Anda di halaman 1dari 2

10 PERKARA YANG SAYA AKAN LAKUKAN JIKA SAYA SEORANG SELEBRITI PEMANDU PELANCONG Dalam kehidupan masa kini,

kita sebagai generasi muda perlu mempunyai sebuah impian dan cita-cita yang tinggi untuk membantu dalam memajukan Negara. Hal ini kerana mahu menjadikan Negara Malaysia sebagai salah satu Negara yang bertaraf dunia dan mampu bersaing dengan Negara maju yang lain seperti Jepun, Paris, Korea dan sebagainya. Melalui kerjaya sebagai seorang selebriti, tidak mustahil Negara yang sedang membangun ini akan bertukar kepada Negara Fasa Ketiga dan seterusnya pada hari kelak. Merujuk kerjaya selebriti, bukannya hanya tertumpu kepada industry hiburan semata-mata tetapi ia mempunyai skop bidang yang luas.Selebriti ditakrifkan sebagai orang yang bekerjaya dan tersohor dalam bidang pekerjaannya. Misalnya, Perdana Menteri, professer, doctor dan sebagainya. Oleh yang demikian, sebagai seorang rakyat yang berjiwa patriotisma, saya turut menunjukkan sokongan saya terhadap Negara dengan bercita-cita untuk menjadi seorang selebriti dalam bidang kerjaya pelancongan iaitu pemandu pelancong. Pekerjaan ini menjadi pilihan saya kerana sector pelancongan merupakan salah satu sector yang banyak menyumbang kepada pendapatan Negara. Selaku seorang selebriti, saya akan berusaha sedaya upaya untuk membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa melalui sector pelancongan ini. Malaysia sebuah Negara yang terkenal dengan budaya ketimurannya dan bangsanya yang barbilang kaum selain mempunyai banyak destinasi pelancongan yang menarik. Jadi, saya akan menarik para pelancong dengan segala kelebihan yang sedia ada ini. Walaupun perkara ini merupakan tugas yang asas dalam bidang ini tetapi akan menjadi suatu kesukaran yang cukup mencabar jika ia tidak diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Misalnya dalam memperkenalkan adat serta budaya kaum di Malaysia, pemandu pelancong perlulah bijak dalam menutur kata supaya pelancong-pelancong tersebut lebih berminat untuk mengetahui budaya tempatan pelbagai kaum ini. Selain itu, saya akan menceritakan segala kemudahan yang terdapat di Malaysia seperti pengangkutan, tempat penginapan, jaminan keselamatan, serta cuaca yang baik di sini. Selain itu, saya akan mempelajari lebih daripada empat bahasa Negara asing. Bunyinya seperti mustahil tetapi saya amat yakin terhadap usaha yang saya lakukan. Hal ini kerana saya telah melihat beberapa orang pemandu pelancong yang Berjaya dalam bidang mereka melalui kebijaksanaan mereka mengambil hati para pelancong asing dengan bertutur dalam bahasa asing. Hal ini bukan sahaja berlaku dalam Negara kita, malah pemandu pelancong daripada luar Negara turut melakukan perkara yang sama. Fasih dalam tiga atau empat bahasa adalah biasa dalam kalangan para pemandu pelancongan ini. Berdasarkan pengalaman orang lain, saya mengikut jejak langkah mereka. Ekoran dunia kini sedang demam akan gelombang K-Pop termasuk saya sendiri, oleh itu saya mengambil keputusan untuk mempelajari bahasa Korea. Saya ingin membuktikan kepada keluarga dan orang lain bahawa minat saya bukanlah untuk hiburan semata-mata, malah boleh membawa kepada kejayaan yang besar. Dengan adanya sokongan dan minat yang

mendalam dalam sesuatu bahasa tersebut, pasti kejayaan yang akan dikecapi nanti.

Anda mungkin juga menyukai