannya. "Selain membuat laporan polis, pelbagai usaha sudah saya lakukan termasuk
meminta bantuan guaman tetapi sehingga kini saya masih menemui jalan buntu," katanya.
Sumber, Harian Metro: http://www.hmetro.com.my/articles/Carumantergadai/MA/Article

29

3. Orang pinjam wang anda tapi tak bayar.


Lagi satu masalah kebocoran wang ialah orang pinjam wang anda tapi tak bayar balik.
Memang lumrah manusia, kalau sesak akan cari orang lain untuk meminjam wang.
Kadang-kadang kawan-kawan anda, kadang-kadang ahli keluarga dan boleh jadi orang yang
anda tak kenal pun cuba meminjam wang anda.
Masalah akan berlaku jika orang yang pinjam wang liat nak bayar. Bukan setakat bocor wang,
emosi pun bocor juga. Hati rasa geram dan marah.
Saya sendiri ada pengalaman buruk orang pinjam wang tapi tak bayar-bayar. Memang bocor
wang dan emosi. Waktu itu hati saya cakap Kalaulah aku tak pinjamkan wang kepada si xx ini,
selamat wang aku. Buat rugi ajer pinjamkan dia wang aku.
Jadi bagaimanakah cara untuk mengelakkan daripada masalah kebocoran wang ini?
Jawapannya : tukar wang simpanan anda kepada emas.
Bila anda menukar wang simpanan anda ke dalam bentuk emas, ia ibarat menyimpan magnet
kekayaan. Kekayaan akan melekat pada anda.
Kenapa emas itu magnet kekayaan? Jawapannya ada 3:
1.
2.
3.

Fitrah manusia dengan emas ialah ingin menyimpan elok-elok


Fitrah manusia dengan emas ialah ingin mengumpulnya banyak-banyak
Emas orang tak pinjam.

1. Fitrah manusia dengan emas : Anda nak simpan elok-elok.


Saya selalu buat soal selidik. Saya tanya kepada orang yang hadir ke ceramah saya. Soalan
saya ialah:
Kalau saya beri abang atau kakak emas, nak buat apa dengan emas tu?
Maka jawapan rasmi ialah Saya simpan ajerlah
Tuan puan sekalian, itu adalah jawapan keramat.
Bila orang dapat duit, maka otak akan fikir belanja atau bayar hutang. Bila orang dapat emas
maka hati anda akan fikir nak simpan emas itu elok-elok.
Sebab itu emas magnet kekayaan. Ia selari dengan fitrah manusia ingin menyimpan.
2. Fitrah manusia dengan emas : Anda nak kumpul banyak-banyak.
Emas memberikan kepuasan jika dikumpulkan.
Apabila anda dah beli satu ketul emas, ia akan menyebabkan hati anda seronok untuk membeli
emas lagi dan lagi.
Ini kerana fitrah manusia dengan emas ialah, ia seronok jika dikumpulkan. Semakin banyak
emas, semakin seronok hati anda.
Tanpa disedari, lama-kelamaan emas anda akan bertambah banyak.
Anda akan faham perkara ini apabila anda beli seketul emas dan pegang dalam tangan. Selagi
anda belum membeli emas, anda susah nak faham perasaan seronok mengumpulkan emas.

30

Kajian kes: Kumpul emas sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.


Saya ingin berkongsi satu cerita. Saya pernah berjumpa seorang peminat emas yang hobinya
ialah mengumpulkan syiling 1 dinar emas (dinar ialah syiling emas dengan berat 4.25 gram
emas 916)

Gambar: syiling 1 Dinar Emas.


Setiap kali beliau ada duit, maka beliau akan membeli syiling 1 dinar emas. Beliau kumpul 1
dinar emas sedikit demi sedikit sehinggakan jumlah 1 dinar beliau mencecah 100 keping.
Kemudian, beliau telah menjual ke semua 100 syiling 1 dinar tersebut pada harga RM585
sekeping, ketika harga emas tertinggi sewaktu itu.
Nilai keseluruhan 100 keping dinar emas beliau ialah RM58,500
Apa yang menarik, beliau tidak membeli emas yang besar-besar. Beliau hanya fokus kepada
emas paling kecil sahaja. Seronok dan senang katanya.
Namun bak kata pepatah Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
Jika anda membeli emas yang kecil-kecil tetapi secara konsisten, nanti akan banyaklah harta
emas anda.

Gambar: 100 keping syiling 1 dinar emas beliau.

31

3. Emas orang tak boleh pinjam.


Bila anda ada wang, tukar ia menjadi emas cepat-cepat.
Kalau ada orang nak pinjam wang anda, maka anda boleh
cakap ayat ini:
Saya minta maaf, semua wang saya dah habis beli emas.
Biasanya kalau anda cakap macam itu, maka orang yang nak
pinjam wang anda tidak boleh berbuat apa-apa.
Jadi terpaksalah dia pergi mencari orang lain pula.
Takkan orang tu nak cakap Kalau macam itu, boleh tak saya
pinjam emas tuan@puan sekejap?
Jadi, selamatlah duit anda kerana dah ditukarkan ke dalam
bentuk emas.
Itulah sebab kenapa emas itu dipanggil magnet kekayaan.
Jadi tuan puan pembaca sekalian, inilah 3 sebab utama kenapa
anda perlu menukarkan wang kertas kepada emas.

Pesanan penulis:
Walaupun anda tidak digalakkan meminjamkan wang kepada orang yang terdesak, kerana
risiko tidak membayar hutang adalah tinggi, namun saya menggalakkan anda memberi
wang sebagai sedekah kepada mereka yang memerlukan.
Dengan niat bersedekah, hati anda akan rasa tenang kerana anda telah membantu mereka
yang memerlukan dan orang itu tidak perlu membayar balik wang anda.
Contohnya, kalau ada orang nak pinjam RM1000 ke atas, mungkin anda boleh sedekah
RM50 kepada orang berkenaan.
Beritahu dekat orang tersebut Ini saya bagi sebagai sedekah@hadiah, tak perlu bayar
balik. Kalau nak beri pinjam, saya tak mampu.

32

Bagaimana mengaktifkan minat anda terhadap emas?


Allah AWT telah memberitahu kita bahawa fitrah manusia sukakan emas dan perak. Ia disebut
di dalam surah Ali Imran ayat 14.

Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini
nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbuntimbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatangbinatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia.
Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)
Surah Ali Imran ayat 14
Namun, ramai yang tidak menyedari hakikat ini. Betul ke manusia suka emas?
Biasanya golongan wanita yang sukakan emas. Mereka tahu keseronokan mengumpul dan
menyimpan emas. Namun biasanya di dalam bentuk barang kemas sahaja.
Orang lelaki yang tidak tahu ilmu emas, tidak akan menyimpan emas. Bagi mereka emas ini
ialah perhiasan untuk kaum wanita. Sebenarnya ini adalah salah faham. Wanita boleh memakai
emas sebagai perhiasan dan menyimpan emas sebagai harta, namun lelaki juga boleh
menyimpan emas di dalam bentuk jongkong atau syiling sebagai harta.
Bagaimana cara mengaktifkan minat anda terhadap emas?
Jawapannya ialah, anda perlu memegang jongkong emas. Pegang emas dulu tuan-tuan.

Pengalaman peribadi saya.


Saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda, bagaimana saya boleh terlibat dengan
pelaburan emas. Ia bermula setelah saya memegang 1 ketul jongkong emas PAMP Suisse 100
gram.
Saya ingat lagi, peristiwa ini berlaku pada bulan April 2008. Selama ini saya tidak pernah
memegang jongkong emas. Jadi saya amat teruja apabila berpeluang memegang jongkong
emas yang sebegitu besar dan berat. Bestnyer
Pengalaman memegang jongkong emas inilah yang menyebabkan saya terus meminati emas.
Justeru, maka saya juga ingin anda memberikan tips yang sama.
Peganglah emas di tapak tangan anda. Semakin besar and boleh pegang, semakin bagus.
Untuk cuba memegang emas ini mudah sahaja. Anda boleh pergi ke mana-mana kedai emas
terkemuka atau cawangan Public Gold. Minta kepada staff kedai tersebut kebenaran memegang
jongkong emas.

33

Gambar: Cuba pegang jongkong emas seperti ini.


Seelok-eloknya anda pegang jongkong emas 100 gram ke atas. Pegang ajer dulu. Jangan terus
beli. Baca buku ini dahulu sampai habis sebelum anda membeli emas.
Kalau anda boleh pegang emas tanpa bersalut plastik maka itu lebih baik.
Tips! Bagaimana memegang emas yang tidak dibalut?
Terdapat 2 jenis emas jongkong yang anda boleh buka plastiknya dan pegang emasnya iaitu:
1.
2.

Jongkong emas PAMP Suisse 100 gram (cast bar)


Jongkong emas Public Gold

Jongkong emas PAMP Suisse 100 gram (cast bar)


Caranya, anda pergi ke kedai emas dan minta tengok dan pegang jongkong emas PAMP Suisse
cast bar 100 gram. Jongkong emas ini adalah antara yang terkenal dan banyak dijual di kedaikedai emas terkemuka seperti Habib Jewel, Poh Kong, Tomei dan Wah Chan.
Jongkong emas PAMP Suisse terdapat dalam 2 bentuk iaitu minted bar dan cast bar. Perbezaan
rupa bentuk jongkong emas minted bar dan cast bar boleh dilihat melalui gambar di sebelah.
Kesemua jongkong PAMP Suisse minted bar dibalut di dalam plastik kekal. Anda tidak boleh
buka plastiknya. Cast bar pula boleh dibuka sarung plastiknya.
Namun di Malaysia PAMP Suisse cast bar hanya terdapat di dalam berat 100 gram, 250 gram,
500 gram dan 1KG sahaja.

34

Gambar: PAMP Suisse minted bar

Gambar: PAMP Suisse cast bar

Jongkong emas Public Gold


Jongkong emas Public Gold boleh didapati di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh
Malaysia. Ia juga boleh dibeli melalui agen-agen sah Public Gold di seluruh Malaysia.
Ke semua jongkong emas Public Gold diletakkan di dalam kapsul plastik yang boleh dibuka. Jadi
anda boleh pegang emas tersebut.
Tengok gambar di bawah. Itu adalah gambar jongkong emas Public Gold.
Pegang jangan tak pegang!

Gambar: Jongkong Emas Public Gold

35

Definisi pelaburan emas.


Baiklah, sebelum anda membuat pelaburan emas, mari lihat definisi pelaburan emas
Pelaburan emas bermaksud anda membeli emas fizikal atau produk-produk kewangan
berasaskan emas bagi tujuan memenuhi objektif pelaburan anda.
Di sini kita boleh pecahkan definisi pelaburan emas kepada 3 bahagian iaitu:
1. Anda boleh melabur emas secara fizikal
2. Anda juga boleh melabur emas melalui produk-produk kewangan berasaskan emas
3. Bagi memenuhi objektif pelaburan anda.
Untuk pengetahuan anda, pelaburan emas bukan hanya melibatkan emas fizikal. Banyak
produk-produk kewangan yang bersandarkan emas yang direka untuk memenuhi keperluan
pelabur.
Contohnya ialah Akaun Simpanan Emas (Gold Saving Account) yang mana pelabur boleh
membeli dan menjual emas mengikut harga emas semasa TANPA melibatkan emas fizikal.
Produk-produk kewangan dicipta bagi tujuan memudahkan pelabur, contohnya pelabur tidak
perlu berfikir tentang aspek penyimpanan. Ia juga mempunyai kecairan yang tinggi di mana
belian dan jualan boleh dilakukan bila-bila masa tanpa perlu membawa emas.
Jadi mudah bagi pelabur untuk membeli dan menjual emas secara maya, tak perlu fikir Di mana
nak simpan emas selepas dibeli?
Untuk melihat gambaran yang lebih jelas tentang pelaburan emas, mari kita lihat piramid
pelaburan emas.

Gambar: Piramid pelaburan emas.

36

Piramid pelaburan emas menunjukkan kepada anda tentang 3 aspek penting di dalam pelaburan
emas iaitu:
1. Objektif pelabur
2. Produk yang sesuai dengan objektif pelabur
3. Risiko
Terdapat 4 objektif pelaburan emas iaitu:
1.
2.
3.
4.

Sebagai insurans kekayaan


Pelaburan dan simpanan
Pelaburan
Spekulasi

Setelah anda jelas dengan objektif pelaburan emas anda, maka peringkat seterusnya ialah
memilih produk yang sesuai dengan objektif pelaburan emas anda. Anda boleh memilih lebih
dari satu matlamat pelaburan dan anda juga boleh memilih lebih daripada 1 produk pelaburan
emas.
Contoh: Jika anda ingin membuat pelaburan emas kerana ingin melindungi kekayaan (insuran
kekayaan) maka anda perlu memilih emas fizikal.
Jika objektif anda adalah untuk membuat pelaburan + simpanan, maka anda boleh memilih
emas fizikal atau melabur melalui akaun simpanan emas atau menyertai program pengumpulan
emas (contohnya Public Gold Gold Accumulation Program)
Jika objektif pelaburan emas anda adalah untuk pelaburan, maka anda boleh memilih untuk
membeli saham-saham syarikat perlombongan atau Gold Exchange Traded Fund.
Jika anda ingin membuat pelaburan emas bersifat spekulasi (membuat keuntungan daripada
pergerakan harga emas) tanpa melibatkan produk, maka anda boleh memilih BSKL Gold Futures
atau Spot Gold.
Nota penulis: Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang matlamat pelaburan emas
saya dan produk yang saya pilih.
Matlamat pelaburan emas saya ada 2 iaitu (1) insuran kekayaan dan (2) simpanan dan
pelaburan. Untuk insuran kekayaan, saya membeli emas fizikal di dalam bentuk jongkong
emas Public Gold dan PAMP Suisse yang saya simpan sendiri. Jongkong emas ini saya akan
simpan terus sampai bila-bila dan akan diberikan kepada anak-anak saya sebagai harta
mereka.
Untuk simpanan dan pelaburan, saya memilih Public Gold Gold Accumulation Plan (GAP)
(Program Akumulasi Emas Public Gold).
Saya memilih GAP kerana ia membolehkan saya membeli emas dengan nilai minima 1 gram
sahaja. Saya juga boleh membuat belian secara online bila-bila masa. Sebagai orang yang
sibuk, saya perlu kemudahan membeli emas secara online, tanpa perlu pergi ke pejabat
Public Gold.
Program ini adalah bersandarkan emas fizikal, bermakna saya boleh mengeluarkan emas
fizikal bila-bila masa sahaja. Saya juga boleh menjual emas di dalam akaun GAP bila-bila
masa sahaja. Jadi sebab itu GAP merupakan pilihan saya.
Baca maklumat lanjut tentang GAP di dalam topik pelaburan emas melalui Public Gold.

37

Bagaimana membuat pelaburan emas di Malaysia?


Terdapat 2 cara membuat pelaburan emas di Malaysia iaitu
1.
2.

Pelaburan secara emas fizikal


Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas

Pelaburan emas secara fizikal.


Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:
1.
2.
3.

Syiling emas
Jongkong emas
Barang kemas

Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas dan jongkong emas boleh dikategorikan
sebagai emas pelaburan. Sebagai emas pelaburan, syiling emas dan jongkong emas memiliki
kelebihan-kelebihan berikut:
1.
2.
3.
4.
5.

Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.


Mudah dibawa.
Mudah ditunaikan.
Mempunyai susutnilai yang rendah.
Boleh digadaikan.

Kebanyakan syiling emas yang dijual untuk tujuan pelaburan mempunyai berat yang standard
iaitu ukuran berat di dalam troy ounce (bersamaan 31.1 gram).
Bagi jongkong emas pula biasanya beratnya diukur di dalam kiraan gram.
Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang terbaik berbanding syiling dan jongkong emas.
Ini kerana terdapat kos upah untuk membuat barang kemas tersebut. Jika anda hendak menjual
kembali kembali barang kemas tersebut maka anda boleh dikenakan susutnilai yang tinggi iaitu
di antara 25% sehingga 40%.
Namun begitu, jika anda berminat untuk membuat pelaburan emas melalui barang kemas maka
saya cadangkan anda membaca topik membuat pelaburan emas melalui barang kemas. Ia bagi
memastikan anda boleh memaksimakan pulangan daripada barang kemas anda.
Bagi pelaburan emas menggunakan buku akaun simpanan emas pula, biasanya ia ditawarkan
oleh institusi perbankan tempatan dan bank luar negara. Pelabur akan membeli emas mengikut
harga emas semasa dan kuantiti emas yang dibeli akan direkodkan di dalam buku akaun. Ada
bank yang menawarkan kemudahan mengeluarkan emas fizikal dan ada juga bank yang tidak
menawarkan opsyen ini.
Memandangkan terlalu banyak produk pelaburan emas yang ditawarkan di pasaran saya pasti ia
boleh memeningkan kepala pelabur baru. Jangan risau. Anda bacalah buku ini sehingga habis.
Selepas ini saya yakin anda akan celik emas.

38

Pelaburan emas melalui Public Gold Marketing Sdn. Bhd.(Public Gold)


Terdapat sebuah syarikat tempatan yang terkenal di
Malaysia yang terlibat dengan aktiviti penjualan produk
emas dan perak.
Nama syarikat ini ialah Public Gold Marketing Sdn. Bhd.
Nama singkatannya ialah Public Gold.
Public Gold berpengkalan di Pulau Pinang dan mempunyai
cawangan di seluruh Malaysia.
Ini adalah alamat dan nombor telefon Public Gold.
Public Gold Marketing Sdn. Bhd. (930830-K)
Plot 21, Technoplex,
Medan Bayan Lepas,
Taman Perindustrian Bayan Lepas,
Phase IV, 11900 Pulau Pinang.
Tel: 04-6439999
Syarikat ini merupakan salah sebuah pengeluar dan penjual jongkong emas, syiling emas, dinar
emas dan jongkong perak yang terbesar di Malaysia.
Terdapat pelbagai produk keluaran Public Gold yang boleh dipilih oleh pelabur emas dan perak.

Gambar: Pejabat Korporat Public Gold di Pulau Pinang.


Untuk pengetahuan anda, Public Gold tidak ada kena mengena dengan Public Bank.

55

Anda boleh melawati laman web syarikat ini di www.publicgold.com.my atau laman facebooknya
di http://www.facebook.com/publicgoldinternational

Gambar: Laman web Public Gold

56

Emas yang dijual oleh Public Gold.


Public Gold menjual jongkong emas 999.9 yang mempunyai akreditasi LBMA (London Bullion
Market Association) dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Jongkong emas Public Gold diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana ia dicetak oleh Nadir Metal
Refinery, salah sebuah penulen emas terkemuka dunia yang merupakan ahli kepada London
Bullion Market Association.
Jongkong emas Public Gold bermula dari 1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100
gram, 250 gram dan 500 gram.
Ini adalah gambar-gambar jongkong emas Public Gold.

Gambar: Jongkong emas 1 gram

Gambar: Jongkong emas 1 gram (belakang)

57

Gambar: Jongkong emas 5 gram

Gambar: Jongkong emas 10 gram

Gambar: Jongkong emas 20 gram

58

Gambar: Jongkong emas 50 gram dan 10 gram

Susutnilai untuk jongkong emas Public Gold.


Susutnilai bagi jongkong emas Public Gold adalah diantara 4.5% ke 8%.
Ini adalah jadual susutnilai bagi produk-produk keluaran Public Gold.
Bil.
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Jongkong
Jongkong
Jongkong
Jongkong
Jongkong
Jongkong

Nama Produk
emas 10 gram
emas 20 gram
emas/syiling emas 50 gram
emas 100 gram
emas 250 gram
emas 500 gram

susutnilai (%)
8%
7%
6.5%
6%
4.5%
4.5%

Daripada jadual di atas, anda dapat lihat dengan jelas susutnilai emas semakin kecil apabila
beratnya bertambah.
Seeloknya anda membeli jongkong emas yang besar bagi mengurangkan nilai spread. Namun
begitu, kalau anda mempunyai budget kecil, beli 1 gram pun boleh juga.

59

Kos premium emas


Setiap produk Public Gold mempunyai premium. Jadi, apabila anda ingin membeli produk Publlic
Gold, anda perlu membayar harga emas + nilai premium.
Ini adalah jadual premium bagi emas Public Gold.

Item
Jongkong
Jongkong
Jongkong
Jongkong
Jongkong
Jongkong
Jongkong
Jongkong
Jongkong

emas
emas
emas
emas
emas
emas
emas
emas
emas

1 gram
5 gram
10 gram
20 gram
50 gram
100 gram
250 gram
500 gram
1 kg

Kos premium seunit


(semenanjung
Malaysia)(RM)
5
5
10
15
30
50
80
100
150

Kos premium seunit


(Sabah & Sarawak)
(RM)
10
10
20
30
60
100
160
200
300

Barang kemas Public Gold (www.public jewellery.com.my)


Selain daripada jongkong emas, Public Gold juga menjual barang kemas 916. Anda boleh
melawat laman web www.publicjewellery.com.my untuk melihat rekaan barang kemas.

Gambar: Laman web www.publicjewellery.com.my

60

Produk barang kemas yang ditawarkan adalah termasuk di dalam kategori:


1.
2.
3.
4.
6.
7.

Rantai leher
Rantai tangan
Buah loket
Chinese Zodiak
Fantasy
Berlian

Barang kemas Public Gold tiada upah tukang.


Salah satu kelebihan barang kemas yang ditempah daripada Public Gold adalah, Public Gold
tidak mengenakan kos upah tukang. Sebaliknya Public Gold mengenakan kos pengangkutan
yang rata untuk setiap barang kemas. Kos pengangkutan adalah RM20 untuk satu item bagi
semenanjung Malaysia dan RM40 untuk Sabah dan Sarawak.
Anda hanya perlu bayar harga emas semasa x berat barang kemas + RM20 kos pengangkutan
(Semenanjung Malaysia) untuk setiap satu item yang dibeli.
Contoh, lihat gambar rantai tangan di di sebelah.

61

Contoh pengiraan harga barang kemas Public Jewellery:


Harga emas semasa adalah RM134/gram.
Berat rantai tangan ini adalah 43.4 gram. Jumlah harga adalah RM134 x 43.4 gram = RM5816
(dibundarkan kepada RM terhampir) + RM20 kos pengangkutan = RM5836.00
Untuk pembeli dari Sabah dan Sarawak pula, kos pengangkutan adalah RM40. Jadi harga bersih
yang perlu di bayar adalah RM5856.00
Memandangkan banyak rekaan barang kemas di laman web ini, saya cadangkan untuk anda
melayari sendiri laman web www.publicjewellery.com.my

62

Harga emas Public Gold.


Apa yang menarik mengenai Public Gold ialah harga emasnya berubah setiap 20 minit mengikut
harga emas dunia.
Jadi, anda berpeluang membeli dan menjual semula emas anda mengikut pergerakan harga
emas dunia. Anda boleh melihat sendiri harga emas secara live di laman web Public Gold di
www.publicgold.com.my
Sistem harga live dan kemudahan tempahan emas secara online membolehkan anda membeli
dan menjual produk Public Gold 24 jam sehari dan 365 hari setahun.

Gambar: Harga emas semasa Public Gold di www.publicgold.com.my


Bagaimana melihat harga jualan dan harga belian balik Public Gold?
Anda boleh ke laman web www.publicgold.com.my dan melihat jadual harga di sana.
Terdapat 2 harga yang dipaparkan iaitu PG Sell dan PG Buy.
PG sell = harga emas yang dijual kepada anda.
PG Buy = Harga belian Public Gold daripada anda.
Bila anda ingin membeli emas, lihat harga PG Sell.
Apabila anda ingin menjual balik emas kepada Public Gold, lihat harga PG Buy.

63

Bagaimana cara membeli emas Public Gold?


Terdapat 3 cara membeli emas Public Gold:
1.
2.
3.

Membeli terus daripada cawangan Public Gold.


Membuat belian secara online daripada laman web www.publicgold.com.my
Membeli menerusi agen Public Gold yang berhampiran tempat anda.

Cawangan-cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.


Public Gold mempunyai 17 buah cawangan di Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.
Cara termudah mendapatkan membuat pertanyaan atau membuat order ialah dengan
menelefon terus ke pejabat Public Gold.
Pejabat Public Gold beroperasi setiap Isnin sehingga Jumaat (9.00 pagi 6 petang), Separuh
hari pada hari Sabtu (9.00 pagi 1 tengahari). Kesemua cawangan ditutup pada hari Ahad atau
cuti am.
Jika anda ingin membeli melalui telefon, anda hanya perlu telefon cawangan Public Gold yang
berhampiran (lihat nombor telefon di dalam jadual di bawah), anda bercakap dengan staff Public
Gold, item yang ingin anda beli.
Jika staff Public Gold bertanya kepada anda tentang introducer (orang yang memperkenalkan
anda kepada Public Gold, beritahu mereka yang anda tahu melalui Public Gold melalui penulis
Buku Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas, En Syukor Hashim.

Gambar: Salah satu cawangan Public Gold di Sunway, Petaling Jaya.

64

Ini adalah alamat, nombor telefon dan alamat pejabat Public Gold di seluruh Malaysia.

Cawangan

Nombor Telefon

Alamat

Alor Setar, Kedah

04-7344 916

Sungai Petani, Kedah

04-4232 999

Bukit Jambul, Penang

04-644 9999

No.1577, tingkat 1 dan 2, Jalan Kota, Alor


Setar, Kedah (bertentangan Etiqa Takaful)
No.86B, 1st Floor, Jalan Pengkalan Taman
Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah.
(bersebelahan Public Bank Jalan Kota)
12E, 1st Floor, Jalan Rumbia, Bukit Jambul,
11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Bishop, Penang

04-261 999

No.84, Lebuh Bishop, 10200 Penang.

Ipoh, Perak

05-2428 999

Petaling Jaya, Selangor

03-56348 999

Klang, Selangor

03-33438916

Kajang, Selangor

03-87349916

No.26 Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak.


42A, Jalan PJS 8/6 (Tingkat 3) Mentari
Business Park, Bandar Sunway, Petaling Jaya.
(di atas Royal Safe Deposit Box)
No.2, 3rd Floor, Jalan Tiara 2, Bandar Baru
Klang, 41150 Klang, Selangor Darul Ehsan.
(Diatas bank HSBC)
No.19B, 19C, Jalan M/J1, Taman Majlis Jaya,
Sungai Chua, 43000 Kajang, Selangor Darul
Ehsan.

Ampang, KL

03-42579 916

Seremban, N.Sembilan

06-6782 916

Melaka

06-3175 499

Johor Bahru

07-2358 999

Kota Bharu

09-746 2999

Kuala Terengganu,
Terengganu.

09-626 3999

Kuantan,Pahang

09-567 8916

Kuching, Sarawak

082-259 916

Kota Kinabalu, Sabah

088-447 916

98A & 98B, Lorong Mamanda 2, Ampang Point


Batu 41/2, Jalan Ampang, 68000 Ampang
(Bersebelahan Habib Jewel Ampang point)
152-1 & 152-2, Block M, Taipan Senawang,
Jalan Taman Komersil Senawang 1, Taman
Komersil Senawang, 70450 Seremban, Negeri
Sembilan.
(Berhampiran Bank Rakyat Taipan Senawan)
No.9-A, 9-B, Jalan Melaka Baru 22, Taman
Melaka Baru, Batu Berendam, 75350 Melaka.
(sebelah Perodua)
No.45A&B, Jalan Persisiran Perling, Taman
Perling, 81200 Johor Bahru, Johor.
(Bersebelahan 7 eleven taman Perling)
Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan, 15000
Kota Bharu, Kelantan.
(sebelah Public Bank Jalan Kebun Sultan)
16A, 1st &2nd Floor, Jalan Sultan Ismail, 20200
Kuala Terengganu.
(Sebelah KFC dan Farmasi Guardian.)
A-6624 1st &2nd Floor, Jalan Beserah, 25250
Kuantan, Pahang.
(Sebelah Maybank Jalan Beserah)
Lot 456 & 457, tingkat 3, Al-Idrus Commercial
Centre, Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.
(Sebelah Maybank Jalan Satok)
Lot No. 19, Block B-10, Corner Lot, 1st, 2nd
Floor, Lorong Plaza Permai 1, Along Jalan
Sulaman, Kota Kinabalu, Sabah
(sebelah Maybank Alam Mesra, 1 Borneo)

65

Membuat belian secara online melalui laman web www.publicgold.com.my


Anda juga boleh membuat tempahan produk Public Gold secara online. Ini adalah cara termudah
dan terbaik sekiranya anda mempunyai talian internet.
Ia membolehkan anda membuat belian 24 jam sehari, 365 hari setahun. Ia sangat
memudahkan pelabur-pelabur emas.
Sebelum membuat belian secara online, anda perlu mempunyai akaun terlebih dahulu. Untuk
register akaun anda perlu ke www.publicgold.com.my . Kemudian klik menu Order dan klik
Register (contoh di dalam gambar dibawah)

Selepas itu anda perlu masukkan butiran-butiran yang diperlukan.


Untuk bahagian nama, letakkan nama penuh anda mengikut IC. Pada bahagian Introducer,
letakkan PG000012, Introducer name: Syukor Hashim, Introducer Mobile: 013-2126999

66

Selepas anda memasukkan kesemua butiran berkenaan, anda klik butang Register. Selepas
itu anda akan mendapat mesej ini:

67

kemudian anda perlu pergi ke email anda (email yang anda masukkan ketika mendaftar akaun)
dan klik link pengaktifan di dalam emel tersebut.

Selepas anda klik link tersebut maka akaun anda telah diaktifkan! Tahniah anda sudah boleh
membuat belian secara online.
p/s: Anda perlu membuat pembelian dalam tempoh 48 jam dari masa anda mengaktifkan
akaun online anda. Sekiranya anda tidak berbuat demikian maka akaun ini akan dihapuskan dan
anda perlu mendaftar semula akaun ini. Jika anda menempah produk dalam tempoh 48 jam
maka anda akan mendapat akaun yang berstatus tetap (permanent customer account)
Untuk membuat belian, anda perlu ke laman web www.publicgold.com.my dan klik menu order.

Kemudian masukkan username dan password anda


seperti yang anda terima di dalam email.
Dalam kes ini:
Username = TEMP024877
Password = 12345
Kemudian tekan butang Login.

68

Selepas itu sekali lagi anda pergi ke menu Oder klik Place Order (lihat gambar dibawah)

Selepas itu anda akan sampai ke menu Order Placement. Di sini anda boleh memilih sebarang
produk yang anda inginkan. Letakkan kuantiti produk yang anda inginkan di ruangan Quantity.

69

Pada bahagian Payment option, terdapat 2 kaedah yang boleh anda pilih iaitu Full Payment
(bayaran penuh) atau pun Easy Payment Purchase (bayaran secara ansuran 4 bulan).
Apa itu easy purchase?
Easy purchase adalah pembelian emas secara ansuran yang ditawarkan oleh Public Gold.
Ia membolehkan pelanggan membeli emas pada harga semasa dengan bayaran ansuran 4 bulan.
Anda boleh membuat Easy Purchase untuk pembelian bernilai RM500 ke atas.
Jika anda memilih Easy Payment Purchase, anda hanya perlu membayar 25% daripada jumlah
belian selama 4 bulan.
Pembelian secara easy purchase akan dikenakan kos pengurusan (admin fee) 0.5% daripada
nilai belian.
Pengiraan pembayaran.
Pada bulan pertama, anda perlu membayar 25% daripada nilai belian + 0.5% admin fee. Bulan
kedua, ketiga dan keempat, anda cuma bayar 25%.
Lihat contoh pembelian secara Easy Payment Purchase di sebelah.
Saya telah membeli jongkong emas 100 gram dengan nilai RM16,928.00.
Admin Fee ialah RM85.00 (0.5%) manakala bayaran bulanan ialah RM4232.00.
Jumlah keseluruhan ialah RM17,013.00.
Pada bulan pertama saya perlu membayar RM4317.00 (RM4232.00 + RM85 Admin Fee)
manakala bulan kedua sehingga keempat saya cuma membayar RM4232.00 sahaja.
Nota penulis:
Walaupun anda membayar ansuran selama 4 bulan, namun harga yang anda bayar ialah
harga sewaktu anda menempah emas tersebut.

70

Gambar: Contoh sales order bagi pembelian secara Easy Payment Purchase

71

Setelah berjaya membuat tempahan secara online, anda akan mendapat CSO xxxxxx (Customer
Sales Order). Tahniah! Anda sudah berjaya membuat tempahan online.

Gambar: Contoh Customer Sales Order (untuk tempahan online)


Selepas itu, di dalam tempoh 24 jam Public Gold akan menghantar Sales Order yang muktamad
ke email anda.
Public Gold mungkin akan menghubungi anda melalui telefon untuk mengesahkan tempahan
online anda.
Selepas menerima sales order melalui email, barulah anda buat pembayaran ke akaun bank
Public Gold di dalam tempoh 24 jam.
Sekiranya bank tutup maka anda boleh buat pembayaran pada hari berikutnya. Jika ada
masalah sila berhubung dengan cawangan Public Gold yang berhampiran melalui telefon atau
email.

72

Ini adalah contoh email daripada Public Gold. Sales order anda akan diletakkan di dalam
lampiran. Biasanya bentuk sales order dan jumlah belian adalah sama nilainya dengan Online
Customer Sales Order.

Gambar: Sales Order yang muktamad akan dihantar ke email anda.

73

Kelebihan membeli emas Public Gold.


1.

Stok sentiasa ada. Memandangkan Public Gold memiliki kilang emas sendiri, anda boleh
mendapatkan stok emas dengan mudah. Ini merupakan satu kelebihan yang sangat baik
kerana pelabur boleh membeli emas ketika harga emas jatuh.

2.

Harga jongkong emas yang dijual adalah lebih murah berbanding harga di kedai emas.

3.

Jongkong emas yang dijual mempunyai kualiti 24k (999.9)

4.

Spread yang kecil (antara 5.5% ke 8% untuk jongkong emas, 5% ke 6% untuk dinar
emas, 15% untuk barang kemas)

5.

Mempunyai agen di seluruh Malaysia. Jadi anda boleh mendapatkannya dengan mudah
dengan menghubungi agen yang berhampiran tempat tinggal anda.

6.

Public Gold memberi jaminan akan membeli kembali emas mereka walaupun ada kesan
calar, gores, bengkok dan kemek asalkan berat tetap sama semasa timbangan.

74

Public Gold Gold Accumulation Program Peluang memulakan


simpanan emas dengan modal yang serendah RM100.
Jika anda mencari-cari peluang untuk memulakan pelaburan emas dengan modal serendah
RM100, anda pasti berminat dengan Program Pengumpulan Emas (Gold Accumulation Program)
Program ini bertujuan memudahkan anda untuk membuat simpanan emas 999.9 dengan modal
serendah RM100 atau minima 1 gram sahaja.
Anda boleh mengeluarkan emas fizikal daripada akaun GAP anda di mana-mana cawangan
Public Gold di seluruh negara.
Ciri-ciri dan Kelebihan :

Anda boleh membuat pembelian emas dengan nilai minimum RM100 atau 1 gram sahaja.
Pembelian ini akan ditukarkan kepada berat emas sehingga 4 titik perpuluhan (eg.
0.0001gm).
Disokong 100% oleh emas fizikal
Tiada yuran simpanan
Pegangan baki minima di dalam akaun 1 gram sahaja
Diaudit oleh juruaudit bebas
Urusniaga bila-bila masa. 24 jam sehari, 365 hari setahun

Panduan: Bagaimana anda boleh membuka akaun GAP?


1. Anda boleh membuka akaun GAP dengan nilai minima RM100 atau pun 1 gram emas.
2. Anda juga boleh membuka akaun GAP anak anda (perkongsian antara anak & penjaga)
Langkah 1: Rujuk harga emas semasa GAP di laman web www.publicgold.com.my
Sebelum membuka akaun GAP, anda perlu membuat keputusan sama ada ingin membuka
akaun dengan nilai RM100 atau 1 gram emas (pilih salah satu).
Kemudian, baru anda lihat harga emas semasa GAP di laman web Public Gold di laman web
www.publicgold.com.my
Contoh jadual harga GAP:

Daripada jadual harga GAP di atas, jika anda memilih untuk membuka akaun GAP dengan
RM100, maka anda akan mendapat 0.7042 gram emas.
Jika anda ingin membuka akaun GAP dengan nilai 1 gram emas, maka anda perlu membuat
pembayaran sebanyak RM142.

Soalan: Boleh tak anda buka akaun GAP dengan nilai lebih dari RM100 atau lebih dari 1 gram?
Jawapannya BOLEH.
75

Langkah 2:- Buat Pembayaran kepada Public Gold


Anda buat pembayaran ke dalam mana-mana akaun bank Public Gold seperti di bawah:
Nama akaun

: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD

Bank: Maybank
Nombor akaun: 557139238048
ATAU
Bank: Public Bank Berhad
Nombor akaun: 3167-52-0833

Langkah 3: Hantar butiran pembayaran dan maklumat peribadi anda kepada


Public Gold
Selepas bank in, e-melkan bukti pembayaran tersebut bersama-sama 6 maklumat berikut:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Nama penuh anda seperti di dalam IC


Nombor kad pengenalan
Email anda
Nombor telefon anda
Nombor customer Public Gold (jika ada), jika tiada, tuliskan tiada akaun PG
Letakkan introducer GAP anda: Syukor Hashim PG000012

Emailkan kepada gap@publicgold.com.my dan cc email tersebut kepada


suhaila@publicgold.com.my dan admin@jutawanemas.com
Langkah 4: Proses pendaftaran akaun GAP anda
Public Gold akan memproses akaun GAP anda dalam masa 48 jam dari tempoh penerimaan
email pembayaran.
Kemudian anda akan menerima SMS dari Public Gold seperti di bawah.
SMS ini menandakan pendaftaran dan pembayaran anda selamat diterima.

Kemudian anda akan menerima email daripada


Public Gold yang mengandungi dokumen
pembelian GAP anda.

(p/s: Jika anda tidak menerima email dari Public


Gold, sila call/whatsapp Public Gold GAP helpline
di talian 017-4866 916)

76

Di bawah ini, saya akan berikan 2 contoh dokumen pembukaan akaun GAP:
1. Pembukaan akaun GAP dengan nilai RM100
2. Pembukaan emas GAP di dalam bentuk gram
Contoh 1: Pembukaan akaun GAP dengan nilai RM100

Gambar: Pembukaan akaun GAP dengan nilai RM100

77

Contoh 2: Pembukaan akaun GAP dengan nilai 30 gram

Gambar: Pembukaan akaun GAP dengan nilai 30 gram

78

Proses pendaftaran akaun GAP anda telah selesai. Pada tahap ini anda sudah mempunyai PG
Code (Customer Account Code) dan dokumen pembelian emas GAP anda.
Panduan: Bagaimana cara membuat penambahan emas GAP?
Anda boleh menambah nilai emas di dalam akaun GAP anda pada bila-bila masa mengikut
kemampuan.
Ini kerana GAP adalah program penyimpanan emas emas secara berterusan.
Akaun GAP TIDAK ADA tarikh luput.
Langkah 1: Rujuk harga emas semasa GAP di laman web www.publicgold.com.my
Anda boleh lihat harga emas semasa GAP di dalam jadual.
Harga GAP dipaparkan di dalam 2 format iaitu RM100 = berat emas atau RMxxx = 1.0000 gram
emas.
Contoh jadual harga GAP:

Daripada jadual diatas, dengan RM100, anda akan membeli emas sebanyak 0.7042 gram.
Jika anda ingi top-up 1 gram, maka anda perlu membayar RM142.
Contoh: Jika anda ingin membeli sebanyak 3 gram emas, maka anda perlu membuat
pembayaran sebanyak RM426.00
Langkah 2: Memilih kaedah pembayaran dan membuat pembayaran.
Anda boleh membuat penambahan GAP melalui perbankan internet, deposit di kaunter bank,
mesin deposit tunai, pemindahan ATM, cek, arahan tetap bulanan, bayaran tunai di cawangan
Public Gold atau trade in emas terpakai ( di cawangan Public Gold).
Anda boleh menambah akaun GAP anda melalui 2 cara iaitu minima RM100 atau dalam gandaan
RM50 ataupun menambah mengikut nilai gram emas.
Nota : Nilai tambahan minima untuk GAP adalah RM100 dan di dalam gandaan RM50
(contohnya RM100, RM150, RM200, RM250). Tiada had maksima untuk pembelian GAP.
* Nilai tambahan minima untuk pembelian berdasarkan gram adalah 1 gram dan dalam gandaan
1 gram.

79

Langkah 3: Buat Pembayaran ke dalam akaun bank Public Gold.


Buat pembayaran mengikut nilai yang anda ingini ke dalam akaun Public Gold seperti di bawah:
Nama akaun

: PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD

Bank
: Maybank
Nombor akaun: 557139238048
Swift nombor : MBBEMYKL

Bank
:Public Bank Berhad
Nombor akaun: 3167-52-0833
Swift nombor
: PBBEMYKL

*Cek pantas tidak diterima

Langkah 4: Maklumkan butiran pembayaran kepada Public Gold


Selepas bank in, sila maklumkan kepada Public Gold untuk pengesahan.
1. E-melkan bukti pembayaran GAP anda kepada gap@publicgold.com.my dan cc email
tersebut kepada suhaila@publicgold.com.my dan admin@jutawanemas.com atau fakskan
ke nombor 04-646 4916
2. Anda juga boleh whatsapp gambar bukti pembayaran kepada GAP helpdesk di talian
017-4866916. Pastikan gambar tersebut jelas dan tidak kabur.
2. Jika anda tidak mahu menggunakan email, anda boleh gunakan SMS/WhatsApp/WeChat
untuk menghantar maklumat pembayaran. Taipkan: Kod PG anda<jarak>BELI
GAP<jarak>Jumlah Tempahan <jarak> (Tarikh & Masa Pembayaran) dan hantar kepada
012-3876916 (GAP helpdesk)
Contoh:
Pelanggan sedia ada
Dengan Kod PG
: PG 000000 BELI GAP RM100 (01/07/2014 & 12:34:56)
(jika belian gram)
PG 000000 BELI GAP 1GRAM (01/07/2014 & 12:34:56)
Jika anda pelanggan baru, formatnya adalah seperti berikut:
Pelanggan Baru
(jika belian gram)

: PG NEW BELI GAP RM100 (01/07/2014 & 23:45:59)


PG NEW BELI GAP 1GRAM (01/07/2014 & 23:45:59)

*Sila simpan slip pembayaran asal untuk rujukan pada masa akan datang.

Langkah 5: Kemaskini Penyata GAP anda:


I.
II.
III.

Akaun GAP anda akan dikemaskini dalam tempoh 48 jam selepas bukti pembayaran
disahkan oleh Public Gold.
Pembayaran melalui cek memerlukan 8 hari bank bekerja untuk dijelaskan.
Selepas akaun anda di kemaskini, anda boleh melihat butirannya di dalam online GAP
statement anda.

80

Langkah 6: Cara-cara pengeluaran emas fizikal @ menjual emas daripada akaun GAP
Anda boleh mengeluarkan emas fizikal melalui akaun GAP anda di mana-mana cawangan Public
Gold di seluruh Malaysia.
Minima pengeluaran adalah 1 gram (tertakluk kepada baki minima 1 gram di dalam akaun GAP
anda)
Contoh: Sekiranya akaun GAP anda mempunyai baki 11 gram, maka anda boleh mengeluarkan
10 gram emas fizikal.
Anda boleh memilih sebarang jenis jongkong emas Public Gold bermula dari minima 1 gram, 5
gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, 250 gram, 500 gram dan 1 kg).
Kos premium akan dikenakan untuk pengeluaran emas fizikal.
Sama seperti pembelian emas fizikal Public Gold, pengeluaran emas fizikal daripada akaun GAP
juga tertakluk kepada kos premium.
Ini adalah jadual kos premium:

Item
Jongkong
Jongkong
Jongkong
Jongkong
Jongkong
Jongkong
Jongkong
Jongkong
Jongkong

emas
emas
emas
emas
emas
emas
emas
emas
emas

1 gram
5 gram
10 gram
20 gram
50 gram
100 gram
250 gram
500 gram
1 kg

Kos premium seunit


(semenanjung Malaysia)
(RM)
5
5
10
15
30
50
80
100
150

Kos premium seunit


(Sabah & Sarawak)
(RM)
10
10
20
30
60
100
160
200
300

Sebagai contoh, jika akaun GAP anda mempunyai baki 11 gram, anda boleh mengeluarkan
emas fizikal sebanyak 10 gram.

Jika anda keluarkan 10 gram tersebut di dalam bentuk 1 gram x 10 keping, maka
premium yang perlu anda bayar adalah RM5 x 10 = RM50.

Jika anda keluarkan 10 gram tersebut di dalam bentuk 5 gram x 2 keping, maka
premium yang perlu anda bayar adalah RM5 x 2 = RM10

Jika anda keluarkan 10 gram tersebut di dalam bentuk 10 gram x 1 keping, maka
premium yang perlu anda bayar adalah RM10 x 1 = RM10

*p/s: Ini adalah contoh pengiraan premium jika pengeluaran dibuat di Semenanjung Malaysia.

81

Langkah 7: Bagaimana Menjual Semula Emas Fizikal Public Gold?


Anda boleh menjual semula emas fizikal Public Gold di mana-mana pejabat Public Gold di
seluruh Malaysia atau menjualnya kepada agen-agen yang berhampiran.
Harga belian balik adalah berdasarkan kepada harga emas semasa di www.publicgold.com.my
Langkah 8: Pengeluaran tunai daripada GAP.
Selain daripada pengeluaran emas fizikal, anda boleh menjual emas GAP dan mendapatkan
tunai. Harga jualan adalah berdasarkan kepada harga emas semasa.
Pengeluaran tunai (berdasarkan kepada harga belian Public Gold jam 12 tengah malam pada
hari tersebut dengan mengikut berat produk yang di bawah berat emas terkumpul).
Caranya:
SMS/WhatsApp/WeChat: Kod PG<jarak>JUAL GAP<jarak>Jumlah Jualbalik kepada
+6017-486 6916.
Contoh:
Dengan kod PG : PG 000000 JUAL GAP 100gram
-Pembayaran akan dibuat selewat-lewatnya 3 hari bank bekerja.
-Contoh, Jual balik dilakukan pada 14/7/14, harga akan merujuk pada 14/7/14 12:00 tengah
malam harga belian PG, bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda pada 16/7/14.
*Pembayaran di bawah keadaan pasaran yang normal.
Langkah 9: Menyemak rekod pembelian dan jualan akaun GAP anda.
Setiap pemegang akaun GAP akan diberikan satu penyata akaun online bagi memantau
urusniaga belian dan jualan GAP anda.
Untuk mendapatkannya username dan password akaun GAP anda, sila telefon cawangan Public
Gold berhampiran.
Ia membolehkan anda melihat rekod belian dan jualan GAP anda secara online di laman web
www.publicgold.com.my

82

Rekod transaksi GAP ini boleh dilihat dalam bentuk penyata bulanan.

Gambar: Penyata online GAP.

83

Dengan GAP, sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.


Jika anda menyimpan emas sedikit-sedikit, percayalah, lama-lama ia akan menjadi bukit.
Contohnya, jika sebulan anda mampu menyimpan 1 gram emas, setahun anda dah berjaya
mengumpulkan 12 gram.
Kalau anda simpan emas secara konsisten bertahun-tahun, maka anda anda akan berjaya
mengumpulkan emas dengan banyak.
Dalam pelaburan emas, yang penting adalah sikap konsisten menyimpan emas.
Bak kata pepatah, sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.

Inilah kelebihan GAP.


Anda tak perlu beli emas dengan nilai yang besar. Memadai dengan kemampuan anda sekarang,
samada RM100 atau 1 gram.
Anda boleh mulakan simpanan sekarang!

Nota penulis: Jika anda mencari kaedah membuat pelaburan emas yang termurah dan
boleh mengeluarkan emas fizikal. GAP adalah salah satu kaedah terbaik.

84

Pelaburan emas melalui Dinar Emas.


Selain membeli syiling emas dan jongkong emas anda juga boleh membuat pelaburan emas
melalui dinar emas.
Dinar emas mula mendapat perhatian kerana ia dipopularkan oleh kerajaan negeri Kelantan.
Antara dinar emas yang dijual di Malaysia ialah:
1.
2.

Dinar Emas Public Gold


Dinar Emas Kelantan

Dinar emas Public Gold


Dinar emas Public Gold dikeluarkan di dalam bentuk Dinar, 1 Dinar, 5 dinar dan 10 dinar.
Anda boleh lihat harga dinar di laman web www.publicgold.com.my

Kelebihan dinar emas Public Dinar adalah harganya yang kompetetif dan susutnilainya adalah
rendah (antara 5% - 6% sahaja)

Gambar dinar emas Public Gold

85

Gambar: 1 dinar

Gambar: 5 dinar dan 10 dinar

86

Dinar Emas Kelantan.


Dinar emas Kelantan versi terbaru telah dilancarkan pada 12 Ogos 2010. Laman web Dinar
Emas Kelantan ialah http://kgt.com.my/ (Kelantan Golden Trade)
Saiz dinar emas Kelantan yang dijual adalah dinar, 1 dinar, 2 Dinar, 5 Dinar dan 8 dinar.

Gambar: Dinar Emas Kelantan

Denominasi

1/2 Dinar

Gambar

Spesifikasi
2.125 gram Berat
16 mm Diameter

Harga (RM)

324.00

Kandungan Emas 917

1 Dinar

4.250 gram Berat


21 mm Diameter

647.00

Kandungan Emas 917

2 Dinar

8.500 gram Berat


22 mm Diameter

1,294.00

Kandungan Emas 917

5 Dinar

21.25 gram Berat


25 mm Diameter

3,235.00

Kandungan Emas 917

8 Dinar

34.00 gram Berat


32 mm Diameter
Kandungan Emas 917
Gambar: Senarai produk dinar Kelantan

87

5,176.00

Bagaimana anda boleh membeli Dinar Emas Kelantan?


Jika anda berminat untuk membeli Dinar Emas Kelantan, anda boleh mendapatkannya di Arrahn Permodalan Kelantan Berhad (PKB) ataupun melalui wakalah yang dilantik oleh Kelantan
Golden Trade atau secara online.
Ini adalah sebahagian daripada cawangan Ar-rahn PKB di seluruh Malaysia.

Ar-Rahn Kota Bharu 2


Lot 1007, Tingkat Bawah,
Bangunan Hotel Raudah,
Jalan Maju, 15000 Kota
Bharu, Kelantan. Malaysia.

Ar-Rahn Kota Bharu


PT 95, Seksyen 7, Jalan
Temenggong, 15000 Kota
Bharu, Kelantan, Malaysia

Ar-Rahn Rantau Panjang


No. 181, Tingkat Bawah, Jalan
Besar, Lubok Stol,
17200 Rantau Panjang,
Kelantan, Malaysia.

Tel : 09-7414322
Faks : 09-7414320
Ar-Rahn Kajang
No. 10 Jalan Raja Harun
43000 Kajang
Selangor

Tel: 09-741 4400


Faks : 09-741 4409
Ar-Rahn Raja Laut
No. 44G, Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.

Tel: 09-795 3949


Faks : 09-795 0599
Ar-Rahn Rawang
No. 49, Jalan Maxwell,
48000 Rawang, Selangor.

Tel: 03-87361517
Faks: 03-87367552

Tel : 03-26933433
Faks : 03-26933431

Tel : 03-60928441
Faks : 03-60928429

Anda juga boleh membeli dinar emas Kelantan secara online di http://kgt.com.my/shop/

Kebaikan dinar emas:


1.

Harga yang rendah baik untuk mereka yang baru hendak bermula.

2.

Boleh digadaikan di Ar-rahn.

Kelemahan:
1.

Sukar dibeli kerana tidak semua negeri di Malaysia mempunyai Ar-rahn dinar emas
Kelantan. Wakalah juga adalah terhad.

2.

Harga belian balik dinar tidak dinyatakan. Anda perlu menghubungi Ar-Rahn atau
wakalah untuk bertanya harga jualan balik.

88

3 kajian kes: Keburukan membeli jongkong emas di kedai emas.


Berdasarkan kajian saya, membeli emas kat kedai emas bukanlah cara terbaik untuk
memaksimakan keuntungan daripada pelaburan emas. Ia mempunyai beberapa kelemahan.
Antara kelemahan membeli emas pelaburan di kedai emas:
1. Harga emas di kedai emas adalah lebih tinggi berbanding harga emas antarabangsa.
Ini kerana harga kedai emas biasanya berdasarkan kepada harga Federation of
Goldsmiths And Jewellers Association Of Malaysia (FGJAM)
Laman webnya ialah http://www.fgjam.org.my/
2. Susutnilai emas yang tinggi antara 13% ke 30%.
3. Jika jongkong emas itu dibalut plastik (contohnya jongkong emas Poh Kong Bunga Raya, Wah
Chan, Tomei dan PAMP Suisse Lady Fortuna), maka anda tak boleh buka pembalut plastik
tersebut. Jika anda membuka pembalut plastik tersebut maka gold bar tersebut
akan dikira emas terpakai (harga akan dipotong sehingga 30%)
4. Kedai emas boleh memanipulasikan harga emas mereka menggunakan alasan workmanship
cost (upah tukang). Contohnya apabila harga emas turun maka mereka akan menaikkan
workmanship cost manakala apabila harga emas meningkat maka mereka akan
mengurangkan kos workmanship.

Kajian kes 1: Kisah PAMP Suisse Lady Fortuna yang dibuka.


Untuk pengetahuan anda semua, saya ada membeli emas PAMP Suisse Lady Fortuna dari kedai
Emas Poh Win Melaka. Saya beli 2 keping x 1 Oz dan 1 x 50 gram.

Gambar : Kedai Emas Poh Win di Melaka

93

Gambar: Jongkong Emas PAMP Suisse saya


Memandangkan saya ingin menggadaikan emas-emas ini di Ar-Rahnu maka saya telah
membuka plastik kesemua emas PAMP Suisse Lady Fortuna saya.

Gambar: PAMP Suisse Lady Fortuna di dalam plastiknya.

94

Harga emas di Malaysia dan Dunia.


Salah satu topik menarik di dalam pelaburan emas adalah mengenai harga emas. Ramai pelabur
emas mendapati harga emas di antara satu-satu penjual dengan penjual lain adalah berbeza.
Harga emas di Malaysia adalah berdasarkan kepada harga emas dunia (dipanggil spot gold).
Dengan kata lain, perubahan harga emas di pasaran dunia akan mempengaruhi harga emas di
Malaysia.
Apabila pasaran emas dunia dibuka, maka harga emas akan berubah setiap saat. Perubahan
harga emas setiap saat boleh dilihat jika anda menggunakan perisian tertentu contohnya
MetaTrader 4. Namun begitu harga emas di kedai emas tidak akan berubah setiap minit dan
saat. Sebaliknya harganya boleh bertukar setiap beberapa minggu dan juga bulan. Ini
membolehkan kedai emas menjalankan urus niaga dengan lancar.
Ada penjual emas yang mengubah harganya beberapa jam sekali contohnya Public Bank GIA
dan Maybank GIA manakala Public Gold pula mengubah harga emas mereka setiap 20 minit.
Harga Kijang Emas pula berubah sehari sekali.
Harga emas dunia adalah lebih kepada panduan untuk peniaga-peniaga emas di Malaysia di
dalam menetapkan harga emas mereka.

Fakta: Emas bukan harga kawalan.


Di Malaysia emas bukanlah barangan kawalan. Justeru itu harga emas bebas ditetapkan oleh
penjual emas. Harga emas berbeza di antara satu penjual dengan penjual yang lain. Ini kerana
setiap pengeluar mempunyai kos pengeluaran dan kos-kos lain yang berbeza-beza. Di antara
kos yang terlibat ialah kos minting, insurans, pengangkutan, penyimpanan, sewa kedai, gaji
pekerja dan lain-lain kos.
Sebagai pelabur yang bijak, adalah penting bagi anda untuk membeli emas pelaburan yang
hampir dengan harga emas pasaran antarabangsa.
Harga emas antarabangsa di dalam RM boleh dilihat di sini. Harga ini dipanggil harga spot gold.
(spot gold bermaksud harga paling terkini emas di pasaran dunia utk belian dan jualan)
Bagaimana melihat harga emas spot gold?
Untuk melihat harga emas spot gold di dalam Ringgit Malaysia, anda pergi ke laman web
Goldprice.org http://goldprice.org/gold-price-malaysia.html

Gambar: Ini adalah harga emas pasaran dunia (dalam RM)

125

Daripada gambar diatas, anda dapati harga spot gold dalam RM ialah RM134.25 segram.
Ini ini membolehkan anda mengetahui harga emas semasa dunia, namun untuk pengetahuan
anda tidak ada penjual emas di Malaysia yang menjual emas pada harga spot gold. Mereka akan
menjual emas di atas harga spot gold.
Ini dipanggil premium over spot price (premium diatas harga spot gold)
Berpandukan harga spot gold ini, anda boleh mengira berapa premium harga emas bagi setiap
penjual.
Mengira premium harga emas.
Premium bermaksud perbezaan diantara harga spot gold dan harga jualan emas oleh penjual.
Biasanya ia dikira dalam bentuk %
Formulanya ialah:
(Harga jualan syarikat segram Harga spot gold) / (harga spot gold) x 100%
Sebagai contoh, mari kita lihat buat perbandingan premium harga untuk jongkong emas 10
gram UOB Pamp Suisse dan Public Gold 10 gram.

Baik, memandangkan harga spot gold ketika ini adalah RM134.25 manakala harga segram
jongkong emas 10 gram UOB adalah RM151.40 segram dan Public Gold pula RM139.30 segram.
Premium bagi jongkong emas UOB
(RM151.40 RM134.25) / RM134.25 x 100%
= 12.77% premium over spot price.
Premium bagi jongkong emas Public Gold
(RM139.30 RM134.25) / RM134.25 x 100%
= 3.76% premium over spot price.
Jadi, disini anda boleh lihat bahawa premium bagi jongkong emas Public Gold adalah lebih
rendah daripada PAMP Suisse yang dijual UOB Bank.
Untuk memaksimakan keuntungan, anda perlu membeli jongkong emas yang rendah
premiumnya.

126

Anda dan emas. Penyimpan, pelabur atau pedagang?


Apabila anda menceburi bidang pelaburan emas, terdapat 3 posisi yang boleh anda pilih samada
menjadi:
1. penyimpan emas,
2. pelabur emas atau
3. peniaga emas.
Ketiga-tiga posisi ini mempunyai matlamat yang berbeza.
Untuk lebih memahami perkara ini, mari kita lihat definisi Kamus Dewan bagi perkataan
simpanan, pelaburan dan pedagang.
Menurut Kamus Dewan, simpanan bermaksud:
1. sesuatu yg disimpan (wang, barang makanan, dan lain-lain): wang ~ wang yg disimpan; 2. sesuatu yg
disimpan dan digunakan apabila diperlukan (pemain, tentera, dan lain-lain), cadangan; tentera ~
tentera (bukan tentera biasa) yg dipanggil utk berkhidmat apabila diperlukan; 3. = tempat ~ =
persimpanan tempat menyimpan;
Manakala definisi pelaburan pula ialah:
1. jumlah wang (modal dsb) yg dilaburkan dlm sesuatu usaha niaga dsb, penanaman modal; 2. sesuatu
yg dibeli dan sebagainya dgn harapan akan mendapat keuntungan yg berlipat ganda, penanaman modal:
pembelian tanah merupakan suatu bentuk ~ yg menguntungkan;
Definisi pedagang pula adalah:
1. orang yg melakukan perniagaan: Banyak ~ Arab yg datang ke Malaysia utk berdagang.
Apa perbezaan diantara penyimpan emas, pelabur emas dan pedagang emas?
Jawapannya ialah: Niat anda!
Penyimpan emas = Anda berniat untuk menyimpan wangnya ke dalam bentuk emas untuk
kegunaan pada masa akan datang.
Bagi anda, simpanan di dalam bentuk emas lebih baik daripada wang tunai atas sebab-sebab
berikut:
1. Untuk mengelakkan kebocoran wang: Bila ada wang, maka hati anda asyik nak belanja
sampai habis. Jadi kerana risau wang akan cepat habis, maka lebih baik anda tukarkan wang
simpanan menjadi emas. Selamat dari masalah kebocoran wang.
2. Anda berniat menyimpan emas untuk jangkamasa panjang. Bila ada keperluan di masa
hadapan, barulah tukar emas menjadi tunai. Keperluan yang dimaksudkan ialah seperti
tabung universiti anak, tabungan ke Mekah atau tabungan membeli rumah. Kalau tiada
keperluan maka anda tak perlu tukar emas jadi tunai.
Dari segi psikologi, harga emas naik atau, anda tak kisah. Anda cuma hendak tukar wang
simpanan ke dalam bentuk emas.
Bagi penyimpan emas, sifirnya mudah sahaja. Ada duit lebih, tukar jadi emas. Lepas itu simpan
elok-elok.
Sebagai seorang penyimpan emas, konsistensi adalah penting.

130

Setiap kali anda ada simpanan wang, maka anda boleh tukarkan kepada jongkong emas dan
syiling emas.
Jika simpanan wang anda tidak mencukupi, maka anda teruskan menyimpan wang tersebut
sehinggalah ianya mencukupi, barulah anda membeli emas.
Pelabur emas = Orang yang ingin mendapatkan keuntungan daripada aktiviti jual beli emas di
dalam satu jangka masa tertentu.
Pelabur emas berbeza dengan penyimpan emas. Ini kerana pelabur emas lebih aktif membeli
dan menjual emas bagi mendapatkan keuntungan.
Pelabur emas mengejar pulangan dengan cara membeli emas ketika harga rendah dan menjual
kembali ketika harga naik. Dari segi mentaliti, pelabur emas melihat emas sebagai salah satu
tempat melabur.
Ciri-ciri lain seorang pelabur emas adalah seperti berikut:
1. Emas dilihat sebagai pelaburan yg setaraf seperti ASB, unit trust, hartanah dan sebagainya.
2. Anda melihat peratus kenaikan harga emas untuk satu jangkamasa tertentu seperti 6 bulan,
setahun atau lebih.
3. Anda membeli emas ketika harga rendah dan menjualnya ketika harga emas naik bagi
mendapat keuntungan.
4. Anda aktif membaca berita tentang pasaran emas semasa bagi mendapatkan gambaran trend
pergerakan harga emas dan sentimen pasaran.
5. Bila anda membeli emas, anda berdoa supaya harga emas naik mulai esok hari supaya anda
untung cepat.
6. Bila anda menjual emas, anda cepat-cepat berdoa harga emas akan mula jatuh supaya anda
boleh beli balik dengan harga rendah.
Samada sebagai simpanan atau pelaburan, anda perlu memiliki mind set yang betul dan ilmu
yang betul.
Jika anda berhasrat menjadi pelabur emas. Anda perlu menguasai 2 ilmu penting iaitu:
1. Ilmu analisis teknikal harga emas.
2. Ilmu analisis fundamental harga emas.

Ilmu analisis teknikal


Analisis teknikal adalah satu kaedah menjangka dan menentukan corak pergerakan harga masa
depan berdasarkan kajian menggunakan statistik yang diperolehi daripada aktiviti dagangan di
masa lepas.
Kaedah ini membabitkan penggunaan carta dan alatan (tools) untuk mengenal pasti bentuk
pergerakan harga (naik/turun) bagi membolehkan anggaran kenaikan dan penurunan pada
masa hadapan.
Pengkaji analisis teknikal percaya bahawa sejarah aktiviti dagangan masa lepas dapat
menentukan corak pergerakan harga di masa depan.
Kaedah termudah membuat analisis teknikal harga emas adalah dengan menggunakan perisian
MetaTrader4. Contohnya FxPrimus (www.fxprimus.com)

131

Tujuan utama pelabur mempelajari kemahiran analisis teknikal harga emas ialah untuk mencari
di manakah harga lantai dan harga syiling emas.
Sebagai contoh, pelabur emas boleh membuat melihat bahawa titik A, C dan F adalah harga
lantai (support) manakala titik B, D dan E adalah harga syiling (resistance).
Bagi memaksimakan keuntungan, pembelian dibuat berhampiran zon harga lantai dan penjualan
dibuat berhampiran zon harga syiling.

Gambar: Harga lantai dan harga syiling boleh dipantau menggunakan MetaTrader4

Ingin mempelajari ilmu analisis teknikal?


Ilmu analisis teknikal harga emas ini mudah untuk dipelajari.
Pelabur emas hanya memerlukan masa sehari sahaja untuk
menguasai ilmu analisis teknikal harga emas dan belajar
topik-topik asas seperti konsep harga lantai dan harga
syiling.
Jika anda berminat untuk mendalami ilmu analisis teknikal
harga emas, saya cadangkan anda mendapatkan buku
Analisis Teknikal Harga Emas Strategi Membeli dan
Menjual Emas Fizikal Pada Harga Terbaik, yang ditulis oleh
saya dan Shufaad www.melakafx.com
Anda boleh baca maklumat lanjut mengenai buku ini di sini
http://bit.ly/BukuAnalisisTeknikalEmas
Anda juga boleh belajar ilmu analisis teknikal harga emas
dengan menghadiri seminar yang saya dan Shufaad
anjurkan dari masa ke semasa.
Dengan ilmu ini, anda boleh menjadi seorang pelabur emas yang lebih baik.

132

Ilmu analisis fundamental.


Analisis fundamental bermaksud anda melihat faktor-faktor besar yang boleh menggerakkan
harga emas.
Contohnya:
1. Trend permintaan dan penawaran emas.
Trend permintaan dan penawaran emas dikeluarkan oleh World Gold Council (www.gold.org) di
dalam laporannya yang bertajuk Gold Demand Trends. Laporan ini dikeluarkan setiap suku
tahunan. Anda boleh muat turun laporan ini secara percuma.
Anda cuma perlu pergi ke www.gold.org dan cari Gold Demand Trends

Gambar: Laporan gold demand trend

133

Di dalam laporan ini, anda boleh melihat gambaran lengkap tentang trend permintaan dan
penawaran emas.
Sebagai contoh, sektor yang membeli emas terdiri daripada:
1.
2.
3.
4.

Barang kemas
Teknologi
Pelaburan (jongkong, syiling dan Exchange Traded Fund)
Bank Pusat

Laporan ini akan membuat analisis terperinci samada wujud pertambahan permintaan atau
pengurangan atau penjualan emas daripada sektor-sektor ini. Ia membolehkan anda melihat
sentimen pasaran emas dunia dengan jelas.
2. Peranan Federal Reserved (bank pusat Amerika)
Selain daripada laporan Gold Demand Trend, faktor fundamental lain yang memberi kesan besar
kepada harga emas adalah peranan Federal Reserved (Bank Pusat USA) dan beberapa
komponen-komponen ekonomi.
Antaranya ialah:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Mesyuarat Federal Open Market Committee (FOMC)


Quantitative Easing
US Employment Report
US Equities
US Government Bond
Gold Exchange Traded Fund
Outside Market-US Dollar Index and Oil
Commitment of Traders Report

Analisis fundamental sangat mempengaruhi harga emas untuk jangkamasa yang panjang
contohnya 6 bulan ke atas malah sehingga bertahun-tahun lamanya.
Anda ingin mempelajari ilmu analisis fundamental harga emas
dengan lebih mendalam?
Dapatkan buku Analisis Fundamental Harga Emas
Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi harga
emas dunia tulisan saya dan Noor Shufaad.
Buku ini menerangkan secara terperinci tentang apakah
faktor-faktor besar yang boleh menggerakkan harga emas
dunia.
Ia bacaan yang sesuai untuk mereka yang berminat menjadi
pelabur emas professional.
Dapatkan preview percuma buku ini di sini (klik)
http://bit.ly/analisisfundamentalFREEpreview

134

Pedagang emas: Orang yang menggunakan emas sebagai medium perniagaan.


Pedagang emas melihat emas sebagai satu peluang perniagaan. Emas boleh dijual beli bagi
mendapatkan keuntungan segera.
Bagi pedagang, mereka membuat keuntungan segera dengan aktiviti membeli dan menjual
emas. Apabila ada pelanggan ingin membeli, maka mereka akan menjual emas tersebut.
Apabila ada orang ingin menjual emas, maka mereka sedia membeli pada harga yang rendah
sedikit daripada harga semasa.
Pedagang emas terbahagi kepada 2 kategori.
1. Pedagang emas fizikal
2. Pedagang emas maya
Contoh aktiviti seorang pedagang emas fizikal.
Saya ingin memberikan contoh bagaimana seorang pedagang emas membuat keuntungan
daripada aktiviti membeli dan menjual emas.
Contoh 1: Menjadi agen syarikat emas.
Menjadi agen syarikat emas membolehkan seseorang membeli dan menjual emas mengikut
harga yang ditetapkan oleh syarikat. Terdapat 2 jenis keuntungan yang lazimnya diperolehi iaitu
untung runcit dan komisyen belian.
Untung runcit.
Lihat contoh harga emas Public Gold dibawah, jika ada pelanggan yang ingin menjual balik 10
gram kepada seorang agen Public Gold maka agen akan membeli emas tersebut pada harga PG
Buy (RM1281) dan apabila ada pelanggan lain yang ingin membeli 10 gram maka agen akan
menjual emas tersebut pada harga PG sell (RM1393). Agen tersebut memperolehi keuntungan
sebanyak RM112 (8%) di dalam transaksi jual beli 10 gram ini.

Gambar: Perbezaan harga Buy dan Sell membolehkan agen mendapat untung runcit.
Komisyen belian.
Komisyen belian merujuk kepada komisyen yang diberikan oleh syarikat kepada agen yang
membeli stok emas daripada syarikat. Biasanya nilai komisyen ditetapkan di dalam bentuk %
daripada nilai belian emas.
Sebagai contoh, Public Gold memberikan komisyen antara 1% sehingga 2% apabila agennya
membeli emas daripada Public Gold. Jadi, apabila agen Public Gold membeli 10 gram emas pada
harga RM1393, maka agen akan menerima komisyen antara RM13.93 ke RM27.86.

135

Contoh 2: Pedagang emas maya (paper trading)


Pedagang emas maya atau dalam bahasa inggerisnya paper trader merujuk kepada mereka
yang menjual beli emas secara maya.
Terdapat 2 produk yang sering digunakan oleh pedagang emas maya iaitu:
1. Bursa Malaysia Gold Futures
2. Spot Gold
Bursa Malaysia Gold Futures
Maklumat lanjut tentang Bursa Malaysia gold futures boleh diperolehi di website Bursa Malaysia
http://www.bursamalaysia.com/market/derivatives/products/commodity-derivatives/goldfutures-fgld
Soalan-soalan lazim berkenaan gold futures boleh dibaca disini:
http://www.bursamalaysia.com/market/derivatives/education/faqs-on-gold-futures-contract-fgld

Gambar: Maklumat tentang Gold Futures di Bursa Malaysia

Nota penulis : Saya tidak trade gold futures di Bursa Malaysia, jadi saya tiada pengalaman
untuk diceritakan kepada anda tentang strategi membuat keuntungan melalui platform Bursa
Malaysia Gold Futures.

136

Spot Gold.
Kemudahan untuk trade spot gold biasanya ditawarkan oleh broker-broker platform forex. Ia
membolehkan trader membeli dan menjual kontrak emas secara online. Antara contoh platform
tersebut adalah www.fxprimus.com

Gambar: Contoh broker spot gold ialah FXPrimus.


Inilah 2 butang yang akan menentukan keuntungan dan kerugian seorang trader. Butang Sell
dan butang Buy.

Gambar: Trader akan jual dan beli dengan hanya menekan butang Sell atau Buy

137

Kelebihan.
Paper trading membolehkan pedagang membuat keuntungan segera daripada kenaikan dan
penurunan harga emas. Samada harga emas naik atau turun, trader boleh membuat
keuntungan. Anda cuma perlukan perlukan komputer, internet dan akaun broker.
Kelemahan.
Gold futures dan spot gold termasuk di dalam kategori berisiko tinggi. Saya ulangi, risiko tinggi.
Anda boleh kehilangan semua modal di dalam paper trading, jika tersalah langkah. Dengan
kata lain, untung segera, rugi pun segera. Trader memerlukan ilmu yang tinggi dan disiplin
trading yang tinggi.
Contoh seorang trader.

Sahabat saya Noor Shufaad (gambar atas) merupakan


seorang trader sepenuh masa.
Beliau aktif trade komoditi dan matawang. Sebelum
pandai trading, beliau banyak menghanguskan modal.
3 tahun berturut-turut beliau mengalami kerugian di
dalam trade kerana ilmu, mentor dan sistem yang salah.
Namun sekarang beliau sudah jadi sifu dan aktif
mengajar orang tentang seni trade. Anda boleh
membaca blog beliau di www.melakafx.com dan
www.shufaad.com
Beliau menulis buku yang bertajuk Saya Trader
Panduan menjana pendapatan melalui pasaran spot
gold dan currency (215 mukasurat)
Beliau berkongsi strategi-strategi trading yang
digunakan oleh beliau. Anda boleh dapatkan buku ini
daripada saya. Whatsapp atau sms saya di 013-2126
999 untuk maklumat lanjut.

138

Bagaimanakah menjana keuntungan dengan pelaburan emas?


Sekarang saya ingin berkongsi cara-cara membuat keuntungan
dengan emas. Saya pasti ini adalah topik yang sangat menarik.
Pelaburan emas akan memberikan pulangan yang lumayan jika
anda memahami dan menguasai teknik-teknik yang saya akan
kongsi kan di bawah.
Namun anda perlu siapkan minda anda terlebih dahulu. Sebelum
anda membeli emas sebagai aset, minda anda perlu menjadi aset
terlebih dahulu.

Siapkan minda anda terlebih dahulu.


Sebelum saya bercerita kepada anda teknik-teknik membuat untung melalui emas, saya
berharap anda dapat menyiapkan minda anda untuk memahami perkara-perkara di bawah.
1.

Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Ia memang akan
menguntungkan pelabur. Tempoh masa untuk pelaburan emas disarankan sekurangkurangnya 1 tahun ke atas. Kesabaran penting kerana ia melibatkan proses menunggu
harga emas naik dan turun.

2.

Di dalam pelaburan emas, anda perlu menggunakan konsep mulakan sekarang. Beli
emas kemudian tunggu (buy first then wait), bukannya tunggu masa yang sesuai untuk
bermula.

3.

Sebagai komoditi, harga emas sentiasa ada turun naiknya tetapi di dalam jangka masa
panjang harganya akan meningkat naik.

4.

Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan. Jika anda mahu
menjana pendapatan setiap bulan maka pelaburan emas bukanlah jawapannya.
Jawapannya ialah perniagaan emas. Ya! Anda kena melabur sambil berniaga emas.

5.

Pelaburan emas yang sebenar bukanlah dengan cara menyertai skim-skim pelaburan
emas. Anda akan temui beberapa syarikat yang menawarkan pulangan lumayan jika
anda melabur emas dengan syarikat mereka (contohnya memberikan pulangan tetap
2%-3% sebulan). Ini kerana risikonya adalah tinggi. Sudah banyak syarikat yang
menawarkan pelaburan emas telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia atau cabut lari.

6.

Semakin banyak ilmu yang anda peroleh maka menjana pendapatan dengan emas akan
menjadi lebih mudah. Justeru anda perlu rajin membaca laman-laman web yang
berkenaan emas. Contohnya ialah:
i. Kitco (www.kitco.com)
ii. The Bullion Desk (www.thebulliondesk.com)
iii. Goldsilver.com (www.goldsilver.com)
iv. Mineweb (www.mineweb.com)
v. Casey Research (www.caseyresearch.com)
vii. Bullionvault Gold News (http://goldnews.bullionvault.com/)
viii. World Gold Council (http://www.gold.org/)

139

Berapa lama anda nak simpan emas?


Semakin lama anda simpan emas, maka kelebihan akan berpihak kepada anda.
Di sini saya ingin menunjukkan kepada anda prestasi harga emas dalam jangka masa panjang.
Ini kerana, di dalam jangka masa panjang, anda boleh melihat trend kenaikan dan penurunan
harga emas dengan jelas.
Anda juga akan dapati, walaupun harga emas menaik dalam jangka masa panjang, tetapi ada
ketikanya harga emas boleh jatuh antara 25% hingga 38%
Gambar di bawah menunjukkan pergerakan harga emas dari tahun 2005 sehingga awal 2014.
Harga emas tahun 2005 adalah jauh lebih rendah berbanding harga tahun 2014.
Sejarah kejatuhan harga emas.
Baik, mari kita lihat rekod kejatuhan harga emas pula.
1. Pada 12/5/2006 sehingga 14/5/2006, harga emas jatuh 25% dan mengambil masa 16 bulan
untuk pulih.
2. Pada 16/3/2008 sehingga 12/11/2008, harga emas jatuh 34% dan mengambil masa 19 bulan
untuk pulih.
3. Pada 5/9/2011 sehingga 19/12/2013, harga emas jatuh sehingga 38.5%, dan sedang
mengalami pemulihan.
Jadi tuan puan, pelaburan emas amat sesuai untuk mereka yang bersedia membuat pelaburan
jangka masa panjang.

Gambar: Harga emas sejak 2005 dan waktu harga emas jatuh boleh dilihat.

140

Teknik 2: Beli emas ketika harga rendah dan jual apabila harga tinggi.
Ini adalah kaedah yang termudah. Beli emas fizikal, tunggu sehingga harganya naik dan jual
apabila harganya mencecah target keuntungan anda.
Sebagai contoh jika anda target untuk mendapat keuntungan sebanyak 25% maka anda akan
menjual emas-emas anda sebaik sahaja harganya naik 25%.
Lebih rendah spread emas tersebut maka lebih cepat anda mendapat keuntungan.
Sebagai contoh, emas yang mempunyai spread yang rendah (di bawah 10%) adalah syiling
emas UOB Bank, Kijang Emas, Jongkong emas Public Gold dan Dinar Emas Public Dinar.

Caranya:
Anda beli emas dan kemudian menyimpan emas tersebut. Apabila harga naik melepasi target
keuntungan anda maka anda boleh jual balik dan memperoleh keuntungan.
Jika anda memerlukan wang semasa proses menunggu, anda boleh menggadaikannya di ArRahnu. Bagi buku akaun simpanan emas pula, anda tak boleh nak gadaikan emas anda. Anda
kena tunggu sahaja.
Contoh:

Anda membeli 5 sekeping syiling Kijang Emas 1 Oz pada 2/1/2008 pada harga RM2,932
sekeping. Jumlah pelaburan anda ialah RM14 660.
Anda meletakkan target untung mendapat keuntungan sebanyak 30% (kenaikan harga
sekurang-kurangnya RM880 untuk sekeping. Kalau dapat lebih lagi bagus).
Jadi target harga jualan anda adalah apabila harga Kijang Emas itu mencecah RM3812 atau
lebih. Maka anda pun mulalah memerhatikan kenaikan harga Kijang Emas hari demi hari di
laman web Bank Negara.
Akhirnya pada tarikh 23/11/2009 anda dapati harga belian balik Kijang Emas adalah RM3839.
Jadi anda boleh menjual kesemua syiling Kijang Emas ini dan memperoleh keuntungan
sebanyak RM4535 (RM907 x 5 keping). Tahniah! Anda telah mencapai target untung anda.

147

Gambar: Jual apabila harga Buying sama dengan target untung anda.
Pilihan kedua.

Jika anda rasa sayang untuk menjual kesemua syiling kijang emas tersebut, anda boleh menjual
sekeping Kijang Emas sahaja (menjual nilai untung).
Anda memperoleh keuntungan RM3839 dan masih mempunyai 4 keping syiling Kijang Emas
yang boleh dijual pada harga lebih tinggi pada masa hadapan.
Kebaikan:
1.

Jika anda membeli emas fizikal, anda boleh menggadaikannya di Ar-Rahnu jika
memerlukan wang.

2.

Untuk mendapat keuntungan lebih, anda boleh menjual syiling Kijang Emas tersebut
dengan harga yang lebih tinggi daripada harga buying. Caranya ialah dengan menjual
syiling kijang emas ini di group Facebook. Anda tidak perlu jual semula syiling Kijang
Emas anda kepada Maybank. Dengan cara ini anda boleh menambahkan keuntungan.

148

Teknik 3 : Buat pinjaman dan beli emas fizikal


Melihat kepada trend kenaikan harga emas yang melonjak tinggi sejak tahun 2001, saya telah
membuat kajian untuk melihat sama ada untung atau tidak seseorang membuat pinjaman bank
bagi membuat pelaburan emas.
Hasil kajian saya mendapati membuat pinjaman dan membeli emas fizikal memang
menguntungkan. Ini kerana pulangan daripada kenaikan harga emas adalah jauh lebih tinggi
daripada kos meminjam wang. Dengan kata lain pinjaman untuk membeli emas fizikal adalah
pinjaman yang baik.
Definisi: Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya
Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin
Ok, berbalik pada cerita buat pinjaman untuk membeli emas.
Di sini adalah analisis saya berdasarkan data yang sebenar.

Kajian kes:
Pada Mei 2002 jika anda membuat pinjaman peribadi Bank Rakyat sebanyak RM10 000 untuk
tempoh 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sehingga April 2007.
Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13 620.00
Jika RM10 000 itu anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (harga pada 2 Mei 2002) maka anda dapat
8 Keping Kijang Emas 1 Oz

Apabila pinjaman peribadi anda sudah dilunaskan pada April 2007, nilai semasa Kijang Emas 1
Oz ketika itu adalah RM2351.
Dengan kata lain, 8 keping Kijang Emas itu kini berharga RM18 808.00 (RM2351 x8)

Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih
anda ialah RM5188.00 bersamaan pulangan 51.88% .

149

Ar-Rahnu (pajak gadai Islam)


Salah satu daripada keuntungan menyimpan emas ialah ia boleh digadaikan di institusi pajak
gadai Islam yang dipanggil Ar-Rahnu. Ia membolehkan anda memperolehi tunai dengan cepat.
Di sini saya ingin berkongsi maklumat dengan anda mengenai Ar-Rahnu.
Ar-Rahnu dari sudut syarak merujuk kepada satu
barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang
terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar
dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat
dijelaskan
(http://www.arrahnu.org/main.htm)
Di Malaysia Ar-Rahnu cuma menerima emas sebagai sandaran terhadap pinjaman yang
diberikan. Perkhidmatan Ar-Rahnu biasanya disediakan oleh bank-bank tertentu seperti
Agrobank, Bank Rakyat dan Bank Islam. Selain itu terdapat juga institusi lain yang menjalankan
perkhidmatan Ar-Rahnu seperti YAPEIM, Ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad dan koperasi.
Ar-Rahnu menjalankan operasi berdasarkan 2 konsep iaitu:

Ar-Rahnu merujuk kepada mekanisme di mana suatu barang berharga dijadikan


sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya,
sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.

Al-Wadiah Yad Dhamanah merujuk kepada simpanan barang berharga dengan


jaminan. Setiap simpanan akan dikenakan upah simpan.

9 kelebihan Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvensional ialah:


i.

Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba)


Perbezaan utama antara Ar-Rahn dan Pajak Gadai Konvensional adalah pada perjanjian
pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri.
Dalam perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah iaitu riba
berbanding Pajak Gadai Konvensional yang menjadikan faedah sebagai sumber hasil
kepada pemberi pinjaman dan ia diharamkan oleh Islam.

ii.

Nilai Gadaian Tidak Merosot


Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak berubah serta tidak berlaku
penyelewengan. Tidak berlaku sebarang masalah di mana barang kemas seperti rantai
emas apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek daripada sebelum digadai.

iii.

Wang Lebih Gadaian Dipulangkan


Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang
ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan dimaklumkan
tentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Sekiranya harga jualan melebihi baki
hutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan. Ini berlaku kerana nilai pinjaman adalah
jauh lebih rendah daripada nilai barang gadaian.

iv.

Barang Kemas Yang Disimpan Selamat


Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Di mana,
penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangan
kemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Dengan ini, pemberi gadaian tidak perlu risau
dengan masalah pemeliharaan dan penjagaan barang kemas mereka sepanjang ia berada
di pihak penerima gadaian.

165

v.

Caj perkhidmatan Yang Rendah


Semua pengurusan di Ar-Rahn melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan
dengan Pajak Gadai Konvensional. Pajak Gadai Konvensional menawarkan caj yang tinggi
dan ada juga sebilangan tauke Pajak Gadai Konvensional yang menerima atau meminta
wang pendahuluan daripada penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut.

vi.

Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan.


Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku
semasa timbangan dibuat. Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsur
penipuan semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas akan ditunjukkan
kepada pemberi gadaian.

vii.

Tempoh Membayar Balik Yang Munasabah


Ar-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan
pelanggannya berkaitan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam.
Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh diterima pakai oleh
semua pihak. Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai Konvensional yang kadangkala
meminta wang tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi gadaian ingin
melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman mereka.

viii.

Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara Lelongan


Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang
gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka telah
habis. Dengan ini pihak pemberi gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masa
membayar balik yang diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka
akan dilelongkan.

ix.

Memberi Nilai Gadaian Yang Sepatutnya


Perkara ini sering berlaku dalam Pajak Gadai Konvensional. Ia berlaku kerana Akta
Pemegang Pajak Gadai tidak menetapkan nilai tara atau kriteria untuk menilai gadaian
berkenaan. Dalam Ar-Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang
sepatutnya dengan barang gadaian yang digadai oleh penggadai.

Bagaimanakah Ar-Rahnu membuat keuntungan?


Saya sering kali menerima pertanyaan mengenai Ar-Rahnu. Bagaimanakah mereka membuat
keuntungan?
Jawapannya adalah daripada upah simpan.
Pajak gadai konvensional biasanya mengenakan faedah ke atas nilai pinjaman. Ini adalah riba
yang diharamkan di dalam Islam.
Namun bagi Ar-Rahnu pendekatan yang digunakan ialah mengambil upah ke atas simpanan
barang kemas peminjam. Dengan kata lain mereka membuat keuntungan dengan servis
menyimpan emas penggadai bukannya mengenakan faedah ke atas pinjaman yang diberikan.

166

Mempelajari selok- belok Ar-Rahnu.


Terdapat banyak institusi Ar-Rahnu di seluruh Malaysia antaranya adalah bank-bank tempatan
seperti Bank Rakyat, Agrobank, Bank Islam dan RHB Bank. Pos Malaysia juga mempunyai ArRahnu yang dipanggil Ar-Rahnu Pos.
Untuk memahamkan anda dengan proses Ar-Rahnu ini saya akan mengambil contoh Ar-Rahnu
Bank Rakyat.
Saya akan berkongsi mengenai:
1.
2.
3.
4.

Apakah itu nilai marhun?


Bagaimana mengira nilai pinjaman
Berapakah kadar upah simpan sebulan?
Apakah itu teknik overlap?

Ar-Rahnu Bank Rakyat.


Bank Rakyat menawarkan 2 jenis skim Ar-Rahnu iaitu:
1.
2.

Ar-Rahnu
Az-Zahab

Skim Ar-Rahnu.
Konsep:
Al-Wadiah dan Qardhul Hassan.
Kelayakan:
1. Warganegara Malaysia dan penduduk tetap yang berumur 18 tahun ke atas.
2. Bukan warganegara
3. Tidak bankrap
Nilai pembiayaan.
Pembiayaan sehingga 70% daripada nilai marhun (Nilai marhun merujuk kepada harga barang
gadaian yang telah dinilai mengikut jenis, mutu, berat dan kandungan emas).
Nilai gadaian sehari tidak melebihi RM10,000 dan nilai pinjaman terkumpul individu mestilah
tidak melebihi RM50,000
Jangka masa pinjaman.
6 bulan sahaja.
Tempoh pelanjutan.
Boleh disambung lagi untuk 6 bulan tertakluk kepada pembayaran upah simpan bagi simpanan
emas 6 bulan terdahulu.
Produk yang boleh digadaikan.
Barang kemas yang berketulenan 18 karat ke 24 karat.

167

Skim pelaburan emas.


Sekarang ini, penipuan berasaskan pelaburan emas semakin menjadi-jadi. Anda lihat di
Facebook, surat khabar dan internet. Mesti anda akan terjumpa tawaran pelaburan emas
dengan keuntungan segera.
Persoalannya, adakah skim-skim pelaburan emas ini boleh dipercayai?
Jawapannya ialah KESEMUA skim pelaburan emas tidak boleh dipercayai. Terdapat 2
kemungkinan besar yang akan berlaku terhadap syarikat skim pelaburan emas.
1.
2.

Mereka lesap selepas mengutip duit pelabur.


Syarikat mereka diserbu oleh Bank Negara Malaysia.

Contoh syarikat pelaburan emas yang telah melesapkan duit pelabur dan diserbu Bank Negara
Malaysia boleh dilihat di bawah:

Gambar: Syarikat pelaburan emas melarikan diri.

177

Gambar: Keratan akhbar Harian Metro mengenai penipuan skim pelaburan emas.

178

Laporan surat khabar.

BATU PAHAT Seorang pembekal bahan binaan


kerugian RM50,000 setelah terperdaya dengan skim
pelaburan emas yang ditawarkan menerusi laman
Internet oleh sebuah syarikat beralamat di Klang,
Selangor.
Ketua Polis Batu Pahat, Asisten Komisioner Din
Ahmad berkata, mangsa berusia 38 tahun itu pergi ke
pejabat syarikat berkenaan, apabila tertarik dengan
tawaran keuntungan 15 peratus yang dijanjikan.
Menurutnya, selepas melihat sendiri pejabat syarikat
berkenaan dan diterangkan keuntungan yang bakal
diperoleh, mangsa bersetuju untuk melabur menerusi
skim pelaburan emas itu dan mendepositkan
RM50,000 ke dalam akaun syarikat berkenaan.
Mangsa yakin untuk melabur dalam skim itu berikutan
syarikat terbabit turut menyediakan dokumen
perjanjian untuk ditandatangani, selain berjanji akan menghantar dokumen perjanjian berkenaan
selepas selesai menguruskannya.
Bagaimanapun, selepas dua bulan, syarikat terbabit masih gagal menyerahkan dokumen
perjanjian itu. Mangsa cuba menghubungi syarikat berkenaan namun tidak berhasil.
Malah keuntungan yang dijanjikan selepas sebulan melabur tidak diterimanya. Mangsa yang
mengesyaki dirinya ditipu akhirnya membuat laporan polis, katanya pada sidang media di Ibu
Pejabat Polis (IPD) Batu Pahat, semalam.
Din berkata, walaupun mangsa membuat laporan polis pada 31 Januari lalu, pihaknya masih
memburu suspek utama kes berkenaan.
Polis juga berjaya menangkap dan mendakwa pemilik akaun yang menerima wang RM50,000
yang dideposit mangsa, katanya.
Beliau berkata, polis kini mencari seorang wanita, Rimaliza Mustafa, 28 (gambar), yang beralamat
terakhir di Kuantan, Pahang, untuk membantu siasatan kes berkenaan.
Kita meminta kerjasama orang ramai yang mengenali Rimaliza supaya dapat menghubungi pihak
polis, katanya.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/rugi-rm50-000-ditipu-skim-pelaburan-emas1.58239

179

180

Penipuan skim cepat kaya bertopengkan emas yang dibongkar:

BANDARAYA MELAKA - Seorang


kakitangan kerajaan hanya mampu
gigit jari kerana tidak sempat merasa
wang pulangan pelaburan emas
berjumlah RM70,000, selepas sebuah
syarikat berpengkalan di Selangor
enggan membayar hasil
pelaburannya.
Lelaki berusia 31 tahun yang mahu
dikenali sebagai Alang, mendakwa
ditipu hingga menyebabkan dia
mengalami kerugian RM6,980
selepas tiga kali membuat bayaran
atas tiga jenis pelan ditawarkan
syarikat terbabit sejak 6 November
lalu.
Alang yang menetap di Pulau Gadong berkata, lebih menyedihkan dan membimbangkan apabila
diugut pemilik syarikat berstatus enterprise itu, sekiranya dia membuat laporan polis.
Menurut Alang, yang pernah melabur sebanyak lima kali sejak September lalu, dia menemui iklan
tawaran pelaburan emas oleh ejen syarikat terbabit di dalam sebuah laman sosial pada 24
September lalu sebelum membuat bayaran RM180 pada hari sama.
"Saya hanya sempat berurusan sekali dengan ejen dan kemudian berurusan secara terus dengan
seorang lelaki dipercayai pemilik syarikat berkenaan secara atas talian melalui Facebook
dan Whatsapp selain SMS.
Dua pelaburan awal berjumlah RM4,680 dilakukan sehingga 3 Oktober lalu dan saya terima
pulangannya seperti dijanjikan pada tarikh ditetapkan, namun tidak pada pelaburan yang ketiga
pada 18 November bernilai RM14,000, katanya semalam.
Alang membuat bayaran kali ketiga pada 6 Oktober berjumlah RM3,800 sebelum keesokan harinya
melabur kali keempat kira-kira RM3,000 dan kelima pada 19 Oktober lepas sebanyak RM180
namun hanya menyedari ditipu apabila tidak menerima bayaran sepatutnya pada 18 November.
Saya tidak menerima bayaran pulangan pada 18 November lalu seperti yang dijanjikan selepas
mendebitkan RM4,500 menerusi bayaran secara atas talian sedangkan saya ada beberapa kali
mengingatkan pihak pengurusan mengenai payout sebelum tarikh tersebut lagi.
Disebabkan tiada respons saya kemudian bertindak menghantar Whatsapp secara personal
kepada seorang wanita dipercayai menguruskan pembayaran kepada pelabur namun saya
dikejutkan dengan mesejnya Saya tiada urusan dengan kamu lagi, tolong jangan ganggu saya
pada 15 November lalu, katanya.
Menurutnya, dia terus menghubungi pemilik syarikat pelaburan emas itu secara personel melalui
pelbagai medium atas talian selain membuat panggilan sejak 26 November lalu namun hanya
menerima mesej berbaur ancaman dan kata kesat tiga hari kemudian.

181

Saya ada menghantar mesej saya akan membuat laporan polis sekiranya dia dan syarikat berdiam
tidak membantu menyelesaikan isu yang timbul.
Akhirnya pada jam 11.17 malam, 29 November lalu dia balas mesej saya di Facebook
menyatakan enggan membayar pulangan pelaburan selain mengugut pelabur-pelabur lain tidak
juga akan menerima bayaran sekiranya hal ini diketahui umum, katanya.
Alang berkata, melalui mesej tersebut juga, lelaki tersebut mengugut akan memburuk-burukkan
nama saya kepada pelabur lain kerana dia dikatakan telah merosakkan nama baik syarikat
berkenaan.
Saya nekad membuat laporan polis untuk menuntut hak saya selain kerana saya tidak mahu orang
lain menjadi mangsa. Kalau mereka boleh buat kepada saya, tidak mustahil mereka boleh lakukan
kepada orang lain.
Kejadian ini menjadi pengajaran kepada saya dan diharapkan dapat dijadikan iktibar kepada orang
lain. Jadi saya nasihatkan supaya berhati-hati dengan pelaburan emas dan semua jenis
perniagaan atas talian, katanya yang sudah membuat laporan di Balai Polis Tanjung Minyak,
sekitar jam 6,00 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah
ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan daripada mangsa.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/ditipu-syarikat-pelaburan-emas-1.338331
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gambar: Petikan akhbar penganjur skim pelaburan emas didakwa di mahkamah.

182

Ejen pelaburan mengaku tidak bersalah enam tuduhan


BUTTERWORTH - Seorang ejen pelaburan mengaku
tidak bersalah di Mahkamah Sesyen 1 dan Mahkamah
Sesyen 2 di sini, hari ini terhadap enam pertuduhan
pecah amanah jenayah membabitkan wang tunai
berjumlah RM1,283,000 pada 2009.
Kee Kim Beng, 51, seorang master Program Pelaburan
Emas bagi syarikat Tignet Gold City Sdn Bhd dan Tignet
Gold Global Sdn Berhad, dituduh melakukan pecah
amanah RM1 juta di nombor 7424, Tingkat Satu, Gold
City Management Sdn Bhd, Jalan Raja Uda, Taman
Tanjung Jaya pada 29 September 2009.
Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh melakukan pecah
amanah RM20,000 di Public Bank, Cawangan Jalan Raja
Uda pada 21 Oktober 2009 manakala bagi pertuduhan
ketiga, dia dituduh melakukan pecah amanah RM30,000
di Standard Chartered Bank, Cawangan Jalan Raja Uda
pada 25 November 2009.
Bagi pertuduhan keempat, Kee dituduh melakukan pecah amanah RM50,000 di Public Bank,
Cawangan Jalan Raja Uda pada 30 Julai 2009 dan bagi pertuduhan kelima, dia dituduh melakukan
pecah amanah RM150,000 di nombor 11, Tingkat 1&2, Syarikat Tignet Gold Global Sdn Bhd,
Jalan Usahawan 2, Pusat Perniagaan Kepala Batas pada 11 September 2009.
Bagi pertuduhan keenam pula, dia dituduh melakukan pecah amanah RM33,000 di tempat sama
pada 2 Oktober 2009.
Bagi kesemua pertuduhan itu, Kee didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang
memperuntuk hukuman penjara antara dua tahun dan 20 tahun serta sebatan dan denda, jika sabit
kesalahan.
Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga berlangsung di Mahkamah Sesyen 1, Hakim Julis Lack
menetapkan jaminan RM250,000 untuk semua pertuduhan dengan seorang penjamin.
Bagi pertuduhan keempat hingga keenam di Mahkamah Sesyen 2, Hakim Meor Sulaiman Ahmad
Tarmizi menetapkan jaminan RM150,000 untuk semua pertuduhan dengan seorang penjamin.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mazyiah Mansor manakala tertuduh diwakili
peguam bela Nadim Gulam Rasul.
Kedua-dua mahkamah menetapkan 13 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula. - Bernama
http://www.sinarharian.com.my/semasa/ejen-pelaburan-mengaku-tidak-bersalah-enamtuduhan-1.338126

183

Bagi mengelakkan anda terjebak dengan skim-skim pelaburan emas yang merugikan saya ingin
berkongsi dengan anda semua mengenai 3 perkara:
Apakah itu:
1. Pelaburan emas yang betul.
2. Skim pelaburan emas
3. Skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpan.
Dengan memahami perkara ini, anda akan mengetahui pelaburan emas yang sebenarnya. Selain
itu anda akan memahami apakah perbezaan di antara ketiga-tiga perkara di atas.
1. Pelaburan emas yang betul.
Pelaburan emas yang sebenarnya ialah apabila anda membeli emas pelaburan seperti syiling,
jongkong dan akaun simpanan emas dan juga barang kemas. Emas ini anda simpan untuk
jangka masa sederhana dan panjang. Apabila harga emas ini meningkat, maka anda jual untuk
mendapat keuntungan.
Ini adalah pelaburan yang paling selamat. Anda tak perlu risau ditipu.
2. 2. Skim pelaburan emas.
Di Malaysia, memang ada syarikat-syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas. Contohnya
mereka menawarkan pulangan setiap bulan contohnya 2% - 3% setiap bulan. Namun harga
emas mereka adalah jauh lebih tinggi daripada harga emas semasa. Tetapi ramai yang tertarik
kerana diumpan dengan pulangan setiap bulan. Mereka fikir duduk diam-diam pun boleh dapat
duit.
Ramai yang terkeliru antara pelaburan emas dan menyertai skim pelaburan emas. Pelabur
menyertai skim-skim pelaburan ini bukanlah atas sebab emas, tetapi kerana dijanjikan pulangan
lumayan. Tanpa pulangan lumayan, skim ini akan gagal menarik perhatian pelabur.
Untuk pengetahuan anda, saya sendiri pernah menyertai skim pelaburan/penyimpanan emas
dan syarikat tersebut mengalami kegagalan. Saya sudah membuat keputusan untuk tidak
menyertai mana-mana skim pelaburan emas. Risikonya terlalu tinggi. Anda boleh rugi besar.

3. Skim cepat kaya yang menggunakan emas.


Skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpan. Ini perlu dielakkan sama sekali.
Bagaimana nak tahu ini adalah skim? senang ajer.. ini ciri-cirinya:
.
1. Syarikat/agen akan menumpukan penerangan kepada PULANGAN YANG LUMAYAN.
Bagaimana boleh buat duit berbanding bercerita pasal emas.
2. Pendaftaran syarikat tidak di SSM tidak menunjukkan syarikat terlibat dengan
aktiviti jual beli emas.
3. Harga emas yang dijual adalah tinggi, tapi anda sertai sebab pulangan lumayan
yang dijanjikan.
4. Jika anda cari pelabur lain, anda dapat komisen.
5. Pulangan yang dijanjikan amat tinggi dan tidak munasabah contohnya 10% sebulan.

184

6. Kalau anda hendak mendapat pulangan lebih tinggi, emas perlu diserahkan kepada syarikat
semula untuk didagangkan. Kalau begini, lebih baik anda lari jauh-jauh.
Nota penulis.
Sejak tahun 2008 sehingga tahun 2014 (hari ini), dunia pelaburan emas tidak pernah sunyi dari
kes-kes penipuan.
Saya hairan, kenapa masih ramai orang mudah terpedaya apabila dijanjikan pulangan lumayan
dan pulangan bulanan.
Asal janji pulangan bulanan dan pulangan 10% sebulan. Mesti ada mangsa.
Cukup-cukuplah orang di luar sana ditipu.
Tuan-tuan sekalian, sayangilah duit anda. Bukan senang nak kumpul duit.
Tapi termakan umpan memang senang. Anda mungkin dipujuk dan dirayu.
Akhirnya, habis duit anda dileburkan.
Anda akan menyesal tak sudah.

185

Menyimpan emas anda dengan selamat.


Apabila anda membeli emas fizikal, salah satu daripada masalah yang perlu diselesaikan ialah
aspek penyimpanan emas tersebut. Kaedah penyimpanan emas yang betul akan memberikan
ketenangan fikiran kepada anda.
Di sini saya akan berikan beberapa panduan bagaimana cara untuk menyimpan emas.

Pertama: Jangan diheboh-hebohkan.


Pertama sekali, jangan beritahu orang ramai bahawa anda membeli
emas terutamanya kepada orang yang tidak anda kenali (orang yang
dikenali pun kadang-kadang tak perlu tahu anda ada membeli emas).
Anda tidak perlu bercerita yang anda memiliki banyak emas. Apatah
lagi anda pelawa orang datang ke rumah untuk melihat koleksi emasemas anda itu.
Kalau beli emas tu senyap aje jangan heboh-heboh.

Kedua: Sembunyikan di rumah kreativiti


diperlukan.
Ramai orang yang menyimpan emas di rumah terutamanya
pemilik barang kemas. Ini kerana ia lebih mudah berbanding
berulang-alik ke peti simpanan selamat di bank. Anda
memang boleh sembunyikan emas di rumah anda namun
anda perlukan kreativiti yang tinggi.
Jangan simpan emas di tempat yang boleh diagak oleh pencuri contohnya di dalam laci almari
atau di dalam kotak coklat Van Houten di belakang almari. Itu adalah tempat pertama yang
akan diselongkar oleh pencuri.
Pilih tempat yang tidak terjangkau oleh imaginasi orang contohnya belakang peti ais, di dalam
peti ais (dalam kiub ais), belakang jam dinding, di dalam bekas ubat (letak di dapur), di dalam
tin Nescaffe, di dalam pasir akuarium, di dalam mangkuk tandas. Mungkin anda boleh letakkan
di dalam botol dan tanam di dalam pasu bunga di dalam rumah. Gunakan kreativiti anda. Jika
anda mempunyai duit lebih pasangkan sistem penggera untuk melindungi rumah anda daripada
di pecah masuk. Bagi saya, pencegahan adalah lebih baik.

Ketiga: Beli peti simpanan peribadi.


Peti simpanan peribadi merupakan salah satu alternatif untuk
menyimpan barang-barang berharga anda. Biasanya peti
simpanan mempunyai kelebihan kalis api. Namun harus
diingatkan peti simpanan ini sendiri perlu disembunyikan
daripada pandangan mata kasar.
Ia lebih kepada perlindungan daripada pembantu rumah yang
tidak jujur atau anak-anak yang suka menyelongkar. Jika
pencuri memasuki rumah anda dan melihat peti ini, besar
kemungkinan mereka akan cuba memecahkannya.

188

Keempat: Simpan di peti deposit selamat


bank
Perkhidmatan peti deposit selamat atau dikenali
sebagai safe deposit box ada ditawarkan oleh bank.
Contohnya Maybank, Public Bank, RHB Bank, Ambank
dan banyak lagi. Namun tidak semua cawangan ini
menawarkan kemudahan peti deposit selamat ini. Anda
perlu berhubung dengan cawangan bank tersebut dan
bertanya kepada mereka.
Kebaikannya ialah emas anda lebih selamat kerana kawalan keselamatan di bank adalah lebih
tinggi berbanding di rumah. Selain itu, setiap peti deposit selamat mempunyai insurans. Namun
anda perlu semak dengan bank berkenaan perlindungan insurans kerana biasanya nilai insurans
adalah sekitar RM10,000 sahaja untuk setiap kotak.
Jika berlaku pecah masuk kepada bilik peti deposit selamat dan kotak anda dipecahkan, maka
bank cuma membayar nilai insurans sahaja. Jika anda perlukan nilai insurans yang lebih, sila
rujuk kepada bank tersebut.

Gambar: bilik peti deposit selamat.

Proses menyewa peti deposit selamat.


Untuk menyewa peti deposit selamat anda perlu menelefon cawangan terbabit dan bertanya
sama ada masih ada peti deposit selamat yang masih kosong.
Peti deposit selamat terdapat di dalam pelbagai saiz, antaranya: 3" x 5" x 24" , 5" x 5" x 24 ,
3" x 10" x 24" , 4" x 10" x 24", 5" x 10" x 24" dan 10" x 10" x 24". Pada pendapat saya peti
bersaiz 3" x 5" x 24" , 5" x 5" x 24 adalah memadai untuk menyimpan emas fizikal.
Antara kos yang terlibat ialah yuran tahunan, deposit kunci dan duti setem. Ada juga bank yang
meminta anda membuka akaun simpanan dengan mereka terlebih dahulu supaya mereka boleh
menolak yuran tahunan secara automatik. Anggaran sewa tahunan bagi peti deposit selamat
adalah di antara RM200 ke RM350 setahun berdasarkan saiz peti anda. Sila berhubung dengan
bank berkenaan untuk maklumat yang lebih tepat.

189

Ini adalah senarai bank yang menawarkan kemudahan peti deposit selamat dan nombor
perhubungan mereka. Anda boleh menelefon dan bertanya jika ada cawangan yang
berhampiran tempat anda yang mempunyai kemudahan peti deposit selamat.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

EON bank talian perkhidmatan pelanggan 24 jam 03-2616 1133


OCBC Bank talian pertanyaan 03-2698 4363
Bank Muamalat talian pertanyaan Tel : 03-2698 8787
Alliance Bank - tel : 03-5516 9988
RHB Bank - tel : 1800-88-0243
UOB Bank - KL : 03-2612 8121, Penang : 04-2401 121, JB : 07-2881 121,
Kuching : 082-287 121, Kota Kinabalu: 088-477 121
11. Public Bank - tel : 1-800-22-9999
12. Maybank - tel : 1-300-88-6688

Peti simpanan selamat oleh syarikat swasta.


Selain daripada bank, ada juga syarikat swasta yang menyediakan perkhidmatan peti deposit
selamat.
Di antaranya ialah:
1. Royal Safe Deposit Box
Alamat: Mentari Business Park,
No.42A, Jalan PJS 8/6, Bandar Sunway, 46150 PJ.
Tel : 03-5631 0110 / 012-2381 222
Laman web: http://www.rsdb.com.my
Saiz kotak:
5.12 x 5.3 x 23 sewa tahunan RM310
3.0 x 5.3 x 15 sewa tahunan RM280
3.4 x 10.6 x 23 sewa tahunan RM370
5.12 x 10.6 x 23 sewa tahunan RM460
10.25 x 10.6 x 23 sewa tahunan RM540
Perlindungan insurans untuk setiap kotak adalah sehingga RM100,000.
2. Safe Deposit Box Sdn Bhd (795581-A)
Alamat: Lot C312 & C313,
Centre Wing, Metropolitan Square,
Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya (tel: 03-77278689)
Safe Deposit Box Sdn. Bhd.
Cawangan The Summit Subang USJ
Lot S2.15, 2nd Floor, The Summit Subang,
USJ, Persiaran Kewajipan, USJ 1,
47600 , UEP,
Subang Jaya (tel: 03-80248889)

Laman web: http://www.safedepositbox.com.my


http://www.safedepositbox.com.my/en/maps.php?page=maps/index

190

Saiz kotak dan kadar sewa untuk Safe Deposit Box Sdn. Bhd.
Saiz kotak

Sewa tahunan

3 x 5 X 24
5 x 5 x 24
3 X 10 X 24
5 x 10 x 24
10 x 10 x 24

RM
RM
RM
RM
RM

130
150
170
200
250

Sewa untuk 2 tahun


(pelan jimat)
RM 80
RM 100
RM 120
RM 150
RM 200

Perlindungan insurans ditawarkan sehingga RM10,000. Pelanggan boleh menambahkan nilai


insurans sehingga RM80,000 (tambah RM20 untuk setiap nilai insurans tambahan
RM10,000).
3. MySafeBox Sdn. Bhd.
No. 25, Jalan Utama SR1/9, Serdang Raya,
Sek 9, 43300, Seri Kembangan, Selangor
telefon: 03 - 8941 2228

Saiz peti yang ditawarkan:


3.
4.
5.

Extra besar (saiz 15 x 10 x 24) sewa tahunan RM900


Besar (saiz 10 x 10 x 24) sewa tahunan RM800
Sederhana (saiz 5 x 10 x 24) sewa tahunan RM388
(Jika anda mengambil pakej 3 tahun sewa tahunan adalah RM238.)

Jika anda tinggal di Alor Setar, Kedah, ada sebuah syarikat safe deposit box swasta yang
menawarkan kemudahan peti simpanan selamat iaitu Alor Setar Safe Box Sdn. Bhd.
Alamat syarikat:
Alor Setar Safe Box Sdn. Bhd
Lot 4, tingkat bawah
No. 55 Bangunan EMUM
Jalan Gangsa, Kawasan Perusahaan
Mergong 2,
05150 Alor Setar, Kedah
Telefon: 04-7332425
Saiz peti yang ditawarkan :Kecil : 3" x 10" x 24"
(sewa RM200 setahun)
Sederhana : 5" x 10" x 24"
(sewa RM300 setahun)
Besar : 10" x 10" x 24"
(sewa RM600 setahun)

191

Kesimpulan:
Tahniah! anda telah kini telah pun sampai ke penghujung ebook/buku ini. Saya beranggapan
anda telah memahami dengan jelas mengenai pelaburan emas di Malaysia:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Cara-cara membuat pelaburan emas yang betul.


Memilih emas yang terbaik untuk diri anda.
Bagaimana anda boleh menjana keuntungan dengan pelaburan emas.
Bagaimana mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam skim-skim pelaburan emas.
Bagaimana mengira zakat emas.
Bagaimana menyimpan emas anda dengan selamat.

Sekarang apa yang penting ialah anda mengambil tindakan sekarang!

Saya doakan anda semua kaya dan berjaya dengan emas.


Sekian wassalam.
Syukor Hashim
Admin
www.jutawanemas.com
e-mel: admin@jutawanemas.com
SMS: 013-2126 999.

192

Buku-buku siri pelaburan emas yang ditulis oleh saya:

Buku Analisis Teknikal Harga Emas Strategi


membeli dan menjual emas fizikal pada harga
terbaik.
Buku ini mengajar anda tentang teknik-teknik membuat
analisis teknikal harga emas menggunakan perisian
MetaTrader 4.
Sesuai untuk mereka yang ingin menjadi pelabur emas
professional.
Ini adalah kemahiran yang digunakan oleh pelaburpelabur emas profesional bagi mengenalpasti peluang
membeli dan menjual emas secara teknikal.

Harga RM70 (buku fizikal + ebook dan pos)

Buku Analisis Fundamental Harga Emas


Mengenalpasti Faktor-faktor yang mempengaruhi
harga emas dunia.
Ramai orang tahu harga emas ada naik dan turun tetapi
sedikit sahaja yang tahu apakah sebab-sebab yang
menggerakkan harga emas.
Buku ini ditulis bagi menjawab soalan. Apakah yang
menggerakkan harga emas?
Anda akan mengetahui kuasa-kuasa yang
mempengaruhi harga emas dunia. Baca buku ini jika
anda ingin menjadi pelabur emas profesional.

Harga RM70 (buku fizikal + ebook dan pos)

Untuk mendapatkan buku-buku ini, sila berhubung dengan saya melalui telefon, sms atau
whatsapp 013-2126 999 (Syukor Hashim)

193

Anda mungkin juga menyukai