Anda di halaman 1dari 2

12 A Lrg ujana kingfisher 10,

Ujana kingishder

88325 kota kinabalu ,sabah.

1 Febuari 2021

Menemui sabahatku, Laura yang kini berada di Kuala Lumpur. Semoga saudari sekeluarga berada dlam
keadaan sihat sejahtera.

Saudari,

Saya menyedari bahawa kita tidak dapat melancong ke negara lain akibat krisis covid-19 yang
semakin teruk. Oleh sebab itu, dunia berdepan krisis ekonomi dunia dan industri penerbangan di
Malaysia turut terjejas. Selepas berfikir panjang, sya telah membuat keputusan untuk menjadi seorang
pramugari setelah peperiksaan SPM kerana sya yakin bahawa prospek kerjaya di awan biru berpotensi
tinggi. Tujuan sya meulis surat ini adalah untuk memberitahu saudari berberapa faktor yang telah
menyebabkan sya memilih kerjaya yang glamor, penuh cabaran serta berisiko kerana kalau tidak
dipeacahkan ruung manakan dapat sagunya.

Salah satu factor yang telah menyebakan sya ingin menjadi seorang pramgari ialah syaa dapat
,menimba banyak pengetahuan dan pengalaman yang baharu. Hal ini disebakan oleh kami akan dibawa
ke seluruh pelosok benua untuk bekerja. Sementara itu, kita dapat melawat pelbagai jenis tempat
pelancong yang eksklusif. Misalnya, sweaktu kami ditugaskan untuk terbang ke India , kami akan
berpeluang melawat makam yang cantik iaitu Taj Mahal. Tambahan pula, kami akan berpeluang
menggalas pelbagai tugas berat di atas kapal terbang. Sepanjang penerbangan , kru kabin bertugas
menjadi penyambut tetamu, , pelayan, polis ,jururawat dan banyak lagi yang termasuk dalam latihan
keselamatan. Sudah terang lagi bersuluh, seorang pramaguri dapat memperoleh pengetahuan dan
pengalaman pahit manis yang banyak .

Selain itu factor lain ialah pramaguri mempunyai penampilan anggun yang bergaya . Walaupun
terbang tinggi di awan biru,keterampilan diri yang menawan merupakan elemen penting kepada kru
kabin domestic dan anatarabangsa. Hal ini dikatakan demikian kerana rupa paras yang kemas dapat
memberi impresi yang profesional kepada penumpang . Sebagai contoh, kami akan diberi seragam
eksklusif yang penting kerana pramaguri hendakalh kelihtan elgan di hadapan penumpang. Kesannya,
penumpang akan lebih mempercayai ahli kru kabin dan mereka akan berasa lebih selesa sepanjang
penerbangan. Intihanya, kerjaya di awan biru telah menepati cita rasa saya yang suka bergaya dan
berpakaian kemas kerana disiplin asas kejayaan.

Seterusnya, seorang pramaguri berkesempatan berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyaraka


spereti orang awam , ahli profesonal warag emas genersai mus dad anak kecil. Hal in terjadi kerana,
saya dapat membina rangkaian persahabatan dan belajar cara berkomunikasi dengan penumpang yang
mempunyai latar belakang, bahasa, ras ,umur dan agama yang berbeza sewaktu memberi perkhidmatan
kepada mereka . Kesannya , saya dapat memahami budaya luar dan dapat menyelesaikan masalah
dnegan lebih senang . Contohnya , sewaktu kecemasan sya dapat berkomunikasi dengan penumpang
dengan cara yang berbeza bersesuaian dengan jenis penumpang supaya mereka dapat
menyelamatkan diri tanoa panik. Tegasnya, peluang berinteraksi dengan pelbagai orang telah
mendorong sya ingin menjadi seorang pramguri kerana hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.

Akhirulkalam, kerjaya di awan biru amat bertepatan dengan minat saya. Oleh itu, saya akan
berusaha keras unutk mencapai impian saya kerana yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih
tidak akan datang melayang. Sampai di sini surat saya kepada saudari pada kali ini, saya berharap agar
saudari dapat mencertiakan cita-cita saudari kepada saya dalam surat setreusnya, sambutlah salam
mesra daripada saya unutk saudari sekeluarga.

Sahabatmu

Chloe

Anda mungkin juga menyukai